CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: Aqill.Azrri

[KOLEKSI BEST]Perkongsian Seram Orang Di Sekeliling Ku

  [Copy link]
Post time 7-11-2013 05:41 PM | Show all posts
mana sambungan??apa jadi ngan kawan ko tu??diculik dek pontianak ker?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-11-2013 06:01 PM | Show all posts
HAnaNAjima posted on 7-11-2013 04:35 PM
Gila laaaaa...da la seram...sakit jantung tbe2 de pic2 yg di sertakn... kusssss semangat...


sori sori... dah style penceritaan aku kena ada picture. hahaha! *selamat membaca*
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-11-2013 06:02 PM | Show all posts
BellExOra posted on 7-11-2013 04:40 PM
mne smbungan


Kejap ya. Baru balik kelas ni. Kejap aku post. *terima kasih sudi membaca*
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-11-2013 06:03 PM | Show all posts
hyunniesSS501 posted on 7-11-2013 05:00 PM
wowowo nice story salur n papan
bulibakalakau
tp hantu gay tu sgt epic.


harus babak tu paling epic. har har har. *thanks weh sudi baca*
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-11-2013 06:18 PM | Show all posts

Malam Satu Suro (part. Akhir)

Sambungan malam satu suro. Ouh sebelum tu, aku petik title malam satu suro ni, pasal kejadian misteri ni berlangsung satu malam je. Maksud ‘malam satu suro’ tu pun aku tak tau apa, main amek macam tu je. Dah tajuk pun seram semacam, saja bubuh kat cerita aku. Yang pastinya, malam satu suro ni tajuk filem hantu indonesia.

Berbalik kepada cerita. Aku, ayah aku, dan tiga orang kawan aku pergi ke jamban untuk ambil kawan aku yang berbisnes besar tu. Tau-tau je dia takde dalam jamban. Pintu jamban tu ternganga luas. Yang aku tak boleh blah, dia tinggalkan ‘emas’ dia tak disimbah dalam lubang jamban tu! Mentang-mentanglah jamban tu takde flush, dia main blah macam tu je.



Tapi tak boleh jugak salahkan dia pasal tak simbah emas tu. Kalau korang pun di tempat dia, tiba-tiba kena tinggal sorang-sorang dalam jamban time malam-malam, konfom korang pun buat begitu. Hehhe... Kami pun laung-laung lah nama dia. Kot-kot dia menyahut. Tengah dok laung nama dia, ada suara lain yang menjawab. Tu pun perlahan je suara tu...

“Di sini... di sini... tolong...”

Aku dengan kawan-kawan aku berpandangan. Suara tu sebijik dengan suara yang awal-awal kami dengar tu. Tapi ayah aku, berani beb. Ayah aku ajak aku and the gang pergi ke tempat suara tu. Kami mula-mula pergi ke jalan raya sebelah rumah aku, lepas tu jalan straight je menuju ke tempat suara.

(p.s: Kawasan rumah aku tu ada tiga rumah je. Selepas tu kebun penduduk kampung, then barulah kawasan perumahan yang ramai sikit. So time mencari empunya suara tu, kiri-kanan jalan adalah kebun dan semak-samun).

Suara tu makin lama makin dekat, tempatnya kat kawasan yang berbelukar dan cerun. Bila ayah aku suluh kawasan cerun tu, nampak ada remaja lelaki terbaring sekali dengan motor dia. Rupa-rupanya dialah yang dok minta tolong dari tadi. Mati-mati aku ingatkan hantu.

Kami berlima pun tolong remaja ni keluar dari belukar tu. Kesian tengok dia pasal landing atas batu besar dalam  belukar cerun tu. Kami papah dia sampai di rumah ayah aku. Sampai-sampai je, kawan aku yang hilang tu, kelihatan sihat walafiat je menunggu di ruang tamu dengan mak aku. Rupa-rupanya selepas kami lari tinggalkan dia tu, dia sempat cebok (opss bahasa ku) je, pastu terus lari follow kami.

Time dia di pintu dapur, kami dah lock dari dalam. Dia ketuk-ketuk, takde orang sahut sebab semua di bahagian depan rumah. So dia pusing pulak pergi ke pintu utama di depan rumah, ketuk-ketuk pintu, mak aku yang bukakan. Time tu kami berempat dan ayah aku dah menuju ke jamban.

Berbalik kepada budak yang eksiden jatuh kawasan cerun ni. Ditanya macam mana boleh jatuh. Dia pun bukak story. Dia dari kedai di area pasar tamu Felda aku, mak dia suruh beli lilin. Maklumlah tengah blackout satu Felda, lilin cepat je habis. On the way dari pasar tamu ke rumah dia, tiba-tiba dia rasa motor dia berat. Dia tak berani nak toleh belakang, pasal dia sure time tu ada someone tengah tumpang dia.

Masa dia menunggang motor menuruni jalan raya yang cerun, kalau belok kanan akan sampai di area rumah aku, kalau ke kiri akan sampai di area rumah dia. Kalau jalan terus, takde jalan pasal ni simpang tiga. Kalau jalan terus, tu tempat belukar yang cerun dan berbatu besar. Dan-dan je sebelum dia belok kiri, benda yang menumpang dia ni ‘melayang’ dari motornya dan mengilai terkekeh-kekeh. Remaja ni apalagi, hilang kawalan dan terjunam ke kawasan belukar tu.

Part yang remaja ni tak boleh lupakan, time dia terbaring di atas belukar tu, Kak Ponti tu muncul semula tak jauh dari tempat tu. Kak Ponti tu pulak tak buat apa-apa, selain perhati dia dari atas cerun tu. Pasal tu remaja ni tak sudah-sudah menjerit minta tolong. Kuat semangat remaja ni, kalau korang kena konfom dah pengsan. Hahha! Gurau!

Ayah aku suruh kami tunggu di rumah, sebab nak hantar remaja tu balik rumah keluarga dia. Mak aku pun follow sekali. Kami berlima yang tinggal ni semuanya ambil yassin baca di ruang tamu. Kalau ada orang lalu, mesti fikir ada kematian di rumah aku. Walhal kami baca yassin pasal nak minta perlindungan ALLAH selepas apa yang menimpa remaja tu. Alhamdulillah takde perkara yang tak diingini berlaku sepanjang ketiadaan parents aku.

Esoknya, ayah aku hantar aku dan empat orang kawan aku ke rumah pakcik aku di bandar Tawau. At least duduk bandar, takdelah menyeramkan macam duduk di Felda aku. Lagi pun, senang sikit nak bawak kawan-kawan aku ni melawat sekitar daerah Tawau. Syukurlah aku tak nampak apa-apa yang menyeramkan time di Felda. Yang ada pun, perasaan-perasaan takut je. Sekian untuk malam satu suro.

p/s: There's no such thing as Hantu di dunia ni. Sebab dalam Quran hanya mention 'JINN dan SYAITAN". So makhluk-makhluk ni lah yang berlegar-legar di sekeliling kita, berusaha nak buat kita hilang pedoman. Takut kepada 'makhluk' lain itu adalah fitrah, tapi sebaiknya lebihkan ketakutan kita kepada ALLAH swt dengan cara banyakkan beribadat kepadaNYA.

p/s/s: Sifir Ketakutan adalah seperti ini: Manusia takut kepada 'makhluk', akan membuat manusia jauh dari 'makhluk' tu. Tetapi ketakutan manusia kepada ALLAH swt, akan membuat manusia tu makin dekat kepadaNYA. Itulah tanda keagungan ALLAH swt. We love ALLAH swt!

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-11-2013 06:18 PM | Show all posts
wajaman posted on 7-11-2013 05:41 PM
mana sambungan??apa jadi ngan kawan ko tu??diculik dek pontianak ker?


sudah disambung. *enjoy your reading, mate! smile*
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 8-11-2013 09:36 AM | Show all posts
Aqill.Azrri posted on 7-11-2013 06:02 PM
Kejap ya. Baru balik kelas ni. Kejap aku post. *terima kasih sudi membaca*

hahah orite g pon bell mmg btapa kat bod MPS ni.. wahahah tu bace tu
Reply

Use magic Report

Post time 8-11-2013 09:55 AM | Show all posts
Aqill.Azrri posted on 7-11-2013 06:18 PM
Malam Satu Suro (part. Akhir)

Sambungan malam satu suro. Ouh sebelum tu, aku petik title malam  ...

yes there is no such thing as ghost.. but jin n syaitan yg cube mnakutkn n mnyesatkn manusia.. loike status
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-11-2013 03:06 PM | Show all posts
Lobos posted on 2-10-2013 01:24 AM
Sekalian jangan takut dengan gambar kedua yang lidah penanggal keluar tu,ia diambil daripada iklan T ...

urm...klu dah dasar penakut, iklan apa ke...semua cheq terkejut. Skroll sambil tutp mata...boleh?
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2013 03:10 PM | Show all posts
Aqill.Azrri posted on 1-10-2013 11:30 PM
Kisah 2: Nenek Kebayan

Sekolah aku buat rentas desa, ni acara tahunan. Student lelaki akan lari ...

canteknye sekolah TT...macam nyaman jer...macam seronok jer...macam nak pergi jer...
Reply

Use magic Report

Post time 11-11-2013 03:14 PM | Show all posts
Aqill.Azrri posted on 5-11-2013 12:22 AM
Hantu Kembar Di Boarding School

Aku ada sorang kawan di boarding school dulu. Namanya Shahrul.  ...

aiyark...org betul ingtkan hantu...hantu pal diingatkan org betul...sudah tukar da...klu cheq, konpem menjerit

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-11-2013 06:40 PM | Show all posts
dell.mina posted on 11-11-2013 03:06 PM
urm...klu dah dasar penakut, iklan apa ke...semua cheq terkejut. Skroll sambil tutp mata...boleh?  ...


haha... kalau tutup mata, mcm mana nak baca.  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2013 10:45 PM | Show all posts

Kembar Dengan Haiwan

Assalamualaikum.

Pernah tak korang dengar kes manusia dilahirkan sekali dengan haiwan lain. Ekceli aku tak nak percaya benda ni. Sounds merepek! Malangnya benda ni berlaku terhadap both my families, from my mom’s side and my dad’s.

First things first, aku nak share pasal keluarga sebelah ayah aku. From my grandpa to my dad then to me, ketiga-tiga kami ni anak lelaki tunggal dalam keluarga. Atok aku anak sulung dari empat beradik, dan dia lelaki tunggal, selebihnya anak perempuan. Ayah aku anak kelima dari enam orang beradik. Manakala aku pulak anak bongsu dari enam beradik. Persamaan kami ialah: we are the only SON in siblings.

Aku lahir sebelum sempat kenal atok aku. So aku tak tahu sangat orangnya macam mana. Ayah aku pun jarang cerita pasal arwah atok aku. Tapi ni pasal ayah aku. Sejak kecil lagi, makcik-makcik aku sebelah ayah, selalu cakap yang ayah aku ni ada kembar. Kembarnya adalah seekor ular!

Aku tak nak percaya benda ni. Sebab manusia tak boleh dilahirkan bersama ular. Menurut makcik-makcik aku ni, sebaik ayah aku dan ular tu dilahirkan oleh nenek aku, ular tu dilepaskan di semak-samun belakang rumah oleh atok aku.

Aku pernah jugak tanya aku pasal benda ni, dan ayah aku menyangkal dakwaan tu. Tapi pernah terjadi, banyak kali, ayah aku bercakap seorang diri. Apabila ditanya dia borak dengan siapa, ayah aku macam tak sedar yang dia berbual dengan ‘sesuatu’ sebelum tu. Mesti ayah aku akan cakap, “Mana ada cakap dengan sesiapa.”

So far, itu je lah yang peliknya pasal ayah aku. Mak aku sendiri pernah beritahu aku dan kakak-kakak aku, kalau ayah aku cakap sorang diri tu tandanya dia sedang borak dengan ‘kembarnya’. Aneh! Selalu jugak rumah aku tu dimasuki ular, warna hitam. Tapi ular tu tak usik kami pun. Just menyusur lalu macam tu je, pastu hilang di celah-celah almari or pintu. Still, aku tak percaya yang ayah aku ada kembar ular. Aku rasa semua kejadian tu kebetulan.

Secondly, family sebelah mak aku. Kononnya great-great-grandmother aku ni dilahirkan dengan buaya. Buaya tu pulak dilepaskan di sungai kampung aku sebaik beberapa hari dilahirkan. Alkisahnya buaya ni selalu lindungi family aku (dan aku taknak percaya kepercayaan orang-orang tua bab begini, sounds khurafat). For me, hanya ALLAH swt saja yang maha melindungi.

Pernah ada saudara-mara keturunan moyang aku ni, didatangi mimpi. Dorang ni kira sepupu-duai mak aku lah, so bila generasi seterusnya lahir, kami tak rapat dengan mereka pasal pertalian darah tu dah agak jauh. Dalam mimpi dorang tu, ada buaya yang minta makanan yang perlu dihanyutkan di sungai kampung aku.

Family dorang ni pulak dah agak moden, so dorang tak nak percaya karut-marut ni. Dorang abaikan mimpi tu walaupun beberapa anggota family dorang mengalami mimpi yang sama. Tup tap tup tap, family dorang kena penyakit kulit menggelupas tak lama lepas tu. Family dorang lawat atok-nenek aku dan minta pendapat. Atok aku pesan, just bagi apa yang dalam mimpi tu nak. So dorang pun lakukannya, then slowly dorang sembuh.

Pernah suatu hari, time semua sanak-saudara aku berkumpul di kampung, hari raya weihh! Kampung aku tu pulak time tu takde bekalan air. So kalau nak mandi kena mandi di sungai. Syok giler mandi sungai. Time tu pulak semua aku bersepupu-sepapat masih kecil, kami pulak ramai (sebab atok-nenek aku ada 12 orang anak), of coz la cucu pun ramai.

Mandi punya mandi (dengan pengawasan orang dewasa makcik-pakcik sefamily), akak aku yang keempat lemas di tengah sungai. Sungai kampung aku tu pulak luas dan dalam. Semua terjerit-jerit minta tolong. Ada la beberapa orang lelaki berenang nak selamatkan akak aku. Tiba-tiba je, akak aku timbul dari sungai dalam keadaan tak sedarkan diri. Dia dihanyutkan ke tebing oleh ‘sebatang kayu besar’ warna hitam.

Sebaik akak aku diangkat ke tebing oleh orang sekitar, ‘kayu hitam’ tu tenggelam semula ke dalam air (dan perkara ini disaksikan oleh kami sekeluarga termasuk aku). Beberapa orang pakcik-makcik aku mendakwa, itu bukan batang pokok, tapi moyang kami (yang lahir sebagai buaya tu). Walaupun aku dah menyaksikan kejadian tu, aku masih menepis teori manusia lahir dengan haiwan.

I saw it, but I don’t want to believe it.


Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2013 01:48 AM From the mobile phone | Show all posts
Best cerita tt..nasib baik aku on9 gna fon..xnmpak gmbr2 yg tt ltak..lega rsa.....sila sambung cerita ye tt..best2
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2013 02:03 PM | Show all posts
Aqill.Azrri posted on 20-11-2013 10:45 PM
Kembar Dengan Haiwan

Assalamualaikum.

wah..mmg terbaik punya cerita.. ..
mmg syaitan x berhenti menghasut manusia selagi kiamat..
dan kita sendiri disuruh melakukn amal kebaikan utk bekalan di hari akhirat..
segala benda2 halus mmg wujud tapi jgn lh kita terlalu takut n taksud terhdap mereka..
hanya Allah s.w.t sj yg wajib disembah..amin..

TT, kau punya story mmg terbaik argh..
teruskn bercerita..keep it up..
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2013 05:12 PM | Show all posts
Great story-telling...thanks

Keep it up !!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 21-11-2013 06:03 PM | Show all posts
@yong posted on 21-11-2013 01:48 AM
Best cerita tt..nasib baik aku on9 gna fon..xnmpak gmbr2 yg tt ltak..lega rsa.....sila sambung c ...

try la baca guna pc or laptop. nanti baru ada feel baca bod MPS. hehe...
Reply

Use magic Report

Post time 21-11-2013 06:06 PM From the mobile phone | Show all posts
Aqill.Azrri posted on 21-11-2013 06:03 PM
try la baca guna pc or laptop. nanti baru ada feel baca bod MPS. hehe...

Mmg idak ler nak bca gna pc...bleh terbang semangat ooo..bca berani tgk gmbar..nahi nahi..huhu
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2013 06:06 PM | Show all posts
p.timur3831 posted on 21-11-2013 02:03 PM
wah..mmg terbaik punya cerita.. ..
mmg syaitan x berhenti menghasut manusia selagi kiamat ...

betul tu, p.timur. that's why la kita perlu bersahabat dgn org2 soleh, jaga mutabaah ibadah, sebarkan keindahan Islam dgn masyarakat... insyaALLAH, DIA akan melindungi kita serta memudahkan urusan hidup kita.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 21-11-2013 06:08 PM | Show all posts
toksira posted on 21-11-2013 05:12 PM
Great story-telling...thanks

Keep it up !!

thanks for reading. may we can take moral values for all of these stories.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:06 AM GMT+8 , Processed in 0.071098 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list