CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: non.sari

[BEST]kisah-kisah angker nona sari - UPDATE!

  [Copy link]
 Author| Post time 8-4-2014 01:31 AM | Show all posts
hanna88 posted on 7-4-2014 09:16 PM
baru baca smua cerita tt..mmg seram..dlm byk2 cte..cte uncle teleng tu mmg plg menyeram kn for me he ...

Sebab time tido la separuh jiwa kita ni kosong sebab dah mamai nak tido kan..
Mungkin time tu lah die masuk jarum nak kacau kite..
tapi setan ni tak kire ape kite buat, kat mana, memang keje die nak kacau pun..
Jahat setan nih!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-4-2014 01:32 AM | Show all posts
zilaila posted on 7-4-2014 07:30 PM
mueheheheh  tekun taw saya baca cite akak...penuh bergaya ni pose...
wkwkwkkw {:handsome ...

Wow!  Penuh bergaya! Hehe..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-4-2014 01:33 AM | Show all posts
AKU YANG TERSAKATI..

Cerita seterusnya masih berlaku di dalam kereta lagi. Ada tema pulak kali ni. Benda baru je berlaku dekat aku. Dan kejadian ni betol-betol memberi tamparan hebat kepada diriku. Wah gitu!

Sebenarnya bukan ape, kejadian betol-betol aku tak jangka dan aku bagaikan di hilangkan rasa takut sedangkan benda kalo difikir-fikirkan balik memang lah seraaammm ya hamat! Sampai sekarang kalo aku ingat balik, meremang je tiba-tiba segala bulu-bulu aku.

Okay ceritanya begini, sekarang ni aku dah berpindah di satu daerah di pantai timur. Laki aku bukak cawangan bisnes dia kat sini. Tetapi sebelum tu, rumah aku yang dekat daerah negeri selatan tanah air ni masih ada lagi. Means masih sewa lagi la. So aku ni masih ada komitmen dengan rumah ni, sementara laki aku memang terpaksa la menetap dulu kat sini, maka nya agak terkontang-kanting la aku kat selatan sorang-sorang.

So sepanjang perpindahan, perpisahan, percintaan jarak jauhan ni aku kerap jugak ulang alik dari timur ke selatan. Sementara melepaskan rindu, aku pun kene tolong jugak laki aku yang terkontang-kanting sorang-sorang kat sini. Almaklumlah, berkorban apa saja katanya. So dalam pada ulang alik tu adalah satu hari tu aku terpaksa gerak ke selatan waktu malam. Dan memang kene balik malam pun masa tu, tak bole esok. Memang kene malam tu jugak. Dan tak perlu lah dikau bertanyakan mengapa..

Malam tu dalam pukul 8setengah lepas isyak aku gerak. Pada aku memang awal sangat masa tu aku gerak, takde lah lewat mana pun. Masa aku gerak masih banyak lagi kenderaan lalu lalang, masih meriah lagi masa tu. Sampai lah satu ketika bila aku lalu simpang terus ke selatan. Masa tu tiba-tiba keadaan menjadi sunyi sepi. Kedai-kedai makan tepi jalan yang kebiasaannya aku nampak waktu malam semua tutup. Tapi gua still okay lagi. Masih tak fikir apa-apa yang buruk pun masa tu. Sebab aku bajet mungkin time aku masuk simpang tu waktu dah lewat sebab aku ada singgah pam stesyen untuk isi minyak. Belum campur traffic light yang macam hape banyak nya. So mungkin time tu dah lewat dan kebetulan jam dalam keter aku ni dah biol. dah tak nampak pun time nya.

So aku lalu la macam biasa dengan keadaan yang gulap gulita dan sunyi sepi itu. Ada la jugak 2-3 buah kereta yang lalu selisih dengan aku. Tapi yang agak menjadi kepelikan bila mana semua kenderaan yang selisih dengan aku semua beam lampu kat aku. Aku jadi pelik la. Bengang pun ade, sebab aku bajet masa tu mungkin dorang marah aku sebab pakai lampu tinggi, padahal takda la pulak aku pakai lampu tinggi masa tu. Memang tak ada langsung okay!  Bukan sebuah keter yang beam lampu, ada lah dalam 2 keter and satu lori. Semua main lampu kat aku. So aku still macam biasa lagi. Buat cool saja.

Oh ya, sebelum tu ada satu kejadian yang pada aku just normal punya pemandangan la. Actually benda ni aku baru terpikir bila dah sehari aku terkena benda ni. Sewaktu elok je aku masuk simpang ke selatan tu aku ternampak sekumpulan manusia yang ramai macam baru balik dari keja. Oleh kerana suasana malam tu agak kelam so aku tak sure rupa bentuk sebenar makhluk tu, betol orang ataupun sebaliknya. Tapi masa tu memang aku bajet orang pun. Bukan hantu. Tapi memang ramai, jalan slow, pakai baju warna putih ada jugak yang pakai baju berkaler and berjeans lagi kau.. Cuma yang menjadi kepelikan, ye! Aku memang selalu jadi pelik. Yang menjadi kepelikan, kat mana kilang dorang bekerja? Sedangkan kiri kanan semua hutan banat. Ohh.. Takpe..! Aku cool lagi masa tu. Takda pikir apa-apa lagi pun masa tu.

Seraya itu aku terbau sesuatu yang busuk macam bangkai. Memang masa tu aku pikir bau bangkai anjing tepi jalan memandangkan memang kebiasaannya kita semua akan terserempak dengan bangkai haiwan kat tepi jalan kan.. Pikiran aku masa tu kalo waktu malam memang bau bangkai tu akan berbau lain macam memandangkan angin malam agak lembab berbanding waktu siang hari. Memang lain macam sangat bau dia.

Okay setelah semua kejadian yang berlaku pada aku terjadi termasuklah kenderaan yang selisih dengan aku beam lampu memasing, selang 15 minit lepas tu tah kenapa aku dapat merasakan kereta aku ni berat semacam. Memang aku bawak barang banyak masa tu. Tapi takda lah berat nya sebeban macam tu sekali. Memang terasa berat sangat masa tu. Ko bayangkan, aku baru lepas isi minyak kot. Elok je aku tengok takuk minyak tu melepasi tahap jaga-jaga, sekali belum sampai baper km dah tinggal 2 takuk je. Tak ke pelik masa tu.

Masa tu aku memang rasa tak sedap hati langsung. Percaya atau tak aku tak rasa takut langsung masa tu.. Cuma aku rasa sedikit kalut. aku try to act normal. Entah kenapa aku rasa aku macam ditumpang sesuatu tapi still tak sure. Masa tu aku cuma teringat laki aku je. Aku capai hp and terus call laki aku. Cari nombor. Call. Ada tone tapi putus. Call lagi. Ada tone. Putus. Call lagi. Ada tone. Laki aku jawab.
"Ha yang? Dah sampai?" Dah sampai die tanye aku,  agak-agak la.
"Yang, keter berat la.." Jawab aku tiba-tiba. Hanya itu je yang mampu terkeluar masa tu.
"Ha? Ape? Helo?tak dengar laa.. Helo? Helo?" Line putus lagi. Adess..

Masa tu kereta dah makin berat. Satu keter pulak tak ada kat jalan tu. Cuma keter aku je yang ada masa tu. Aku betol-betol kalut. Masa tu memang aku tak terpikir satu ayat pun untuk baca-baca. Dan aku belum rasa takut lagi. Cuma lebih kepada cemas. Sebab tak takut punya pasal, aku terus parking kereta kat bahu jalan. Kalo kata sunyi tak payah cakap lah. Dah aku cakap sebijik kereta pun takda. Memang malam tu aku takde rasa syak wasangka langsung. Even rasa kereta ni berat nya lain macam. Tiba-tiba hp aku ringing. Laki aku!

"Apesal letak yang?"
"Mana ada.. Kereta saya berat yang.. Macam ada benda.." Rileks saja aku menjawab tanpa rasa takut langsung. Bila fikir-fikir memang aku sendiri rasa pelik ape pasal masa tu aku langsung takda rasa takut or seram langsung. Siap bole parking keter tepi jalan lagi.
"Ha? Benda apa? " ye... Laki aku memang no sense tentang benda-benda ni.
"Aduuu.. Hantu tau hantu?" Jawab aku dengan cabul nya.
"Hey! Patah balik. Patah balik. Awak kat mane? Patah balik!" Laki aku lebih cemas di corong telefon berbanding aku. Memang itu yang aku fikir. Dari pada aku teruskan perjalanan yang belum tentu sampai ke tak, adalah lebih elok jika aku berpatah balik.
"Yang.. Baca-baca yang. Jangan biar kosong. Lawan yang.. Abang tunggu. Patah balik yang.." Gitu lah rayuan laki aku. Wah! Terasa di hargai pulak.
"Okay-okay.. " jawab aku pendek. Masa tu terus meremang seremang remangnya bulu aku tiba-tiba. Terus masa tu aku rasa seram sejuk. Serius, aku macam diperhatikan dari luar, tak jauh. Luar tingkap je.

Nasib baik enjin kereta aku tak mati kan. Elok je timbul perasaan macam tu terus aku u-turn and patah balik ke area pantai timur.  Tak jadi balik malam tu. Masa tu memang terus berdup dap dap jantung aku. Dan kereta aku pulak tak ubah berat beban nya. Aku risau kan minyak kereta aku tu jugak. Buat nya abis tengah jalan, lagi naya. Masa tu aku baru betol-betol rasa takut. Masa tu aku terus baca ayat Kursi kuat-kuat. Sekuat-kuat nya kat dalam kereta. Tak rasa nak baca dalam hati sebab aku Yakin, kalo aku baca dalam hati, semudah ABC saja si setan tu akan memesongkan bacaan aku. Habis je bacaan ayat Kursi aku tu, dengan sepenuh hati nya aku laungkan kalimah Allahuakbar!

Dan tak semena-mena aku terdengar bunyi dentuman yang kuat dekat atas bumbung kereta aku. Bunyik tu seolah-olah ada sesuatu yang bertenggek atas bumbung kereta aku. Then bila saja aku bertakbir, mungkin makhluk tu kepanasan lalu terbang meninggalkan kereta aku. Itu apa yang aku fikirkan lah. Masa tu jugak aku rasa kan pandangan aku yang sebelum ni kelam, sunyi dan gelap tiba-tiba diterangi dengan cahaya lampu di kiri kanan jalan, muncul pulak 2-3 buah kereta, lori, motor pun ada dekat atas jalan tu. Serius! aku betol-betol tersentak. Istighfar banyak-banyak aku masa tu. Aku memang betol-betol terkedu masa tu. Dan depan kereta aku ada sebijik lori yang sedari tadi aku follow. Cuma aku memang tak perasan langsung ada lori depan keter aku sebelum ni. Aku seperti baru tersedar dari lena yang panjang. Semuanya berlaku Sekelip mata.

Makanye aku pun aku pun follow lah lori sampai ke simpang yang mula-mula aku masuk tadi. Dan seperti jangkaan aku memang tak ada kilang or mana-mana pusat industri yang terdekat dekat kawasan tu. Dan kedai-kedai makan yang pada pandangan aku tadi semua dah tutup sebenarnya masih beroperasi. Keadaan masa tu memang meriah. Seperti malam tu masih terlalu awal untuk aku lalui kisah seram yang panjang. Cewaahh.. Mulut aku masa tu memang tak abis-abis beristighfar. Rasa macam betol-betol dalam mimpi.

Sampai je kat kedai laki aku, terus laki aku papah aku keluar dari kereta, nak keluar kereta tu pun aku dah rasa lemah kaki. Mengigil-gigil. Padahal tadi kat tengah-tengah hutan sikit punya berani siap boleh parking kereta lagi. Laki aku cakap masa tu muka aku nampak merah padam. Bukan pucat. Tapi merah. Tapi bibir aku pucat, tangan pulak sejuk macam air batu. Terus dia anta aku masuk toilet and suruh aku amik wuduk. Aku terus lepak dalam bilik kedai. Masa tu baru lah aku menangis. Tiba-tiba aku rasa takut yang teramat sangat. Aku masa tu fikirkan apa lah yang akan terjadi kat aku kalo aku ni bukan bernasib baik.
Bayangkan, tengah-tengah hutan, malam-malam dan seorang diri. Peh!! Serius gila. Itu yang aku cakap, kalo aku fikirkan balik hal ni memang aku akan meremang tiba-tiba.

Cuma aku terpikir, kekuatan yang Allah beri kat aku bila mana sepanjang tu aku boleh pandu kereta tanpa masalah sedangkan masa tu aku telah tersakati oleh Jin dan Syaitan. seperti diberi perlindungan pulak. Kalo tak, tak tau lah apa yang jadi kat aku malam tu.
Terima kasih ya rabb!
Sekian..





Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-4-2014 01:34 AM | Show all posts
SIAPA ITUUUU???
CUBA TEKAAAA....

Okay.. Cerita seterusnya mungkin pendek.. Mungkin panjang.. Entahla..
Tapi tema nya masih di dalam kereta lagi.. Kisah ni berlaku 2 tahun yang lepas. Yang mana berlaku ketika aku dan suami baru pulang dari satu event di Johor..  Event tu start pagi sampai lah malam.. Tapi malam tu kitorang sambung tengok gig band bittersweet yang mana telah di jemput oleh organizer event tersebut dan itu tersangatlah awesome! Hehe

Abis konsert/gig tu dalam pukul 12 tapi kitorang tak terus balik. Kitorang pegi minum kejap sebelum meneruskan perjalanan. Lebih kurang pukul 1setengah baru kitorang gerak balik. Dalam perjalanan balik tu takda lah terserempak dengan perkara menyeramkan, tapi kejadian ni lebih kepada aku sorang yang merasa..

Kalo korang nak tau, sepanjang balik tu kan telinga aku telah di dengarkan dengan satu perbualan yang panjang antara 2 orang lelaki yang aku sendiri tak tau apa butir bicara dorang melainkan kedengaran satu bualan yang panjang dan diselangi dengan gelak ketawa. Aku punya lah toleh ke kiri kanan, ke belakang seat semua.. Kot-kot kitorang tersorong sekali tah Jin mana yang nak tumpang balik sekali. Tapi memang tak ada. Dan keadaan malam tu memang tak sunyi langsung, kebetulan kejadian ni berlaku dekat hiway utara-selatan. Kereta pun banyak masa tu.

Sepanjang perjalanan tu sampai lah aku keluar hiway tetap kedengaran suara tu. Masa kat atas hiway tu sempat lah aku tanya kat laki aku kot dia dengar apa yang aku dengar. Suara bising orang lelaki berbual dan bercakap diselangi dengan gelak ketawa. Laki aku cakap dia tak dengar apa-apa pun. Lepas tu dia cakap mungkin dari radio. So bila dia jawab macam tu aku terus tutup radio sekejap. Tapi masih dengar lagi okay. Kali lebih bising. Mungkin sebab aku tutup radio so suara tu agak jelas kedengaran.

Aku siap Pasang telinga lagi nak dengar apa sebenarnya yang dorang
bualkan siap ketawa-ketawa lagi, macam best sangat je citer dorang kan..
"Wawu wawu wawu...hahaha!!"
"Bla bla bla bla...ekekekek!!"
Wawu bla bla wawu bla bla..kikikiki.."
Itu je yang aku dengar..
So demi nak menyedapkan hati aku baca-baca lah ayatul kursi dan Sesekali berborak-borak dengan laki aku.

Selepas je keluar hiway dan selepas 15km perjalanan, barulah suara tu tidak kedengaran lagi. Apapun sampai sekarang aku terfikir, siapa orang-orang itu dan kenapa aku yang didengarkan dan apa yang diorang bualkan..
Sekian..


Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2014 06:39 AM | Show all posts
non.sari posted on 7-4-2014 05:33 PM
AKU YANG TERSAKATI..

Cerita seterusnya masih berlaku di dalam kereta lagi. Ada tema pulak kali ni ...

aaaaaa seram2

saya baru berani buka thread akak lepas subuh..semalam saya kene gangguan..tak tahu le sapa gatai mai ketuk pintu bilik..saya time tu dah tinggal sorang sebab family saya pergi rumah akak.. wuuuuuu terus saya pasang surah..xdak nye nak buka pintu bilik..mai dia dok tersembul depan muka pemsan terus nanti saya...

saya rasa dia follow saya dari luar..sebab saya keluar pergi kedai malam tadi...mula2 ingat nak ambik laluan depan kubur tu..tapi tak jadi sebab tiba2 lampu jalan padam..saya pusing jalan tempat lain...gamaknya dia ngah tunggu mangsa nak sakat agaknya...



Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2014 06:56 AM | Show all posts
non.sari posted on 7-4-2014 05:34 PM
SIAPA ITUUUU???
CUBA TEKAAAA....

diorang ngah sibuk bergosip atas bumbung keta akak le tu wkwkwkwkw ..nak ajak akak bergosip depa malu...wkwkwkwkw
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-4-2014 08:38 AM | Show all posts
huh! gile la wei blk selatan sensorang di waktu malam yang penuh kemisterian .. tabik spring la non..
Reply

Use magic Report

Post time 8-4-2014 10:09 AM | Show all posts
non.sari posted on 8-4-2014 01:33 AM
AKU YANG TERSAKATI..

Cerita seterusnya masih berlaku di dalam kereta lagi. Ada tema pulak kali ni ...

aku yg tersakati?? pun boleh.....


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-4-2014 02:25 PM | Show all posts
Aqill.Azrri posted on 30-9-2013 02:19 AM
comment have been transferred.

transfer kemana cerita ko ni?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-4-2014 12:28 AM | Show all posts
zilaila posted on 8-4-2014 06:56 AM
diorang ngah sibuk bergosip atas bumbung keta akak le tu  wkwkwkwkw  ..nak ajak ...

Nak gosip tu citer biar jelas..
ni ckp macam dlm kelabu je..
Alih2 je dah gelak.
penasaran deh!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-4-2014 12:28 AM | Show all posts
keledekbakar posted on 8-4-2014 08:38 AM
huh! gile la wei blk selatan sensorang di waktu malam yang penuh kemisterian .. tabik spring ...

Aku terpaksa beb..
Kalo tak mane mau nye aku nak balik malam 2 ke sane.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-4-2014 12:29 AM | Show all posts
edoraixora posted on 8-4-2014 10:09 AM
aku yg tersakati?? pun boleh.....

Aku yang tersakiti dah ade yang amik..
aku yang tersakati je available lagi.. Heheh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-4-2014 12:41 AM | Show all posts
epalgebuu posted on 8-4-2014 02:25 PM
transfer kemana cerita ko ni?

http://mforum.cari.com.my/forum. ... age%3D14&page=1

dah transfer ke sini..
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2014 03:41 PM | Show all posts
non.sari posted on 4-4-2014 05:47 PM
Okay next story!

KALAU BERDUA ADA YANG KETIGA
Dah sampai bandar, Alhamdulillah, kami pun dapat hotel. Dan malam tu kami tido dengan lena bertemankan segala mak nenek lampu bilik dengan lampu bilik air, lampu meja, lampu cermin dan segala-gala lampu yang ada kat bilik tu kami terangkan.

hahaha...  terus tak jadik nak seram...  puas aku kontrol gelak aku...  hahahaha...
Reply

Use magic Report

Post time 9-4-2014 04:22 PM | Show all posts
selesai aku khatam thread ko ni non.

2hari jugakla.. tahniah kipidap!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-4-2014 05:32 PM From the mobile phone | Show all posts
epalgebuu posted on 9-4-2014 04:22 PM
selesai aku khatam thread ko ni non.

2hari jugakla.. tahniah kipidap!

Thanks!
InsyaAllah ini malam kite kenduri citer antu lg.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 12-4-2014 03:47 AM | Show all posts
MISTERI MIMPI

Salam.. Ini pulak kisah pengalaman mimpi aku.. Mungkin bukan cerita seram tapi lebih nak mintak pendapatan dari pengalaman yang mungkin korang ada atau korang memang terer bab-bab ni.. Aku tak percaya pun benda-benda ni. Tapi oleh sebab pengalaman mimpi aku ni aku pernah cerita pkai dekat seorang perempuan ni, dia lah yang cakap hal mimpi aku ni mungkin ada kene mengena dengan nasib aku ni. Mimpi ni pendek je.

Firstly, aku ni dah 4 tahun kawen tapi masih belum dikurniakan cahaya mata.. Honeymoon memanjang.. Asik berbulan madu saje. Sampai habis madu bulan tu aku sedut. Berdua saja kalo ke mane-mane. Tipu lah kalo aku kata aku tak jeles tengok member upload gamba anak memasing.. Dengan sepupu masing-masing berlumba mengandung. Asal raya je tayang baby baru. Kene sindir, ejek memang tak penah miss la.

Oke ni bukan kisah aku tak beranak ke hape. Ini kisah tentang mimpi aku 3 tahun yang lalu. Di mana setahun selepas aku kawen. Satu malam tu aku tido macam biasa la. Tak ingat sebelum tido tu aku ditindih ke tidak. Tapi setau aku memang tak ada rasanya.

Dalam mimpi aku tu yang aku ingat suasana masa tu petang nak ke senja. Aku ada kat dalam sebuah rumah usang kat sebuah kampung. Macam zaman-zaman dulu punya view. berdinding papan and berjendela papan. Uuhh.. Jendela you! Then masa tu aku bukan bersatu, tapi bertiga dengan seorang makcik dan ada seorang lagi iaitu seorang bayi yang masa tu berbalut kain batik yang sedang dikendong oleh that woman.

Masa tu kondisi aku ni menghadap ke tingkap yang terbuka tu. Macam lontar pandangan kosong ke luar.tengok pokok-pokok. Sebelah tingkap tu ada katil siap meja solek. ,asa aku pandang ke luar tingkap tu, tiba-tiba makcik tu panggil aku
"Nak, tolong makcik nak.. Tolong makcik dukung bayi ni sekejap.."
Aku yang masa tu menghadap tingkap terus pandang makcik tu lepas dia panggil aku,
Masa tu memang nampak die hulur bayi yang berbalut kain batik tu dekat aku.

Masa tu aku macam takda pape la, terus terima bayi tu then dodoi-dodoi kan dia. Terus aku berpaling balik ke tingkap tadi. Konon-konon nak dodoi depan tingkap la. Lepas tu aku macam teragak nak berpaling balik ke arah makcik tadi, tapi orang tua tu dah tak ada. Lepas tu terus aku tak ingat ape-apa. Alih-align dah pagi.

So aku macam pelik sedikit la dengan mimpi yang aku alami malam tadi. Macam ada memikir-mikir jugak la pasal mimpi tu. Sebab macam pelik la pada aku. Sapa makcik tu, baby sapa yang aku dukung, ape motip makcik tu bagi aku baby then lain-alih die ilang macam tu je. So aku pun bercerita la perihak mimpi aku ni kat ofismate aku. Cerita dari A - Z. Takde tambah or kurang seinci pun perihal mimpi aku tu.

Part  yang aku cerita aku terima baby tu, terus dia
"Haaaahhh!!" Gittewww.. Dgn buat muka terkejut.
Die terkejut aku pun terkejut lah.
"Ko amik ke sari baby tu??" Tanya dia tiba-tiba.
"Yelah kak.. Die hulur,,aku amik la. Lagi pun mimpi mane kite bole kawal nak amik ke tak nak amik" jawab aku..
"Patut nya ko tak boleh amik sari. Petanda buruk tu" dah petanda buruk pulak. Aku macam sangat konfius la dengan pernyataan dia tu. Aku tanye balik kat dia.
"Petanda buruk macam mana kak? Tak faham."

So die pun bagitahu, mimpi budak biasa berkaitan dengan Jin syaitan. Itu satu hal. Satu hal lagi, kalau dalam mimpi tu kita ada terima sesuatu maksud nya kita macam menerima sesuatu yang tak baik dari orang yang kita tak kenali dari mimpi tu. Mungkin orang hantar atau mungkin jugak dari Jin syaitan. Itu kata dia. Dan dia menambah lagi,
"Aku takut je kalo kau dah terima baby tu takut efek kat ko pulak. Lambat lah ko dapat anak sari.." So part ni memang aku tak clear.

Oleh kerana aku tak nak benda ni mempengaruhi kehidupan sosial aku dengan suami, maka nya aku tak port la apa yang dia cakap. Tapi tu lah. Bila 4 tahun aku kawen tapi takda anak lagi aku tiba-tiba terpikir kan hal yang akak tu cakap dan kaitan dengan mimpi aku. Aku takde lah percaya. Sebab pada aku itu semua rezeki dari Allah. Allah nak beri, Dia beri lah. Kalau tak keep on du'a..

Jadi, berapa pendapatan korang? Eh, ape pendapat korang?
Apepun, baca bole, cakap bole, percaya jangan. Sebab sesuatu yang berlaku itu semuanyakehendak Allah..

Sekian..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2014 08:21 AM | Show all posts
Sari, kite selalu baca kt  forum ini, mimpi terima atau susukan baby selalunye berkait rapat dengan saka..penah jugaklah dengar ceramah ustaz yg glamour pasal alam mistik, entah name pe..ckp bende yg same jugak..paper pun mungkin sekadar mimpi...doa byk 2 agar Allah lindungi Sari dari segala musibah dan fitnah dunia...moga cepat dpt Sari Junior....Aminn..
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2014 05:09 PM | Show all posts
Kalau mimpi antara kul 1-4 tu kemungkinan betul la sedari terima jin or saka or whatever. Mmg penah dgr Ustaz cite benda yg same. Sedari boleh pegi 'scan' diri dgn pengamal perubatan islam. Sy rase xsalah kita check diri kita. Bukanlah obses dgn alam ghaib tapi kadang2 bukan semua perkara dlm idop kite ni boleh diterangkan secara fizikal and logik. Sy ni dulu mmg pantang dgr org dok ckp psl saka ni. Bila mak suggest suruh pegi jumpe Ustaz, sy Akan mengamuk. Tapi bila selalu dipujuk, sy jadi lembut hati and pegi la jumpe Ustaz. Ustaz sy jumpe ni gune kaedah buang Jin dlm botol. Lepas berubat sy dah xmarah2 mcm dulu. Byk perubahan la drpd dulu mudah marah2 degil xnak dgr cakap org kpd kebaikan.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2014 05:47 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku selalu gak mimpi baby tapi aku rasa maybe sebab aku terbawa bawa perasaan
nak baby kot.... Maklumlah dah lama berumah dan bertangga tapi belum lagi berbaby so maybe terbawa bawa kot dalam mimpi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 05:45 PM GMT+8 , Processed in 0.095680 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list