CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 11194|Reply: 49

Cerpen : Terpahat Di Hati... TAMAT akhirnya

[Copy link]
Post time 27-9-2013 02:08 PM | Show all posts |Read mode
        
            Iqbal Hakimi memandang tepat ke wajah tunangannya di hadapan. Terkejut bukan kepalang dengan permintaan gadis itu. Ini bukan perkara yang boleh dibuat main-main. Resah jadinya Iqbal. Duduknya jadi tidak senang. Dia merenung tepat ke mata gadis itu. Mahu panahan matanya itu tertusuk tepat ke jantung gadis tersebut.

          “Awak marah saya ke.. ” soal Iqbal pada tunangnya yang hanya diam seribu bahasa dari tadi.

           “Kacau kalau berterusan macam ni. Salah aku juga yang tidak reti nak jaga hati dia. ” rungut Iqbal dalam hati.

            “Awak ada buat salah ke untuk saya marah? ” Tanya Iman Nasuha kembali pada jejaka itu. Iman Nasuha jadi geram padal elaki itu. Disebabkan rasa geram, marah, sakit hati dan entah apa lagi yangada dalam hatinya dia tidak mampu untuk berkata apa-apa. Hendak dipandang muka lelaki itu pun, mahu dengan tidak sahaja. Dia benar-benar terluka dengan apa yang telah dilakukan oleh lelaki itu ‘di belakangnya’. Suasana sepi lagi…

            “Nampak sangat awak memang marahkan saya. Janganlah menyepi begini Nasuha. Tindakan awak ini benar-benar menyeksa saya. Tolonglah Nasuha. Dengar penjelasan saya.. ” rayu Iqbal. Dia perlu memujuk Iman Nasuha. Gadis yang telah menjadi tunangannya selama dua tahun setelah hampir tujuh tahun mereka menyulam kasih sejak dari bangku sekolah lagi.

            “Hmm… ” hanya itu yang keluar dari mulut Iman Nasuha. Acuh tidak acuh sahaja. Siapa yang tidak marah! Sedangkan berdongkol geram dalam hatinya terhadap lelaki itu. Kejadian sebentar tadi benar-benar meragut segala kepercayaan yang diberi kepada lelaki itu. Selamba sahaja Iman Nasuha melihat Iqbal bukan main lagi berpeluk dengan seorang wanita semasa mereka terserempak di sebuah restoran. Terasa terhenti seketika degupan jantungnya melihat adegan itu. Sampai hati lelaki itu memainkan perasaannya.

             Pernah sahabat Iman Nasuha memberitahunya tentang kecurangan lelaki itu. Namun sedaya upaya dia menepis semua itu ke sudut yang jauh di lubuk hatinya. Selagi semuanya tidak diperlihatkan di depan matanya, selagi itulah Iqbal Hakimi dianggap baik di matanya. Hari ini, Allah S.W.T telah memakbulkan doanya dan ianya terbukti sekarang.

            “Sayang, janganlah macam ni. Saya dengan dia tiada apa-apa hubungan. Kami cuma berkawan sahaja. Lagipun, dia berjumpa dengan saya tadi sebab dia ada masalah. Saya cuma nak menolong. Itu sahaja. ” kata Iqbal lagi. Dia sangat berharap semoga alasan itu dapat diterima oleh tunangnya. Habislah, kalau tembelangnya pecah kali ini.


Last edited by wipers81 on 29-9-2013 02:34 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-9-2013 02:13 PM | Show all posts
nanti kita sambung.....saja nak test buat cerpen pula
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2013 02:56 PM | Show all posts

Terpahat Di Hati...

         
              “Oh tiada apa-apa hubungan. Yang berpeluk sakan tadi tu apa? Sampai begitu sekali awak melayan dia jika berkawan, andai kalau bergelar pasangan kekasih bagaimana pula? Keputusan saya muktamad Iqbal. Saya mahu putuskan tali pertunangan kita hari ini juga. Dari awak terus-terusan membuat dosa, adalah lebih baik saya mengundur diri. Saya harap awak bahagia dengan pilihan awak. Saya tidak mahu lagi menjadi penghalang. Jika dia yang terbaik untuk awak, saya redha dengan perpisahan ini. ” kata Iman Nasuha. Diam bukan bererti dia mengalah. Diam kerana mencari kekuatan untuk meluahkan apa yang dia rasa.

            “Tolong jangan begini Nasuha. Dia bukan sesiapa dengan saya. Awak, wanita yang saya sayang dan cintai. Mana mungkin perempuan seperti itu saya mahu jadikan isteri. Tengoklah cara pakaiannya, jauh berbeza dengan awak. Saya senang berkawan dengannya. Itu sahaja. ” Bersungguh-sungguh Iqbal menyatakannya. Mana mungkin Shakila akan dipilih menjadi suri hatinya. Perempuan yang hidupnya terlalu sosial seperti itu tidak layak terikat dengan perkahwinan.

            “Iyalah tu. Jangan nak mengutuk wanita itu pula sedangkan jika awak pandai menjaga diri dan iman awak, semuanya tidak akan berlaku. Bertepuk sebelah tangan tidak berbunyi Iqbal. Saya rasa cukup setakat ini hubungan kita. Jangan sesekali awak mencari kelemahan wanita itu. Ya, dia punyai kekurangan dan awak mungkin kekuatan bagi dia. Bimbinglah dia ke jalan yang lurus. Saya akan doakan yang terbaik untuk awak. ” terus sahaja Iman Nasuha bangun, pergi meninggalkan lelaki itu. Dia perlu pergi jauh. Bukan membawa hati yang luka tetapi cuba untuk muhasabah dirinya. Harus redha dengan semua ketentuan ini. Mungkin belum masanya untuk dia menjalani kehidupan berumah-tangga. Mungkin juga ilmu di dada belum penuh lagi untuk ke arah itu.

             “Iman Nasuha! ” jerit Iqbal yang hanya mampu melihat saja gadis itu berlalu pergi. Dia sendiri tergamam dengan tindakan gadis itu yang selama ini sangat lembut hatinya. Tidak dia menyangka sama sekali akan keras begini hati gadis itu.

              “Argh!” Jerit Iqbal sambil meramas rambutnya. Tidak langsung dihiraukan semua mata yang memandangnya saat ini. Dari kejauhan, Shakila hanya tersenyum puas setelah melihat babak drama dari awal hingga akhir. Senyumannya dileretkan lagi…

***************


Last edited by wipers81 on 27-9-2013 04:04 PM

Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2013 03:54 PM | Show all posts
menarik cerita nih...jangan panjang2 sangat takut lupa jalan cerita..heheh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2013 04:01 PM | Show all posts
tiputipujah posted on 27-9-2013 03:54 PM
menarik cerita nih...jangan panjang2 sangat takut lupa jalan cerita..heheh

Insya Allah kak. saya cuba yang terbaik. selalu buat novel, panjang meleret. yang ni kena singkat dan padat


Last edited by wipers81 on 27-9-2013 04:03 PM

Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2013 04:15 PM | Show all posts
cerita2 wipers81 ni kebanyakkannya menarik...
teruskan usaha..ader blog tak..?
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 27-9-2013 04:20 PM | Show all posts
tiputipujah posted on 27-9-2013 04:15 PM
cerita2 wipers81 ni kebanyakkannya menarik...
teruskan usaha..ader blog tak..?

ye ek kak. terima kasih kak. blog ada... www.zaharina81.blogspot.com
tapi hanya karya saya Maniskah Derita, pahitkah Bahagia saja yang ada di situ. yang lain sedang diusahakan.

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 27-9-2013 04:48 PM | Show all posts

Terpahat Di Hati...


             “Kamu sihat di sana Nasuha. ” soal Khatijah sebaik menerima panggilan dari puteri kesayangannya yang telah hampir tiga bulan berjauhan darinya. Dia juga kecewa dengan pertunangan puterinya yang terputus di pertengahan jalan. Pernah dia menanyakan pada Nasuha, mengapa? Persoalan itu hanya dibiarkan sepi. Diajukan soalan pada Iqbal, anak muda itu masih bergelut melawan kesedihan akibat perpisahan ini. Pening kepala Khatijah memikirkan semua ini. Lalu dia berkeras juga memujuk hati tuanya bahawa tiada jodoh antara mereka berdua.

             “Alhamdulillahumi, saya sihat saja di sini. Umi, bagaimana dengan keadaan di sana. Nasuha rindukan umi. Insya Allah, andai kekuatan telah diri ini perolehi, ke sana juga akan Nasuha kembali. Doakan yang terbaik untuk anakmu ini. Nasuha sangat menyayangi umi. ” balas Iman Nasuha cuba mengawal rasa sebak yang kian menghimpit jiwanya. Terasa pedih di matanya ketika ini, menahan dari tumpahnya air mata perempuannya.

           “Sudahlah tu Nasuha. Apa yang berlaku sudah pasti punyai hikmahnya. Bersabarlah sayang. Umi sentiasa berdiri tegak di belakangmu selagi kudrat ini terdaya. Baliklah sayang. Umi juga rindukan kamu.” Kata Khatijah. Mengalir air mata tuanya ke pipi. Rindunya tidak tertahan untuk memeluk dan mendakap puteri kesayangannya itu.

          “Tak mengapalah umi. Nasuha harus pergi. Nanti saya hubungi umi kembali. Nasuha sayangkan umi. Assalamua’laikum.. ” kata Nasuha. Terus sahaja dia mematikan talian telefon bimbit itu sebaik mendengar umi di sana menjawab salamnya. Hilang kecekalan hatinya sebaik mendengar suara sebak uminya di hujung talian. Semakin menguncup ketabahan dirinya sekarang.

          “Maaf..” kata Iman Nasuha sebaik terlanggar seseorang. Beg yang disandangnya terjatuh ke lantai. Saat dia mahu mengambil begnya itu, dengan tidak sengaja tersentuh tangannya dengan lelaki itu. Iman Nasuha terkesima! Dia menoleh ke arah orang itu, sekali lagi dia terkejut.

          “Tak mengapa saudari. Lain kali hati-hati bila berjalan. Bukan semua orang boleh menerima perkara ini. Boleh di anggap sebagai saudari cuba mengambilkesempatan pula. Nah, beg saudari. ” kata lelaki itu sambil menghulurkan beg gadis itu. Matanya melirik pada gadis yang manis bertudung litup itu. Merah mukanya. Menahan marah barangkali.

          “Terima kasih. Saya tiada apa sebab untuk mengambil kesempatan pada encik. Saya minta diri dahulu. ” balas Iman Nasuha. Pantas mengatur langkah seribu meninggalkan lelaki itu. Padanya, lelaki itu agak biadap. Jelek melihat lelaki itu yang menyimpang pemikirannya terhadap insiden tadi. Hatinya kepanasan.


Last edited by wipers81 on 27-9-2013 09:08 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 27-9-2013 09:28 PM | Show all posts

Terpahat Di Hati...



              “Cik Iman Nasuha ” panggil suara itu. Tersentak sedikit tubuh Iman Nasuha. Dia bangun lalu berjalan menuju ke bilik doktor. Sudah dua hari dia demam. Masuk hari ketiga ini, rasa tidak tertahan pula. Sakit seluruh badannya. Bagai mahu patah segala sendinya akibat dari demam ini. Tidak pernah dia demam sebegini teruk. Masuk sahaja ke bilik doktor itu, dia melabuhkan duduk di kerusi yang disediakan. Doktor Ahmad Hanif Ismat. Nama yang tertera di papan nama yang terletak di atas meja.

              “Ya,cik sakit apa?” soal doktor itu sebaik muncul di pintu sambil mengelap tangannya dengan sehelai tuala putih. Terhenti langkahnya di situ sebaik melihat siapakah gerangan pesakitnya itu. Bulat matanya sebaik terpandang wajah wanita dihadapannya.

               “Sakit apa ” dua kali soalan yang sama keluar dari mulutnya. Dia duduk di kerusinya.Masih lagi memandang tanpa mahu mengalih mukanya dari gadis itu.

              “Emm…Saya demam doktor. ” ringkas jawapan dari Iman Nasuha. Tergamam dia sebaik melihat doktor muda itu. Kelu jadi lidahnya. Suratan atau kebetulan apakah ini?

              “Sudah berapa hari cik mmm.. Iman Nasuha demam ” tanyanya kembali cuba melawan kegugupan yang menyerbu dirinya tiba-tiba. Sempat matanya melirik ke kad pesakit itu.

              “Nama yang cantik, secantik pemiliknya. ” desis Hanif dalam hati. Matanya melirik nakal ke arah wanita itu.

              “Masukhari ini, hari yang ketiga. ” Tidak tahu mengapa ringkas sahaja jawapan yang mampu dia berikan. Berdebar-debar rasa hati Iman Nasuha saat ini. Perasaan apakah ini. Tidak tahu samada masih bersisakah benci pada lelaki itu atau sebaliknya.

               “Saya minta maaf atas kejadian tempoh hari. Tiada maksud untuk menyakiti hati saudari dengan kata-kata berbisa saya itu. ” Akhirnya. Dapat juga Hanif mengejar keberaniannya yang lari sebentar tadi. Aura apakah yang ada pada wanita ini hingga menjerat dirinya menjadi kaku sebegini. Dia benar-benar terpukau dengan ciptaan Allah S.W.T yang sempurna ini.

               “Tak mengapa. ” Lihat, sama juga. Ringkas lagi jawapan dari Iman Nasuha.

               Suasana sepi lagi pengap saat ini. Debaran demi debaran dirasakan oleh mereka berdua. Tiada lagi dialog antara mereka hinggalah selesai pemeriksaan dilakukan. Iman Nasuha berlalu pergi. Meninggalkan persoalan yang menjerut hati masing-masing. Gelodak di hati mereka.. hanya Dia yang tahu.

Last edited by wipers81 on 27-9-2013 09:32 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 28-9-2013 02:55 PM | Show all posts

Terpahat Di Hati...

               
             Pulang sahaja ke rumah, Iman Nasuha menjadi bingung dengan apa yang berlaku sekarang. Penuh dengan sanak-saudaranya. Hiruk-pikuk jadinya rumah umi. Berbulan-bulan lamanya dia pergi meninggalkan teratak uminya. Kini, semuanya telah bertukar. Kamar tidurnya dihiasi dengan begitu indah sekali. Rumah umi, jangan dikatalah. Macam-macam hiasan yang ada. Majlis apakah ini hinggakan melampau rumahnya di rias sebegitu rupa.

            “Balik juga akhirnya anak umi ini. Kamu sudah makan Nasuha. Mari, umi temankan kamu makan. Tidakkah kamu rindu masakan umi. ” riang kedengaran nada suara Khatijah ketika ini. Bersusah-payah memujuk puterinya itu supaya pulang ke rumah ini. Bersyukur Khatijah kerana doanya dimakbulkan. Tetapi setelah helah mengatakan dia kurang sihat, barulah puterinya itu mahu pulang. Bukannya dia menipu. Sememangnya hati dia tidak sihat kerana asyik teringatkan puterinya pergi membawa hati yang lara.

            “Majlis apa ini umi. ” soal Iman Nasuha sebaik melabuhkan duduknya. Penuh makanan di atas meja makan umi. Semuanya adalah makanan kegemarannya hinggakan tidak tahu mana satu mahu di makan. Gulai ikan bawal beserta lauk sampingannya, sambal belacan dan ulam-ulaman. Benar-benar membuka seleranya yang telah sekian lama ketandusan masakan uminya yang amat dirindui. Dengan penuh selera Iman Nasuha menikmati semua makanan itu.

           “Nasuha. Sebentar lagi, pergilah kamu bersiap. Nanti, pakai baju yang umi telah gantung di bilik kamu itu. Ada orang yang akan menghiaskan kamu. ” Arah Kahtijah. Dari tadi lagi becok mulut Iman Nasuha bertanyakan itu dan ini. Dia hanya diamkan sahaja. Iman Nasuha anak yang baik. Dia akan menurut sahaja apa yang Khatijah katakan tanpa banyak soal.

           “Sabarlah wahai anakku. Kamu akan tahu juga nanti. ” bisik hati kecil Khatijah. Lirikan matanya bergerak mengikut arah anaknya pergi. Air mata jernihnya gugur. Bukan kerana sedih, tetapi bahagia kerana sinar kebahagiaan puterinya mula nampak kini. Khatijah pasrah dengan keputusan yang dibuatnya.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2013 01:37 PM | Show all posts

Terpahat Di Hati...


          “Kamu sememangnya cantik Nasuha. Berseri-seri sekali. Pasti terpegun sesiapa yang melihat kamu sekarang. Umi beruntung ada anak seperti kami yang cantik ‘segala-galanya’. Sejuk perut umi mengandungkan kamu. ” Khatijah bagaikan terpukau dengan kejelitaan puterinya itu. Persis bidadari. Sebagaimana eloknya rupa, begitu juga akhlaknya.

          "Umi..” panggil Iman Nasuha sebaik melihat uminya mahu mengatur langkah. Kelihatan uminya berpaling. Iman Nasuha kegugupan pula.

          “Ada apa sayang. Jika kamu mahu menanyakan tentang semua ini, umi harap kamu simpan saja soalan itu. Akan umi terangkan bila semuanya sudah berakhir. Umi telah lakukan apa yang patut. Setelah mendapat petunjuk dari Allah S.W.T , inilah yang umi dapat. Inilah juga jawapan kepada semua persoalan umi selama ini. Nasuha, kamu anak yang baik. Percayakan umi, ya sayang. ” kata Khatijah sambil mengusap kepala anaknya. Dia terpaksa menahan soalan anaknya. Sampai masa, akan dia ceritakan segala-galanya. Khatijah berlalu pergi.

          Iman Nasuha termanggu-manggu sendirian di kamarnya. Selepas solat Asar tadi, bergegas uminya menyuruh siap. Sekarang, semua sanak-saudaranya ada di ruang tamu. Tinggalkan dia keseorangan di kamarnya yang luas tetapi ‘sempit’ dirasakan saat ini. Semput rasa dadanya sekarang. Walaupun dia pernah melalui majlis seperti ini sedikit masa dahulu, tetapi mengapa debaran kali ini amatlah hebat. Dia beristighfar dalam hati. Cuba mengurangkan gundah di hati yang kian bercambah.

         “Jemput masuk Puan Hajar. Inilah anak gadis saya, Iman Nasuha Binti Zabidi. ” pelawa Khatijah. Seorang demi seorang tetamunya memasuki kamar puteri kesayangannya itu. Sekejap sahaja penuh dengan tetamu dari pihak lelaki kamar anaknya itu. Khatijah terkejut pada mulanya. Sungguh ramai rombongan pihak lelaki yang datang.

         “Janganlah panggil saya puan. Panggil Hajar saja kak, kan lebih senang. Cantik dan manis anak dara akak ini. Saya sudah tertawan dengannya pada pandangan pertama. Tak sangka, pandai anak saya memilih calon isterinya. ” Puji Hajar. Dia terkejut dengan keputusan anak bujangnya yang seorang itu untuk masuk meminang. Tiada angin, tiada ribut tiba-tiba sahaja dia begitu. Bingung Hajar pada mulanya. Bila diselidiki, gadis itu dari keturunan yang baik malah ada rupa. Itu yang membuatkan dia tidak mahu berlengah lagi.

        “Mari sayang jarinya. Mama mahu sarungkan cincin ini. ” kata Hajar sebaik duduk di sebelah gadis itu. Perlahan dia melihat gadis itu mengangkat tangan kanannya. Cincin belah rotan tersarung kemas di jari manis tangan kiri gadis itu. Dengan sopan gadis itu menundukkan kepalanya, melekat bibir dan hidungnya di tangan Hajar. Usai, Hajar mencium dahi kemudian kedua pipi bakal menantunya itu.

         “Terima kasih kerana sudi menerima anak mama dalam hidup kamu. ” Sedikit sebak Hajar menuturkannya. Berbunga-bunga rasa hatinya. Siapa yang tidak gembira apabila dapat menantu yang sebegini rupa. Elok semuanya.

         Di satu sudut, Khatijah mengelap air mata dengan hujung lengan bajunya. Terharu dia dengan apa yang dilihatnya. Semoga apa yang dia rancangkan ini, mendapat restu dari Illahi dan moga anaknya disinari oleh limpahan sinaran kebahagiaan.


Last edited by wipers81 on 29-9-2013 01:42 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2013 01:43 PM | Show all posts

Terpahat Di Hati...


          Debaran kini berada di kemuncak. Baru sahaja petang semalam dia bertunang, pagi ini dia akan dinikahkan. Iman Nasuha benar-benar kebingungan. Siapa yang menjadi suaminya serta persoalan berkaitan dengannya masih tergantung hingga kini. Dibuang jauh segala anggapan buruk. Uminya masih waras lagi. Takkanlah uminya tergamak untuk menghancurkan kebahagiaannya. Pasti umi tahu siapa yang terbaik untuknya. Iman Nasuha cuba memujuk hati yang sedang rawan.

          “Aku terima nikahnya Iman Nasuha Binti Zabidi dengan mas kahwinnya seribu lima puluhdua ringgit, tunai… ” ucap suara itu. Lancar, jelas dan tenang nadanya. Tok kadi memandang kedua saksi di belakang lelaki itu. Sempurna. Kemudian..

          “Sah…Alhamdulillah.” Kata tok kadi. Doa selamat dibaca tanda segalanya telah selesai.

          Iman Nasuha menitiskan air mata. Dalam masa yang singkat ini, sekelip mata statusnya berubah. Umi memeluknya. Mencium seluruh wajahnya. Sedang Iman Nasuha, masih berperang dalam hatinya. Masih tertanya-tanya siapakah suaminya? Mengapa teramatlah sukar untuk dia melihat wajah lelaki itu.

          “Beri ruang pada pengantin lelaki menyarungkan cincin. ” kata satu suara. Lelaki itu duduk di hadapan pasangannya yang sedang duduk bersimpuh dengan wajah memandang ke permaidani di dalam masjid itu. Dengan lembut, dia meraih tangan wanita itu. Menyarungkan sebentuk lagi cincin di jari manis sebelah kanan. Tanpa dipaksa, laju saja gadis itu menundukkan wajah ke tangannya. Dapat dia rasakan kucupan hangat di tangannya. Gadis itu mendongak.

           “Awak..” hanya itu yang terkeluar dari mulut Iman Nasuha. Terasa seperti dia sedang tercekik air liurnya sendiri tatkala melihat ‘suaminya’ itu. Bulat matanya ketika ini.

           “Ya, saya. Ahmad Hanif Ismat Bin Ismail. Suami kepada Iman Nasuha Binti Zabidi. ” jawab lelaki itu dengan senyuman yang meleret. Habis sahaja dia menuturkannya, Iman Nasuha rebah di permaidani. Semua yang ada di situ menjadi kaget.


Last edited by wipers81 on 29-9-2013 01:46 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2013 01:47 PM | Show all posts

Terpahat Di Hati...



            “Tahulah suami awak ini seorang doktor. Janganlah sesuka hati mahu pengsan di mana-mana. Biarlah pengsan di tempat yang betul. ” Seloroh Hanif. Lega hatinya sebaik melihat isterinya membuka mata. Lucu pula dia rasakan tika ini. Sampaikan acara persandingan mereka terpaksa dibatalkan kerana pengantin perempuan telah tidak sedarkan diri pada hari pernikahannya.

           “Encik doktor. Pengsan ini bukanlah boleh dilaraskan untuk waktu tertentu. Nak buat macam mana, saya mahu pengsan waktu itu. Cubalah encik doktor bayangkan, bagaimana seksanya hidup saya dua hari ini. Semalam bertunang, pagi tadi kita nikah. Itupun saya pengsan, kalau tidak sekarang kita sedang bersanding. Tahu tak bagaimana kelam-kabutnya hidup saya ni. Soalan saya pada umi tidak pernah berjawab. Jantung ni, bagai mahu pecah rasanya cuba menahan debaran tentang semua ini. ” Hampir semput Iman Nasuha. Habis semua dilepaskan. Yang terpendam, semuanya telah terhambur keluar. Puas rasa hatinya sekarang. Ada lagi sebenarnya, tapi disimpan. Cukuplah setakat ini dahulu. Tetapi, mengapa lelaki itu masih boleh senyum.

           “Wah, marah benar isteri abang ini. Yalah, abang minta maaf atas semuanya. Abang yang minta umi rahsiakan. Manalah tahu, andai ‘orang itu’ tahu semua ini, lagi jauh pula dia lari. ‘Larian’ yang dulu bukanlah abang penyebabnya. Jadi, untuk apa abang nak menjadi penyebab kedua. Sudahlah tu sayang. Masih marahkan abang.. ” katanya lalu mencuit hidung isterinya. Pertama kali melihat gadis itu tanpa‘penghalang’ di kepalanya. Benar-benar hatinya tertawan pada gadis itu. Tidak sia-sia usahanya memujuk rayu kedua ‘emaknya’ supaya menyatukan mereka.

            Gigih Ahmad Hanif Ismat mencari maklumat mengenai Iman Nasuha. Dengan segala maklumat yang ada pada kad pesakit gadis itu, dapatlah dia dengan mudah menjejakinya. Allah S.W.T telah memudahkan segala urusannya. Dan hari ini, apa yang dia hajati telah tercapai.


Last edited by wipers81 on 29-9-2013 01:49 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2013 01:50 PM | Show all posts

Terpahat Di Hati...


          “Nasuha ,panggil suami kamu turun makan. Semua umi sudah siapkan. Kamu makan berdua ya. Umi mahu keluar sebentar dengan mama kamu ” kata Khatijah. Lapang dadanya kini kerana hajatnya untuk melihat puterinya dimiliki oleh lelaki yang baik. Dia amat mengharapkan agar menantunya itu dapat membahagiakan Iman Nasuha.

           “Tapi umi… Nasuha… ” terhenti di situ pertanyaannya. Bagaimana harus Iman Nasuha nyatakan ketidakpuasan hatinya tentang semua ini. Bimbang kecil pula hati uminya itu.

           Iman Nasuha tahu niat umi menjodohkannya adalah murni. Tapi, lelaki itu. Terlalu cepat semua ini berlaku. Tujuh tahun mengenali Iqbal Hakimi hingga mengheret mereka mengikat tali pertunangan. Bayangkan lama itu dia mengenali Iqbal Hakimi tetapi pertunangan mereka terputus begitu saja. Inikan pula dengan suaminya yang baru sahaja dua kali mereka bertemu dalam masa beberapa bulan ini. Itu pun tiada langsung kata mesra apatah lagi yang romantis antara mereka yang bisa menggetarkan jiwanya. Kusut fikirannya memikirkan semua ini.

           “Anak umi Iman Nasuha. Percayalah, dia yang terbaik untuk kamu. Umi tahu kamu memang kurang berpuas hati dengan umi. Umi bukanlah kejam untuk menghancurkan hidup anak umi ini. Sudahlah, pergilah kamu panggil suami kamu itu. Umi sudah lewat sayang. Tidak elok biarkan orang ternanti akan kita. Assalamua’laikum… ” kata Khatijah. Dikucupnya dahi puterinya itu lalu terus sahaja mengatur langkah. Lama-lama nanti terpujuklah hati anaknya itu. Semoga menantunya pandai memainkan peranan. Senyumannya makin dilebarkan.

           “Encik doktor. Umi suruh turun makan… ” kata Iman Nasuha sebaik memasuki kamarnya. Tidak sanggup dia untuk memandang lelaki itu yang hanya bertuala paras pinggang.

            “Aduh, salah masa pula aku ini. Malunya… ” bisik hati Iman Nasuha. Pantas, dia memalingkan muka dari lelaki itu. Tanpa membuang masa, dia terus sahaja berlari-lari anak menuju ke pintu. Dia perlu keluar dari kamar ini.

            “Encik doktor dipanggilnya aku. Ini tidak boleh jadi. Takkan selamanya dia nak panggil aku ‘Encik doktor. ” Ahmad Hanif Ismat merengus. Dirasakan tidak patut isterinya memanggil dengan gelaran itu. Dia ketawa terbahak-bahak kemudiannya hingga berair ke dua mata. Lucu benar dengan telatah isterinya. Benar-benar menggeletek hatinya. Sesuatu harus dilakukan. ‘Misi menawan hati Iman Nasuha’. Perlukan strategi yang baik untuk melaksanakannya.

             “Patutlah dia lari… ” kata Ahmad Hanif Ismat sambil matanya terarah ke tubuhnya yang ‘kosong’ hanya dibaluti tuala dari paras pinggang ke lutut. Dia ketawa lagi…


Last edited by wipers81 on 29-9-2013 01:53 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2013 01:55 PM | Show all posts

Terpahat Di Hati...


             “Nasuha tidak sarapan sama ” soal Ahmad Hanif Ismat kepada isterinya yang sedang menuang air milo panas ke dalam cawannya. Leka seketika dia menatap wajah wanita itu. Kalaulah bisa orang lain tahu bagaimana tidurnya malam tadi, pasti ketawa hingga senak perut mereka. Mereka tidur sekatil. Boleh pula wanita itu tidur dengan memakai telekung. Pernahkah wanita lain membuat perangai begitu pada malam pertama.

             “Tidak mengapa. Encik doktor minumlah dahulu. Saya.. ” terhenti di situ ayat Iman Nasuha.

            “Amaran terakhir. Kedengaran lagi gelaran itu, denda yang berat akan terlaksana. Apa dendanya, bergantung pada abang. Masa itu, jangan ada sebarang rayuan dari kamu sayang. ” Ahmad Hanif Ismat bangun lalu berdiri betul-betul di hadapan isterinya. Kedua tangannya berada di bahu wanita itu. Dicengkam lembut bahu isterinya. Jarak mereka terpisah hanya beberapa inci sahaja. Jelas kelihatan bagaimana kagetnya wajah mulus itu. Ahmad Hanif Ismat duduk kembali.

            “Maaf.  Er…abang, jemputlah minum. ” pelawa Iman Nasuha. Hampir luruh jantungnya tadi. Hampir-hampir saja fikirannya mula menyimpang terhadap tindak-tanduk ‘suaminya’. Mujurlah doktor itu tidak merawat pesakit mental. Kalau iya, habislah Iman Nasuha jika lelaki itu terbawa-bawa karektor yang mentalnya tidak sihat.

            “Mari,temankan abang. ” katanya pendek. Dia suka melihat muka isterinya yang sedang kemerahan. Adakah kerana malu atau marah. Dibiarkan sahaja begitu keadaan mereka sekarang. Sepi tanpa bahasa. Indah sungguh suasana ketika ini. Kali pertama bersaparan sambil menatap wajah indah ciptaan Allah S.W.T yang ada di hadapannya kini. Jika waktu terhenti, sekarang masanya.


Last edited by wipers81 on 29-9-2013 01:57 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2013 01:58 PM | Show all posts

Terpahat Di Hati...


           “Kau memang tak guna perempuan! Di mana kau sorokkan Iqbal? Sudah berhari-hari aku mencarinya. ” keras nada Shakila Hana terhadap Iman Nasuha. Dengan perut yang sedang memboyot itu, merata dia mencari di mana suaminya berada. Dia buntu.

           “Puan. Apa yang puan repekkan ini. Bila pula saya sembunyikan suami orang. Saya tidak tahu apa yang berlaku. Mengapa berat tuduhan yang puan lemparkan pada saya. ” balas Iman Nasuha. Terhenti sedutannya ketika itu. Mujur tidak tersembur air oren di dalam mulutnya. Terkejut kerana disergah secara tiba-tiba. Sebaik melihat siapa dia, ligat juga otaknya bekerja. Kini dia pasti, inilah wanita yang dilihatnya bersama dengan Iqbal Hakimi suatu masa dahulu.

           “Kau jangan nak menipu aku. Ke mana lagi suami aku kalau tidak bersama kau. Kau kan tunangnya yang selalu dipuji baik. Baik sangat ke kau. Telinga aku ni, hampir saja bernanah bila tiap kali mendengar dia menyebut nama kau. ” Shakila Hana menghamburkan suku dari apa yang ditanggungnya selama ini. Deritanya dia apabila setiap kali mendengar nama Iman Nasuha disebut.

          “Puan, ada baiknya cakap puan itu berlapik. Saya masih boleh bersabar dengan puan. Saya kata tidak tahu maka saya tidak tahu. Lagipun, apa kena-mengena saya dengan keluarga puan. Saya tiada kaitan dengan semua ini. Harap puan tarik balik kata-kata puan itu. ” Iman Nasuha cuba memberi amaran. Masih lagi cuba menyabarkan hatinya. Masih lagi boleh berbudi bicara dengan wanita yang sedang sarat mengandung di hadapannya ini. Kasihan pula melihat keadaannya yang kusut-masai itu. Pasti jiwanya terbeban dengan hebat sekali.

          “Kau jangan nak berlagak baik.. ” tidak sempat Shakila Hana mahu menghabiskannya, tiba-tiba…

          “Sha. Apa yang awak buat di sini? Nasuha! ” buntang mata Iqbal Hakimi sebaik melihat gadis yang amat dirinduinya selama ini. Ingin sahaja dia mendakap gadis itu. Melepaskan rindu yang terbuku dengan tebal di hatinya. Akalnya masih waras lagi. Tidak pernah mereka bersentuhan selama mereka berkenalan, inikan pula sekarang. Di buang jauh niatnya itu. Kewarasannya seperti diragut selepas wanita itu meninggalkannya.

          “Iqbal! Sampai hati awak tinggalkan saya. Empat hari saya mencari awak bagai nak gila. Tak sangka, awak masih lagi bersama dengan perempuan ini. Apa semua ni? ” Hampir-hampir saja Shakila Hana mahu menempik. Mujurlah tidak ramai orang dalam restoran ini. Kebetulan pula tempat ini agak tersorok sedikit.

          “Jangan menuduh begitu Sha. Kebetulan saya lalu di sini. Saya tidak tahu yang Nasuha juga ada di sini. Jaga sikit mulut awak Sha. Saya sudah bosan dengan perangai ‘gila’ awak itu. Saya tidak sanggup lagi sekarang. Perangai ‘mengawal’ awak semakin menjadi-jadi hingga saya sendiri rasa muak. ” Luah Iqbal Hakimi. Benar-benar tertekan dengan perangai Shakila Hana yang semakin hari semakin teruk. Dua puluh empat jam dia di kawal oleh wanita itu hingga pergerakannya terkunci. Hidup yang sebelum ini bebas ke mana-mana, tiba-tiba sahaja berubah dengan drastik sejak kehadiran Shakila Hana dalam hidupnya.

          “Adalah lebih elok jika soal rumahtangga tidak dibincangkan di sini. Kurang manis jika didengari orang. Tidak mengapalah, saya minta undur diri dahulu. Selesaikan dengan cara yang baik. ” pesan Iman Nasuha. Dia menggalas beg tangannya lalu bangun. Terhenti langkahnya saat terasa lengan bajunya ditarik. Dia menoleh.

         “Jangan tinggalkan saya Nasuha. Jangan tambahkan penderitaan saya ini. Tolong kembali pada saya… ” pinta Iqbal Hakimi. Sudah seperti orang hilang akal lagaknya. Berani meluahkan isi hati di depan isterinya yang sedang sarat mengandung. Terbeliak mata Iman Nasuha memandangnya. Shakila Hana pula melopong mulutnya.

        “Saudara. Adalah lebih baik dilepaskan lengan baju isteri saya itu. Setakat ini, kesabaran saya masih menebal lagi. ” kata seseorang yang muncul secara tiba-tiba. Iman Nasuha merentap lengan bajunya lalu pergi mendapatkan dia. Pantas sahaja Iman Nasuha memeluk lelaki itu. Sudah terbang kini perasaan malunya pada lelaki itu.

        “Siapa kau.. ” soal Iqbal Hakimi. Panas hatinya melihat gadis kesayangannya memeluk lelaki yang dianggapnya sebagai durjana. Merah matanya menahan marah. Tidak termampu pula olehnya untuk melawan lelaki yang tegap dan kelihatan gagah itu. Sedangkan dirinya hanyalah kurus-kering sahaja akibat dari ‘makan hati’ selama beberapa bulan ini. Hingga menganggu sistem pemakanannya.

        “Ahmad Hanif Ismat Bin Ismail. Suami kepada Iman Nasuha Binti Zabidi. Saya tahu kamu siapa. Kamu tunangnya dahulu tapi sekarang saya suaminya. Harap tidak diulang lagi perbuatan tadi. Boleh terjejas tahap kesabaran saya ini. Mari sayang.. ” terus sahaja Ahmad Hanif Ismat menarik tangan isterinya. Berlalu meninggalkan pasangan itu yang masih tercengang. Dia mendengar semuanya tadi. Geram juga dia dengan kelancangan mulut isteri lelaki itu. Mahu saja dia menyerang balas. Tetapi dia berasa kagum dengan isterinya yang tenang sahaja tadi.


Last edited by wipers81 on 29-9-2013 02:09 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 29-9-2013 02:10 PM | Show all posts

Terpahat Di Hati...


            “Terima kasih.. ” ucap Iman Nasuha. Selepas tiga hari, barulah dia punya kekuatan untuk mengucapkannya. Dia meletakkan secawan nescafe panas di atas meja di laman rumah umi. Itu pun dia selidik tentang minuman kegemaran suaminya itu dari mama. Dia rasa terhutang budi pada lelaki itu.

            “Terima kasih untuk apa, Nasuha ” soal Ahmad Hanif Ismat. Terangkat kening kirinya sambil matanya terhala ke arah wanita itu. Walaupun dia tahu tujuan ucapan itu, sengaja mahu memanjangkan bicara antara mereka. Sejak kejadian tempoh hari, dia masih menunggu kata-kata yang akan keluar dari mulut isterinya. Benarkah penantian satu penyeksaan. Jika ya, pasti terseksa jiwanya. Tetapi tidak pula begitu. Lagi rindu dia akan wanita itu malah semakin menginjak sayang dan cintanya terhadap gadis itu ke tahap yang tertinggi dalam carta hatinya.

            “Kerana menyelamatkan saya tempoh hari. Saya minta maaf kerana baru sekarang saya ucapkannya. Abang, sekali lagi terima kasih ya. ” tidak tahu samada ungkapan ‘menyelamatkan’ atau ‘mempertahankan’ harus dikata olehnya. Ada sedikit getar pada nada suara Iman Nasuha. Bergetar jantungnya saat renungan lelaki itu tepat ke matanya. Sungguh indah apa yang dirasakan. Rasanya, mulai kembang kuntuman sayang pada lelaki itu. Dia memejamkan mata sebentar, cuba menghayatinya.

            “Nasuha isteri abang. Selagi kita masih ‘berjodohan’ abang akan pertahankan kamu. Tidak tahu bagaimana lagi harus abang buktikan pada kamu bagaimana kasih dan sayangnya abang pada kamu. Abang berdoa saban hari moga suatu hari nanti pintu hatimu akan terbuka untuk abang. ” luah Ahmad Hanif Ismat. Dia berdiri di hadapan isterinya melihat wanita itu sedang berdiri terpaku dengan mata yang terpejam. Mengapa begitu keadaan isterinya.

           “Maafkan Nasuha abang… ” terus sahaja dia memeluk lelaki itu. Kali kedua pelukan ini adalah dengan ikhlas untuk kali pertama. Ya, Iman Nasuha yakin kini, nama lelaki itu mula memenuhi segenap ruang dalam hatinya. Dua bulan usia perkahwinan mereka lelaki itu masih mampu bersabar. Menanti dia menerima lelaki itu dalam hidupnya. Dia sudah nekad, enggan menoleh ke belakang. Redha bahawa Ahmad Hanif Ismat tercipta untuknya.

           “Terima kasih sayang.. ” kata Ahmad Hanif Ismat mengeratkan lagi pelukannya. Dia memanjatkan kesyukuran ke hadrat Illahi atas semua ini. Akhirnya, Iman Nasuha sudi menerima dirinya. Berakhirlah penantiannya selama ini.


Last edited by wipers81 on 29-9-2013 02:14 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2013 02:17 PM | Show all posts

Terpahat Di Hati...


           “Aku minta maaf atas apa yang aku katakan hari itu. Aku tenggelam punca bila Iqbal tidak pulang. Hilang begitu sahaja. Maafkan aku, Iman Nasuha.” Kata Shakila Hana. Tenteram rasa hati kerana wanita itu sudi menjenguknya di hospital. Dia telah selamat melahirkan seorang anak perempuan yang comel. Walaupun dia mencemuh wanita itu di restoran tempoh hari, tetap sahaja dia dan suaminya sudi membantu. Ditakdirkan hari itu, tiba-tiba sahaja dia kesakitan. Terasa senak perutnya saat itu. Iqbal Hakimi kelihatan tidak bermaya saat melihat darah mula mengalir dari celah pahanya.

           “Saya sudah lama maafkan kamu, Shakila. Jika saya yang berada di tempat kamu, tidak tahu bagaimana pula tindakan saya. Awak bagaimana. Sudah rasa sihatkah ” soal Iman Nasuha. Ringan langkahnya ke mari sebaik mendengar permintaan wanita malang itu. Tanpa perlu suaminya memujuk dia ke mari, dia rela sendiri. Baginya, Shakila Hana tidak bersalah. Hanya mengalami kekeliruan sahaja. Dibuang jauh anggapan buruk pada Shakila Hana.

           “Benar kata Iqbal, kau memang seorang yang budiman. Aku minta maaf kerana merampasnya dari kau. Aku yang bersalah.. ” Shakila Hana tidak dapat meneruskan kata-katanya kerana mulutnya sudah ditutup. Jari Iman Nasuha melekat elok di bibirnya.

           “Jangan kata begitu Shakila. Semua itu adalah takdir dan jodoh saya bukan dengan Iqbal. Dia memang tercipta untuk awak. Saya tidak pernah putus mendoakan kebahagiaan awak dengannya. Saya dan awak hanya manusia biasa yang tidak pernah lari dari melakukan kesilapan. Untungnya, kita sedar lebih awal. Ayuh, kita sama-sama bangkit, merubah semuanya. Semoga keharmonian rumahtangga kita akan berkekalan. Hidup berumahtangga tanpa sengketa pasti kosong. Anggaplah dengan sengketa ini merapatkan hubungan bersama pasangan. Kita belajar dari kesilapan kita untuk pembetulan masa hadapan. ” kata Iman Nasuha lantas meraih wanita itu dalam dakapannya.

             Iqbal Hakimi turut merasa sebak. Berair matanya. Dia memalingkan muka. Enggan membiarkan sesiapa melihatnya begitu. Semua kata-kata bekas tunangnya tadi benar-benar menyentap jiwanya. Terus memasung dirinya di situ. Tersedar dirinya hari ini. Dia juga serba kekurangan. Benar seperti kata Iman Nasuha, dia dan Shakila Hana perlu seimbang. Kurangnya Shakila Hana, lebih bagi dirinya. Begitu juga sebaliknya. Dia insaf. Bermula saat ini, dia akan melakar satu kehidupan baru bersama permaisuri hatinya. Kini telah hadir orang baru dalam kehidupan mereka, seorang puteri.

             “Siapa namanya puteri kalian..” soal Ahmad Hanif Ismat yang hanya menjadi permerhati serta pendengar yang setia dari tadi. Dia memaut bahu isterinya lalu mengukir senyuman yang manis, istimewa untuk suri hatinya. Benar-benar tergoda dengan kelembutan isterinya itu.

              “Nur Imanina Binti Iqbal Hakimi. Sempena nama kau yang sudi menerima diriku yangpenuh dengan kekotoran. Sahabat dunia dan akhirat. ” Ikhlas Shakila Hana menuturkannya. Dia sangat berkenan dengan nama teman barunya itu.

              “Cantik nama puteri ini. Boleh saya dukung anak kamu ini Shakila. ” pinta Iman Nasuha. Kelihatan Shakila Hana mengangguk. Laju sahaja dia mengangkat bayi itu dan mengendongnya. Bulat mata bayi itu memandangnya. Jatuh segala rasa cinta dan kasihnya pada bayi itu. Hatinya mengucap syukur dengan anugerah Allah S.W.T itu kepada pasangan tersebut. Geram dia melihat bayi comel itu yang berada di katil kecilnya bersebelahan Shakila Hana. Tiba-tiba hatinya kepingin untuk mempunyai zuriatnya sendiri. Pantas memujuk hatinya bahawa rezeki untuknya pasti akan menyusul. Insya Allah.

              “Nanti kita usahakan untuk memperoleh seorang, ya sayang.. ” Seloroh Ahamd Hanif Ismat. Terpegun seketika saat melihat telatah isterinya itu. Benar-benar bersifat keibuan seiring dengan karektor dan wajahnya yang lembut. Oh Iman Nasuhaku….

              “Abang ni. Ada-ada saja. Tidak malu ke dengan mereka di sini ” kata Iman Nasuha. Mukanya sudah bertukar kemerahan. Menahan malu yang dicipta oleh suami bertuahnya itu. Suasana sedih bertukar ceria dengan gelak tawa dari mereka semua.


Last edited by wipers81 on 29-9-2013 02:22 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2013 02:27 PM | Show all posts

Terpahat Di Hati...


            “Untuk kamu sayang.. ” kata Ahmad Hanif Ismat sebaik melangkah masuk ke rumah. Sejambak bunga ros bercampur warna dihulurkan kepada wanita itu. Sekeping kad berbentuk hati berwarna merah terselit di antara bunga-bunga itu. Matanya terarah pada perut isterinya yang ‘membengkak’. Dua nyawa sedang dikendong oleh isterinya. Dia bersyukur dengan ‘pemberian’ Yang Maha Esa kepadanya.

           “Oh..abang. Terima kasih.. ” Iman Nasuha menyambutnya lalu menghadiahkan satu ciuman di pipi suaminya. Bahagia punyai suami yang begini baik lakunya. Romantis lagi. Suaminya tersenyum memandangnya. Kini, mereka tinggal berasingan. Selalu umi dan mama datang menjenguk mereka. Tambahan pula dia sedang sarat sekarang. Sebentar lagi mereka akan ke rumah umi dan dia akan menetap di situ hingga saat melahirkan.

            “Abang pergi bersiap dahulu sayang. ” kata Ahmad Hanif Ismat. Dia bangun selepas mengucup lembut pipi isterinya. Sempat dikerling ke arah isterinya yang sedang membuka kad berbentuk hati itu. Dia melirik senyum sambil berlalu pergi.

            Iman Nasuha membuka kad itu. Tertancap matanya pada tulisan yang ada di dalamnya.

Andai rinduku bisa berbisik, pasti engkau tahu bagaimana rindunya aku padamu.

Andai sayangku ini bisa berbicara, pasti engkau tahu betapa dalam sayangku itu.

Andai cintaku bisa  menjerit, akan ku jeritkan “aku cintakan kamu, Iman Nasuha!”

Hidup tanpamu di sisi ibarat  pincangnya sebuah lagu tanpa irama. Ibarat kontangnya tanah tanpa air. Ibarat gelapnya malam tanpa bulan dan bintang. Kita saling melengkapi satu sama lain. Terima kasih kerana sudi menerima diriku seadanya.

            “Nasuha juga cinta dan sayang pada abang ” katanya lalu menoleh ke arah suaminya yang berdiri di sebalik tiang. Dia menyimpulkan senyuman manisnya.



Last edited by wipers81 on 29-9-2013 08:32 PM

Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2013 04:00 PM | Show all posts
wipers81 posted on 29-9-2013 02:27 PM
“Untuk kamu sayang.. ” kata Ahmad Hanif Ismat sebaik melangkah masuk ke rumah. Sejam ...

Best2 semoga terus berkarya........
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 10:32 PM GMT+8 , Processed in 0.136617 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list