CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 111200|Reply: 591

[BEST]kisah-kisah angker nona sari - UPDATE!

  [Copy link]
Post time 24-9-2013 12:08 AM | Show all posts |Read mode
Assalammualaikum..

Untuk memudahkan para pengfollow benang ini terus ke cerita tanpa perlu beklog beklog, disini saya sertakan link berserta tajuk pengalaman angker saya..
apepun, anggap saja cerita dan pengalaman saya ini sekadar hiburan dimasa lapang semata-mata. jangan biarkan ketakutan terhadap jin dan syaitan melebihi ketakutan kita kepada Tuhan.
Jika ada sebarang keraguan dan rasa kurang percaya dengan cerita/pengalaman saya, mohon maaf dipinta. ini hanyalah apa yang saya rasai, alami, hadapi, dengari dan tempuhi sepanjang diberi kesempatan Tuhan untuk melalui pengalaman ini. ini hanya pengalaman picisan yang ingin dikongsi bukan mahu disimpan.
sesungguhnya saya manusia biasa yang belum diberi kelebihan atau kuasa untuk memuaskan hati semua orang. yang buruk itu langsungnya dari saya, dan yang baik hanya dari Allah semata-mata.
so, lets enjoy the story!

KISAH ANGKER BAKAL PENGANTIN & EHH.. DIA SENYUM KAT KITA LAA..
http://english1.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=755894&extra=page%3D2
JADAH APA YANG NAK SMACK DOWN AKU ITEWW?? & SIAPAKAH SEBENARNYA SUAMIKU ITTEWWW??
http://english1.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=755894&extra=page%3D2&page=2
NESAN BERLAGA PIPI??
http://english1.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=755894&extra=page%3D2&page=4
ANGIN MEMBAWA SELENDANGNYA PERGI & AMBIK WUDUK IKUT TURN YE..
http://english1.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=755894&extra=page%3D2&page=5
MENGURAT AWEK BERJALAN BERSAMA ADIK & DITINDIH BERGANTI-GANTI
http://english1.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=755894&extra=page%3D2&page=6
ANAK SIAPA YANG PERAMAH SANGAT ITTEWW???
http://english1.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=755894&extra=page%3D2&page=7
KUSAMBUNG MIMPIMU , KAMBING BLACK METAL & ARWAH RINDU
http://english1.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=755894&extra=page%3D2&page=9
ANTARA PINTU RUMAH, TIANG SERI, BUMBUNG RUMAH DAN....... , DIGOMOL JIN,
MENAMPAR DAN DITAMPAR (bonus track-kisah pakcik aku)& NENEK KEBAYAN (VOL 1 & 2)
http://english1.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=755894&extra=page%3D2&page=10
NENEK KEBAYAN  (vol 3 - SUMMARIZE ) & AKTIVITI PERNAFASAN DIBELAKANG AKU.
http://english1.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=755894&extra=page%3D2&page=11
BAYANGAN PEREMPUAN BERAMBUT PANJANG GILER!, SEBENARNYA JU-ON ADA KAT MALAYSIA,
PONTIANAK POKOK PISANG, BUKAN BAJANG PELIHARAAN & MENCABAR POCONG!

http://english1.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=755894&extra=page%3D2&page=12
CIK LANG LEPAK MINUM , TOYOL MAIN TINGTING & CIK LANG YANG KURANG AJAR ; MAIN AJUK-AJUK PULAK!
http://english1.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=755894&extra=page%3D1&page=13
UNCLE TELENG & KU RENTAP LANGSIR RUMAHMU
http://english1.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=755894&extra=page%3D1&page=14
BALIK ASRAMA , ABANG NIZAM OH ABANG NIZAM , KUCING HITAM & WAWA NAMPAK HANTU
http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=755894&page=15  
RONA DAN RONI & KUIL, LOCENG, KEMENYAN DAN JAMPI SERAPAH
http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=755894&extra=page%3D1&page=16  << NEW UPDATE!

p/s insyaAllah, akan diupdate jika ada penambahan...

********************************************************************************

KISAH ANGKER BAKAL PENGANTIN
assalammualaikum..

i'm newbie here.. oke straight to the tittle, sengaja aku letak tajuk sebegitu untuk menampakkan suasana suspen. baru nampak creepy and scary.. strategi marketing..

cerita ni berdasarkan pengalaman aku sendiri pada malam-malam terakhir sebelum aku bernikah. kebetulan aku pun di antara orang-orang yang bernasib baik (baik ke??) mudah nampak atau merasa kehadiran makhluk-makhluk ghaib ni.(tapi sejak kawen dah kurang nampak nya)

cerita ni bermula pada malam aku berinai. malam berinai aku ni tak ada la berarak-arak pakai baju pengantin siap-siap, dengan kompang bagai. just pakai inai sundrik-sundrik je. panggil jiran dan sahabat handai. yang pakaikan aku inai ni pun jiran aku sendiri. kami pun bergosip dan bergelak ketawa. berinai syahdu buat muka suci. ketawa pun ala-ala roseyatimah. mulut ketawa terkatup-katup, tapi suara tak keluar. yelah, nak kawen kata nye..

so mase tu memang pelamin dah siap pasang siang tu. dah nama pun pelamin makanya cantik la kan. termasuklah bilik pengantin. memang lawa lah. dalam hati ni memang tak sabar nak declare bilik pengantin itu. gitteeww..

tengah syok borak-borak, tiba-tiba tak semena-mena ada sorang jiran tu bole pulak bercerita pasal jin, hantu setan bagai. aku masa tu buat pot tak pot. fokus aku masa tu lebih kepada inai dijari. nak kawen kan, so takda masa lah nak dengar cerita tahyul syirik mirik gitu.

tapi tah kenapa, sewaktu jiran aku bercerita dengan tangan, muka dan mulut nya asyik begitu, kejap-kejap begini (maksudnya time cerita tu, semua anggota badan ikut bercerita, bergerak >> eksaited!) dada aku ni laju je degupan nya. rasa takut sangat. rasa seram sejuk. kebetulan aku pakai inai masa tu pun kat luar rumah. aku ni kalau dah rasa semacam, bukan boleh duduk diam. cepat je kepala ni nak tengok-tengok keadaan sekeliling. kejap tengok atas bumbung rumah jiran depan, kejap kang tengok jalan yang memang tentu arah suram dan seram.

tapi aku still kaver perasaan lagi. tak nak la sampai jiran-jiran aku perasan perubahan aku. cerita punya cerita, akhirnya abis jgk upacara pemakaian inai. makanya, jiran-jiran pun pulang ke rumah masing-masing. so tinggal lah kami anak beranak. dan masa ini la segala-galanya bermula. bila semua dah pulang, kami pun kemas la tempat berinai tadi, punggah la apa yang patut. untuk pengetahuan, kawasan rumah ni memang terkenal kalau ada kenduri kawen, pelamin harus di luar rumah. biasa di garaj gitu. biar masa sanding tu menjadi tatapan umum, sambil makan nasi minyak sambil tengok pengantin. ala-ala tengok tv gitu.

bila dah semua barang selesai dipunggah, mak aku kunci pagar pintu. pelamin tak lah punggah masuk sekali. sapa pulak nak pasang esok. dah tu pandai pulak nk pasang pelamin balik esok. jangan nak buat hal. elok je semua selesai, masuk saja rumah tiba-tiba aku rasa macam nak pitam. tapi aku gagahkan jugak. tak semena-mena aku rasa dalam rumah aku penuh sangat orang/makhluk. macam sesak sangat rumah aku tu. padahal yang ada cuma akak, adik, emak dan ayah aku je. sedara-mara memang belum sampai lagi.

dalam pada aku rasa rumah tu sesak, sarat barat dengan 'tetamu', aku dah berpeluh-peluh, dada dah sesak, panas dingin. perasan tak kalau kita pegi pasar malam kan ramai orang. crowded sgt! sampai kita rasa tak selesa, panas, tiba-tiba rasa rimas, nak marah. haa, macam tu lah yang aku rasa.. dah rasa macam tu, tiba-tiba datang satu perasaan sebak. aku rasa sebak sangat. macam nak nangis, macam nak jerit. aku dah terdetik 'ahh.. ni setan nih! ni memang setan nih' .. tapi perasaan tu aku buang jauh-jauh. nak pulak aku menangis, dengan inai penuh sepuluh jari. itu belum campur dibunjut dengan plastik tiap satu jari. nak pulak aku menangis menjerit dalam keadaan macam tu. nak kene rasuk pun demanding oke. so aku istighfar. baca apa yang patut. selawat semua.

aku ingat aku sorang je rasa. rupa-rupanya akak dan mak aku pun rasa. kecuali ayah dan adik aku, sebab diorang dah tido dulu. ayah aku tido di bilik atas. adik perempuan aku dah tertido kat ruang tamu. tapi masa tu mak dengan akak aku tak bagitau apa-apa. dorang senyap je. makanya aku ni jenis mulut kalau nak cakap, cakap aje. aku terus bersuara 'mak, rasa tak sedap la mak. macam ada je...'' aku cakap macam tu. mak aku pandang aku. dia angguk then dia pesan baca-baca apa yang patut.aku angguk je la. walaupun kalau kata ayat kursi tu dah 20 round ada aku baca..

tiba-tiba, aku nampak lintasan laju macam kilat putih kat luar.. kat kawasan pelamin. aku dah cuak. adess..dia main-main kat pelamin pulak. aku dah mula rasa tak best. aku cepat-cepat pejam mata. nak pejam mata tu aku konon-konon nak tekup mata ni pakai tangan, tak ingat jari-jari aku berbalut plastik. so aku angkat balik tangan aku. masa tu aku memang terus pandang jari-jari aku yang berbungkus inai tu.entah kenapa bila aku pandang, belek-belek jari-jari aku yg berbungkus ni, aku tengok jari-jari aku ni teramatlah menakutkan. kebetulan mak aku pulak pasang lampu warna kuning yang melekat kat dinding tu. so lagi la nampak scary. nampak berbalam-balam cahayanya. serius! aku bukan nampak tangan aku, tapi macam........ tangan hantu! bukan yang jenis tua mengerepot tu. jenis tangan tebal dan bulat. can u imagine that??
Last edited by non.sari on 27-6-2014 03:40 PM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-9-2013 12:09 AM | Show all posts
aku siap kibas-kibas tangan aku, nak tengok betul ke tidak apa yang aku pandang masa tu. keadaan tetap sama. seolah-olah tangan aku ni ada ketumbuhan hitam bulat-bulat kan hujung jari ni (mestila kan, pakai inai kot) tapi keadaan nya nampak awkward, bukan nampak macam pakai inai. argh! tak tau nak explain macam mana. apapun memang seram okeh. dah tu tangan nya pulak berdouble tebalnya. siap aku cakap ngn akak aku ''ko tengok tangan aku ni, macam bukan tangan aku. macam tangan hantu. ngeri!'' tapi kakak aku marah aku walaupun dia mengiyakan sebelum tu. takut letteww..

terus aku speeding baca ayat kursi (amaran! baca ayat kursi dengan kelajuan membunuh, tak akan mampu membunuh setan). aku punya laju membaca tu macam konfem-konfem je setan tu lari. tak lama lepas tu, start la bunyi-bunyian kat kuar. bukan lah bunyi yang menyeramkan, sound-sound nya seperti yang biasa kita dengar kalau orang bercerita tentang makhluk ni. TETAPI ketika itu ia berjaya membangkitkan rasa seram dalam keadaan pukul 1-2 pagi, dengan kitorang begitu yakin memang takda sapa-sapa pun yang tinggal kat luar, melainkan pelamin nan cantik tersergam indah. macam bunyi barang-barang dialihkan, sehinggakan aku boleh rasa ke mana makhluk-makhluk tu bergerak. dari dorang buat keje kat luar, sampai la dorang masuk ke dalam rumah!

siap aku bagi penerangan dekat mak aku ''ha mak, dorang kat luar tu''. kejap kang, ''mak dorang kat depan pintu'.. pastu, ''ha mak, dah masuk dalam. kat atas rasa nya'' boleh gitu?? memang instinct aku kuat mengatakan lokasi dorang kat mana masatu. even tak nampak muka dorang. mak aku tak bole kata tidak kerana pengalaman aku berhadapan dengan makhluk-makhluk ni boleh tahan hebatnya. mak aku diam saja dan berdoa. mak aku ada pesan jugak, jangan dilayan. nanti dia seronok sebab rasa diri tu sentiasa disebut-sebut. kerana dirinya begitu berharga kata nyaa...

tidak lama bila  saje aku cakap bende tu dah ada kat atas (point utama bilik pengantin), tiba-tiba 'bamm!!' kuat sangat sampai adik perempuan aku yang tengah tido tadi tersedar. dia pun terkejut dengan bunyik tu. tapi bapak aku lagi hebat, langsung tak sedar-sedar dari tadi. terbaik ayah! aku dah kaget. bunyik seolah-olah katil diangkat tinggi lalu dihempas. masa tu bilik pengantin sudah dihias ye. aku terus jadi marah, nak kawen si setan ni buat hal pulak! aku tak suka la bende-bende mcm ni sampai spoiled kan aku. sebab tak sangka sampai aku nak kawen pun dorang nak kacau.

tengah masing-masing leka dengan bunyik sebentar tadi, untuk aku plak ada ceritanya, tiba-tiba aku rasa makin sesak nafas. sebab aku dapat rasa benda tu datang kat aku, ada dengan aku. depan aku. bernafas dekat-dekat kat muka aku sebab aku rasa sangat dia punya nafas tu macam menghembus-hembus muka ni. ada bunyik 'haa..haa..haa..'' sekuat telinga aku yang mendengar. maskudnya orang lain tak dengar. aku rasa makin sesak dada ni, sarat barat, macam ditekan. rimas! pastu pandangan aku diselang selikan dengan jari-jari aku yang berbalut ni. nampak makin membengkak. mungkin perasaan aku, tapi itu yang aku nampak. serius! aku rasa macam nak jerit, nak pekik. sebab rasa yang teramat tak selesa, rasa panas, berdebar-debar dan dalam masa yang sama rasa sebak sangat..

tiba-tiba aku menjerit dan menangis. meraung semahu-mahunya. sebenarnya aku lebih kepada sedar dalam tak sedar masa tu.macam separa sedar. tapi aku tau aku tengah nangis. maksudnya aku belum lagi tahap dirasuk sebab aku tau apa yang berlaku pada aku masa tu. apapun perasaan masa nangis tu lain sangat. mak akak ngan adik aku apa lagi, kelam kabut sebab kitorang memang tak ready apa-apa pun pasal ni. since ini adalah perkahwinan pertama dalam keluarga. so bende ni memang surprise. tiba-tiba mak aku terfikir pak long aku (dah arwah dah...), so mak call pak long and tak lama dia datang. dia memang pandai bab-bab ni. arwah ni pun ada cerita dia.

so ada la beberapa ritual yang arwah buat masa tu.bacaan ayat-ayat alquran dibaca masa tu, tak jelas sangat ayat apa yang dibaca. sebab aku sedang tersedu-sedu didakapan ibuku.... masa tu aku dah tak menangis, dah tak meraung macam tadi. sebab elok je aku meraung mak aku terus peluk aku. bisik surah-surah yang aku tak jelas kat telinga aku. so mungkin tak sempat nak merasuk, mak aku bertindak bijak la masa tu. yes! bapak aku masih lagi mentidokan diri.. enak dibuai mimpi. tapi tak lama la, beberapa minit kemudian ayah aku turun bawah sebab dia terdengar bunyik bising kat ruang tamu bawah. itupun dari suara arwah pak long aku, bukan dari bunyik setan-setan yang ligat buat kerja tadi.

muka dia nampak terkejut sebab dia tengok aku tengah menangis, pastu ada pak long aku. dia agak konfius la. pulak baru bangun tido. mak ngan akak aku cerita sajalah mana yang mampu sebab dorang pun still terkejut lagi. ayah aku masa tu macam rasa bersalah sebab dia takda masa kejadian tadi. dia bagitau memang dia tak dengar apa-apapun masa tu. langsung tak sedar. mungkin penat sangat. mungkin jugak sengaja tidak didengarkan..wallahu alam. ikutkan memang tersangat pelik, bunyik semacam katil diangkat tinggi-tinggi dan dihempas, rasa macam nak runtuh siling rumah, bapak aku bole rilek tido. dia cakap tak dengar apa-apa. dia bagitau, dia terpaksa naik tido dulu sebab seharian bertungkus lumus untuk persiapan kawen aku. kitorang faham and tak marah pun. cuma jeles sebab dia mampu tido nyenyak tanpa sebarang gangguan.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-9-2013 12:10 AM | Show all posts
tak lama lepas tu, keje arwah setel. arwah bagitau ''takda apa-apa ni.. dia cuma nak datang tolong, yelah tiba-tiba ada pelamin kat luar. bilik pulak cantik. dia suka la. dia tertarik nak tau, itu je'' gitu la kata arwah.. ooo.. nak tolong. tapi aku yakin ada cerita disebaliknya sebab arwah memang suka berahsia. masa dia cakap pun, mata dia tak pandang kitorang. pandang ke arah lain seolah-olah tak nak kitorang baca air muka dia yang dia tengah menipu.. (untuk kebaikan mungkin)   

so kitorang tak nak banyak cakap and banyak soal, lagipun dah lewat sangat masa tu..aku pun tak sure pukul berapa. kami anggap bende tu dah setel, campur-campur penat pun iye jugak. sebelum arwah balik tu, ada jugak lah arwah bagi aku minum air yasin yang dia bawak siap-siap dari rumah untuk aku.

aku ingat dah abis dah. dah setel. elok je arwah balik, kitorang pun siap-siap la nak tido. masa tu ayah aku ikut sama tido ruang tamu bawah dengan kitorang. masa tu memang kitorang takda hati langsung nak tido tingkat atas. elok je nak terlelap, tiba-tiba semacam ada bunyik dentuman. bukan dentuman, tapi lebih kepada bunyik derapan tapak kaki yang kuat melangkah sekuat dentuman. gitteeww..

dia punya bunyik tu aku membayangkan makhluk yang teramat besar (dengar pada dentuman kaki die tu konfem-konfemlah besar) melangkah dari hujung rumah jiran sebelah kiri, mula-mula memang sayup.. tiba-tiba makin kuat dan makin dekat apabila bunyik derapan kaki gergasi itu betol-betol berada di atas bumbung rumah aku (rumah aku kat tengah-tengah) tetapi bunyi itu kemudiannya makin lama makin jauh meninggalkan sisa-sisa dentuman kecil dari langkahan kaki nya. makin lama makin sayup dan senyap! sunyi macam tiada apa-apa yang berlaku. dia dah pergi la tu. mungkin itu dari apa yang arwah pak long aku kerjakan tadi.wallhu alam.. tetapi entah kenapa masa bunyik dentuman tu muncul ; yang makin lama makin dekat lepastu makin lama makin jauh, sayup dan hilang terus tu buat aku rasa sebak. macam aku rasa kesedihan makhluk tu.. bole??

semua dalam rumah tu rupa-rupanya dengar benda yang sama. yelah, masing-masing baru nak lelap kot. apapun sempat pulak mak aku bisik kat telinga aku ''bende tu dah pegi dah. dah balik. dah penat rewang'' huhu.. pon bole...

sekian cerita seram malam pengantin..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-9-2013 12:11 AM | Show all posts
dah sedap cerita, baru perasan..panjang rupanya cerita aku...
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2013 12:38 AM | Show all posts
non.sari posted on 24-9-2013 12:11 AM
dah sedap cerita, baru perasan..panjang rupanya cerita aku...

lah fikir cita malam pertama pengantin.. rupanye cerita pelamin kena sakat.. penat adam baca sampai habis. sambung lah cerita malam pertama kedua.. nk tahu juga. honeymoon kt ne? kt langkawi? atau pulau pinang?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-9-2013 12:51 AM | Show all posts
haha! dik, citer malam pertama kat thread lain dik.. kalo citer kat sini dah tak seram.. dah jadi seram sejuk.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 24-9-2013 01:01 AM | Show all posts
SYABAS! penceritaan yg menarik dan mudah nak faham...yg paling penting bkn sinetron yg smpi berpuluh2 episod bersmbg tp x hbs2...

TT ada cite lain x? maybe psl arwah pakcik TT tu ke
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2013 01:06 AM | Show all posts
ingatkan ada adegan enjit enjit semut
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-9-2013 01:13 AM | Show all posts
shieda posted on 24-9-2013 01:01 AM
SYABAS! penceritaan yg menarik dan mudah nak faham...yg paling penting bkn sinetron yg smpi berpuluh ...

1st time kot. jadi ceritanya panjang. ni pun dah malu sebab tak perasan ceritanya panjang. cerita ni taip kat word dulu then copy direct ke sini. maka tak banyak la masa nak amik tuk cerita kat thread. ikutkan banyak sangat cerita.. banyak la jugak utk org muda macam saya ni.. tapi ceritanya tak relate dengan thread. cerita lepas kawen pun ada, sebelum kawen apatah lagi..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-9-2013 01:15 AM | Show all posts
AbukRokok posted on 24-9-2013 01:06 AM
ingatkan ada adegan enjit enjit semut

haha! mengharap citer lain letteww...
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2013 01:17 AM | Show all posts
non.sari posted on 24-9-2013 01:13 AM
1st time kot. jadi ceritanya panjang. ni pun dah malu sebab tak perasan ceritanya panjang. cerita  ...

citer jer...tang tajuk nt eh ekjas
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-9-2013 01:20 AM | Show all posts
shieda posted on 24-9-2013 01:17 AM
citer jer...tang tajuk nt eh ekjas

baik...!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-9-2013 01:31 AM | Show all posts
EHHH...DIA SENYUM KAT KITA LAAA....

oke.. cuba cerita lain pulak. cerita pengalaman selepas kawen. selepas kawen sehingga sekarang. baru terjadi pun ada. cerita ni agak klise dengan cerita lain yang ada sebab lebih kepada pengalaman ditindih. tetapi yang peliknya melibatkan suami aku.

untuk makluman, suami aku ni bukan type yang 'istimewa' macam aku ni, dia ni tak ada pengalaman terserempak dengan makhluk ni. never ever katanya. oleh kerana tak pernah diganggu, makanya dia ni sentiasa curious kalau aku bercerita tentang jin. kadang-kadang menyampah! ini yang pelik bila orang yang tiada pengalaman terserempak dengan makhluk tu, malah hampir tidak mempercayai kewujudan makhluk itu, sentiasa terkait sama kalau aku terkena. asal aku kene je kau ada. asal kau ada je aku kene.

lepas kawen tu, duduk la sekejap dekat rumah mertua. di sana kami ada bilik khas kat tingkat atas. asal nya memang bilik tido suami aku. so lepas kawen dah jadi bilik kelamin kitorang la. bilik tu luas, luas nya macam bilik meeting. besar kan... so aku bajet lepas kawen ni tak ada la apa-apa gangguan. aku bole hidup dengan aman tanpa sebarang kehadiran makhluk perosak mood aku.

tapi sangkaan aku ternyata meleset...
Last edited by non.sari on 29-9-2013 11:04 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-9-2013 01:59 AM | Show all posts
aku diuji lagi.. kali ni pengenalan pertama aku selepas kawen adalah ditindih.

yang menjadi kepelikan, bila aku ditindih suami aku tak semena-mena akan terlibat sama.. oke, aku cerita kronologi nya.

malam tu kitorang dah mula nak tido la.. dah siap bantal selimut semua, dah wish gud nite each other, aku dah mula start terlelap la. bila dah nak kene tu, kebiasaan nya sebelum tido, perasaan aku dah tak tenteram. selalu je aku dapat rasa ada benda nak datang kat aku malam ni. biasa la kan, berdebar-debar. seram sejuk. rasa nak marah. sekali memang betol. elok je nak lena, aku dapat rasa angin kat kaki aku. memang selalu yang rasa dulu kaki. rasa panas dan kebas.

so dengan rasminya aku dah terkena la ni. badan start dihimpit, ditindih. aku mula mengerang. biasa kalo aku baca, dengar orang punya cerita, kalau dah kene tindih tu, suara dorang tak kuar. dah jerit tapi takat kerongkong je. tapi part aku, bole jerit tapi menjerit takat mengerang je la yang aku mampu. badan ni memang totally collapse.. kebetulan aku pandang laki aku masa tido. mata ni bole terbukak. masa aku mengerang tu, aku mengharapkan laki aku pandang aku then buat lah apa yang patut untuk sedarkan aku.

ternyata gagal.. aku cuba lagi. masa tu perasaan takut ke, seram jangan cakap laa.. aku ni kalau dah kene tindih mintak sangat jangan dijelmakan macam-macam datang kat aku.. mintak simpang walaupun pernah jugak terkena sekali dua.. badan aku lama makin berat, tindihan tu macam ditambah lagi 10kg rasa nya. sesak nafas!

cubaan kali kedua pun gagal. laki aku kebetulan paling ke sana, maksudnya bukan mengadap aku la. aku dah start geram. baca ayat memang sah-sah tunggang langgang. elok-elok baca ayat kursi, tiba-tiba ending jadik doa makan..makanya gimana tu pak??

cubaan kali ketiga kali ni berhasil..aku mengerang dn laki aku terus berpaling.. TETAPI!! bukan dengan wajah simpati.. dia berpaling perlahan je, slow je.. nampak tenang. sekali bila dia pandang, amekaw!! elok cantik comel je dia menyeringai panjang kat aku... menyeringai tu pun dah nampak scary.. bayangkan menyeringai cara makhluk tu macam mana?? then seraya menyeringai tu mata dia terbuntang pandang aku.. lama dia pandang aku.... aku dah kalut. sudah, laki aku pulak jadi setan.  muka dia memang nampak muka setan. jahat sangat niat dia. seolah-olah dia nak bagitau ''apa?? kau ingat laki kau pandang kau? kau nak mintak tolong laki kau?? sorry....pandangla wajah ku ini...'' ngeeeeeee...

pehhh!! aku terus try hard nak menjerit, cuba gerak mana yang bole. akhirnya bila cuba punya cuba. mulut tak lepas sebut Allah..Allah..Allah... puff!! akhirnya aku sedar.

cepat-cepat tengok laki aku. sah! dia langsung tak berpaling kat aku. tido macam biasa. pandang arah lain. malah dengkuran nya makin kuat. makin lena. makin enak diulit mimpi..

terus aku kejut laki aku. mintak peluk.... ..esok nya baru aku cerita apa yang aku lihat malam tadi..

sekian...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2013 05:57 AM | Show all posts
sepatutnya tajuk nya :

Kisah Seram Malam Terakhir BAKAL Pengantin...

mula2 iols ingat ni kisah seram + tragis di mana pengantin akhirnya mati... sorry..
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2013 07:44 AM | Show all posts
TT aku nk lagikkk...amat2 menarik stori ko ni...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 24-9-2013 08:33 AM From the mobile phone | Show all posts
Menarik citer tt..aku pun biasa kena tindih. selalu ingat mcm mimpi. Ms kena tindih mmg akan nampak sipi2 lembaga hitam. Selalunya aku akan sebut Allah atau Allahuakbar baru terjaga.
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2013 08:48 AM | Show all posts
menarik, harap cepat sambung....
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2013 09:05 AM | Show all posts
non.sari posted on 24-9-2013 01:13 AM
1st time kot. jadi ceritanya panjang. ni pun dah malu sebab tak perasan ceritanya panjang. cerita  ...

first tyme baca...

yaya mcm membayangkan that things tu mcm something belongs to your family... or maybe mcm pendamping u...

dia macm marah yg u dah nak kawen... thats y dia mengamuk... n one thing, u ckp lepas kawen kurang 6th sense u kan... haaa... tu maybe sebab dia dah pergi... n u rasa sebak sebb mcm perasaan hilang seorg kwn baek... sbak je rasa mcm nk nangis.....

sharing is caring~~~

Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2013 09:05 AM | Show all posts
memang best la cara tt tulis citer... x sempat bosan... xde nak sambung2 berhari2 berminggu2 tapi citer xde ape2 pon sgt... terbaik la tt
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT


Forum Hot Topic

 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

25-4-2024 06:41 AM GMT+8 , Processed in 0.092519 second(s), 48 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list