CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: non.sari

[BEST]kisah-kisah angker nona sari - UPDATE!

  [Copy link]
Post time 24-9-2013 07:42 PM | Show all posts
nama tt non.sari tu pun dh seremmm...cam name puteri2 bunian di zaman dulu kala giteww
citer seram plus klako
paling x bleh blah, tgh feeling2 seram, buat aku tetibe gelak guling2 part kerana diriku begitu
berharga
pastu part bace ayat kursi jadik doa makan...adoila tt. u make my day
aku suker jalan penceritaan ko..sila cerita byk2 lg
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-9-2013 07:53 PM | Show all posts
lilinputih posted on 24-9-2013 07:17 PM
memang slalu kalo ada kenduri kawen mesti ada org yg nak test ilmu n paling tidak pun ada jiran yg j ...

aku semak betol kalo ada jiran hati busuk macam tu. tak concern dengan keadaan sekeliling. nak buat cemana, dah memang budaya masyarakat kita suka dengki-dengki macam tu. ni jenis hati busuk tak bertempat..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-9-2013 07:54 PM | Show all posts
leenaz posted on 24-9-2013 07:33 PM
aku pun pk camtu

nakal nih....
nak cerita kang jadi seram lain. seram kene marah ngan mod. dengan seram sebab thread kene katup tak memasal.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-9-2013 07:58 PM | Show all posts
edoraixora posted on 24-9-2013 07:42 PM
nama tt non.sari tu pun dh seremmm...cam name puteri2 bunian di zaman dulu kala giteww
citer seram  ...

nama tu amat bermakna dalam diri aku. ada sejarah katanya..
aku cerita mcm ni tak suka stress-stress.. nnt terbawak-bawak. terapi ni menjadik la tuk diri aku..
kalau berjaya utk diri kau, itu perkembangan yang sihat..
so perasaan kita tak akan stick on rasa seram and tak best memanjang. begitula teori ciptaan aku sendirik. gitteww
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-9-2013 08:01 PM | Show all posts
ada cerita ni. sementara masih ingat and rajin. masa pulak yang bermasalah..
Reply

Use magic Report

Post time 24-9-2013 08:05 PM | Show all posts
non.sari posted on 24-9-2013 07:54 PM
nakal nih....
nak cerita kang jadi seram lain. seram kene marah ngan mod. dengan seram sebab t ...

bukan salah kami
salah tajuk yang semacam
hahahahaha

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 24-9-2013 08:11 PM | Show all posts
leenaz posted on 24-9-2013 08:05 PM
bukan salah kami
salah tajuk yang semacam
hahahahaha

haha! aku pun nakal kan..
saja nak suspen.. rupa nya jadi lain... huhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 24-9-2013 10:33 PM | Show all posts
oke. sementara ada masa sikit. so nak tambah lah lagi satu cerita.

NESAN BERLAGA PIPI??

Kejadian ni berlaku masa aku duduk dengan atok aku di kampung. aku pernah tinggal dengan atok aku. saja-saja tukar angin lepas SPM. tak lama la sementara tunggu result keluar. aku duduk dengan sepupu aku. dalam rumah tu cuma ada atok aku dan makcik bongsu aku. then tambah la lagi dua rakyat. aku dengan cousin aku.

aku ngan cousin perempuan aku ni memang terjal. antara cucu perempuan yang paling terjal la. main langgar je.  takda rule. cuma sepupu aku ni macam kalut plus penakut sikit. penah kitorang tibai motor atok aku round kampung, maghrib baru balik. habis kebun, semak samun, denai, semua kitorang langgar. plat number semua tanggal. lampu signal belakang pun kitorang tak perasan pun tercabut. padahal itulah satu-satunya motor yang atok aku ada. kene bebel??? tidakkk... atok aku jenis sayang cucu. kikiki

back to the story. atok aku ni ada buat part time buat nesan. kebanyakkan orang kampung suka order kat atok aku sebab atok aku pakar buat nesan kayu. satu-satunya dalam kampung yang tinggal. sebab lately banyak dah yang pakai nesan batu. atok aku lebih prefer nesan kayu.. mudah kata nya.. kata dia laa.. kalau kata aku, seram!

so ada satu hari tu, atok aku terima tempahan buat nesan.. sebab ada orang kampung nak tukar nesan arwah ayah dia kat kubur. atok aku pun mulakan la pembuatan nesan itu. aku tak la tengok apa yang atok buat masa tu. koser sangat kan nak join buat nesan. masa tu kitorang planning panjat pokok je, rambutan tengah lebat masa tu. lepas tu mandi parit kat depan rumah atok aku. nama je parit, tapi besar nye macam sungai, kecik sikit dari sungai. so, parit la kan?? air jernih and sejuk... rindu plak nak balik kampung. cuma kadang-kadang ada la aku tolong dia mengetam kayu..lebih kepada kacau sebenarnya, bukan tolong.

bila dah start petang tu kitorang pun naik rumah.. mandi semua. so after maghrib dah siap-siap nak makan la. masa tu kalau kata masak, memang manjang ngelat. makanya atok aku la yang masak. begitulah kehidupan aku sebagai seorang cucu yang langsung tak bole pakai masa tu. masa tu je ye. sekarang tak la.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 24-9-2013 10:33 PM | Show all posts
so kitorang makan la sama kat ruang yang lebih macam hall la. so dekat hall tu ada pintu yang kalau bukak pintu tu memang nampak la nesan kayu tersusun tepi dinding. dinding pulak separuh kayu, separuh batu. masa tu pun nesan tak banyak dah tinggal, sebab semua order dah dihantar pada kepada pemilik. so bermula perbualan aku dengan atok aku 'tok, nesan tadi mane? dah siap?' atok aku angguk. dia kata hampir siap. tapi ada jugak yang dah siap. aku tanya lagi 'mana tok? nak tengok' atok aku cakap dah simpan kat belakang. sambil tangan dia tunjuk dekat pintu yang aku sebutkan tadi.

'tok, tak takut ke buat nesan? takda hantu ke?' gitteww. soalan bodoh itu terpacul laju keluar dari mulut aku. kazen aku dah cubit-cubit aku. makcik aku dah terbuntang mata tengok aku. takut jugak letteww. aku gelak je. rasa geli hati. masa tu, pada aku soalan tu lebih kepada nak menyakat and saja buat lawak bodo. tapi memang bodo pun sebenarnya. atok aku senyum, dia pun jawab 'mana ada hantu. nesan tu kayu je. kalau tak fikir, tak jadilah..' dia jawab macam tu. aku yang bendul dan jenis outspoken ni tanya lagi 'abis kalau pikir, jadiklah? weh noi, cuba kau fikir hantu, tengok dia jadik tak??' seraya tu aku gelak. noi nama sepupu aku. makin kuat dia cubit. lagi dia cubit, lagi kuat aku gelak. dah macam kena sampuk pun ada. tapi aku sedar. aku gelihati tengok kazen aku. sebab dia memang jenis kalut and penakut habis!

so, oleh kerana aku ni lebih banyak cakap dari makan. maka aku la yang paling lambat habis makan. semua tinggalkan aku sorang-sorang kat meja makan. diorang layan berita masa tu. aku tinggal sorang-sorang kat hall masa tu. ditemani nesan yang hanya terpisah dengan sekeping dinding! entah macam mana, tiba-tiba aku boleh terfikir pasal nesan tu. gulp! masa tu aku dah rasa seram. meremang tiba-tiba. sebab aku teringat atok aku pesan 'kalau tak fikir, tak jadila..' rasa menyesal pun ada masa tu sebab terlalu cabul sangat mulut ni.

so konon aku buat-buat cool la.. buat-buat takda apa-apa. tak fikir apa-apa. padahal sebenarnya tengah memikirkan hal nesan tu. sekali aku dengar bunyik nesan berlaga. bunyik macam kayu berlaga. dekat kot meja makan dengan pintu yang menghubungkan tempat simpan nesan tu. aku dah tak sedap. nasi kat pinggan banyak lagi tu. aku buat bodoh lagi. buat-buat tak dengar. sambil makan, sambil humming.. sekali bunyik lagi. 'kreekkk..tung. tung.' adesss.. dia bunyik lagi. so, aku decided. dari aku teruskan makan, baik aku blah.

angkat pinggan aku bawak masuk dapur. perjalanan ke dapur tu tak adalah jauh sangat. dalam 10 ke 15 langkah je pun dah sampai pintu dapur. tapi aku rasa macam jauh sangat. macam nak sampai ke sinki tu rasa lambat sangat. sempat la baca-baca apa yang patut. nak melangkah ke dapur tu pun aku dah rasa ada yang mengekor. seinci je dari aku yang mengekor tu. sebab bulu roma, bulu tengkuk, bulu idung semua dah meremang tegak dah. dah rasa semacam sangat dah. masa tu memang aku cakap 'padan muka aku. padan muka aku'

tengah cuci pinggan, aku dengar orang bernafas mendengus kat belakang aku. 'hnss! hnss! hnss!' betol-betol kat tengkuk aku. aku cepat-cepat paling. serius! aku ni kalau ada yang tak kena, memang tak boleh tunggu-tunggu. cepat je nak toleh. nak cari. padahal tengah takut tu. aku toleh tak ada apa-apa pun. so aku sambung cuci pinggan balik. bunyik lagi suara mendengus bernafas tu. 'hnss!! hnss!! hnss!!' kali ni macam keras sikit dari yang mula-mula tadi.  ahh! ni memang setan sangat nih. aku tunduk. baca ayat kursi, bukan dalam hati. tapi secara lisan la. baca kuat tapi berbisik. faham kan? kali ni takda pulak bunyik nafas, cuma perasaan takut tu lain macam sangat. aku dapat rasakan seolah-olah makhluk marah sangat dekat aku. aku cepat-cepat pandang belakang. sekali, ada angin depan muka aku then masa tu jugak aku nampak kelibat bayangan hitam, ada figure tapi tak complete, boleh tembus pandang. macam asap, sepantas kilat lintas dari depan masuk ke pintu yang tersimpan nesan tu.

serentak itu, ''pangg!!'' bunyik kayu berlaga dan jatuh kat dalam bilik disebalik pintu tu. aku apa lagi. menjeritlah. menangis sebab takut. gila kau tak takut. nampak jin melintas terus masuk bilik pastu nesan terus jatuh. atok aku, makcik and kazen aku cepat-cepat masuk. tengok apa yang berlaku.sudah la bunyik nesan jatuh, pulak tu aku menjerit and menangis. diorang ingat aku masuk tempat nesan tu pastu nesan-nesan tu jatuh. jadah apa aku nak serah diri masuk dalam tu. aku cakap la aku tak tau apa-apa. tiba-tiba dengar benda jatuh dalam bilik tu. so atok aku pun masuk bilik tu. naikkan balik nesan yang jatuh tu. dia cakap takda apa-apa. tapi dia pelik la sebab macam mana boleh jatuh. sedangkan dia sandarkan nesan tu ke dinding. so kebarangkalian jatuh ke depan tu mustahi. masalah nya semua jatuh ke depan.then bertimpa antara satu sama lain. aku diam je. masa tu dah berenti nangis la. hehehe..

fyi, aku sampai sekarang tak pernah cerita perkara sebenar kat diorang pengalaman aku malam tu. ini soal maruah beb! malu lah aku. menganjing orang, last-last aku yang terkena..padan muka aku kan..

sekian..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2013 01:07 AM | Show all posts
non.sari posted on 24-9-2013 07:58 PM
nama tu amat bermakna dalam diri aku. ada sejarah katanya..
aku cerita mcm ni tak suka stress-str ...

citer lah sejarah name non.sari tu...nk tau gak
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2013 01:10 AM | Show all posts
non.sari posted on 24-9-2013 10:33 PM
so kitorang makan la sama kat ruang yang lebih macam hall la. so dekat hall tu ada pintu yang kalau  ...

hahh ko....kan die dh dtg. bab kate tokmoh blawok kak limah tu, kite kalo ingat ke die, die pun ingat lh ke kite
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2013 06:08 AM From the mobile phone | Show all posts
Cewah..perasmian katil pengantin ye..aku dulu masa nk kawin tak ada pengalaman yg menakutkan sgt..cuma masa majlis sambut menantu, aku balik rumah mak aku dan tido lebih kurg dua mlm mcm tu sebab nak tolong persiapan yg patut..mak aku xsuka katering, suka masak sendiri dan kumpulkan ahli lembaga pengarah dia yg dtg dri salah silah family terbesarrrrrr kami. Tapi terukla psl byk sembang je, timun sebiji pun potong dkt 5 minit bila mau siap..

Besoknye nak kenduri ada member aku dtg kasi cadar pengantin..lelaki pede kisah, asal tilam bertutup suda la..mlm tu aku tido situ..hmmm..yg seramnye..masa agak nk terlelap n bdn dah layu mcm sayor kena celor..tiba2 aku nmpk mcm wife aku bukak pintu bilik..rambut pnjang pakai bju wana kuning cair..aku xtahu knp mata xbole bukk habis, mcm samar2 je, aku dgr bunyi riuh2 kat luar, tapi xbole gerak n panggil mak aku, siap awek tu slowwwwwww je gerak dtg kt katil duduk kt sblh..time tu aku bau wangi..aku cuba focusss..yg ni aku terperasan kuku dia pnjang hitam dn rmbut dia penuh cabanggggg!!! Aku mcm org kna sawan b*bi!! Dpt bgun dri separa sedar tu..melompat dri katil bukak pintu dan terus pgi dapur..ank jantan mana bole menagis!! Hati mesti kental..

So sambungan tido..aku tido kt ruang tamu je la dgn pak2 sedara semua dan ank2 pak sedara..xkisahla byi menagis ke apa yg penting aku selamat..dari korekkan cerita mak aku..dulu masa aku kecik..ada jiran nk sgt jodohkn aku dgn ank dia, ala ni cerita org kg la nk tunang2 masa kecik..tpi bila dah besar pandg gegitu je lah..masuk asrama bagaikan..family dia pun pindah bandar tapi ada balik jugak melawat kami waktu raya, anak dia meninggal aku form 4 kalau xsilap sebab sakit buah pinggang..bila fikir balik last aku jumpa dia masa raya..dia pakai bju kaler kuning..

Tapi..mengikut kelogikkn aku..semua tu kerja syaitan..yg dah pergi menjadi tnh..xkan kembali lgi..nur adiana suffian..alfatihah..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2013 08:35 AM | Show all posts
teringat plak citer pak cik aku mase wat wedding anak dia dulu.. jiran seblah rumah dia tuh dah lama ade ati ngan pakcik aku ni walaupun dia sendiri ade laki.. pakcik aku ni wat tak tau je ngan jiran dia tuh ye la sebab dia sendiri ade isteri kan.. macam2 dia wat utk kacau idup pakcik aku ni..

so dah jadi kebiasaan la kalau nak wat wedding mesti ade pasang "pagar" or pendinding sebabkan ramai org yg dengki or nak test ilmu cam yg forumer2 lain citer tadi kan..tapi pakcik aku x bagi tau sape2 pun pasal pendinding tuh..dia je yg tau.. tetiba jiran dia datang kat pakcik aku marah2..tanye nape pasang pendinding.. mase tuh semua org pelik camne dia tau pakcik aku pasang pendinding.. rupanye dia marah sebab "barang" yang dia nak hantar tak lepas sebab ade pendinding tuh..

makcik aku sakit sampai skang x baik2..katanye sebab perbuatan jiran dia tuh..dia santau makcik aku.. dari badan gempal skang dh kurus kering.. wallahualam

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2013 09:15 AM | Show all posts
non.sari posted on 24-9-2013 03:27 PM
ark!! nangis.....? sindir mak ea.. citer mak tak serem khennn??  
(motip keluar bahasa pon ...

Akak TT,.....Nah munge tok akk...
Citer akk best giler!!!!!!Seram,saspen semue ade...mmg terbaek laaaa....Smpai sy x blh tido n terbayang2 antu n cerita akk smpai ke dlm bilik air tau..heheheh terus kn bercerita ea akk....
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2013 11:31 AM | Show all posts
adnil posted on 24-9-2013 04:17 PM
masa majlis kawin along aku pun ada hal gak lah... pelamin kat tengah rumah, rumah mak aku teres 2 t ...

bunyi tiles meletup pernah jd kt eda ngan hubby...
masa tu stay kt tiara beach ada family day co hubby..
baru2 sangat kawen.. klik hubby yang bagi kunci bilik tu cakap..
korang baru kawen.. inai x ilang lagi.. aku bagi bilik privasi.. hahaha...
dia bagi tingkat paling atas ngadap utan... amik kot... tp period kot.. xde apa nak wat
stay 3d2n.. malas last tu.. kat2 pukul 3/4am tiba2 ada bunyi meletup2 cam bunyi tiles..
tiles yang bunyi ni kat sinki sebelah pintu masuk..
mula2 slow.. lama2 kuat sampai buatkan kami serentak terjaga..

time ni slim lagi dua2.. katil super single mampu tampung kami 2 orang..
lagi 1 katil kosong..
bangun tu nampak malap2 je la pasal lampu toilet..
hubby bangun buka sume lampu.. g cek sinki xde apa..
elok tiles melekat kt dinding...
dua2 cam xde perasaan terus sambung tido.. tp lampu terbuka...

esok nak cek out tu hubby cakap nanti nak bagitau receptionist la psl tiles tu..
eda cakap x perlu.. coz cam xde apa pun... langsung x jejas pun bunyi tu...
sampai now xde jawapan apakah itu... huhu

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-9-2013 12:22 PM | Show all posts
edoraixora posted on 25-9-2013 01:07 AM
citer lah sejarah name non.sari tu...nk tau gak

mana ada sejarah.. haha! aku suka nama tu la.. ko nih, semua benda nak menimbulkan mood seram.. aku pun jadi seram.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 25-9-2013 12:25 PM | Show all posts
rafiz28 posted on 25-9-2013 06:08 AM
Cewah..perasmian katil pengantin ye..aku dulu masa nk kawin tak ada pengalaman yg menakutkan sgt..cu ...

mungkinkah cadar tilam itu ada kene mengena dengan jelmaan awek berbaju kuning itu?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-9-2013 12:30 PM | Show all posts
afira posted on 25-9-2013 08:35 AM
teringat plak citer pak cik aku mase wat wedding anak dia dulu.. jiran seblah rumah dia tuh dah lama ...

kalau difikir-fikir memang nak dimakikan dan dikakikan saja orang yang suka uji ilmu ni kat majlis kawen. kurang ajar sangat tau..
pantang sangat aku dengan jiran-jiran macam ni. aku ni boleh kata serik hidup berjiran sebenarnya. banyak sangat benda-benda bodoh ni berlaku sampai melibatkan keluarga aku masa zaman-zaman nak menginjak remaja. gitteww..
part jiran ni pun ada cerita.. ikutkan aku, sume benda ada citer.. tamak sangat kan??
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 25-9-2013 12:32 PM | Show all posts
HAnaNAjima posted on 25-9-2013 09:15 AM
Akak TT,.....Nah munge tok akk...
Citer akk best giler!!!!!!Ser ...

terima kasih dik bagi akak bunga... terharu sangat.. insyaAllah akan diteruskan cerita-cerita angker dari akak.. ikhlas ni dik..
kalau ada cerita, kita share sama-sama ea..
Reply

Use magic Report

Post time 25-9-2013 12:37 PM | Show all posts
waneeda1904 posted on 25-9-2013 11:31 AM
bunyi tiles meletup pernah jd kt eda ngan hubby...
masa tu stay kt tiara beach ada family day co ...

kiranya tu bunyi je lah kan.. ni mmg tiles tu kiranya meletup across hall rumah mak i tuh... mula dari bawah pelamin ke muka pintu depan.. cam merekah pecah gitu.. mmg pelik la..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 07:09 PM GMT+8 , Processed in 0.733847 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list