CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: non.sari

[BEST]kisah-kisah angker nona sari - UPDATE!

  [Copy link]
Post time 20-12-2013 07:46 PM | Show all posts
non.sari posted on 20-12-2013 02:39 PM
tau takpe...
aku bajet die muda.. tapi nye dah lame tu citer die..
aku agak otak die mase tu da ...

dia byk baca komik tu kot.
hidup2 me ingat dia masih study ala2 early 20's.
rupa2nya bpk org tu.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 20-12-2013 08:18 PM | Show all posts
iamalady posted on 20-12-2013 07:46 PM
dia byk baca komik tu kot.
hidup2 me ingat dia masih study ala2 early 20's.
rupa2nya bpk org tu. ...

Tu laa..
otak komik tu..
nasib baik cerita nye Thorbaeekkkk...!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2013 01:57 PM | Show all posts
RONA DAN RONI

oke, kisah ni berkisahkan tentang sepupu aku pulak. diorang ni kembar.. laki + laki. mak diorang merangkap makcik aku lah yang ceritakan dekat aku yang mana ia telah diceritakan terlebih dahulu oleh jiran dia kepada makcik aku.. arrr.. boleh faham tak? masa ni si kembar ni kecik lagi. kecik tak kecik laa.. dalam umo 8 tahun iaitu darjah 2 masa kejadian tu berlaku. sekarang dah besar. besar tak besar sangat lah. dah darjah 5. hehehe.

masa tu awal pagi.. jiran makcik aku ni aku letak nama wak lan lah, orang kuat masjid/surau kat kampung tu. so memang rutin die la awal-awal pagi dah gerak dari rumah nak ke surau berdekatan. so setiap pagi nak ke surau memang dia akan melalui rumah makcik aku. so seperti pagi-pagi yang sebelum ni memang takda kejadian ganjil lah yang berlaku.

cuma pada pagi tu, dalam perjalanan ke surau yang mana akan melalui rumah makcik aku ni ada satu kejadian yang pada dia agak ganjil la.. sebelum tu, sebelum dia nak melalui rumah makcik aku ni dari jauh dia dah nampak 2 orang budak laki main lompat-lompat atas tembok tepi parit kecik dekat depan rumah makcik aku. bila diamati betol-betol 2 orang budak laki ni adalah anak kembar lelaki makcik aku yang aku namakan Rona dan Roni. Wak lan ni pun tengok si rona roni ni sakan main lompat-lompat dengan memakai baju sekolah. so pada perkiraan dia masa tu, si rona roni ni tengah tunggu bas sekolah la. sementara bas sampai, dorang main lah lompat-lompat bagi memenuhi masa lapang.

makin lama,makin sampailah wak lan diperkarangan rumah makcik aku. kedengaran lah gelak tawa rona roni yang leka bermain dekat tembok tepi parit. bila dah sampai betol memang sah la 2 orang tu rona dengan roni. masa tu sempat la wak lan ni pandang jam kat tangan dia. aik! baru pukul 4 setengah pagi kot. awal nye tunggu bas. wak lan masa tu tepu lagi. tak pikir apa-apa yang tak best. mungkin pada perkiraan dia, rona roni nak ikut rombongan sekolah kot.. so awal-awal pagi kena gerak. aku agak lah dia pikir macam tu..

bila sampai je dekat depan rumah makcik aku dia berentikan moto dia. bajet nak tegur la rona dengan roni yang tengah leka bemain-main tu. ramah pulak orang tua ni kan.. elok je wak lan berentikan moto die, rona dengan roni ni pun berenti lah bermain. dua-dua budak ni terus pandang wak lan. wak lan cerita kat makcik aku, masa ni rona dengan roni diam. tak ketawa. tak bercakap. senyum pun tak. pandang je wak lan. kalo tak sebelum ni kalo jumpa rona dengan roni, orang belum tanya, diorang dah jawab dulu. lebih-lebih rona yang agak aktif la berbanding roni. masa ni wak lan still bersangka baik lagi. maka bertanya lah wak lan kepada dua si kembar ni
''pagi-pagi dah tunggu bas? baru pukul 4setengah. pukul berapa masuk sekolah ni?'' rona roni diam.
''jangan main lompat-lompat. nanti jatuh. baju kotor.'' pesan wak lan. diam lagi.
''bapak ko dah bangun belum? pegi surau tak?'' pun diam.

so menjadi kepelikan la kat wak lan bila soalan yang ditanya satu pun tak dijawab. agak apa kena la rona roni ni kan.. bila dah macam tu wak lan pun start la moto dia sambung hajat nak ke surau. elok je wak lan start motor, mencicil si rona roni ni lari masuk ke arah belakang rumah. berdesup dan hilang. fyi, memang kebiasaan rumah kampung kat situ, pintu keluar dan masuk memang bahagian dapur which is kalo kat rumah makcik aku ni pintu nya agak ke belakang. so memang tak menjadi kepelikan la kat wak lan yang mana rona roni ni lari terus ke belakang rumah. kebetulan lampu belakang rumah makcik aku tak menyala. bajet wak lan yang rona roni lari, berdesup dan ilang tu mungkin rona roni terus masuk rumah. maka selesai la episod pagi tu.

petang pada hari yang sama. wak lan datang ke rumah makcik aku nak bagi nangka. sampai rumah makcik aku, dia nampak rona dengan roni tengah siap-siap nak keluar main. nampak je rona roni, wak lan terus tegur si kembar tu.  ''wah ko sombong dengan pakcik ea pagi tadi? aku tanya korang buat bodo je. ko pegi sekolah awal-awal nak buat ape? pakcik bas pun tak bangun lagi lah'' kata wak lan sambil tersengih. si rona dengan roni pun menjawab.''mana ade! arini ari sabtu. mana sekolah!'' gitteww..
''eehh..yelah tu! mak ko mane? bapak ko? '' begitulah wak lan yang sampai ke sudah tak tau dia dah kena game!

so bila dah jumpa makcik aku,dia pun ceritakan lah hal pagi tadi. dari dia nak pegi surau, nampak rona roni main, tegur dorang, dorang lari dan sambung ke surau balik. sempat lah dia tanya makcik aku samada rona roni ikut rombongan sekolah ke.. awal-awal dah tunggu bas. makcik aku ni berkerut je dengar cerita si wak lan ni. makcik aku pun bagitau la yang arini ari sabtu. budak-budak tak sekolah. pukul 11 pagi baru budak-budak tu bangun! maka bertarzan lah makcik aku memekik kat si kembar tu bila matahari mencanak pun dorang tak bangun lagi. makanya wak lan tepuk dahi. dia cerita memang mati-mati pagi tu dia jumpa rona roni dekat tembok depan rumah sambil main-main. bila ditegur tak menjawab, senyum pun tak. pandang je muka wak lan tak cakap ape-ape. lepastu lari terus masuk belakang. dan hilang.

bila dah macam tu makin berkerut lah muka makcik aku masa tu. memang diakui, tembok depan rumah dia ni memang agak keras sebab tembok batu kan.. eheh eheh eheh eheh! lawak tak.. sebenarnya tembok batu dan kawasan rumah dia ni memang agak angker dulu. itu pun sebab ada pokok kekabu yang penah tumbuh kat situ then telah ditebang 2 tahun yang lalu. itu pun sebab aduan orang kampung yang kerap kena ganggu kat situ. bukan setakat nampak rona roni, penah mat rempit yang baru balik merempit lalu depan rumah tu, nampak pakcik aku ni tunduk mencangkul malam-malam pukul 2 pagi! yang di cangkul adalah angin, bukan tanah! belum lagi yang pernah ternampak perempuan berbaju kurung duduk bersimpuh tepi jalan sambil menghayun-hayun tangan . kalo nak dikira, memang bermacam-macam lah gangguan yang pernah orang kampung situ terkena dekat depan rumah makcik aku.

''agak ko ni jumpa sapa pagi tadi lan?? betol-betol anak aku ke anak 'orang' lain??'' tanya makcik aku yang mula kembang tengkuk nya membayangkan cerita wak lan. wak lan cuma diam sambil memandang kebun belakang, mengingatkan dia pada kejadian pagi tadi ; 'rona roni' lari dan hilang!
wak lan bagi nangka, start motor dan... '' aku balik dulu yam, kirim salam jamal''... blah!
sekian..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2013 03:20 PM | Show all posts
KUIL, LOCENG, KEMENYAN DAN JAMPI SERAPAH bermain-main disekelilingku..

ni cerita ayah aku pulak. pengalaman sebelum dia pencen. sebelum dia pencen die kerja dekat sebuah syarikat yang menyumbangkan tenaga yang sekarang tengah sakan nak naik kan rege... tau kan.. so ada time keje dia ni die kene balik malam.. kadang-kadang sampai awal pagi. kerja nye pulak di ceruk-ceruk. di ceruk pedalaman. di kawasan ceruk kampung yang terpencil. dan bermacam-macam ceruk lagi.

dan pada satu malam dia terima call, ada pokok tumbang dekat kampung sekian-sekian yang mana pokok tu telah menimpa tiang elektrik dan menyebabkan blackout. ayah aku ni masa tu demam. ikutkan memang tak larat. tapi paten ayah aku ni, selagi boleh bangun even setakat mampu merangkak dia tetap keja. susah nak amik m.c. selagi boleh keja, dia keja. mak aku tegah jugak. tapi die tetap berdegil. maka nya, gasak ko lah bang..

so sepanjang perjalanan ke kampung tu memang bapak aku baring je.. dia minta kebenaran nak duduk seat depan. masa tu company ni pakai lori lagi. biasa die duduk belakang. cuma malam tu dia rasa tak larat. dia minta duduk depan. member bising tak bagi ikut, tapi dia nak ikut jugak. sudah nya dia tak follow buat kerja pun sebab dia rasa malam tu dia betol-betol tak larat. member dia yang suggest dia tak payah follow, just rehat je dalam lori. ayah aku setuju. itupun ayah aku bagitau, lagi 15 minit dia turun.

fyi, kawasan pokok yang tumbang tu berdekatan dengan kuil lama. kuil india. memang abandoned dah. oleh kerana kawasan pokok tumbang tu tak membolehkan lori masuk, maka dorang terpaksa parking lori ke luar sikit. then kebetulan betol-betol berhadapan dengan kuil lama tu. jarak pokok tumbang dengan lori tu lebih kurang 5 meter.. dan di selangi lalang yang tumbuh melata dan meriah nye.. kalo dari dalam lori ni memang tak bole nampak pokok yang tumbang tu..

ayah aku ni ditinggalkan lah dalam lor seorang diri.. ayah aku amik keputusan nak baring kat seat pemandu yang mana seat tu bole dibaringkan. 5 minit pertama oke lagi. ayah aku pejamkan mata, cuba lelap sekejap. 10 minit kemudian pun still oke lagi. cuma kadang-kadang bunyik daun-daun pokok yang ditiup angin dan sedikit bunyik angin. malam tu memang hujan lebat. itu mungkin bunyik angin tanda nak hujan sebentar lagi. hampir setengah jam keadaan berjalan seperti biasa. ayah aku pun hampir jugak melelapkan mata. 15 minit yang dijanjikan untuk turun membantu berlalu begitu saja.

tengah ayah aku hampir-hampir nak terlelap, tetiba dia terdengar bunyik loceng kat luar. bunyik loceng yang dia dengar tu sama macam bunyi loceng untuk orang india sembahyang. tak lama lepas tu senyap. ayah aku terjaga, kot dia mimpi ke ape kan.. dengar betol-betol, bunyik tu takda, so sambung baring lagi. then loceng tu berbunyik lagi. kali ni lagi kuat dari yang dia dengar tadi. bunyik loceng orang india semayang. ayah aku bangun. bila diamati betol-betol bunyik loceng tu adalah dari kuil india yang abandoned itu! ayah aku cuba amati betol-betol samada apa yang dia dengar tu betol ke dari kuil tu.. bunyik loceng itu masih lagi kedengaran. dan sah memang dari kuil india tu..

ayah aku pejam mata rapat-rapat. tiba-tiba bulu roma dia meremang. hidung dia menangkap satu bau yang biasa dia bau dekat kejiranan kami. ye.. bau kemenyan yang biasa orang india bakar untuk semayang. kuat giler bau dia. peluh yang dari tadi tak keluar-keluar sebab demam, mencurah keluar pulak masa tu. ayah aku bagitau masa tu dia punya takut sampai rasa jantung macam nak tercabut. bunyik jantung die pun die boleh dengar. dup dap dup dap! bau makin kuat. bunyik loceng pun dari tadi tak berenti.

maka segala bacaan ayat pendinding diri yang mana terlintas kat kepala ayah aku baca. masa tu dia rasa bunyik tu makin dekat sangat dengan dia. makin dekat,makin dekat dan bunyik tu berenti. ayah aku diam. menunggu bala apa pulak kali ni sebab dia rasa untuk lompat keluar dari lori tu dia memang tak mampu. badan macam dipaku kat seat.  tetiba dia dengar seakan bunyi tapak kaki seseorang memijak rumput dekat luar lori. tapak kaki tu kedengaran bergerak mengelilingi lori tu. 5 pusingan ayah aku kata. sempat pulak dia kire. abis 5 pusingan, serentak bunyik loceng tu pun berbunyik sekali lagi dan mengelilingi lori tu! masa tu ayah aku cakap dada dia rasa sesak sangat. sampai tercungap-cungap dia. sebab bau kemenyan yang makin kuat serta bunyik loceng yang makin bingit. so terasa macam satu tekanan terbeban dekat diri dia.

ayah aku bagitau, masa tu dia sendiri tak tau apa ayat yang dia baca. yang dia perasan mulut dia memang tengah membaca sesuatu. dan perkara yang paling membuatkan ayah aku rasa macam nak nangis, nak menjerit sampai rasa nak muntah bila tiba-tiba dia terdengar bunyik some mentera or jampi or bacaan semayang yang kita biasa dengar dekat kuil india kedengaran sayup dari luar lori. bunyik macam suara orang ramai bersembahyang dekat luar lori. ko bayangkan, dalam lori, tak boleh bergerak kemudian ada gangguan lalu keliling lori, bau kemenyan, bunyik loceng dan diselangi bacaan jampi serapah secara beramai-ramai. ayah aku membayangkan, macam dia sekarang berada dekat dalam kuil yang terbiar tu. ayah aku tutup mata rapat-rapat, cari kekuatan dan terus laung azan sekuat-kuat hatinya.

ayah aku cakap, elok je dia azan yang mana ayah aku cakap, telinga dia sendiri tak mampu dengar azan dari mulut dia sebab dia rasa suara dia tersangkut kat tekak, dengan tak semena-mena terus bunyik tu hilang. keadaan jadi sunyi. cuma dengar bunyik cengkerik dengan katak je. berlawan-lawan bunyik kat luar. tak lama lepastu, dengar pulak ada bunyik tapak kaki macam berlari laju menuju ke lori. ayah aku memang dah nekad, kalo benda tu bukak pintu or muncul tetiba or whatever lah memang ayah tendang or sepak or terajang benda tu. walaupun kedengaran tak logik. then tiba-tiba pintu lori sebelah co-driver terbukak, ayah aku yang tengah mengiring dekat seat driver yang kata tadi nak terajang la ape la, akhirnya hanya mampu terjerit je. dan rupa-rupa member ayah aku yang bukak pintu tu. dia berlari ke lori pun bila tiba-tiba die terdengar suara ayah aku menjerit. takut apa-apa jadik dekat ayah aku, dia terus lari bajet nak jenguk ayah aku..

bila dah gitu, ayah aku pun cakap lah.. ''aku ngigau''  dengan niat tak nak memanjangkan kejadian dia di'sembahyang'kan tadi. lain kali boleh cerita katanya.. then ayah aku amik keputusan untuk follow member dia untuk turun sama-sama buat keje. ayah aku kata dia dah sihat, tido tadi dah keluar peluh berjurai-jurai. sedangkan peluh yang berjuraian keluar itu kerana diganggu. dan selepas kejadian itu, ayah aku berjanji, lepasni kalau dia demam or sakit, dia akan ambik MC. akan cuti. tak nak keje dan duduk berehat dekat rumah. malangnya janji nya tak pernah ditepati. dan janji hanya tinggal janji sahaja... kerana pada dia, selagi dia mampu bangun walaupun hanya merangkak atau mengesot, dia tetap akan kerja!
sekian...


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2013 08:38 PM | Show all posts



non.sari..i really2 love ur writing...so vivid..mcm tgk tv hehe...dah lama x rasa seronok membaca mcm ni..tq so much..>>
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-12-2013 10:33 PM | Show all posts
geolimarkisa posted on 21-12-2013 08:38 PM
non.sari..i really2 love ur writing...so vivid..mcm tgk tv hehe...dah lama x rasa seronok memb ...

oohhh.. terharu sekejap..
terima kasih sebab sudi singgah teratak buruk saya ni...
tulis mcm tu sebab nak elak dari diri sendiri bosan nak menaip, kang kalo bosan takde cerita pulak..
anyway thanks ye..
nah munger!
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-12-2013 09:50 AM | Show all posts
non.sari posted on 21-12-2013 03:20 PM
KUIL, LOCENG, KEMENYAN DAN JAMPI SERAPAH bermain-main disekelilingku..

ni cerita ayah aku  ...

yeaaaaaaa.... ada updateeeeee
betullah, me suka sgt cara sis tulis.
dh bgtau kan me SR selama ni...
baru2 ni je 'berani' menjelmakan diri.



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2013 11:38 AM | Show all posts
iamalady posted on 22-12-2013 09:50 AM
yeaaaaaaa.... ada updateeeeee
betullah, me suka sgt cara sis tulis.
dh bgtau kan me ...

Haha!
Berani menjelmakan diri tu je dah misteri..
Seperti hantu saja kehidupan iamlady selama ni..
anyway thanks ye...
Tp Tak dpt bg munger lorrr..  pkai fon..

Last edited by non.sari on 22-12-2013 11:39 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 22-12-2013 02:28 PM | Show all posts
Dah lame tak dpt kacang.. Lapo kacang..
Yeahh!!
Thanks momod san!!
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2013 05:01 PM | Show all posts
Bagus hasil tulisan non.sari NIH....


Teringat cik ess la tetibe...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2013 06:43 PM | Show all posts
ogata posted on 22-12-2013 05:01 PM
Bagus hasil tulisan non.sari NIH....

Motip aku disamakan dgn cik ess?
Cess!!
aku tak smpat mengenali cik ess tu punye thread, dh kene katup..
yg aku tau die mcm ade prob..
Ape prob nye ek..
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2013 07:06 PM | Show all posts
non.sari posted on 22-12-2013 06:43 PM
Motip aku disamakan dgn cik ess?
Cess!!
aku tak smpat mengenali cik ess tu punye thread, dh kene ...

I like ur writing by the way sayang..dun worry......
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-12-2013 07:11 PM | Show all posts
ogata posted on 22-12-2013 07:06 PM
I like ur writing by the way sayang..dun worry......

Aauucchh!
tacing...
Ai gurau je tadi..
Anyway, Thanks..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 26-12-2013 09:08 PM | Show all posts
POCONG GOLEK

oke, aku rasa macam nak sambung beberapa cerita yang tergendala. ini semua gara-gara thread-thread baru yang teramat lahh superb seram nye! JS, Syumaimah, syafiq79 dan beberapa nama lagi yang tak tersebut. otai-otai seram takyah cerita la. dorang masih leading. thread-thread dari diorang ni lah yang membuatkan aku malas nak menaip sebab dah syok membaca. cerita dorang lagi seram dan suspen. huuuuuu...

Apepun, demi nak menambah kredit dan berkongsi cerita, ku gagahkan jua. oke, ini cerita dari sepupu aku yang pernah aku ceritakan sebelum ni. tentang bajang dan pocong. dan yang terbaru ni jugak tentang pocong dan beberapa la pengalaman pendek tetapi masih seram dari beliau. semua ni gara-gara bersembang sampai ke pagi oleh kerana aku dahagakan cerita seram dari beliau.

oke, part pocong ni terjadi di kawasan perumahan yang sama seperti di sini ... tapi kejadian baru ni terjadi dekat taman permainan. masa tu petang dalam pukul 6 or 6 setengah gitu laa. bibik bawak anak-anak dia main dekat playground berdekatan dengan rumah. main bola katanya. oleh kerana bibik dia ni mempunyai keupayaan melihat makhluk-makhluk halus dengan mudah, maka pada petang tu terhidang satu rezeki depan mata kat kawasan taman permainan tu khas buat bibik.

masa dia tengah leka guide anak-anak sepupu aku yang 4 orang ni main bola, dia terperasan satu benda berguling-guling dekat dengan papan gelongsor. masa tu jarak antara gelongsor dengan budak-budak ni main bola dalam 10 meter gitu.. bajet bibik ni just plastik sampah warna putih yang berguling-guling ditiup angin. sebab bibik tu cerita kat sepupu aku, benda yang berguling ni macam jernih dan transparent. tapi cara dia berguling tu macam padu isipadunya.. faham kan? so mula-mula nampak bibik just ignore je lah.

tapi masa tu ada satu perkara yang membuatkan bibik tu macam curious, bila anak lelaki sepupu aku yang sulung tu sepak bola ke arah benda putih tu, mesti tak kena ke objek tu. fyi, benda tu yang nampak cuma bibik sorang je, anak-anak sepupu aku memang tak nampak benda tu. sepak la kuat mana bola tu, mesti ke tepi atau ke longkang atau tetiba je bola tu melencong ke tempat lain, bukan dekat dengan benda putih bergolek tu. masa tu bibik tu memang pelik lah. ''loh! kok gitu sih!'' getus bibik tu barangkali. dan bila diamati betol-betol objek putih yang bergolek itu rupa-rupanya pocong! dan kejadian seperti itu bukanlah waktu malam yang macam dia nampak sebelum ni. kejadian ni berlaku pada petang hari, tapi dah nak ke senja la.. aku agak pocong ni rajin sikit dari pocong-pocong yang lain. suka masuk keja awal. yang lepas tu pukul 8setengah dah muncul, yang ni lagi awal. pukul 6setengah dah start keje..

masa bibik dah start perasan tu, lemah lutut dia. longlai abis. masa elok je dia rasa itu adalah pocong, sikit-sikit figure pocong yang tak berapa jelas ni menunjukkan diri. bibik tu cerita mula-mula tak nampak sangat ikatan kain atas bawah benda alah tu, tapi lama-lama mula dinampakkan sedikit demi sedikit. atas bawah terikat. bahagian muka pulak kosong. meliuk-liuk sambil bergolek si pocong itu. makin lemah lah badan bibik masa tu. anak-anak sepupu aku ni pulak makin galak main bola. sambil ketawa-ketawa. dia passing dia, pastu passing ke dia balik. sepak sana, sepak sini. tapi bila bola tu disepak ke arah pocong yang berguling tu, otomatik tak kena ke sasaran. kadang-kadang ke longkang. kadang ke tepi pokok yang jauh sikit dari pocong tu. kadang-kadang sepak tak gerak-gerak pulak bola tu (salah bajet). ada je benda yang menghalang dari bola tu sampai ke arah pocong tu. bibik tu agak, mungkin segala-galanya dari bantuan malaikat yang membuatkan anak-anak kecil itu terlindung dari gangguan syaiton. barangkali gitu loh..

tapi masa bibik ni nampak anak-anak sepupu aku ni nak sepak bola yang mana sasarannya ke arah pocong tu (anak-anak sepupu aku memang tak nampak langsung benda ni ye..) bibik nak jerit dekat diorang supaya jangan sepak jauh-jauh, tapi rasa tak terkeluar pulak ayat tu dari mulut dia. macam berat je rasa mulut dia masa tu. mampu baca-baca je agar semuanya selamat. nak cakap ''ayuh, mari pulang'' pun susah.. sebab pada dia, better dia bawak budak-budak ni balik dulu dari jadik apa-apa di kemudian hari. tapi tak terkeluar semua tu. rasa berat je. tapi yang menjadi kepelikkan, ambil gambar pocong tu tak berat pulak tangan si bibik ni.. sepupu aku bagitau, sempat la jugak si bibik ni ambik gamba pocong yang terbaring bergolek kat taman tu untuk menjadi bukti kepada sepupu aku sesudah pulang ke rumah nanti. tapi bibik ni cerita dekat sepupu aku, bila dibelek balik skrin gamba tu lepas capture je benda tu, tak ada pulak figure pocong tersebut dekat skrin.

namun tanpa membuang masa, lepas si bibik ni perasan hari makin gelap, cepat-cepat dia pekik satu-satu nama anak-anak sepupu aku ajak balik. namun ada satu kejadian yang agak ngeri jugak bila anak paling kecik sepupu aku yang masa tu 2 tahun diri tegak sambil melihat kawasan yang mana pocong tadi bergolek riang. bibik tu cerita masa tu memang dah tak nampak dah pocong tu. dah hilang lah mungkin. tapi si kecik ni boleh berdiri tegak je sambil pandang kawasan tu. nampak je insiden macam tu terus si bibik ni dukung dan raup muka budak ni dengan ayat kursi yang dibaca sebentar tadi. baru lah budak kecik ni tersedar macam tersentak. tapi tak menangis. masa tu bibik cerita, si kecik ni tak habis-habis sebut ''bik! tu... tu... bik! tu... tu... bye..tu...'' sambil tertoleh-toleh tunjuk-tunjuk balik kawasan pocong bergolek tadi sambil buat isyarat melambai tangan kat bibik. sepupu aku cerita, bibik agak masa tu si kecik ni nak bagitau bibik ''bibik! tengok tu.. belakang tu.. ada orang babai..'' gitteww.

sesampainya di rumah tersengih-sengih si bibik ni pandang ke arah sepupu aku lalu ''bu. ini ada foto baru. saya baru ambil di taman tadi. tapi ga tau mampu dilihat atau ga'' kata bibik tu sambil ditala skrin hp tu dekat sepupu aku. masa tu bibik pakai hp nokia. kecik besar kecik besar mata sepupu aku nak menghadam gambar dekat skrin hp bibik dia, lama-lama ''arghh! bibik! ko buang bik! jangan simpan. buang!'' meremang sepupu aku bila dilihat gambar kat skrin tu adalah pocong yang menyenget badan nya ke kiri dengan muka yang kosong. bibik tu terus tengok balik skrin hp dia, ''loh! kok mereng. saya tadi ambik gambar, pocongnya sedang baring berpusing bu. bukan mereng seperti ini''
sekian..
Reply

Use magic Report

Post time 26-12-2013 09:59 PM | Show all posts
non.sari posted on 26-12-2013 09:08 PM
POCONG GOLEK

oke, aku rasa macam nak sambung beberapa cerita yang tergendala. ini semua gara-gara ...

Teruskan lah kongsi cerita ya. Setiap Tuan benang ada cara & gaya penceritaan dorang yg tersendiri.
Awak punya gaya penceritaan pun best. Kami yg membaca siap boleh bayangkan lagi setiap situasi yg awak gambarkan
Benang awak ni antara benang yg saya masuk setiap hari  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2013 12:42 AM | Show all posts
krukx posted on 26-12-2013 09:59 PM
Teruskan lah kongsi cerita ya. Setiap Tuan benang ada cara & gaya penceritaan dorang yg tersendiri ...

terima kasih...
act saya suka membaca, oleh kerana bnyak thread baru tu yg saya leka membaca smpai lupa nak kongsi cerita..
saya pun tak kisah samada org suka atau tak thread saya..hehe
sebab saya memang suka bercerita, so saya just cerita yg macam mane saya cerita dengan org sebelum saya ada thread sendiri..
tapi saya percaya, ramai silent reader yg masuk thread saya.. hehehe.. ade ke??
cara saya mengucapkan terima kasih pun dengan terus berkongsi cerita je laa..
cuma harap org tak bosan.. kalo ade yg bosan dgn gaya penceritaan saya pun, saya tetap nak bercerita...

heheh... mohtip sangat aku bersyahdu malam ni... faktor cuaca barangkali..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-12-2013 12:58 AM | Show all posts
SIAPA YANG KOIR MALAM-MALAM??

Oke ni kisah sependek mungkin aku cuba taip. masih kisah sepupu aku. memandangkan malam tu memang kitorang bercerita panjang pasal cerita hantu, maka ini juga salah satu kisah nya. kisah berlaku di dalam kawasan rumah dia.. lebih kepada jalan/lorong rumah dia la.

sepupu aku sekuarga ni suka duduk malam-malam kat luar. kebetulan kawasan rumah dia ada pangkin, so memang syok la malam-malam layan angin duduk luar. anak-anak pulak main-main dekat laman rumah. tengah syok-syok layan angin malam, tiba-tiba datang sebuah kereta kelisa parking berdekatan dengan rumah sepupu aku ni. so sepupu aku tak bajet tu sedara-mara or kawan-kawan dia yang datang. memang dia agak jiran sebelah menyebelah punya tetamu. so abaikan saja.

tengah syok berborak, tiba-tiba dia terdengar bunyi lolongan panjang dari suara seorang wanita.. lolongan panjang tu kemudian diikuti dengan suara bebelan yang panjang jugak ''argghhhhhh.....!!! waaa............!! aaaa................!!! pot pet pot pet pot pet...blaa blaaaa blaaa... Aaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa!!!'' memang agak syahdu la bunyik dia masa tu. dan kemudian sepupu aku ni boleh hantar voice message dekat aku semata-mata dia sendiri nak tunjuk contoh lolongan panjang diikuti dengan bebelan panjang dekat aku. aku dengar suara sepupu aku sendiri pun dah seram.. tu baru contoh. kalo dengar yang betol-betol??

sepupu aku ingatkan suara tu datang dari kereta kelisa yang baru parking dekat dengan laman rumah dia. tah dorang bergaduh laki bini ke, makwe pakwe ke, adik beradik ke.. bajet sepupu aku begitulah. tetapi sangkaan dia meleset sama sekali. sebab selepas kereta yang parking tu blah, bunyik lolongan syahdu yang panjang diikuti dengan bebelan yang nyaring tetap jugak terdengar kat telinga dia. sempat la jugak mata dia melilau atas bumbung rumah jiran, kot ada yang bertenggek sambil membebel ke kan.. tapi takda apa-apa. tak lama lolongan tu dah tak kedengaran lagi. terus sepupu aku tanya laki dia samada laki dia ada terdengar apa-apa tak.. laki dia geleng. semakin pastilah dia bahawasanya lolongan itu dia sorang je dengar memandangkan anak-anak dia pun leka bermain macam tak dengar apa-apa je..

sementara dah takda sapa yang jerit, sepupu aku pun suruh la anak dia masuk. main kat dalam je. hari pun makin lewat. masuk saja dalam, nampak muka bibik dia pucat campur cemas duduk kat sofa. maka bertanya lah sepupu aku ni kat bibik dia ''nape bik??''
''saya dengar langsuir bu...'' berderau darah sepupu aku. cepat-cepat dia tutup pintu pagar sume. kebetulan laki dia dah naik atas. maka perbualan tu hanya sepupu aku dengan bibik dia saja.
''lor... yang berbunyik tadi tu langsuir ke bik?'' bibik angguk. terus la si bibik ni disuruh masuk tido. malam tu bagi kelonggaran la kat bibik tu supaya tido dekat bilik anak perempuan dia yang bersebelahan dengan bilik tido dia. kira dikurangkan sikitlah rasa kecut perut si bibik ni.

malam tu sebelum tido sepupu aku bagitau bunyik lolongan panjang yang diikuti bebelan panjang tu bersambung kedengaran kat cuping telinga dia.. tak taulah kat cuping telinga bibik tu kedengaran jugak ke tidak.. yang pasti bukan setakat lolongan panjang dan bebelan panjang saja yang kedengaran, malah turut diserikan dengan bunyik tangisan panjang meratap hiba serta dihiasi dengan lolongan anjing sebagai pelengkap persembahan koir malam itu..
sekian...
Reply

Use magic Report

Post time 27-12-2013 01:03 AM From the mobile phone | Show all posts
AdamBillionaire posted on 24-9-2013 12:38 AM
lah fikir cita malam pertama pengantin.. rupanye cerita pelamin kena sakat.. penat adam baca s ...

Ni cerita seram la bukan cerita blue... apalaaaa
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2013 02:22 AM | Show all posts
SERAM DARI SELATAN

oke.. ni pulak kisah dari ayah aku yang baru datang ke rumah aku awal minggu ni. awal minggu aritu parents aky datang rumah. saja nak duduk rumah anak sehari dua. ajak diorang keluar makan semua. tengah makan-makan, boleh pulak ayah aku offer cerita hantu. ''ayah ade cerita hantu tau.. besttt....'' gittew. dia kata cerita hantu dia best. so aku ape lagi, mengelinjat macam cacing kepanasan la mintak diceritakan cerita yang best tu.. so dia pun start bercerita....

once upon a time..........

oke, ayah aku ada member yang keja polis. polis ni sendiri yang bercerita pasal ni dekat ayah aku. Anyway, korang tau kan Hospital ****** yang team seekers ntv7 buat ghost hunting kat situ.. yang host meleto-letop pun involved sama. oke, cerita ni sebelum team seekers sampai kat hospital tu. mungkin dari rentetan cerita tersebut la team seekers datang ke sana buat ghost hunting. aku agak laa...

ini tentang seseorang yang senang cerita aku namakan kemat la. kemat ni dari utara baru pindah ke selatan sebab kena posting kerja. kemat baru kawen dan bini dia disahkan mengandung anak pertama. usia kandungan dalam 7 bulan tak silap ayah aku. bila posting ni mula lah menyambung kena kursus pulak. so kemat kena kursus dekat satu tempat satu daerah ni. oleh kerana bini dia ni mengandung, demi tak nak tinggalkan bini dengan kandungan yang semakin membesar ni, dia pun angkut sekali lah bini dia ke kursus itu. tapi bini dia stay la kat hotel berdekatan. kisah ni segala-galanya bermula dekat hotel...

pagi tu dia kursus, sementara dia kursus ni dia tinggalkan lah bini dia dekat hotel. bila malam tu, lepak-lepaklah dia laki bini dalam bilik hotel tu sementara nak lelap mata. tengah layan mata tiba-tiba bini dia mengerang sakit perut macam nak terberanak. memulas-mulas rasa perut dia. si kemat ni yang 1st time facing benda-benda nih kelam kabut la umpama beruk kena belacan. ke sana sini tak tentu arah. oh ye, kemat ni ikutkan penah turun ke ******, tapi dah lama sangat. maka selok belok jalan bandar ni memang dia tak ingat sangat plus mungkin terdapat jalan baru or bangunan baru dekat bandar ni.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-12-2013 02:23 AM | Show all posts
oke, tengah panik-panik ni dia cepat-cepat turun ke lobi meminta bantuan pada sapa-sapa yang ada. bajet dia masa tu terus nak cari hospital ******. oke di sini nak bagitau awal-awal ye, hospital ****** yang lama sudah 2 tahun ditutup dan telah pun berpindah ke lokasi baru. sapa-sapa orang daerah ni mungkin tau kot. aku sendiri tak sure. ini yang diceritakan ayah aku. oke sambung. bila dah panik tu terus turun ke lobi, nak minta bantuan sapa-sapa yang tau hospital ******.

bila sampai lobi ternampak lah dia seorang pekerja hotel yang tengah berdiri di depan pintu hotel menyambut ketibaan tetamu ke hotel. maka bertanyalah si kemat itu kepada pekerja wanita yang beruniform baju dan berseluar putih ''dik, bini saya ni nak beranak, hospital ****** mana dik? saya ingat-ingat lupa'' tanya si kemat.
''oo.. hospital ****** dekat dengan kem askar bang... abang masuk sana, masuk sini, belok sana, belok sini, terus... then jumpa lah signboard hospital ******. senang je bang, dekat dengan kem..'' jawab pekerja wanita itu. (direction andaian aku sendiri ye..) mengangguk-angguk la si kemat ni dengan direction yang diberi.

maka kemat terus naik bilik dan memapah bini dia turun terus naik ke kereta menuju ke hospital ******. bagai GPS otak dia bila dengan mudah dia mampu mengingat dan menghafal direction yang diberi pekerja wanita itu. aik! senang nye carik. takda masalah pon... bila sesampainya kemat di kawasan hospital, dia mencari-cari kawasan lapang untuk parking kereta memandangkan orang masih ramai di kawasan hospital.. parking pun penuh. masih lagi terang, so memudahkan kemat cari parking kosong. bila dah setel, maka dipapahnya bini dia ke tempat register. selesai register, kemat bertanyakan kepada yang bertugas, mana dia nak letak bini dia ni...
''ooo... encik jalan susur ke sini, terus je.. nanti belok kiri ada signboard bilik bersalin, nanti ada misi yang sambut'' jawab pekerja tadi. lor! aku ke yang anta?? oleh kerana tengah panik dengan bini yang mengerang-ngerang kesakitan, digagahkan jugak memapah bini dia ke wad bersalin. sekali lagi GPS di otak berfungsi dengan jaya nya. mudah saja dia mencari tanpa perlu bertanya orang.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 02:17 PM GMT+8 , Processed in 0.086400 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list