CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: non.sari

[BEST]kisah-kisah angker nona sari - UPDATE!

  [Copy link]
 Author| Post time 19-12-2013 09:29 PM | Show all posts
KUCING HITAM

oke, cerita ni pulak dari arwah pakcik aku. cerita berkenaan dengan kucing hitam. biasa lah. kucing hitam kan biasa dikaitkan dengan jelmaan jin syaitan. malam tu pakcik aku pun tak terkecuali jugak. terkena panahan tenungan asmara kucing tersebut. oh ye, masa kejadian ni pakcik aku boleh pulak decide nak bawak motor je melawat atok aku. sedangkan selalunya dia akan bawak kereta lebih-lebih bila dia tahu dia akan balik lewat malam. nak jadi sebab kata nya..

malam tu dia dengan isteri dia melawat atok aku yang sakit kat kampung. pegi nya petang dan balik nya malam.
takda la sakit teruk. just sakit-sakit demam je. malam tu kat kampung macam biasa la. borak-borak, makan-makan. melayan atok aku yang kebetulan tinggal sorang kat rumah tu. teman lah sekejap atok aku. gitu gini gitu gini sampailah jam 12.00 tengah malam pakcik aku dan isteri nya melawat atok aku.

kebetulan pakcik aku ni memang duduk di daerah yang sama dengan atok aku. cuma part atok aku kat kampung, pakcik aku pulak kat bandar. so pada dia masa tu takde masalah lah bagi dia nak balik rumah dia dalam keadaan tengah-tengah malam buta masa tu. so dalam pada dia baru sedar jam dah pukul 12, terus dia terkocoh-kocoh ajak bini dia balik. sempat la dia cakap kat bini dia ''cepat mah balik. dah malam. tak sanggup nak tunggu lama. nak lalu bukit tu lagi..huuuuu!'' masa ni pakcik aku cerita siap menjungkit-jungkit bahu tanda dia seram bila pikir pasal bukit tu.

bukit tu pulak memang terkenal dengan keangkerannya.. berapa kali orang kampung terserempak dengan penampakkan kat situ. mat rempit lah biasa kena. jalan pulak straight je. takde bengkok-bengkok. memang best la merempit, jin nya pulak memang best lah tahan motor mat rempit. bajet boleh jadi cikaro tenggek kat seat belakang. lepas tu beredar lah pakcik aku dari rumah atok aku.tapi sebelum tu, ada pulak masalah motor pakcik aku susah nak start. padahal baru je servis.. start banyak kali, baru lah hidup. biasalaaa.. nak jadi sebab.....

tengah best layan 2-3 lap sambil bersiul hanya untuk menghilangkan rasa seram maka sampailah dia dekat kawasan bukit tu. elok je naik jalan bukit tu, tiba-tiba lampu motor dia buat hal. macam unggun api ditiup angin saja cahaya nya. kejap terang kejap malap. makcik aku yang duduk belakang yang memang diam dari tadi dah start gelabah. makcik aku cerita, masa ni memang takut tak boleh cakap lah. tak mampu nak cakap, mampu tepuk-tepuk peha pakcik aku je dengan isyarat curious apesal motor tu meragam tiba-tiba. yang pakcik try to relax.. cuba buat bodo, pada die selagi moto boleh jalan dia jalan. gelap pun gelap lah. kalau sampai langgar lubang, pokok, semak pun tak kesah. janji motor tu bergerak sampai rumah.. gitu sekali kan..

elok je dalam hati berkata-kata pasal enjin, tiba-tiba pulak enjin motor buat hal.. dah bunyik macam motorbot tinggal mase nak mati je enjin nya. makin kuat lah tepukan kat peha pakcik aku ekoran makcik aku yang dah cuak gila khinzir kat belakang. dah bunyik macam motobot tu akhirnya kecundang jua. maka mati lah enjin motor tu di tengah hutan di atas bukit angker itu. pakcik aku still stay calm lagi. dia kata dia tak nak gelabah. dah makcik aku pun gelabah, campur dia pun gelabah, memang tak jadi ape lah. tapi memang saja je kan.so makcik pakcik aku pun turun dari motor tu, sorong ke tepi. pakcik aku try start motor tu. tak idup. try start lagi. pun tak idup. try lagi, macam nak idup tapi tak idup.

pakcik aku doa-doa la kot ada mat rempit buat game malam ni. bukan nak join, tapi nak mintak tolong la konon-konon nya. tapi elok pulak malam tu takda sape yang berlumba. sebijik motor or kereta pun tak ada yang lalu. pakcik aku baca-baca sikit ayat-ayat pendinding diri dan mana-mana ayat yang dia tahu. makcik aku pulak dia cakap memang dari tadi mulut mengaji tak berenti. dah baca-baca tu, try start lagi. Alhamdulillah.. hidup.. bila motor tu hidup maka lampu pun start hidup. tetapi! jeng jeng jeng.... ada yang menunggu di hadapan. elok je motor hidup, otomatik lampu hidup dan menyuluh terus ke depan. kelihatan 3 meter dari tempat dorang berdiri terlihat penampakkan susuk tubuh kucing hitam dengan gigi menyeringai, alaa.. kucing kalo rasa terancam kan gigi dia menyeringai sambil keluar suara berdesir.. haa macam tu lah. dengan matanya yang berwarna oren, pakcik aku cakap macam warna lampu keter dari jauh, then telinga dia panjang sikit dari kucing biasa.

mengucap panjang pakcik aku masa tu. makcik aku pulak terus melompat ke belakang pakcik aku and tak pandang depan langsung. tunduk je. padahal bulan masa tu penuh. kalau lampu jalan takda pun, still boleh nampak jalan and kawasan sekeliling lagi. so should be kalo ada kucing kat depan tu konfem-konfem akan nampak sepasang mata kucing kat depan motor dia.tapi pakcik aku cakap malam tu jangan kata kucing, bunyik cengkerik pun tak dengar. apa lagi mat rempit. mata kucing kan menyerap cahaya. bila dah macam tu,segala bulu roma naik mencanak tetiba. rongga roma pun terasa kembang je.. bila dah macam tu, pakcik melompat naik motor. tarik tangan makcik aku suruh dia naik motor cepat-cepat.

dengan masa yang ada dan kebetulan motor pun boleh hidup, kesempatan yang ada dia guna sebaik mungkin. terus pulas minyak and masa tu dia nekad nak rempuh je kucing tu sebab dia yakin tu bukan kucing biasa. tu adalah jelmaan jin. masa bergerak nak sampai ke kucing hitam tu, makin kuat pakcik aku pulas minyak. bila hampir sampai tempat di tuju, kucing tu dengan muka yang menyeringai dan mata oren menyala terus melompat umpama cheetah masuk ke dalam hutan berhampiran lalu hilang macam tu je. elok je kejadian tu tamat, elok je 2-3 buah motor lalu jalan tu.. tak lama kereta pulak lalu, 3 bijik pulak tu. sampai ke bandar pakcik aku ditemani kereta yang follow kereta dia tak potong-potong dari tadi..

masa tu pakcik aku dapat simpulkan yang malam tu memang malam dia disakat oleh  jin dan syaitan. dia pun macam yakin  sangat bahawasanya hijab dia memang tertutup dengan dunia luar dan diasingkan sekejap oleh jin dan syaitan hanya untuk menganggu dorang. sebab pakcik aku cakap elok je setel kene sakat tu terus keadaan jalan tu macam sibuk. banyak kenderaan lalu then macam takda apa-apa yang berlaku sebelum tu.
anyway, alfatihah untuk pakcik aku... pakcik aku yang paling lembut dan cool!
sekian...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 19-12-2013 09:30 PM | Show all posts
naq_j posted on 19-12-2013 12:51 AM
hadoyai puan non.sari....lu punya cerita banyak seram....sekarang gua takut mau tidur....
hahahuha

lu apehat baca malam-malam..
lu baca siang-siang laa...
tak takut maaa....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2013 10:18 PM | Show all posts
''WAWA TAKUTTT... WAWA NAMPAK HANTU.....''

oke.. kisah ni pendek je kot.. ke panjang? tah laa.. aku kalau dah menaip elok-elok nak pendek mesti jadi panjang. kisah ni berlaku baru lagi. baru sangat dalam awal bulan ni kot. aku dengan suami kerap tak ada kat rumah. selalu keluar. berjalan. then pernah lah tinggalkan rumah berhari-hari lamanya. kadang-kadang sampai seminggu. kalau dah rumah asik kena tinggal je, faham sajalah siapa je yang suka buat rumah kosong jadi homestay. kadang-kadang home-stay forever..

aku jugak ada bela kucing yang kadang-kadang aku tinggalkan bila aku kuar berjalan then makesure aku tak kurung lah ye.. bebas berjalan di kawasan rumah plus tinggalkan makanan and minuman kat dorang secukupnya dekat dorang yang semangnya kalau aku balik tak penah pun abis. kebetulan belakang rumah ada koridor luas. memang tempat diorang bercanda ria laa.. so no worried. semuanya berjalan lancar dan dalam kawalan.

sehingga lah pada satu malam, ketika aku dan suami baru je balik berjalan selama 3 hari, kami pun pulanglah.. sampai rumah dalam pukul 11.30 malam.. bukak pintu kucing aku sambut kitorang. masa bukak tu kucing aku yang sekor ni macam tak eksaited je tengok aku balik. kalo tak dia la kucing pertama yang tergolek terguling mintak peluk. tapi kali ni kitorg bukak pintu je bila nampak kitorang membuntang je mata pandang aku. lepas tu terus berdesir macam nampak musuh dah tu terus mencicit lari masuk dalam.. aku dengan suami aku pelik lah. takkan baru 4 hari kena tinggal terus lupa tuan kot. melampau nih!

so aku masuk dalam terus ke ruang tamu. duduk melepek kat sofa. bukak tab, cek facebook kot ada noti ke. bukak forum pulak. cek gosip terbaru, story hantu terbaru, cek noticed kot ade yang reply thread. takde! tak glemer kann.. heheh. pastu mulut ni sambil-sambil tu panggil lah kucing aku. wawa nama die ko. panggil lah ''wawa! wawa.... sini laa..lupa kite ke..'' gittew.. tak lama kucing aku pun terkedek-kedek datang. rupanya tak jauh dia lari, balik pintu nak ke dapur je.. tapi sempat la aku tengok dia  terhendap-hendap dari pintu. aku panggil dia suruh duduk sebelah aku. tu pun keadaan dia macam riki-riki line je. agak-agak elok terus dia melompat duduk sebelah aku. jilat-jilat bulu sume..

tak lama laki aku keluar dari bilik terus ke depan. bila si wawa ni nampak laki aku. berdecit dia lari sambil berdesir macam rasa terancam. aku pun pelik lah. amboih wawa! dengan laki aku pun sombong kan.. so aku rasa macam ada yang tak kena la. laki aku tanya aku apa kena si wawa tu. aku jungkit bahu lah. sempat jugak lah aku cakap kat laki aku yang tak lebih hanya nak bergurau saja, ''muka abang macam hantu tak...'' gittew. so kita buat tak pot la.. duduk-duduk kejap sebelum mandi segarkan badan.

tengah duduk-duduk, sekali aku perasan ekor mata aku ni macam ada something warna putih yang melintas.. laju. so aku pandanglah. takde. benda tu melintas kat balik pintu tempat si wawa ni terhendap-hendap sebelum die datang kat aku tadi. then aku memang yakin sangat yang melintas tadi si wawa kucing aku yang kebetulan memang warna putih. tiba-tiba benda tu melintas lagi. then kejadian ni memang aku nampak dari ekor mata aku saja. so aku pandang la cepat-cepat. sambil tu aku seru nama kucing aku ''wawa... sini laa.. apesal ni? tak nak kawan dengan kita ke?'' begitulah dialog aku yang aku bajet macam kucing aku faham sangat.. khennn.. wawa tak keluar jugak.

then ekor mata ni tetap tertangkap bayang putih yang bergerak laju ke hulu ke hilir ada lah dalam 4-5 kali. berdesup. ilang. berdesup. ilang. dan aku ni masih yakin itu adalah kucing aku. kadang-kadang kan kucing kalo naik sheikh dia, main ke berlari ke macam ilang akal..semua dia langgar. lari pulak berdesup laju. aku still seru nama kucing aku. ''wawa!! sini lah.'' kali ni kuat sikit. sekali kucing aku yang aku seru tu elok je keluar dari tepi sofa tempat aku duduk terus duduk melutut sebelah laki aku. tepi sofa okeh.. bukan tepi pintu yang mana aku nampak 'kucing' aku ni berlari naik sheikh berdesup ilang tu. fyi, kucing aku ni 2 ekor je kat rumah ni. satu putih. satu hitam campur-campur. masa ni aku dah start seriau. lebih-lebih tengok wawa membulat mata pandang pintu. mengiau tidak, berdesir pun tidak. muka macam attack something. meremang segala bulu roma ni. perasaan seperti itu lah yang aku benci sebenarnya. benci sangat. perasaan gundah gulana sebab makhluk halus ni.

tetapi dalam gundah gulana itu terus aku pekik sambil bangun and cekak pinggang lalu dialog ni spontan keluar, lebih kurang macam ni lah ''kau jangan nak mula! ini rumah aku. jangan cari pasal kat sini. kau pegi carik tempat lain, tapi bukan rumah ni!'' macam tu lah aku ketika siri berdialog dengan jin. tak tau lah mana datang kekuatan aku malam tu. mungkin sebab dia acah pakai ekor mata aku je kot tu yang aku berani. kalo dia main lintas terbang-terbang depan aku mau jugak dialog aku bukan macam tu. laki aku yang zero sense dia terhadap makhluk halus ni terpinga-pinga tengok aku marah pintu tu siap cekak-cekak pinggang. dia panggil aku pun aku macam buat tak pot lagi. masih menahan marah campur takut.

terus aku cakap dekat laki aku yang masih membuntang mata tengok aku. jangan kata laki aku, si wawa ni pun rupanya terbeliak mata tengok aku marahkan pintu. aku bagitau laki suruh bukak semua tingkap then azan kan rumah ni. dia tanya aku ''ada ke yang?'' aku mampu angguk je. sambil-sambil tu aku baca ayat pendinding bagi menguatkan 'upacara menghalau hantu'. act, aku penat sangat malam tu. bila penat tetiba ada kejadian macam ni aku jadi tension tau. nasib baik bukan hardcore mane, cuma melintas je. tapi kalau dibiarkan, kang makin mengada-ngada pulak jin setan nih. bila dah abis azan, aku biarkan 3minit dan tutup balik tingkap..

so dah setel tu, aku duduk kejap. laki aku duduk sebelah cuba tenangkan aku. masa tu aku terfikir sesuatu dan terus cakap kat laki aku ''patutlah wawa marah bila kita balik. dia takut-takut. mata asik pandang pintu je. abang ingat tak masa kita bukak pintu balik tadi? wawa dongak pandang kita kan? saya yakin, dia sebenarnya bukan dongak pandang kita. tapi dia dongak sebab ada benda tu dekat atas kepala kita...benda tu ikut kita bang...''
sekian

p/s baru perasan, cerita aku banyak melibatkan kucing pulak malam ni..


Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2013 10:35 PM | Show all posts
non.sari posted on 19-12-2013 09:29 PM
KUCING HITAM

oke, cerita ni pulak dari arwah pakcik aku. cerita berkenaan dengan kucing hitam. bi ...

hi @non.sari .. nasib baik kucing aje dia nampak..kalau nmpak bende lain?? wakakakka]

same macam aku jugak.. kalau nasib "baik" boleh lah nampak makhluk macam comel tu... pernah skali mase tu dah nak masuk 12am..
jiran sebelah umah,name zura ajak keluar teman dia belikan abg ngah dia rokok.. mase tu dalam menengah 3.. budak baru merase dapat moto kan.. lenjan lah pusing satu kampong walaupun dah tengah malam.. xpadan dengan anak dara..huhu

mase tu pulak tengah cuti hujung taun, balik la ke kampung halaman mak kat KL je.. hehe tengah pusing2 tu tengah seronok kengkonon bes jalan malam2 kami x perasan pun dah masuk kat jalan surau lame.. kat area ni memang angker sikit..tibe2 ade burung itam lalu depan mate melintas..serentak tu jugak kami nampak dalam 5,6langkah kat depan kami ade kain putih besar tengah terbang lalu atas bumbung umah orang..  mase tu kawan yg bawak moto tu dah pecot laju dah sebab terperanjat.. sempat lagi saye mase tu toleh belakang tengok balik ade lg x kain tu.. tapi tengok dah xde..huhu tapi kan nasib baik nampak kain ajer yang besar mengerbang2 x nampak rupe hodoh..

bukan setakat tu je yg kiteorang nampak malam tu... zura ni pulak ajak lalu kat satu kawasan ni.. kawasan ni pun angker jugak... tp mase tu pk seronok aje, xterfikir pun pasal macam2 orang jumpe kat tempat tu...

jalan ni pulak lalu depan rumah ketua kampung... kebetulan pulak mase lalu tu, umah ketua kampung ni ade khemah depan rumah,mungkin ade kenduri kot... ade lah ahli keluarga ketua kampung tu lepak2 kat depan rumah tu...mase lalu tu dari jauh family dorang dah jerit2 kat kami..

family ketua kampong: " dek... jangan lalu depan tu, ada hantu..pusing balik.." dorang cakap macam jerit2 jugak la..
pastu zura cakap " weh, dorang cakap depan ade hantu lah.."
aku cakap pulak kuat2 " eleh dorang nak tipu kite je tu.. mane ade hantu.."

so dengan muke eksen nye kami sikit pon xberenti kan moto cakap time kasih ke ape ke kat dorang tu... haha xsampai bape saat, lalu la kami kat satu bukit kecik ni..dari jauh nampak macam nangka kene balut..so konfiden lah tengok nagke tu... tapi mase tu dah pelik dah.. kenape nangke ni besar sangat..lepas tu pokok nagke pon xde yg ade pokok pisang..wakaka.. rupe2nye kami nampak pocong dengan muke itam legam... pastu kawan ni pulak sengal,agaknye dah terkejot kot 2x jumpe malam tu... ade ke patot... dah tau nampak pocong kat tempat lalu tadi, dia pegi patah balik lalu depan pocong tu .... haaaa nah..amek ko...2 kali tengok pocong malam tu... wakakakakka lepas dah kene tu baru lah kami pegi beli rokok abg dia pastu balik umah..dalam perjalanan tu asik bace jer ayat kursi je...hhahah demam seminggu uols...



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 19-12-2013 10:50 PM | Show all posts
mrs.fadhli posted on 19-12-2013 10:35 PM
hi @non.sari .. nasib baik kucing aje dia nampak..kalau nmpak bende lain?? wakakakka]

same maca ...

aku bajet family ketua kampung ni mesti dah nampak dulu ek..
silap2 dah kene sakat dah..
baik ati pulak siap warning tak bagi lalu sbb ada hantu kat depan..
kalo lah aku ni famili ketua kampung tu, aku dah berdesup lari masuk rumah.. yg jumpa antu tu, nasib ko lah..



Reply

Use magic Report

Post time 19-12-2013 11:47 PM | Show all posts
non.sari posted on 19-12-2013 10:50 PM
aku bajet family ketua kampung ni mesti dah nampak dulu ek..
silap2 dah kene sakat dah..
baik at ...

tapi lepas tu nyesal  sangat..hik3.... xdengar cakap org tu lah padahnye..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-12-2013 12:19 AM From the mobile phone | Show all posts
panjangnyaa.. nntila sambung baca.. ngantuk..
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2013 03:56 AM | Show all posts
non.sari posted on 19-12-2013 10:18 PM
''WAWA TAKUTTT... WAWA NAMPAK HANTU.....''

oke.. kisah ni pendek je kot.. ke panjang? tah laa.. a ...

samalaa kita TT, ada bela kucing kat rumah ni.
semenjak terjebak dgn bod MPS ni, sy jd penakut sikit especially time baca n menyelami story2 kat sini.
time cuti sekolah ni, sy selalu baca tgh2 mlm buta (mcm sekarang laaa...)
nway, walaupun sy takut, sy selalu guna kucing sy sbg 'penanda aras' gitu.
kalau kucing sy ok, sy rasa OK kot.

kalau kucing mmg gerenti nampak ke entiti2 mcm ni?
apa pendapat TT?


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2013 11:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Lg tt...best le cite tt...sy bc pun seram sejuk je...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-12-2013 12:06 PM | Show all posts
iamalady posted on 20-12-2013 03:56 AM
samalaa kita TT, ada bela kucing kat rumah ni.
semenjak terjebak dgn bod MPS ni, sy jd penakut si ...

wallahualam..
sebab selalu kite dgr anjing kan yg selalu alert and sensitif dgn penampakkan makhluk ghaib ni..
kalo kucing itu la 1st time pengalaman TT face it bnda tu..
tapi hati ni masa tu kuat sgt rase kucing TT nampak bnda tu..
sbb kucing akan act like that kalo die takut or rase terancam..
mase tu mmg nampak sgt kucing TT takut and terancam..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-12-2013 12:15 PM | Show all posts
syafiq79 posted on 20-12-2013 11:36 AM
Lg tt...best le cite tt...sy bc pun seram sejuk je...

insyaAllah..
now tgh leka baca story JC (read : JokesCop) tu..
kerap menebeng kat sana, umah kat sini dilupakan plak.. hehehe
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-12-2013 12:16 PM | Show all posts
clarizsa posted on 20-12-2013 12:19 AM
panjangnyaa.. nntila sambung baca.. ngantuk..

iyee... aku kalo menaip ilang ingatan..
sebelum taip, azamnya nak buat cerita pendek je..
dah pegang keyboard maka lupa segala azam..
tido dulu la, baru baca..
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2013 12:28 PM | Show all posts
non.sari posted on 20-12-2013 12:06 PM
wallahualam..
sebab selalu kite dgr anjing kan yg selalu alert and sensitif dgn penampakkan makhl ...

alamak... me harap sgt TT bgtau yg kucing GERENTI akan sedar kehadiran entiti lain.
sbb me rasa SAFE bila tengok my cats tu mcm selamber je mcm xda apa2.

my house ni kdg2 apa2 berlaku kt dpn rumah x dpt dgr sgt.
me selalu lepak kt tv room which is connected to dapur.
cara me tau ada org dtg kt dpn tengok my cats, especially yg sekor tu.
dia sgt alert.
erkkk... ckp psl kucing pulak dh.

nway, me actually SR kt rumah TT ni.
sis mmg dh lama kan ada 6th sense ni.
pernah x sis 'nampak' entiti tu, tp kucing sis mcm biasa je.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-12-2013 12:43 PM | Show all posts
iamalady posted on 20-12-2013 12:28 PM
alamak... me harap sgt TT bgtau yg kucing GERENTI akan sedar kehadiran entiti lain.
sbb me rasa S ...

so far takde plak.. sbb akak baru je bela kucing dik..
baru setahun bela kucing..
dulu nmpak sorang2 la.. takde kucing lagi..
cer try bawak kucing g jalan2 kat kubo ke, kat rumah kosong ke..
tgk reaksi die cemane.. kalo semacam je tu,
dia nampak la kot...
tapi akak penah baca dekat thread or blog mane ek,
kucing ni akn pandang je pd something yg menarik die untuk pndang..
pamdang dan tak toleh ke mane2..
mcm die pandang cicak kat siling laa..perasan tak?
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2013 12:53 PM | Show all posts
non.sari posted on 20-12-2013 12:43 PM
so far takde plak.. sbb akak baru je bela kucing dik..
baru setahun bela kucing..
dulu nmpak sor ...


aduhhhh... x nak cari penyakit laaaa...
cukup me baca kat sini je.

oooooo... alamak mcm x dpt harap lah kucing ni sebagai pengesan entiti halus.
selama ni me harap my cats dpt detect.
(xper lepas ni me nk buat2 x ingat hal ni, so dat rasa selamat sikit...)
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-12-2013 01:05 PM | Show all posts
iamalady posted on 20-12-2013 12:53 PM
aduhhhh... x nak cari penyakit laaaa...
cukup me baca kat sini je.

kalo nak detect betol, pakai anjing laa..
tambat depan rumah...
kalo die melolong panjang pukul 2-3 pagi.. ade la tu..
hehehe..
tapi kalo nk try bole gak..bole jaga rumah sekali..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-12-2013 01:21 PM | Show all posts
non.sari posted on 20-12-2013 01:05 PM
kalo nak detect betol, pakai anjing laa..
tambat depan rumah...
kalo die melolong panjang pukul  ...

kalau bukan the obvious reasons, lamaaaaa dh me bela anjing.
suka baca n tengok kisah anjing.
so loyal n so cute.

kalau anjing melalak kat luar rumah tu xda apa sgt.
ni me kat dlm rumah.
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2013 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
non.sari posted on 20-12-2013 12:15 PM
insyaAllah..
now tgh leka baca story JC (read : JokesCop) tu..
kerap menebeng kat sana, umah kat ...

Story jc tu kelakar nk mampus bc...keras perutku membcnya...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-12-2013 02:39 PM | Show all posts
syafiq79 posted on 20-12-2013 02:04 PM
Story jc tu kelakar nk mampus bc...keras perutku membcnya...

tau takpe...
aku bajet die muda.. tapi nye dah lame tu citer die..
aku agak otak die mase tu dah maju dulu.. hehe
Reply

Use magic Report

Post time 20-12-2013 04:58 PM | Show all posts
we want more!
we want more!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 07:13 AM GMT+8 , Processed in 0.074324 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list