CARI Malay Forums

 Forgot Pass?
 Register

Facebook Login

Login by Facebook

Forum : Gosip |  Hiburan |  Isu Semasa & Politik |  Peristiwa |  Lawak & Santai |  Sukan |  Informasi |  Kesihatan |  Soal Jawab Agama |  Negeri & Negara
Wanita & Lelaki |  Cinta & Perhubungan |  Belia & Pengetahuan |  Komputer & Internet |  Hobi |  Buku & Penulisan |  Koleksi Gambar
English Channel |  தமிழ் மக்கள் |  Jual/Beli |  Maklum Balas |  CARI Rasmi |  Cari Contest
1234Next
Return Post new threads
Show: 2457|Reply: 80

[Tempatan] TNB Bina Pencawang RM1/2 Juta. Bayar Pampasan Cuma RM5K

[Copy link]

Rank: 8Rank: 8

Post on 6-10-2013 12:06 PM |All posts

To get Malaysia's most comprehensive information, news, life sharing here!
Register as a CARI member NOW!

Register Login or Facebook Login

Salam semua . Saya ingin memaklumkan pada semua forumners akan semua kisah yang menyayat hati . Kisah benar pada semua tuan punya tanah yang tanah mereka ' yang diceroboh ' oleh pehak Tenaga Nasional Berhad. ( TNB ).

Kisahnya bermula dengan tanah yang diambil alih secara ' IZIN LALU ' oleh pehak TNB di sepanjang laluan talian elektrik TNB sekitar tahun 2012 sehingga kini. Bagi tanah di sekitar Semenanjung Malaysia . Terutama di Perak yang mana banyak tanah tanah yang milek bebas atau berstatus ' Free Hold ' kepunyaan para petani Cina  mendapat imbuhan yang agak rendah . Mungkin satu sebab mengapa pehak Barisan Nasional tidak mendapat undi majoriti 2/3 dalam Pilihanraya Umum Ke 13 kerana tidak berpuas hati dengan pampasan TNB.

Sudahlah di beri pampasan tanah yang agak rendah yakni purata satu ekar tanah mendapat pampasan antara RM 25 ribui hingga RM 40 ribu . Dibayar agak rendah kerana pehak TNB menggunakan tarif ' IZIN LALU ' dan bukan secara kaedah ' PENGAMBILAN TERUS'.  Jika melalui kaedah pengambilan terus  mungkin pehak tuan punya tanah mendapat pampasan yang lebih setimpal .


Sementara bayaran di atas pampasan tanah  bagi setiap pencawang hanya sekitar RM 4 ribu sehingga RM 6 ribu . Walau pun kos membina setiap pencawang yang agak mahal sekitar RM 400 ribu sehingga RM 600 ribu .  Yakni kos membina setiap pencawang lebih kurang RM 500 ribu tetapi tuan punya tanah cuma mendapat RM 5 ribu sahaja.


Dengan ini saya memohon pehak TNB menilai semula pampasan tanah yang di bayar kepada tuan punya tanah.


Sekian . Harap maklum. Last edited by AboNawas on 6-10-2013 03:11 PM

Wawantow#Bedah.cun#Muntz
Reply

Props Report

Rank: 8Rank: 8

Post on 6-10-2013 02:58 PM |All posts
Yang kaya raya ialah kaum kerabat TNB . Merekalah yang mendapat '' daging harimau menangis''. Pada rakyat biasa terutama pada tuan punya tanah cuma mendapat kuah sup jer . Itu pun kalau masih elok dan tidak basi
Wawantow#Bedah.cun#Muntz
Reply

Props Report

Rank: 10Rank: 10Rank: 10

Post on 6-10-2013 02:59 PM |All posts
hmmmm ... kesian kat depa yg terkena
FITBIT http://bit.ly/16V7uJ2
kliksketlaweitq
Reply

Props Report

Rank: 8Rank: 8

Post on 6-10-2013 03:03 PM |All posts
Nak buat  macam mana ? Dah terkena hukuman mandatori . Nak bagi ke atau tak mau bagi, tanah tu tetap kerajaan ambik . Lain la kalau tanah geng2  kroni kerajaan . Boleh la di cari tanah lain buat ganti .
Wawantow#Bedah.cun#Muntz
Reply

Props Report

Rank: 14Rank: 14Rank: 14Rank: 14

Post on 6-10-2013 03:06 PM |All posts
jika tak suka sila berambus- ayat menteri umno
VW #DRIVERS WANTED#
Reply

Props Report

Rank: 8Rank: 8

Post on 6-10-2013 03:08 PM |All posts
Depa ingat tanah di Malaysia ni mak bapak depa yang punya .
Wawantow#Bedah.cun#Muntz
Reply

Props Report

Rank: 8Rank: 8

Post on 6-10-2013 11:42 PM |All posts
Apa2 pung haku berharap pehak TNB dan kroni2 Umgok sedia menimbang semula bayaran pampasan agar berpatutan dengan nilai pasaran hartanah  semasa.
Wawantow#Bedah.cun#Muntz
Reply

Props Report

Legenderer

www.sardin.co.nr

Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20Rank: 20

Post on 6-10-2013 11:51 PM |All posts
apasal tak sewa saja dekat TNB???
Yg Bhg Presiden CDA
GST baik utk Rakyat | BN mesra YAHUDI
I stand with Khalid Ibrahim
justice for papa KETUM only
Reply

Props Report

Rank: 12Rank: 12Rank: 12

Post on 7-10-2013 12:00 AM |All posts
Izin lalu? kalu dlm Kanun Tanah Negara kira Ismen ke hak lalulalang?
Experience lets you recognize a mistake the second time you make it
Reply

Props Report

Rank: 8Rank: 8

Post on 7-10-2013 12:03 AM |All posts
Aku pung nak sewa . Janji tiap2 bulan dapat habuan . Tapi manalah boleh sewa ?  Dah tertakluk pada Akta Kanun Tanah Negara . Mau tak mau kena " redha ' juga yang tanah tersebut kena bagi pada pehak berkuasa atau pehak GLC kerajaan . Atas konsep pembangunan negara .

Depa ambik tanah sebijik macam perangai Penyamun Tarbus atau sikap  Lanun Darat . Bayar pampasan  pada tuan punya tanah  agak murah . Tapi kalau nak guna khidmat TNB, pengguna  kena bayaran yang agak mahal


Mana adil ? Last edited by AboNawas on 7-10-2013 12:04 AM

Wawantow#Bedah.cun#Muntz
Reply

Props Report

Rank: 13Rank: 13Rank: 13Rank: 13

Post on 7-10-2013 12:05 AM |All posts
Cuba cerita biar terang dan jelas.
Aku baca pun banyok benor bende yang samar-samar.
Nak ulas lelebih pun takleh sebab ujung pangkal cerita kabur.

Sekian.
Cai bin Macai.
Ketua Caw. Kole Lipih Ulu Kontemporari

Kacak.......? - Kumisku.
Tampan ...? - Spek itamku.
Bergaya ...? - Ya..inilah hero sejati.
Reply

Props Report

Rank: 8Rank: 8

Post on 7-10-2013 12:10 AM |All posts
neotoxin posted on 7-10-2013 12:00 AM
Izin lalu? kalu dlm Kanun Tanah Negara kira Ismen ke hak lalulalang?

Takat konsep izin lalu , sapa sapa pun boleh lalu . Komunis pun boleh lalu  apatah lagi geng2 perogol , perompak dan pembunuh rakyat. Samada ada bertatu atau pakai lambang Umgok . Janji boleh lalu lalang .

Tu yang timbul rasa tidak puas hati . Kalau hendak ambiklah terus . Ni tidak macam perogol bersiri . Lepas satu satu sudah puas penuhi nafsu pehak perogol cabut lari .

Tetapi lari ke mana pun pehak perogol tetap kenyang . Kan baguih kalau terus berkahwin , adalah rasa bertanggung jawab .
Wawantow#Bedah.cun#Muntz
Reply

Props Report

Rank: 8Rank: 8

Post on 7-10-2013 12:15 AM |All posts
airfilterkotor posted on 7-10-2013 12:05 AM
Cuba cerita biar terang dan jelas.
Aku baca pun banyok benor bende yang samar-samar.
Nak ulas lele ...

Kisah berlaku di negeri Perak . Bagi tanah sepanjang laluan dari Seri Manjung ke Bukit Merah . Tanah aku pehak TNB ambik seluas 1.34 ekar atas konsep izin lalu . Kalau konsep Izin Lalu pampasan paling tinggi pun tak sampai 60 % dari harga hartanah mengikut nilai pasaran .

TNB bayar kat jhaku cuma sebanyak RM 34K jer . Pada hal kalau ikut nilai pasaran pada konsei Pengambil Alihan Tanah seperti membina Lebuhraya atau jalan keretapi pehak Tuan punya Tanah boleh mendapat paling kurang pun RM 120 K bagi seekar.
Wawantow#Bedah.cun#Muntz
Reply

Props Report

Rank: 8Rank: 8

Post on 7-10-2013 12:19 AM |All posts
Dah la bayar pampasan tanah yang agak murah . Tapi paling menyayatkan hati bila pehak TNB hendak mendirikan pencawang bagi laluan talian  elektriknya .


Kos membina setiap pencawang paling murah pun agaran RM 500 ribu . Tetapi pehak TNB bayar pada tuan punya tanah setakat RM 5 ribu jer .

Mula haku ingat boleh dapat paling kurang RM 50 ribu . Tapi habuk apa pun tarak . Yang kenyang pehak TNB .
Wawantow#Bedah.cun#Muntz
Reply

Props Report

Rank: 8Rank: 8

Post on 7-10-2013 12:37 AM |All posts
Haku ingat kalkau TNB kedekut sangat nak bayar pampasan , tak payah buat guna pencawang atau kabel . Baik pakai tenaga solar lagi jimat .

Tak perlu ambik tanah rakyat . Lagi jimat dan mesra pengguna .
Wawantow#Bedah.cun#Muntz
Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 7-10-2013 12:39 AM From mobile phone |All posts
AboNawas posted on 7-10-2013 12:19 AM
Dah la bayar pampasan tanah yang agak murah . Tapi paling menyayatkan hati bila pehak TNB hendak men ...

Konsep izin lalu ni apa maksudnya?..tanah tu di ambil terus oleh tnb sampai bila2 ke?..betul la kos satu menara tu 500k sebab heavy duty dgn bwk power..tu high risk tu..klau kos dia rendah naya la boleh menyebabkan musibah tu...lg satu biasa nya tnb ni lalu tanah hutan la..konsep petanian..bkn prime location..tu faktor gak kot
Reply

Props Report

Rank: 8Rank: 8

Post on 7-10-2013 12:45 AM |All posts
leni posted on 7-10-2013 12:39 AM
Konsep izin lalu ni apa maksudnya?..tanah tu di ambil terus oleh tnb sampai bila2 ke?..betul la ko ...


Konsep Izin Lalu bermakna tanah tersebut masih tetap hak milek tuan punya tanah dan bukan berpindah milek kepada pehak TNB . Namun begitu walau pun masih hak milek tuan punya tanah , mereka hanya  dibenarkan bercucuk tanam tidak melebihi 10 kaki ( kalau salah  sila sila perbetulkan ) sebarang tanaman seperti nenas dan jambu batu sahaja yang di bolehkan dan tidak dibenarkan membina sebarang binaan di atas tanah tersebut .

Memang pencawang tersebut berisiko , tetapi pampasan pada tuan punya tanah agak rendah.
Last edited by AboNawas on 7-10-2013 12:48 AM

Wawantow#Bedah.cun#Muntz
Reply

Props Report

Rank: 16Rank: 16Rank: 16Rank: 16

Post on 7-10-2013 12:51 AM |All posts
bersyukur lahh UMNO BN masih memerintah.... tak reti bersyukur kaaa.... dan ketentuan ilahi...

yang benar,
patul lari kawin siam....
UMNO dipimpin oleh Perompak2 wang rakyat, hapuskan UMNO BN.
A.B.C.D = ASAL BUKAN CAP DACING
Reply

Props Report

Rank: 8Rank: 8

Post on 7-10-2013 01:00 AM |All posts
Betoi tu

Dah lebih 50 tahun negara merdeka . Tetapi negara  masih lagi menggunakan Akta Kanun Tanah sejak zaman penjajah lagi. Sebab itu pampasannya yang agak rendah .

Kalau di gubah Akta Kanun Tanah Negara pung adalah setakat untuk menghalalkan kerja2 Penyamun Tarbus atau Lanun Darat pehak TNB. Yang menjadi mangsa ialah rakyat jelata.

Jika setinggan2  India di kampung Buah Pala Pulau Pinang dapat  rumah bernilai RM 500 ribu secara percuma oleh Kerajaan Pulau Pinang yang di pimpin oleh Pemimpin PKR tanpa hilang apa2 pun tapi haku yang hilang lebih Satu ekar tanah cuma mendapat tak sampai RM 40 ribu jer .

Betoila motto BN rakyat di dahulukan .

Wawantow#Bedah.cun#Muntz
Reply

Props Report

Rank: 9Rank: 9Rank: 9

Post on 7-10-2013 01:08 AM From mobile phone |All posts
AboNawas posted on 7-10-2013 12:45 AM
Konsep Izin Lalu bermakna tanah tersebut masih tetap hak milek tuan punya tanah dan bukan berpin ...

Itu juga la yg aku faham..sbb tu pampasan rendah sbb bkn hilang hak milik kekal...ok la tu...dgn lokasi..klau tanah kau kt kl lojikla dpt ratusan ribu utk konsep izin lalu tu
Reply

Props Report

Rank: 16Rank: 16Rank: 16Rank: 16

Post on 7-10-2013 01:10 AM |All posts
AboNawas posted on 7-10-2013 01:00 AM
Betoi tu

Dah lebih 50 tahun negara merdeka . Tetapi negara  masih lagi menggunakan Akta Kanun  ...




UMNO dipimpin oleh Perompak2 wang rakyat, hapuskan UMNO BN.
A.B.C.D = ASAL BUKAN CAP DACING
Reply

Props Report

Rank: 12Rank: 12Rank: 12

Post on 7-10-2013 07:26 AM |All posts
AboNawas posted on 7-10-2013 12:10 AM
Takat konsep izin lalu , sapa sapa pun boleh lalu . Komunis pun boleh lalu  apatah lagi geng2 pero ...

aku tanya tu.. Konsep "Izin Lalu"ni Ismen (Easement) melalui seksyen 282 KTN atau hak lalulalang (Right of way) melalui seksyen 387 KTN.. atau ada seksyen lain dalam KTN tu g digunakan?

** KTN = Kanun Tnah Negara
Experience lets you recognize a mistake the second time you make it
Reply

Props Report

Rank: 8Rank: 8

Post on 7-10-2013 07:27 AM |All posts
leni posted on 7-10-2013 01:08 AM
Itu juga la yg aku faham..sbb tu pampasan rendah sbb bkn hilang hak milik kekal...ok la tu...dgn l ...

Walau pun hak milek tak hilang , tanah tu mana boleh pakai  lagik kecuali buat sawah padi , bela ikan belut , buat kolam udang atau kolam ikan koi atau apa2 pun , janji tertakluk pada peraturan TNB .

Sebab tu nilai tanah dia agak rendah . Nak jual pun susah kerana harga rendah dari pasaran .


Kat KL pun jika menggunakan konsep izin lalu , pampasannya tetap juga rendah berbanding dengan pampasan pengambilalihan terus.  Yang mana konsep pengambil alihan terus jika bernasib baik dapatlah pampasan berkali ganda dari harga pasaran
Wawantow#Bedah.cun#Muntz
Reply

Props Report

Rank: 12Rank: 12Rank: 12

Post on 7-10-2013 07:33 AM |All posts
tanah yang diambil utk buat pencawang TNB nih dah tak boleh nak buat apa2 kan..nak buat rumah pun tak boleh..
patutnya TNB bayar pampasan sepatutnya...termasuklah kalau wayar2 letrik bervoltan tinggi yg lalu atas tanah2..
Its you who are asking our money and telling us what and how you want to apply the money y ...
Reply

Props Report

Rank: 8Rank: 8

Post on 7-10-2013 07:36 AM |All posts
neotoxin posted on 7-10-2013 07:26 AM
aku tanya tu.. Konsep "Izin Lalu"ni Ismen (Easement) melalui seksyen 282 KTN atau hak lalulalang ( ...

Haku dah tanya dah pada lawyer atau pehak kerajaan nebgeri Perak . Hak lain tetap ada jika tuan punya tanah sanggup bawa kes ke makamah seperti beberapa orang tuan punya tanah berbangsa India ( ceti kot ? )

Kalau mengharapkan kuasa Pentadbir Tempatan seperti Pejabat Tanah Daerah atau Kuasa Kerajaan Negeri baik pi sedekah je tanah tersebut pada mereka . Kerana bayaran pampasan yang terlampau rendah.

Masalahnya jika hendak bawa ke makamah kena mengikut beberapa masalah perundangan selain dari kos lawyer yang agak mahal . Tuntutan lawyer ilah upah mereka sekurang2nya 25% dari nilai tuntutan jika menang . Bermakna jika tuntutan RM 200 ribu , upah lawyernya ialah RM 50 ribu.
Wawantow#Bedah.cun#Muntz
Reply

Props Report

1234Next
Return Post new threads
You need to login first Login | Register Facebook Login

Important Notice: The views and opinions expressed on the forum or the related pages are of the owner alone, and are not endorsed by CARI, nor is CARI responsible for them. Due to the nature of the Internet forum is in real time, CARI does not, and can not censor any submission, but asks that each user use discretion and respect for other users, and does not contribute any word that is unlawful, harmful, threatening, abusive, harassing, tortious, defamatory, vulgar, obscene, libelous, invasive of another's privacy, hateful, or racially, ethnically or otherwise objectionable. CARI reserve the right to withhold and/or remove any link that might possibly hold an individual, entity or group ridicule, potential embarrassment or potential defamation. CARI also reserves the right to accept, edit and/or remove any link that is deemed inappropriate in any way.
Hosted by

Archiver|Mobile|CARI Malay Forums

GMT+8, 3-9-2014 02:50 AM , Processed in 2.023042 second(s), 24 queries , Gzip On.

Powered by Discuz!

© 2001-2012 Comsenz Inc.

Top