CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Aqill.Azrri

[KOLEKSI BEST]Perkongsian Seram Orang Di Sekeliling Ku

  [Copy link]
Post time 1-10-2013 04:49 PM | Show all posts
Aqill.Azrri posted on 30-9-2013 10:38 PM
Pakcik Aku, Kucing Penakut, dan Hantu Bungkus

Cerita seterusnya, pasal pakcik aku jugak. Dia ni j ...

baiknye pakcik ko bawak kucing tu masuk umh.. huhu
cite2 ko sngt best, aku ley imagine mcm tngok movie plk, tinggal xde popcorn je kt sblh aku..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 1-10-2013 05:56 PM | Show all posts
keep it up!
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2013 06:28 PM | Show all posts

Aku rasa, dah tiba masanya untuk aku kongsikan pengalaman angker aku selama 8 bulan straight yang aku mention sebelum ni. Tetapi, untuk mengetahui kisah tu, perlulah terlebih dahulu mengetahui ‘kejadian-kejadian lain’ sebelum ‘angker 8 bulan’ tu. Kerana kejadian-kejadian tersebut ada kaitan dengan ‘angker 8 bulan’.

p/s: aku memutuskan untuk memberi judul kisah aku tu ‘Sekolah Angker Lapan Bulan’ (SALB).

Macam yang aku brief di perenggan atas, aku perlu ceritakan kejadian-kejadian sebelum SALB. Mungkin tajuknya boleh dijadikan seperti di bawah:



Sekolah Angker Dua Minggu

Aku menjejak kaki di sekolah aku pada tahun 2003, ketika usiaku 13 tahun, aku bersyukur kerana menjadi salah seorang student sekolah yang agak berprestij di negeri Sabah. Ada seorang senior form five ni, rajin melawat dorm adik-adik form one. Of coz lah nak makan stock junior, kan? Malam-malam dia akan datang lepak-lepak. Sambil-sambil tu kami budak-budak form one rajin lah bertanya pasal kisah-kisah sekolah kami.

Menurut senior aku ni, pada tahun 2002 (yakni setahun sebelum batch aku masuk), sekolah aku nyaris kena saman oleh Kementerian Pendidikan Malaysia disebabkan menutup sekolah tanpa kebenaran. Semua pelajar time tu diarahkan balik di rumah masing-masing (lupa nak mention, sekolah aku sekolah berasrama penuh). Puncanya, selama dua minggu, sekolah aku diserang histeria!

Persoalan: kenapa sekolah aku tiba-tiba diserang histeria?

Alkisah, tak tahu sahih ke tidak, sekolah aku bakal jadi tuan rumah untuk HKSBP zon Sabah/Sarawak/Labuan. Jadi pengetua aku nak sekolah aku ni nampak gempak, sebabnya sekolah aku ni didirikan di kawasan hutan (kiri kanan hutan, kau berani?). Ada beberapa pokok tua yang tinggi menjulang ni, mencacatkan pemandangan sekolah aku tu. Antaranya pokok tua yang terpacak di depan blok asrama puteri.

Sewaktu hari penebangan pokok tua tu, semua warden dan orang-orang kuat sekolah aku (pengetua, PK HEM, Penolong Kanan) turut berkumpul untuk saksikan pokok tu ditumbangkan. Tiba-tiba muncul seorang lelaki tua (macam orang asli) menghampiri pengetua aku sambil berpesan, “Jangan ditebang pokok tu. Biar saja di situ.”

Tau apa jawab pengetua aku? Dia jawab macam ni, “Who are you? You get out from my school! Crazy old man! Get out!” Sebelum pergi, lelaki tua (yang muncul entah dari mana tu) memberi amaran, “Kamu semua berjaga-jagalah selepas ni!”

Bersambung...
Reply

Use magic Report

Post time 1-10-2013 06:34 PM | Show all posts
ala... tak payahla letak gmbr pls.... aku takut nk baca.. cite ko mmg best2..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2013 07:38 PM | Show all posts
Sekolah Angker Dua Minggu: Serangan Pertama

Gangguan pertama bermula kat seorang aspuri (singkatan untuk pelajar asrama puteri) form 3 tahun tu. Dia ni rajin stay up malam (agak klisye kan? Tapi standard lah, memang ada orang jenis kaki study macam ni). Lepas dia habis study, dia pun prepare untuk tidur. Sebelum tu dia ke tandas, buang air dan gosok gigi.



Sewaktu dia berus gigi tu, dia perasan yang ada seorang aspuri ni dah lama berus gigi di sinki hujung sekali. FYI, lampu bilik air asrama aku ni jenis yang mentol warna oren tu. Kalau malam, memang seram jugak lah. Itu pun ada mentol yang dah tak menyala.

Memandangkan aspuri di hujung sinki tu berus gigi terlalu lama, yang aspuri form 3 ni dok perhati je lah member sorang tu sambil dia berus giginya sendiri. Tiba-tiba, aspuri di sinki hujung tu menoleh, membalas pandangan budak form 3 ni!

Alangkah terkejutnya budak form 3 ni, apabila dia dapati, yang aspuri tu gosok gigi guna pisau saiz kecil!!! Berdarah-darah mulut aspuri tu! Budak form 3 ni tak berlengah, terus cabut keluar dari bilik air. Dalam kelam-kabut nak keluar tu, dia tertembung pulak dengan aspuri lain yang nak masuk bilik air.

“Jangan masuk! Cepat lari!!!” ujarnya sambil tarik tangan aspuri sorang ni. Tapi aspuri yang baru nak masuk ni sentap tangannya sambil menarik budak form 3 ni dekat dengannya. “Kamu takut sama kami, ya?” soal aspuri kedua tu dengan nada gemersik.

Bila dilihat wajah aspuri yang kedua ni, wajahnya bersih licin! Bukan bersih licin kerana guna Fair n Lovely atau Biore! Tapi tiada rupa! Wajahnya kosong! Entah macam mana dia boleh bercakap, budak form 3 ni pun tak tercapai akalnya. Sementara tu, aspuri yang gosok gigi guna pisau tu makin dekat... makin dekat... BOOM!!! Serangan histeria di sekolah aku bermula!

p/s: Ini cerita dari senior aku. Kalau tipu ceritanya, maka tipulah jugak apa yang aku dengar. Kalau motifnya nak takutkan batch aku, maka motifnya tercapai. Sebab malam tu kami upah dia dengan stock makanan yang banyak supaya dia tidur dalam dorm kami. Huhuuh...

Bersambung...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2013 08:24 PM | Show all posts
Sekolah Angker Dua Minggu: Berkejaran Di Padang Sekolah

Sejak serangan pertama tu, menyusul pulak siri-siri kerasukan dalam kalangan aspuri. Aku cerita ni tak ikut kronologi memandangkan aku belum menjadi pelajar di sekolah tu pada tahun kejadian. Jadi, korang layan je lah, OK.

Ekceli aku macam dah lupa-lupa ingat cerita senior aku ni. Tapi yang agak femes time tu, detik-detik penyerahan ‘habitat’ baru kepada keluarga jin yang kehilangan rumah lama dorang. Rumah lama dorang, yang pokok tua kena tumbang tu.



Sesi persekolahan aku tergendala pada hari kemuncak (time ni dah dua minggu sekolah kena serang. Kiranya ni hari terakhir.). Terlalu ramai aspuri yang kerasukan hari tu. Meracau sana-sini. Nasib baik takde sorang pun pelajar aspura yang histeria. Maybe aspuri-aspuri ni lemah semangat kot.

Antara cerita lawak yang aku dengar, time pengetua sekolah dan penolong kanan aku menghalau jin. FYI, kedua-dua mereka ni orang yang paling garang dan digeruni di sekolah. Ada seorang budak aspuri ni sedang ditenangkan oleh beberapa pelajar yang tak dirasuk. Kebetulan pengetua sekolah dan penolong kanan lalu di situ.

Pengetua aku dengan brutalnya mencekik aspuri tu sebelah tangan, sementara tangan satu lagi dia guna untuk tolak-tolak dahi aspuri tu. Sambil tu dia jerit kat aspuri yang kena rasuk tu, “I warn  you! You better get out from her! Or else I kill you! Get out!!!” Serta-merta pengetua aku kena ludah oleh aspuri tu.

Pengetua aku cepat-cepat lap mukanya. Time tu lah, aspuri tu ambil kesempatan melarikan diri sambil ketawa terkekek-kekek. Penolong kanan yang menyaksikan insiden tu terus ambil motor dia kejar budak tu sampai ke padang. Student lain dok perhati adegan kejar-mengejar tu dari tingkap kelas masing-masing.

Pada awal adegan kejar-mengejar, budak tu lari sambil di belakangnya diekori penolong kanan yang bermotor. Agak lama pusing padang, budak tu hilang. Penolong kanan buat beberapa pusingan di padang, cari budak tu. Rupa-rupanya budak tu dah pengsan di padang tu. Budak tu kemudiannya dibawa balik ke asrama.


Padang sekolah aku. Nampak tak hutan di sekeliling sekolah aku?


p/s: Nanti aku sambung. Solat isyak jap. Assalamualaikum.

Bersambung...

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 1-10-2013 09:46 PM | Show all posts
Sekolah Angker Dua Minggu: Kediaman Baru

Terakhir untuk kisah angker dua minggu. Time babak kejar-mengejar berlaku di padang sekolah, lain pulak kisahnya di dalam kelas pelajar form five. Time tu ada beberapa aspuri meracau-racau, terjerit terpekik. Memandangkan keadaan tak terkawal, semua pelajar aspura disuruh balik asrama. Cuma segelintir je yang stay untuk tolong cikgu-cikgu handle aspuri-aspuri ni.

Semua aspuri dikumpulkan di dewan besar sekolah. Lepas tu ada ustaz dari luar datang. Entah apa yang dia bincang dengan pengetua sekolah aku, takde siapa tahu. Lepas tu, dia macam doa-doa dan buat kerja dia. Rupa-rupanya ustaz tu buat deal dengan keluarga jin tu untuk beri rumah baru untuk dorang.

Sebenarnya kediaman baru keluarga jin tu (sepatutnya) rahsia. Hanya orang tertentu je yang tahu macam pengetua dan warden. Alih-alih terkantoi lokasi kediaman baru jin ni apabila salah satu anak jin ni terpisah dari keluarganya.



Kisahnya macam ni. Antara solat Maghrib dan Isyak, sekolah aku buat bacaan yassin dan solat hajat (p/s: Maghrib di Sabah sekitar pukul 6pm, Isyak sekitar pukul 7pm). Alhamdulillah, dah takde serangan histeria. Prep malam start pukul 8pm.

Ada satu kelas ni, tiba-tiba je sorang aspuri menggelupur atas lantai kelas. Rupa-rupanya kena rasuk. Student ingat dah habis serangan tu. Beberapa orang aspuri ajak sembang dengan aspuri yang kena rasuk tu. Kata jin tu, dia sesat. Entahlah betul ke tak kata jin tu, sebab jin ni suka bohong.

So, ada warden ni datang. Dia cakap, “Bawak dia ke bilik ERT.”

Bila dah sampai bilik ERT, jin yang masuk badan budak ni dipujuk supaya keluar. Makan masa jugak nak suruh dia keluar. Last-last dia keluar. Pelajar-pelajar yang escort aspuri tu rasa semacam je dalam bilik ERT. Macam udara di situ mampat, sesak. Then, mereka buat konklusi bahawa bilik ERT tu adalah habitat baru keluarga jin tu.

p/s: Bilik ERT sekolah aku sebijik macam rumah. Siap ada katil king size, peti sejuk, mesin jahit, mesin basuh, dan lain-lain. Nama pun ERT, Ekonomi Rumah Tangga.

Lepas kejadian serangan dua minggu tu, sekolah aku request kat KPM untuk tutup sekolah selama dua minggu, tapi tak diluluskan. So, sekolah aku dicutikan lima hari je untuk kerja-kerja ‘pagar’ sekolah.

p/s: Nanti aku share pasal yang aku alami sendiri pada tahun 2005. Dari bulan Januari sampai bulan Ogos, sekolah aku diserang!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 1-10-2013 10:39 PM | Show all posts

Sedikit kisah-kisah pendek (yang takde kaitan) sebelum dikisahkan angker lapan bulan yang berepisod-episod tu. Kejadian ni aku alami di sekolah aku ni. Tak banyak, tapi dialami oleh almost student sekolah aku.

Kisah 1: Dikir Barat

Sekolah aku ni ada team dikir barat. Dorang selalu buat latihan di dewan besar sekolah. Memang dengar lah dorang berdikir barat ni sampai ke asrama. Team dikir barat sekolah aku selalu buat show sempena event2 besar kat sekolah aku.

Ada sekali ni, sekolah aku jadi tuan rumah untuk pertandingan dikir barat bertemakan bahaya HIV. So, pengetua aku suruh dorang berlatih sungguh-sungguh, sebab kalau kalah, memalukan sekolah sebagai tuan rumah dan boleh menjejaskan nama sekolah yang time tu nombor satu di Sabah (sekolah aku selalu bersaing nak jadi sekolah nombor satu Sabah dengan SBP yang satu lagi).

Oleh kerana pressure dari pengetua, dorang pun buat latih giler kaw-kaw. Misteri bermula pada satu malam, time semua tengah tidur, tiba-tiba kedengaran paluan gong dari arah dewan besar. Aku sebenarnya tak sedar pasal tengah tidur time tu. Tapi dormmate aku kejutkan aku, tanya sama ada aku dengar ke tak bunyi paluan gong.

Pastu aku diam, dengar dengan teliti. “Gong... gong... GONG!” bukan bunyi anjing menggonggong okey. Itu bunyi gong dalam bentuk tulisan. Hahaha... Lama-lama semua dorm bukak lampu, giler engkau, semua bangun pukul 2 pagi disebabkan bunyi tu. Asrama puteri pun dengar paluan gong tu.

Esok dan hari seterusnya, latihan dikir barat buat time petang je. Dah takde latihan waktu malam.


Lokasi kejadian.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 1-10-2013 11:30 PM | Show all posts

Kisah 2: Nenek Kebayan

Sekolah aku buat rentas desa, ni acara tahunan. Student lelaki akan lari jauh sikit dari student perempuan. Check point pun beza, aspuri lencong kiri sekolah, aspura lencong kanan. Memang tak akan bertembung punyalah dengan dorang kalau tengah lari.

Nak dijadikan cerita, aku dengan sorang junior sedang meneruskan larian. Dah masuk area kampung belakang sekolah aku. Kampung tu kecik je, dalam hutan pulak tu. Masa tu aku perasan yang aku dengan junior aku tu je tengah lalu kawasan kampung tu. Maybe aspura lain ada yang dah lepas kawasan tu, atau masih ketinggalan di belakang.

Tengah kami berdua lari, bertentangan dengan kami, jauh di depan, nampak macam kelibat orang tengah jalan. Slow sangat. Bila kami berdua makin dekat dengan orang tu, kami agak kaget. Sebab orang tu perempuan tua bertongkat jalan terbongkok-bongkok. Nenek kebayan kot! Bila nenek kebayan tu senyum menyeringai dengan kami berdua sambil cakap, “Cu...”, kami apalagi, lari sekuat hati.

Apabila nampak kumpulan lain di depan, baru kami lari slow. Kumpulan lain ni tak terserempak pulak dengan nenek yang kami maksudkan. Tetapi, sebenarnya ada kumpulan lain yang turut nampak nenek tu. Ceritanya macam ni:

Standard budak asrama, mesti ada yang kaki fly. Fly mestilah buat waktu malam, kan? Dari sekolah aku, nak menuju ke jalan besar (untuk tahan teksi/kereta sapu), kena lalu kawasan hutan (sebab sekolah aku dalam hutan). Nama je sekolah elit, serba lengkap, tapi didirikan di kawasan hutan. Haish, tak faham aku!

Jadi budak-budak yang fly ni, baru balik dari pekan. Main game kat cyber cafe. Sambil berjalan kaki menuju ke sekolah (dari jalan besar), dorang borak2 nak hilangkan sunyi sebab lalu kawasan hutan. Tiba-tiba, dorang nampak nenek kebayan lalu kawasan tu. Jalan terbongkok-bongkok.

Korang bayangkan, apa motif nenek tua jalan di pagi-pagi buta, di tengah-tengah hutan? Memang tak lain dan tak bukan, tu bukan orang. Geng-geng fly ni buat steady je. Dorang teruskan borak. Bila dekat dengan nenek tu, nenek tu sapa dorang, “Cu...”

Dorang balas, “Tumpang lalu nek.” Then jalan macam biasa. Macam jauh sikit dorang jalan, salah seorang toleh belakang. Boom! Nenek tu dah takde. Dia apalagi! Terus cabut lari. Yang lain ni tak tahu apa motif member dorang ni lari, ikut sekali lari laju-laju. Bila panjat pagar sekolah, siap dengan luka-luka di betis pasal kaki tersangkut di dawai besi.

Lepas kejadian tu, ada dalam sebulan, aktiviti fly tergendala. Lama-lama pastu, barulah kegiatan haram tu diaktifkan semula oleh geng-geng nakal sekolah.


Panorama sekolah aku yang dikelilingi hutan.



Belakang dewan besar.



Dua blok tu, blok asrama puteri.



Stor sukan dan padang sekolah.



Surau sekolah.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2013 01:24 AM | Show all posts
Sekalian jangan takut dengan gambar kedua yang lidah penanggal keluar tu,ia diambil daripada iklan Thai yang bertemakan mentol lampu.Kononnya kalau ada lampu tu,boleh tengok semua hantu-hantu dengan jelas,tak payah takut

Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2013 05:14 AM | Show all posts
silalah cite lagi...
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2013 05:44 AM | Show all posts
fuhyooo... menarik sungguh citer ko "sekolah angker 8 bulan"... aku selalu malas nk baca bab histeria disekolah ni sbb byk sgt tapi citer ko mmg terbaik lah.... tapi gambar2 sekolah ko tepek tu, ok ke? tk takut kena saman ke? btw walau sekolah tgh hutan, nampak sekolah ko cantik dan nyaman...
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2013 09:49 AM | Show all posts
mesti sekolah ko sejuk kan? sekolah buat kat area2 pendalaman ni sebab nak budak2 ni dpt fresh air, jauh dari gangguan kota.. tp kena gangguan makhluk lain pulak.. hahah
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2013 10:18 AM | Show all posts
suka cerita kau bah...
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2013 12:56 PM | Show all posts
apasal korang sumer boleh nampak gambar ha..? aku tak nampak...
nak jugak tengok tahap keseraman gambar tuh...
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2013 01:47 PM | Show all posts
mak ai siap ado gambar lagi..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 2-10-2013 03:21 PM | Show all posts
Aqill.Azrri posted on 30-9-2013 10:40 PM
Pemuda Tampan Dari Semenanjung

Seperti yang dijanjikan, aku nak share kisah yang berlaku di Felda ...

Hakim ni kawin ngan saper?.. tunang dia ke atau pompuan sosial tuh..?
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2013 04:39 PM | Show all posts
best giler cite TT nih slalu moi jd silent reader je
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2013 05:18 PM From the mobile phone | Show all posts
purpledesire posted on 30-9-2013 10:53 PM
assalam tt..kuss semangat tgk gambar2 hantu yg tt dok selit kat stp cerita tt..huhuuu
tp k ...

Xda kaitan dgn semangat padi.
Reply

Use magic Report

Post time 2-10-2013 05:22 PM | Show all posts
Myoreo posted on 2-10-2013 05:18 PM
Xda kaitan dgn semangat padi.

ohhh..yeke..
sbb ada pernah terbaca sblm nie pasal kaitan penanggal a.k.a balan-balan nie dgn semangat padi..
kalo takde takpe la..saja jer tanya..

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

18-4-2024 09:35 PM GMT+8 , Processed in 0.436356 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list