CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Aqill.Azrri

[KOLEKSI BEST]Perkongsian Seram Orang Di Sekeliling Ku

  [Copy link]
Post time 6-10-2013 01:15 PM | Show all posts
TT sambung please..rasanya pernah dengar dulu dalam tahun 2005/2006 kes histeria kat sekolah di sabah kalu tak silap sampai berminggu2..dikatakan sebab bermain ouija board ke ape ntah..siap masuk paper lagi..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 8-10-2013 11:39 PM | Show all posts
Assalamualaikum warga MPS semua.

Beberapa hari yg lepas, aku dapat mesej dalam inbox FB aku. Ada empat mesej semuanya, dari orang yg berbeza. Tapi perkara yg disampaikan oleh mereka adalah sama, "Jangan bongkarkan rahsia sekolah kita." Rahsia ini merujuk kpd Angker Lapan Bulan tu. Tak sangka ada jugak bekas warga sekolah aku yg jadi silent reader dalam ruangan ni.

Setelah berdiskusi secara profesional (chewahh!), aku bersetuju untuk mengekalkan rahsia sekolah aku sebagai top secret. Nama pun rahsia kan? Mana boleh sebar-sebar. Hehe... Apa-apa pun, maaf pada yg menanti SALB ni. Kisah ni tak dapat diteruskan. Harap kalian faham. *senyum*

InsyaALLAH, kisah-kisah lain yg tiada kaitan dengan kejadian angker lapan bulan tu, akan dikongsikan. Thanks for my ex-schoolmates for your concern. My apologies for those who wanna know this case. This story is remained silent-secret.




Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2013 07:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Hekk elleh..terus merasa kekecewaan..kalau cerita pun apalah masalahnya..bknnye kami mau ke sekolah kamu atau pergi jumpa wartawan dan siarkan..
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2013 03:44 PM | Show all posts
alaaa.....bru follow arini...dh closed dh...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2013 05:16 PM | Show all posts
aTiKah_aYuNi posted on 9-10-2013 03:44 PM
alaaa.....bru follow arini...dh closed dh...

yg closed tu cuma cerita angker lapan bulan je. cerita lain still go on like always.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2013 07:39 AM From the mobile phone | Show all posts
Yg lain pun kecewa..sbb tu semuanya sunyi sepi..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-10-2013 01:11 PM | Show all posts
kawan sabah kata di kota belud byk sampai sekarang ada lagi
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2013 01:42 PM | Show all posts
hospital likas la tu...kat sabah ada dua je hospital yg start dari huruf L , lahad datu dgn likas...klu hospital swasta tak tahu la den namanya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 10-10-2013 03:14 PM | Show all posts
rafiz28 posted on 10-10-2013 07:39 AM
Yg lain pun kecewa..sbb tu semuanya sunyi sepi..

Entiti Tengah Malam

OK, sori sangat2 sebab x dpt nak kongsi angker lapan bulan. Untuk mengubat kekecewaan ko, aku cuba kongsikan satu kejadian menakutkan aku bersama warga dorm aku semasa tempoh angker lapan bulan. Satu cerita je OK. Takde dua... tiga... lima belas. Hehehe...

Aku masih ingat time sekolah aku hari-hari ada je yg menjerit meracau kena rasuk. Muka memang bengis giler la time tu. Ditakdirkan budak-budak dorm aku ni mostly penakut (termasuk aku). Kami semua ada lapan orang (katil double decker ada empat bijik). Dua orang form 3 dan selebihnya form 2. Tapi kawan aku yg form 3 tu selalu je tidur dorm lain, dia rasa lagi secure kat dorm tu kot. Maka, tinggallah aku sorang je paling tua dalam dorm tu.



Junior2 dorm aku ni pulak, apa-apa hal berlaku, mesti mengadu dgn aku. Kiranya aku ni abang mithali la dlm dorm tu (hehe...). Dorm aku tu aku rasa laluan jin ke apa ntah, pasal aku selalu je nampak locker yg berkunci terbuka sendiri (berlaku banyak kali). Tak pun bunyi cermin tingkap pecah, tapi kalau check, semua tingkap OK je, takde kurang ke apa. Tak tipu, bunyi tu memang dlm dorm aku.

Ada satu malam ni, sorang junior dlm dorm aku ni mengadu dgn aku. Dia cakap, hampir setiap malam dia kena gangguan. Kalau bangun je, dia rasa lesu satu badan. Aku pun tanya la, gangguan apa? Aku syak gangguan jin atau seumpamanya. Dia pun ceritalah dari A to Z. Lepas dgr cerita tu, aku pun sampaikan kat kawan aku di dorm sebelah. Dia setuju nak perangkap 'makhluk' tu.

Malam tu, kawan aku dari dorm sebelah datang ke dorm aku. Dia ambil port di katil kosong kawan aku yg selalu tidur di dorm lain tu. Malam kejadian, aku memang tak boleh tidur, sebab nak perhati apa yg akan terjadi dgn junior aku sorang ni. Setia berbaring di atas katilku, aku menanti. Bila dah pukul 1am macam tu, aku nampak ada entiti yg bangun di katil sebelah junior aku ni.

Aku berpeluh-peluh menantikan apa yg terjadi seterusnya. Hanya dibekalkan cahaya dari luar koridor dorm, aku mendapati entiti tu dok perhati junior aku ni... dalam tempoh yg lama. Tiba-tiba je, entiti tu landing sebelah junior aku!!! Junior aku ni langsung tak perasan ada benda baring di sebelahnya. Perlahan-lahan, tangan entiti tu menjalar ke badan junior aku. Aku nampak dengan clear yg tangan entiti tu meraba bahagian privacy-nya.

Aku apalagi, terus lompat dari katil dan bukak lampu. Kawan aku yg sorang tu terus ke katil junior aku dan terajang entiti tu. Malam tu dorm aku memang kecoh habis. Budak-budak dorm lain pun datang nak ambil tau apa yg terjadi. Dengan itu, perangkap kami menjadi. Kami berjaya meng-kantoi-kan aktiviti jahat Hantu Gay. Hantu Gay itu adalah budak dorm aku sendiri.

p/s: Waktu aspuri ketakutan dgn histeria, aspura kengerian dgn isu gay-malam.
p/s/s: Aku rasa simpati tengok entiti tu kena hentam teruk oleh senior form 4 form 5. Dahsyat!
p/s/s/s: Cerita ni maybe tak seram untuk korang, tapi menakutkan untuk aku.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2013 04:12 PM | Show all posts
Semangat nk baca......closed plak...
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2013 06:21 PM From the mobile phone | Show all posts
grapesofwrath posted on 6-10-2013 02:43 AM
@mizzmimi, melatibiru  Sila lihat asal-usul parakang dari perspektif masyarakat bugis.

ok tq...baru nak baca
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2013 02:29 AM | Show all posts
hurm.. kecewa. tp apa blh  buat
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2013 08:39 AM | Show all posts
erm...if x boleh nak cerita the whole story sepanjang 8 bulan tu...

boleh x cite ending die je..hee~..

ye lah..intro kiotrg da tau..at least cite lah camne semua tu selesai...

plisssss....
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2013 04:17 PM | Show all posts
aku 5 thn dok asrama takderlah terjumper yg mistik2,walaupon asrama sebelah hutan.
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2013 06:01 PM | Show all posts
keciwanya......nak tau citer
apa2pun tq tt..cerita yg sgt best.
yg tak best gmbr2 itu

isk isk..
tp bila tt tnjuk gmbr seklah tt...teringt kat sekolah ku..sbp gak...

kat sabah byk kisah angker..dulu ada sorg kwn..org labuab, tp rmai sdra kat sabah,
selalu dia cerita hantu..dah la pndai cerita siap buat mimik muka dan suara..

dia ckp kat sabah senang jmpa semua ni..
takutlah..

abg sya study kat sabah dulu...dia pernah cerita kwn dia..pernah kena 'guna-guna' dgn org sabah.
Abg ckp ada org dgki..kwn dia pkai motor besaq..guna2 tu dicalit pd motor..mmg teruk gak kwn abg tu..smpai famili bw blik berubat.
tak ingt dah..samada kwn tu smbung blajar di sabah lepas baik atau famili dia transfer dia smbung blajar di semenanjung
Reply

Use magic Report

Post time 20-10-2013 09:10 PM | Show all posts
oh kau takde bulu dada ye? bulu ape lagi yang kau takde?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-10-2013 11:13 AM From the mobile phone | Show all posts
edee_91 posted on 20-10-2013 09:10 PM
oh kau takde bulu dada ye? bulu ape lagi yang kau takde?

Hadeyyy...kelakaw...haha
Reply

Use magic Report

Post time 31-10-2013 12:55 PM | Show all posts
Aqill.Azrri posted on 10-10-2013 03:14 PM
Entiti Tengah Malam

OK, sori sangat2 sebab x dpt nak kongsi angker lapan bulan. Untuk mengubat  ...

choiii sangattt!!!
baru je nak feel seram....aishhhh
sbgai kaka senior sek sains, ni nak marah nie.. g lompat bintang 1000x sekarang!

p/s; TT, cite mmg best tp syg angker 8 bln tak bleh nk smbg.... lagi best kalo xde gmbr2 yg epic tue~


Reply

Use magic Report

Post time 1-11-2013 12:18 PM From the mobile phone | Show all posts
Aduuuu....
baru nk layan 8 bulan...dah case closed ....
:Q
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-11-2013 12:22 AM | Show all posts

Hantu Kembar Di Boarding School

Aku ada sorang kawan di boarding school dulu. Namanya Shahrul. Tapi budak hostel panggil dia Salur. Standard la kalau dok hostel, semua orang ada nama brand masing-masing. Aku dapat nama Kutuy, sempena nama ex-student yang kononnya mirip muka aku. Tapi dia dah grad sebelum aku masuk sekolah tu.

Salur ni atlet sekolah. Dah tu dia selalu bajet berani, plus dia ni mat player. Kejap-kejap tukar awek. Kes seram ni terjadi time kami form four. Sebelum tu aku nak infom semua, sekolah aku ni kerap berlaku kejadian ‘hantu kembar’.

Sekali tu classmate aku, budak perempuan, cerita kat budak sekelas time cikgu sejarah tak masuk. Dia ni tengah sidai baju kat ampaian. Waktu tu dah nak dekat Maghrib. Tengah dia betulkan baju yang disidai, dia ternampak classmate kami sorang lagi tengah berdiri di antara deretan ampaian di situ.

“Mun, bila kau balik?” tanya classmate aku ni. Tapi Si Mun ni diam je sambil merenung kat pagar belakang ampaian. Memandangkan classmate aku ni nak cepat ke surau, dia pun minta diri kat Mun ni untuk balik ke dorm.

Bila sampai di dorm, dia bagitau la kat dormmates lain yang Mun dah balik hostel. Sebenarnya kawan kami Si Mun ni sakit, so dia terpaksa berehat di kampung. Bila berkumpul di surau, classmate aku ni tanyalah kat budak dorm Si Mun. Dorang cakap, Mun masih di kampung, tak balik lagi. Sudah tu, siapa yang classmate aku tu nampak time di ampaian?!



Seterusnya, senior aku pulak, kisahnya lebih kurang sama. Dia ni ponteng tazkirah Magrib. Lepas solat, terus pergi ke bilik dobi, basuh baju. Dia kan senior, kalau langgar peraturan, warden buat derk je. Kalau ikutkan peraturan, lepas solat berjemaah di surau, students kena stay untuk dengar tazkirah sampai masuk Isyak.

Tengah senior aku ni tunggu baju dia siap spin, lalu pulak sorang lagi senior aku. Senior yang sorang ni selalunya jenis yang ceria dan peramah, talkative. Tapi bila senior aku yang ponteng ni nampak dia, wajahnya takde ekspresi. Bila ditegur, dia buat tak dengar. Mata keep fokus kat tempat lain. Bila senior aku yang ponteng ni siap spin dan sidai baju, dia pun balik ke surau.

“Mozek, ko tengok apa time aku tegur ko di bilik dobi tadi?” tanya senior aku yang ponteng tu kat kawan dia.

“Sejak bila aku ke bilik dobi. Aku tak keluar lagi dari surau ni lepas solat tadi,” jawab senior aku yang nama Mozek tu.

“Sumpah aku nampak ko tadi,” senior aku still percaya apa yang dia nampak.

“Jangan-jangan... yang ko nampak tu ‘hantu kembar’?”

Selepas kejadian, banyak la pulak siri kejadian hantu kembar kat sekolah aku. Kadang-kadang yang tak masuk akal pun ada. Siap hantu kembar tu terbang bila ditegur, kepala tertanggal bila ditepuk bahu... macam-macam la budak hostel ni.

Berbalik kepada kawan aku Si Shahrul a.k.a. Si Salur ni, cerita dia agak best jugak. Time tu team budak form four (almost) jadi committee dalam Malam Ambang Merdeka. Si Salur ni jadi pengarah program.  Sehari sebelum malam ambang merdeka, Salur memang busy giler la. Dia terpaksa ke dewan besar, ke dewan makan, ke bilik guru, untuk pastikan committee lain buat kerja yang ditetapkan.

Time budak lain balik dari prep malam, committee masih lagi bertungkus-lumus di lokasi masing-masing untuk siapkan kerja sebelum malam kemuncak. Si Salur ni dari dewan besar, nak ke makmal komputer di bangunan akademik. Dia nak pastikan committee multimedia dah siap buat kerja mereka.

Tiba di luar makmal, sorang kawan kami bernama Papan keluar dari pintu nak pakai kasut. Oh ya, makmal komputer kami berkarpet, masuk kena buka kasut. Si Salur ni pun masuk la ke dalam. Alangkah terkejutnya dia apabila ternampak Si Papan tengah duduk menghadap komputer, tapi Papan tak nampak Salur sebab dia membelakangkan pintu.

Memandangkan Papan yang di luar masih terkial-kial ikat tali kasut, Si Salur pun terus cuit dia. Dia bagi signal ‘jom masuk dalam kejap’. Si Papan ni pun buka balik kasut dia, pastu follow Si Salur dari belakang. Si Salur ni bajet berani, dia nak tepuk bahu Si Papan yang sorang lagi ni.

Slow... slow... slow... dia datang merapati Papan yang di meja komputer. Salur toleh kejap belakang, Si Papan yang follow dia ni buat muka terkejut tengok dia ada ‘kembar’ di makmal tu. Salur bagi signal, ‘cool, aku nak tepuk bahu dia’, lebih kurang macam tu la. Si Papan ni angguk je. Muka takut-takut.

Belum sempat Salur tepuk bahu Si Papan yang sorang ni, tiba-tiba je Si Papan ni menoleh. “Choiiii!!! Ko buat apa terhendap-hendap belakang aku?!!! Nasib baik aku tak sakit jantung!!!” latah Si Papan yang di meja komputer tu.

“Kau hantu, kan?!!!” tuduh Si Salur.

“Agak la mulut tu... aku ni ada rupa macam hantu ke?” bidas Si Papan.

“Kalau kau bukan hantu, habis di belakang aku ni...” Salur menoleh belakangnya.

“Kenapa dengan belakang kau?” sindir Si Papan yang di meja komputer. “Ada hantu?”

Salur dah pucat time tu, pasal Si Papan yang follow dia tu dah takde. Dia berpaling balik tengok muka Si Papan yang real, dia angguk untuk mengiyakan soalan Si Papan. Dorang dua diam sekejap sebelum dua-duanya lari keluar dari makmal komputer.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 04:32 AM GMT+8 , Processed in 0.072302 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list