CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2736|Reply: 19

Soseh Soseh: Suka cari masalah

 Close [Copy link]
Post time 3-10-2013 03:22 PM | Show all posts |Read mode
Tak dinafikan dahulunya artis wanita kontroversi ini amat rapat dengan rakan-rakan artis dan kumpulan isteri VIP ini. Setiap aktiviti atau kegiatan menyeronokkan pasti dilakukan bersama. Hubungan yang erat ketika itu boleh diibaratkan seperti isi dengan kuku.

Bagaimanapun, entah bagaimana tiba-tiba wujud perasaan cemburu dalam diri artis ini sehingga sanggup memburukkan rakan-rakan lain di belakang. Dia ingat orang tak tahu, tapi biasalah cerita begini akan tersebar juga kepada tuan punya badan.

Perangai artis ini yang suka cari pasal sampai kemuncaknya apabila dia bergaduh secara terbuka dengan seorang artis lelaki sehingga menjadi bualan ramai. Paling tak tahan apabila mereka masing-masing saling berbalas kenyataan menerusi media.

Apabila difikirkan, SS pun hairan dan tak faham dengan tindakan artis wanita ini yang suka sa­ngat mencari pasal dengan kawan-kawan sendiri. Padahal ketika rapat dulu segala-gala perkara dikongsi bersama oleh mereka tanpa rahsia. Jadi, mengapa agak­nya dia buat perangai kebudak-budakan yang boleh mencemarkan nama sendiri?


Berbalik kepada artis tadi, disebabkan selalu sa­ngat cari pasal, dia disingkir daripada kumpulan itu dan terpaksalah mencari kumpulan lain sebagai kawan. Maklumlah kalau tak berkawan nanti dia dianggap sebagai kera sumbang pula. Lagipun takkan dia nak memerap duduk rumah saja sedangkan dia sudah biasa ‘enjoy’ ke sana sini sebelumnya.


Bagi kumpulan artis tadi mereka lega apabila artis ini sudah tiada dan tak peduli lagi dengan apa yang dilakukannya. Segala-gala yang berlaku dianggap sebagai kisah lalu yang takkan berulang. Mereka tetap macam biasa menjalankan aktiviti seperti yang dilakukan sebelumnya.

Bagaimanapun, agak mengejutkan apabila mereka mendapati artis ini rupa-rupanya masih menyibuk nak ambil tahu apa yang dilakukan. Apa-apa saja aktiviti mereka pasti akan kena ‘skodeng’ oleh artis ini. Terbaru, dia bikin panas apabila menyibuk berkenaan isu sebuah majlis anjuran seorang artis yang diadakan, baru-baru ini.

Paling tak boleh tahan apabila dia sibuk mencungkil siapa yang taja majlis itu dan siapa yang keluarkan kos. Apa hak dia untuk buat begini kerana tindakan­nya seolah-olah mempertikaikan kemampuan artis itu mengeluarkan belanja untuk majlisnya sendiri. Nampak sangat dia dengki dengan artis itu sedangkan artis itu tak bersalah pun de­ngannya.

SS sendiri tiba-tiba berasa geram mendengar cerita ini. Selama ini SS ingatkan sikapnya baik dan terpuji, rupa-rupanya itu semua lakonan. Apapun SS minta dia muhasabah diri sedalam-dalamnya. Ja­ngan anggap orang lain saja tak betul sedangkan dia sendiri banyak kelemahan.


SS: Seronok mengikuti kata-kata nasihat yang disampaikan pakar motivasi terkenal, Profesor Dr Muhaya.



rasa2 nak speku sape eikk???/ geng celepet ke????

mod..rasa2 klu dah ade gossip nih...delete je la eikk...sbb nak search tak reti nk buh tajuk ape....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2013 03:24 PM | Show all posts
rase cam geng celepet
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2013 03:24 PM | Show all posts
rebecca nur islam vs poji apa ntah

>???
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2013 03:25 PM | Show all posts
rebecca nur islam....
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2013 03:25 PM | Show all posts
geng noniswara-maria farida-rebekah kot..
kot lah...
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2013 03:27 PM | Show all posts
tapi..ade je nonis dtg tgk baby bekah

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 3-10-2013 03:30 PM | Show all posts
rebekah ngan poji fonen


Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2013 03:39 PM | Show all posts
miawpink posted on 3-10-2013 03:30 PM
rebekah ngan poji fonen

mamat ni pelakon ka?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2013 03:41 PM | Show all posts
lil_sparky posted on 3-10-2013 03:39 PM
mamat ni pelakon ka?

ye tp x popular
jgn tnya belakon cite apa
sebab sy x tau
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 3-10-2013 03:47 PM | Show all posts
terpiki gak kat si nonis tu....ermmm...sape eikk??
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2013 04:01 PM | Show all posts
x tahu siapa...
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2013 04:03 PM | Show all posts
Speke sape eh
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2013 04:27 PM | Show all posts
miawpink posted on 3-10-2013 03:41 PM
ye tp x popular
jgn tnya belakon cite apa
sebab sy x tau

fauzi al-qadri nama nya. x tahu la blakon cte apa. rse penah tgk tp xleh nak recall


Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2013 04:32 PM | Show all posts
bekah rasenyeww ni
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2013 05:01 PM | Show all posts
iols pun rasa bekah.
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2013 05:04 PM | Show all posts
tp gang dia maria farida mmg xnmpk dah...nonis je ada lg...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-10-2013 07:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Siapa pulak ni..  
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2013 07:16 PM From the mobile phone | Show all posts
miawpink posted on 3-10-2013 03:30 PM
rebekah ngan poji fonen

Loya tekak aku...  
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2013 08:11 PM | Show all posts
miawpink posted on 3-10-2013 03:30 PM
rebekah ngan poji fonen

rs mcm penah tgk muka nie... spa Q kah?
Reply

Use magic Report

Post time 3-10-2013 11:31 PM | Show all posts
alahai .. sesama pun nak gaduh
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

9-5-2024 12:44 PM GMT+8 , Processed in 0.435806 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list