CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: AboNawas

[Tempatan] TNB Bina Pencawang RM1/2 Juta. Bayar Pampasan Cuma RM5K

[Copy link]
 Author| Post time 7-10-2013 02:50 PM | Show all posts
baulu posted on 7-10-2013 11:52 AM
Tanah tu status pertanian, tapi yang ditanam hanya lalang kot.

Tu yang dapat ciput.

Bukan nak compare dengan kg buah pala . Tapi kerajaan negeri yang menterinya kapiaq boleh bagi ganti rugi yang agak mewah tetapi kerajaan negeri yang menterinya Islam setakat bersedekah sekupang dua . Pada hal mereka lah perompak .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2013 02:52 PM | Show all posts
AboNawas posted on 7-10-2013 02:47 PM
Mungkin tanah tersebut di ambil alih terus oleh pehak TNB . Tapi kalau atas konsep Izin Lalu hanya ...

yups...dorang bagi pampasan utk tapak tiang je la..bukan smua tanah...
tapi tanah yg dorang amek pun x sampai se-ekar satu tiang

tanah jiran tu kena 2 tapak tiang..
terus buat banglo..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2013 02:55 PM | Show all posts
baulu posted on 7-10-2013 12:16 PM
Ko cek ler Pentadbir Tanah Daerah, depa la yang rekemen berapa TNB ka sapa ka berapa nilai pampasa ...


Masalahnya penilaian tersebut di buat pada tahun bila ? Mungkin penilaian sebelum merdeka kot ? Adakah patut penilaian sepokok durian setakat RM 500 tetapi kelapa sawit setakat RM 100 ?



Lagi pun wajarkah atas dasar IZIN LALU ? Tanah tersebut tak boleh di gunakan lagi . Kecuali jika di buat kolam bagi membela ikan piranha atau bela ular anakconda atau membela buaya aligator. . Bukankah lebih baik jika di tukar pada status Pengambilalihan Terus . Barulah ada umph sikit Last edited by AboNawas on 7-10-2013 03:00 PM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2013 02:59 PM | Show all posts
farouk21 posted on 7-10-2013 02:52 PM
yups...dorang bagi pampasan utk tapak tiang je la..bukan smua tanah...
tapi tanah yg dorang amek  ...

Mana2 tanah yang TNB ambik bagi status Pengambilalihan Terus bukan setakat boleh buat rumah banglo malah nak buat istana pun boleh .


Tetapi bagi tanah yang TNB ambik atas dasar Izin Lalu setakat buat rumah setinggan boleh la . Kerana pampasannya yang agak rendah . Lebih baik tanah tersebut di sedekah terus pada TNB . Kira dapat juga berbudi pada negara .
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2013 03:03 PM | Show all posts
AboNawas posted on 7-10-2013 02:50 PM
Bukan nak compare dengan kg buah pala . Tapi kerajaan negeri yang menterinya kapiaq boleh bagi gan ...

Aku tak nampak isu sapa kapiaq or tak kapiaq kat sini. Plus isu kg pala dah jadi nasional isu, kenala menteri kapiaq cover balik. Kalau bukan propa, dah awal2 semua org kg pala take up offer rumah teres. Awal2 vague apa bentuk compensation, ada yg take up, ada yg tak.

Anyway, back to isu ko.

Cuba ko tanya TNB, awat pampasan ko sikit sangat. Pastu ko gi la cek dengan PTD. Tanya berapa nilai tanah ko. Entah2 ko dok syok sendiri, padahal tanah tu ciput je value sebenar dia.

Lepas tu story la, kisah kezaliman yang dah berlaku. Kot2 geng sini boleh buat iktibar.






Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2013 03:09 PM | Show all posts
leni posted on 7-10-2013 11:11 AM
5 ribu ko ni setiap bulan ke apa?...34k tu apa pula?


RM 5 ribu ialah pampasan bagi setiap pencawang ( sekali bayar sahaja dan bukan berbentuk bayaran bulanan ) manakala RM 34 ribu tu ialah pampasan Izin Lalu bagi tanah seluas lebih satu ekar .  Makna dia jika  dalam satu ekar ada 10 pencawang maka tuan punya tanah dapatlah RM 5 ribu x 10 = RM 50 ribu selain pampasan RM 34 ribu.


Tetapi dalam tanah aku cuma ada satu pencawang , maka dapatlah setakat RM 5 ribu jer . Last edited by AboNawas on 7-10-2013 03:26 PM

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 7-10-2013 03:14 PM | Show all posts
baulu posted on 7-10-2013 03:03 PM
Aku tak nampak isu sapa kapiaq or tak kapiaq kat sini. Plus isu kg pala dah jadi nasional isu, ken ...

Aku dah tanya dah kat pehak Pejabat Tanah dan pehak TNB . Pehak TNB cakap depa ikut valuevation Pejabat Tanah .  Kalau Pejabat Tanah kata satu juta , maka satu jutalah pehak TNB bayar . Tapi bila pi kat Pejabat Tanah depa cakap ikut penilaian Jabatan Penilaian Kerajaan . Kalau laporan kata penilaian kerajaan tanah tersebut bernilai  setakat RM 2 ribu jer maka pehak TNB membayar setakat RM 2 ribu jer walau pun pehak penilaian swasta menilai sehingga RM 200 ribu .
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2013 03:17 PM | Show all posts
Dan aku dah upah kat Penilaian Swasta . Penilaian yang pehak TNB buat setakat RM 34 ribu tu di nilai oleh pehak penilaian swasta sehingga RM 200 ribu . Lengkap dengan butiran dan fakta2 samada secara rawak , perbandingan dan laporan hartanah  mengapa nilai tanah tersebut bernilai lebih RM 200 ribu .
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-10-2013 03:25 PM | Show all posts
AboNawas posted on 7-10-2013 03:14 PM
Aku dah tanya dah kat pehak Pejabat Tanah dan pehak TNB . Pehak TNB cakap depa ikut valuevation Pe ...

Tak dapatla ko buat apa kot dah. Dah itu memang dah tertakluk dalam akta, depa guna 2 bodies tu je la utk value tanah tu.

Lagipun, akta ni mmg at TNB's advantage. Buat apa depa nak beli tanah yang jauh ke hutan atau kurang nilai komersil. Lagipun, akta ni mengurangkan kos pembinaan pencawang tu. Jenuhla kalau depa nak kena beli tanah dari setiap tuan tanah. Sebab tu akta ni diwujudkan.

Notis nak bantah pun mesti dah expired kan? Cuba ko cek surat2 yg ko sign. Masa awal2 selalunya 14 hari ke, 21 hari ke mesti owner ada peluang nak bantah supaya nampak sedikit adil. Nak nego pun boleh lagi kot. Macam ko cakap, ko sendiri tak tau tahun berapa punya valuation tu dibuat.

Tak pun ko mintak la politician yang suka kecoh2, kumpul penduduk yang lain, cari lawyer sama kecoh, kasi gegar itu PTD dan TNB la, demand up kan lagi nilai pampasan.
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2013 03:25 PM | Show all posts
boleh tak kalau tak benarkan IZIN LALU nih? mmg kalau tanah dah ada pencawang....radius dlm 100 meter tak boleh digunakan( tak silap aku la)...even rumah dekat area situ pun boleh jatuh nilai... atas faktor keselamatan dan kesihatan.

kalau betul hanya bayar sekali je...RM5K mmg tak patut...dah check dgn TNB?
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2013 03:32 PM | Show all posts
lompatikam posted on 7-10-2013 03:25 PM
boleh tak kalau tak benarkan IZIN LALU nih? mmg kalau tanah dah ada pencawang....radius dlm 100 mete ...

Sebab tu aku mohon di hapuskan konsep " Izin Lalu " dan di tukarkan kepada konsep " Pengambilalihan Tanah " . Baru berbaloi .

Mungkin aku nak buat bantahan di makamah sebab lawyer aku kata aku layak buat kes ke makamah kerana aku telah membuat " Notis Dengan Bantahan "  tak sampai dalam masa 21 hari dari tarikh terima surat dari TNB siap dengan salinan.  

Cuma tak bawa kes  makamah jer lagik .  Aku tunggu sedikit masa lagik.


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2013 03:37 PM | Show all posts
Saya jelaskan lagi sekali ,  purata pampasan TNB bagi setiap pencawang antara paling rendah RM 4 ribu dan paling tinggi RM 6 ribu . Namun purata majoriti para tuan punya tanah cuma mendapat dalam lingkungan RM 5 ribu jer .

Bukan bayaran setiap bulan seperti pencawang TELCO . Para tuan punya tanah cuma mendapat sekali bayaran sahaja. Lepas tu senyap
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2013 03:44 PM | Show all posts
baulu posted on 7-10-2013 03:25 PM
Tak dapatla ko buat apa kot dah. Dah itu memang dah tertakluk dalam akta, depa guna 2 bodies tu je ...


  • Pampasan TNB tak setimpal
    Wartawan Sinar Harian
    29 Mei 2012


Khidir dan sebahagian dari petani yang turut menjadi mangsa mengangkat sepanduk
mendesak TNB menghentikan operasi dan membayar pampasan setimpal
< 1 / 1>

KERIAN– Sebahagian petani Parit Ali Kalang, di sini, mendesak pihak Tenaga Nasional Berhad (TNB) agar membayar pampasan setimpal dengan tanah yang diambil untuk projek pembinaan pencawang di kawasan itu.

Pemilik tanah, Khidir Hashim, 44, berkata, sebelum itu, tanahnya seluas 0.4 hektar didakwa telah di ceroboh TNB tanpa sebarang persetujuan mahupun keizinannya.

Menurutnya, bayaran pampasan berjumlah RM700 yang ditawarkan pihak terbabit disifatkan sebagai tidak setimpal dengan tanah yang diambil.

"Bukan tanah saya sahaja malah petani lain turut terlibat dan mereka bakal menanggung risiko besar atas kehilangan nilai aset tanah ini untuk jangka masa panjang.

“Sebagai pesawah, risiko untuk bebas meninjau kawasan sekeliling menjadi terbatas mengikut cuaca kerana bimbang bahaya pencawang elektrik berkenaan boleh meragut nyawa jika berlaku sebarang kemungkinan," katanya.

Khidir berkata, sebelum ini, pihaknya merancang untuk membina bangunan burung walit dan tapak rumah, malangnya semua impian itu terkubur memandangkan pencawang TNB bakal didirikan walaupun tanpa izin pemilik tanah.

"Tambah membebankan, pesawah terpaksa meratakan tanah dengan kos sendiri di sekeliling menara TNB selepas proses pembinaan pencawang terbabit," katanya.

Katanya, diharap TNB menilai semula pampasan yang ingin diberikan selain berunding mengenai cara pembayaran.

“Janganlah mengambil sesuatu yang bukan hak mereka, malah adakah sebuah syarikat yang besar hendak melihat petani miskin seperti kami menanggung kerugian,” katanya.

Surat dari TNB meragukan

Dalam perkembangan sama, Khidir berkata, terdapat beberapa keraguan mengenai surat-surat yang dihantar oleh TNB kepada pemilik tanah.

"Surat yang telah ditandatangani bukan milik pemilik sebenar dan orang berkenaan tidak ada kena mengena dengan kami.

"Perkara ini perlu diberi perhatian oleh pihak berwajib kerana ia melibatkan nasib para petani," katanya.

Bagi menuntut hak petani, satu laporan polis telah dibuat pada Khamis lalu selepas pihaknya mendapati aktiviti pembinaan masih lagi dijalankan.

Pampasan diberi selepas buat rayuan

Seorang lagi petani, Abdul Hamid Din, 65, merasakan dia juga seperti diperbodohkan oleh pihak TNB yang menguruskan pampasan bagi pembinaan pencawang itu.

Menurutnya, dia mempunyai tiga lot tanah yang diletakkan di atas namanya manakala satu lagi tanah diletakkan atas nama isterinya Mariam Abu Bakar, 40, yang terlibat dengan pembinaan projek pencawang itu.

“Apa yang menjadi persoalan, mengapa isteri saya menerima bayaran pampasan RM1800 setelah membuat rayuan di atas tanah lot miliknya.

“Sedangkan saya belum menerima apa-apa bayaran lain dan takkanlah setiap pemilik tanah perlu membuat rayuan baru mereka akan dibayar sepenuhnya?,” katanya.

Petani, Mahyudin Shaari, 53, berkata, petani tidak berpuas hati dengan sikap dolak-dalik pihak berkenaan selain menggunakan akta dan undang-undang sebagai perisai mereka.

“Walaupun kami sebagai petani yang bekerja di kampung tidak semestinya mereka boleh sewenangwenangnya menipu kami dengan pelbagai cara ilmiah.

“Saya berharap pihak yang terlibat tidak lepas tangan dan mesti bertanggungjawab," katanya.

Mahu penyelesaian segera

Sementara itu, Adun Selinsing, Husin Din berkata, dalam hal itu pihak berkenaan tidak sepatutnya mengetepikan hak petani bagi melaksanakan projek pencawang elektrik berkenaan.

Menurutnya, TNB sepatutnya memperuntukkan sejumlah wang bagi memberi pampasan kepada petani yang terlibat.

“Saya difahamkan pampasan telah diberikan kepada sebahagian petani yang terlibat dengan jumlah berbeza.

Petani turut mempertikaikan cara TNB menggunakan peruntukan undang-undang sebagai jalan mudah mereka memperoleh kebenaran pemilik tanah.

“Justeru, saya harap TNB mencari jalan penyelesaian terbaik agar pembangunan yang dirancang berjalan lancar dan pemilik tanah berpuas hati,” katanya.

Pejabat Daerah dan Tanah akan berunding

Pejabat Daerah dan Tanah Daerah Kerian meminta kerja-kerja pembinaan dihentikan seketika bagi mengadakan siasatan dan perbincangan dengan TNB.

Penolong Pegawainya, Mohd Soffie Borhan berkata, setelah mendengar keluhan dan rintihan serta beberapa fakta yang dikemukakan petani, pihaknya memutuskan agar TNB menghentikan sementara projek itu dengan segera.

"Kami akan berbincang semula selain menyiasat segala aduan yang dibuat petani mengenai masalah dalaman yang berlaku antara TNB dan Pejabat Tanah dan Daerah Kerian dan akan memaklumkan semula keputusannya dalam masa terdekat," katanya.

Sementara itu, Sinar Harian cuba mendapatkan penjelasan daripada pihak TNB, namun gagal dihubungi.

Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2013 03:47 PM | Show all posts
since TNB bukan lagi badan penuh kerajaan tapi boleh dikatakan entiti swasta...teman berpendapat yg konsep izin lalu nih tak terpakai...

bayangkan kalau satu brader jual berger depan rumah kita, betul2 depan pagar rumah siap seal lagi gerai dia...bila kita minta alih, dia pakai akta izin lalu...dan dia bayar kita RM100 untuk sebagai sagu hati...jenuh le... Last edited by lompatikam on 7-10-2013 03:48 PM

Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2013 03:48 PM | Show all posts
wirazam posted on 7-10-2013 07:33 AM
tanah yang diambil utk buat pencawang TNB nih dah tak boleh nak buat apa2 kan..nak buat rumah pun ta ...

kalau boleh aku nak hang cerita sket.  kenapa tanah yg ada cable bervoltan tinggi tidak boleh ada kegiatan dibawah laluannya?  sebab radiasi ke?  

Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2013 03:55 PM | Show all posts

jiran sefelda saya .. TNB pacak tiang jugak la ... sewa rm500 sebulan ... sampaila ni dia dok makan duit pacak tiangtu lagi .. dia tak ambik lumpsum sebagaimana sorang lagi jiran ....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-10-2013 04:10 PM | Show all posts
lompatikam posted on 7-10-2013 03:47 PM
since TNB bukan lagi badan penuh kerajaan tapi boleh dikatakan entiti swasta...teman berpendapat yg  ...

Kat Malaysia ni ramai cendiakawan tapi ramai juga antara mereka yang tidak boleh dibuat kawan kerana asyik mementingkan diri sendiri  sambil berperut boroi

Dan ramai juga yang ahli pikir tapi perangai tak ok . Sebijik semacam perangai penyamun tarbus dan lanun yang suka merompak dan merampas hak orang lain . Kerana kurang mendapat didikan agama dan berakhlak yang tidak baik .
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2013 04:14 PM | Show all posts
zorrro_03 posted on 7-10-2013 03:48 PM
kalau boleh aku nak hang cerita sket.  kenapa tanah yg ada cable bervoltan tinggi tidak boleh ada  ...

Friday, January 21, 2011
Ke Dua2 Tangan, Ibu Jari Kaki Kiri Dipotong Kerana Renjatan Elektrik

Berat mata memandang, berat lg kesan yg ditanggung Hairuman. Pd usia bru 22 thn, selain melecur teruk, kedua2 tangan dan ibu jari kaki kirinya turut terpaksa dipotong krn terkena renjatan elektrik voltan tinggi semasa mcari rezeki mengait kelapa sawit. Semoga dia terus tabah jalani kehidupan mendatang.

KLANG 20 Jan. - Selepas dua bulan menderita sakit akibat melecur hampir keseluruhan badan terkena renjatan elektrik, Muhammad Hairuman Miskon akhirnya terpaksa menerima hakikat bahawa kedua-dua tangannya perlu dipotong selepas anggota itu tidak boleh diselamatkan lagi.

Tidak cukup dengan itu, doktor juga akan memotong ibu jari kaki kirinya bagi mengelak kesan jangkitan yang boleh memudaratkan anggota badan lain. Keputusan membenarkan doktor memotong kedua-dua tangan dan ibu jari kaki kiri pemuda berusia 22 tahun itu dibuat secara bersama oleh ahli keluarganya yang setia memberi semangat kepada anak yatim piatu itu.

Muhammad Hairuman dibawa masuk ke dewan bedah Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) tepat pukul 4.45 petang semalam dan hari ini keadaannya agak stabil selepas menjalani pembedahan dan telah sedarkan diri. Menurut kakaknya, Maryuni Miskon, walaupun dia dan ahli keluarganya berasa berat hati untuk membenarkan pihak hospital memotong tangan adiknya, mereka terpaksa akur kerana ia adalah keputusan terbaik untuk pemuda itu.

"Semasa doktor memaklumkan kepada saya yang tangan adik terpaksa dipotong, fikiran saya buntu terutama ketika memikirkan masa depannya. "Namun, dengan sokongan orang ramai saya yakin adik saya mampu berdikari dan meneruskan kehidupannya seperti biasa," katanya ketika ditemui di HTAR di sini hari ini.

Muhammad Hairuman melecur teruk di seluruh badannya selepas terkena renjatan elektrik bervoltan tinggi ketika mengait kelapa sawit bersama rakannya di sebuah kebun di Sungai Tengi Kanan Darat, Kuala Selangor dekat sini. Dalam kejadian pada 26 November lalu, mangsa tercampak kira-kira lima meter dengan seluruh badannya berasap setelah galah aluminium yang digunakannya 'terkait' wayar elektrik voltan tinggi.

Sementara itu, Kelab Putera 1Malaysia berjanji menyumbang sepasang tangan palsu untuk Muhammad Hairuman bagi meringankan beban yang ditanggung pemuda itu. Selepas melawat Muhammad Hairuman di HTAR, Presidennya, Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim berkata, pihaknya juga bersetuju untuk menjadikan Muhammad Hairuman sebagai adik angkat kepada Kelab Putera 1Malaysia bagi memudahkan pemantauan dilakukan.

"Ini adalah kali pertama Kelab Putera 1Malaysia mengambil adik angkat dan untuk itu kita akan memantau segala rawatan susulan yang diperlukannya. "Kami akan terus memberi semangat kepada Muhammad Hairuman supaya dia dapat meneruskan kehidupannya seperti rakan-rakannya yang lain," jelasnya. Dalam lawatan itu, Abdul Azeez turut menyumbang bantuan RM1,500 dan hamper makanan kepada keluarga Muhammad Hairuman.

Abdul Azeez menambah, pihaknya juga akan membantu menyediakan latihan vokasional kepada Muhammad Hairuman supaya pemuda itu mampu berdikari selepas sembuh kelak. "Sebagai adik angkat kepada Kelab Putera 1Malaysia, kami juga akan membantu Muhammad Hairuman memulihkan semangatnya,"katanya. utusan








Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2013 04:21 PM | Show all posts
AboNawas posted on 7-10-2013 04:14 PM
Friday, January 21, 2011
Ke Dua2 Tangan, Ibu Jari Kaki Kiri Dipotong Kerana Renjatan Elektrik

...

kalau sebab renjatan spt ni kita faham.  tapi mungkin ada sebab lain spt radiation, kesan infrared ke atas manusia etc2 yg tidak diceritkan.  
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2013 04:25 PM | Show all posts
zorrro_03 posted on 7-10-2013 04:21 PM
kalau sebab renjatan spt ni kita faham.  tapi mungkin ada sebab lain spt radiation, kesan infrared ...

Sebab tu saya minta pampasan yang berpatutan sambil tidak rela pehak TNB buat kerja seperti kena hasut dengan setan . Nasib tak baik jika menerima pampasan yang agak rendah mungkin ramai yang menjadi pemastautin di Hospital Tanjung Rambutan
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

19-4-2024 01:39 PM GMT+8 , Processed in 0.370886 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list