CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: AboNawas

[Tempatan] TNB Bina Pencawang RM1/2 Juta. Bayar Pampasan Cuma RM5K

[Copy link]
Post time 7-10-2013 04:49 PM | Show all posts
lompatikam posted on 7-10-2013 03:47 PM
since TNB bukan lagi badan penuh kerajaan tapi boleh dikatakan entiti swasta...teman berpendapat yg  ...

Akta tu khas untuk pemegang2 lesen pembekal elektrik la....... takde kena mengena sama ada company tu hak kerajaan ka or memang betul2 kerajaan ka.

Orang jual burger tak boleh pakai akta ni.

Satu lagi, kalau nak hapus akta izin lalu ni, try la pi lobby kat mana2 menteri, kot2 boleh diusulkan. Try menteri dari PR la, maybe Lim Guan Eng boleh initiate buat perubahan kat Pejabat Tanah Penang.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-10-2013 04:55 PM | Show all posts
Sekadar renungan bersama ...

Hampir kesemua laluan talian elektrik TNB dari Seri Manjung ke Bukit Merah ( Bagan Serai ) jatuh ke tangan Pembangkang.

1. Parlimen Lumut  jatuh ke tangan PKR.
2. Parlimen Beruas jatuh ke tangan DAP
3. Parlimen Bukit Gantang jatuh ke tangan PAS
4. Parlimen Taiping jatuh ke tangan DAP
5. Parlimen Parit Buntar jatuh ke tangan PAS.

Kecuali Parlimen Bagan Serai yang jatuh ke tangan UMNO

Semoga puak2 UMNO mengambil iktibar dari peristiwa ini ..


Last edited by AboNawas on 7-10-2013 04:57 PM

Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2013 10:21 PM From the mobile phone | Show all posts
Kalau dah sign agreement tak boleh buat apa la..klau belum mungkin boleh bincang dgn pihak tnb
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2013 11:08 PM | Show all posts
Samada tuan punya tanah dah sign ke  atau belum itu lain cerita . Sebab sign tuan punya tanah bukannya  laku sangat. Kalau laku pun dalam bentuk peribadi jer .

Yang laku ialah sign para Menteri . Depa bnoleh  ubah Akta Kanun Tanah Negara serta Akta lain yang berkaitan. Janji menguntungkan rakyat .

Kalau dah jadi Akta , para Lawyer dan para Hakim pun tak boleh nak buat apa2 . Sebab dah jadi undang2 .


Ini tidak , undang2 sejak zaman British masih berkuasa yakni  masih di teruskan walau pun negara sudah lebih 50 tahuin merdeka  . Yang sengsara ialah rakyat jelata walau pun  Pengubal Undang2 British tersebut dah jadi "arwah "  di negara mereka .
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 7-10-2013 11:21 PM | Show all posts
Akta Bekalan Elektrik 1990

Berkuatkuasa 1hb. September 1990

Menggantikan Akta Bekalan Elektrik 1940dan Akta Jemaah Pemeriksa Elektrik 1983

Diluluskan oleh Parlimen (Dewan Rakyatdan Dewan Negara dan ditandatangani olehDYMM Yang Dipertuan Agong)

Terdapat 12 Bahagian dan 56 Seksyen
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2013 06:29 AM | Show all posts
@mnajib   
  abih macam mano nak bayaq gaji macang ni ..
Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 8-10-2013 06:49 AM | Show all posts
Yang kaya raya tetap CEO .
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-10-2013 07:12 AM | Show all posts
lompatikam posted on 7-10-2013 03:47 PM
since TNB bukan lagi badan penuh kerajaan tapi boleh dikatakan entiti swasta...teman berpendapat yg  ...

Gaji: Kesatuan TNB rancang piket




Kesatuan Pekerja Tenaga Nasional Berhad sangat kecewa dengan tindakan syarikat tersebut yang hanya menawarkan pelarasan kenaikan gaji sebanyak tiga peratus kepada kakitangannya.

Seorang pemimpin kesatuan itu yang enggan namanya disiarkan berkata, TNB juga tidak membayar elaun sara hidup (COLA) dan elaun perumahan kepada kakitangannya.

"Kami telah berunding empat kali sejak April lalu tetapi belum menemui jalan penyelesaian kerana TNB tetap berkeras hanya mahu menerima pelarasan kenaikan gaji tiga peratus sahaja.

"Jika isu ini tidak selesai dalam masa terdekat, kami akan mengadakan piket membabitkan 20,000 ahli kesatuan.

"Kami telah menyerahkan memorandum kepada pengurusan TNB supaya menaikkan kepada kadar yang lebih tinggi tetapi tidak diendahkan," katanya.

Beliau berkata, TNB mempunyai kira-kira 28,000 kakitangan di seluruh negara.

Katanya, kerajaan menswastakan TNB pada 1990 dan kini ia berada di bawah Khazanah Nasional Bhd, sebuah unit pelaburan kementerian kewangan

Gaji CEO

"Pihak pengurusan TNB menolak permintaan kesatuan untuk mendapatkan pelarasan kenaikan gaji yang lebih tinggi atas alasan kos meningkat ekoran kenaikan harga minyak," katanya.

Bagaimanapun, katanya alasan tersebut tidak diterima kerana syarikat korporat tersebut mencatat keuntungan RM4 bilion tahun lalu iaitu yang paling tinggi dalam sejarah penubuhannya.

Beliau berkata, menurut laporan tahun TNB, gaji Ketua Pegawai Eksekutif (CEO). Datuk Che Khalid Mohamad Noh sekarang ialah RM1,107,280.00 setahun.

Katanya, laporan itu juga menyebut bahawa Che Khalid mempunyai saham dalam syarikat tersebut sebanyak 735,000 unit.

Beliau berkata, pihaknya akan berunding untuk menentukan tindakan lanjut jika pengurusan TNB terus enggan melayan permintaan pekerja mereka.

"Ramai pekerja TNB berkata mereka lebih rela diserapkan sebagai kakitangan kerajaan daripada berada di bawah TNB.

'Azman tidak faham keadaan'

"Mereka telah meminta kesatuan supaya mencari jalan supaya kakitangan TNB diserapkan sebagai kakitangan kerajaan yang lebih terjamin.

"Kini pendapatan pekerja TNB lebih rendah daripada kakitangan kerajaan ekoran kenaikan gaji sehingga 41 peratus tahun lalu," katanya lagi.

Beliau juga ditanya mengenai kenyataaan Pengarah Urusan Khazanah Nasional Tan Sri Azman Mokhtar bahawa gaji Che Khalid akan dinaikkan 100 peratus sebagai menghargai sumbangannya kepada kemajuan TNB yang merupakan syarikat berkaitan kerajaan (GLC).
Pemimpin kesatuan itu berkata, kenyataan Azman itu jelas menunjukkan bahawa beliau tidak memahami apa yang sebenarnya berlaku dan keadaan kakitangan bawahan TNB.

"Adakah pihak pengurusan TNB memberitahu Azman perkara yang sebenarnya mengenai keadaan kakitangan gaji kakitangannya," katanya.
Sehubungan itu, beliau meminta Azman supaya mendapatkan maklumat sebenar dari pihak kesatuan.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-10-2013 07:26 AM | Show all posts
Al-Patih posted on 8-10-2013 06:29 AM
@mnajib   
  abih macam mano nak bayaq gaji macang ni ..

tu gaji che khalib mase dgn tnb. skrg dah join MALAKOFF, tak tau la berapa gaji nye pulak...
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2013 10:35 AM | Show all posts
shahx posted on 8-10-2013 07:26 AM
tu gaji che khalib mase dgn tnb. skrg dah join MALAKOFF, tak tau la berapa gaji nye pulak...  ...

ada tambah kot ...sobab cost of libing doh naik ...
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2013 10:41 AM | Show all posts
AboNawas posted on 7-10-2013 04:55 PM
Sekadar renungan bersama ...

Hampir kesemua laluan talian elektrik TNB dari Seri Manjung ke Bukit ...

Hah, apa lagi......

Ni ler guna politicians. Nak2 yang tak sekepala dengan TNB dan kerajaan negeri.

Abonawas wei, sebab ni la ko undi depa..... Depa patut bekerja untuk rakyat. Ni depa syok dapat power, rakyat dok tahap tu jugak.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-10-2013 12:54 PM | Show all posts
baulu posted on 8-10-2013 10:41 AM
Hah, apa lagi......

Ni ler guna politicians. Nak2 yang tak sekepala dengan TNB dan kerajaan neg ...

Bab politik no komeng but ai m Muslim first . Allah matlamat kami , Rasululah Penghulu kami ,  Al Quran Perlembagaan kami serta sunnah Rasululah adalah contoh ikutan bagi kami .
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2013 02:24 PM | Show all posts
AboNawas posted on 8-10-2013 12:54 PM
Bab politik no komeng but ai m Muslim first . Allah matlamat kami , Rasululah Penghulu kami ,  Al  ...

Memang ler.....

Tapi dah bab2 ni boleh je guna politticians. Kalau tak dulu2, takde gunanya sahabat Rasulullah yang jadi khalifah al rasyidin membantu rakyat marhaen kalau memasing nak kata "I am muslim first etc etc..."
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-10-2013 07:58 PM | Show all posts
baulu posted on 8-10-2013 02:24 PM
Memang ler.....

Tapi dah bab2 ni boleh je guna politticians. Kalau tak dulu2, takde gunanya sah ...


Kata2 yang benar. Wahai sahabat ku.  Masalahnya hamba ni pemalu sikit Silap2 kena renjatan elektrik


Tu yang hamba bawa sampai ke Malay Forum  . Mudah2an sesiapa yang kenal towkey TNB ni atau Jin yang bertandang yang menjaga TNB serta para  Menteri yang berkaitan yang menguruskan hal ehwal TNB tolong sampaikan info kepada mereka . Bahawa ramai rakyat yang teraniaya , kena aniaya  dan hidup dalam kesempitan
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2013 08:59 PM | Show all posts
AboNawas posted on 8-10-2013 07:58 PM
Kata2 yang benar. Wahai sahabat ku.  Masalahnya hamba ni pemalu sikit  Silap2 kena renjatan  ...

All the best to you. Walaupun saya staf TNB, saya bersimpati dan setuju pampasan tu sangat rendah. Apalah sangat nilai RM5k tu zaman sekarang. Lebih-lebih lagi kalau tanah tu berpotensi untuk diusahakan pasti boleh datangkan keuntungan lebih banyak daripada RM5k. Maaf saya kurang arif tentang hal ehwal tanah ni & tak dapat nak tolong.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 8-10-2013 10:39 PM | Show all posts
flying_cow posted on 8-10-2013 08:59 PM
All the best to you. Walaupun saya staf TNB, saya bersimpati dan setuju pampasan tu sangat rendah. ...


Berapa pampasan yang TNB bayar pada tuan punya tanah untuk setiap pencawang , tak ramai staff TNB yang tahu . Semacam ada 'rahsia ' antara pehak TNB denngan pehak pembekal elektriknya .

Awak boleh kirim salam pada Tuan Haji Sani atau Encik Rashid . Mereka lah staff dari TNB Kuala Lumpur yang berurusan dengan pehak tuan punya tanah di Perak . Kedua2 mereka bijak berbicara dan menyusun ayat2 macam pijak semut pun tak mati semata-mata untuk menyedapkan hati tuan punya tanah .


Apa2 pun mereka masih terikat dengan arahan dan peraturan dari pehak atasan . Last edited by AboNawas on 8-10-2013 10:40 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-10-2013 12:23 AM | Show all posts
Jika ada rezeki dari pehak TNB dengan izin Allah swt, kecik tapak tangan , negeri Perak saya tadahkan .
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2013 09:33 AM | Show all posts
... yang TT maksudkan  bukan pencawang, tapi menara2 panghantaran.  Kalau pencawang memang TNB mahu tak mahu kena beli tapak dan dipagar kawasan berkenaan.

Dunia semakin berubah.  Akta Bekalan Elektrik berkenaan Izin Lalu sudah lapuk dan tidak sesuai lagi.  Sepatutnya Akta Pengambilan Tanah yang perlu digunakan.  Kalau tanah sekangkang kera dan talian penghantaran lalu di tengah2, makin rugi tuan punya tanah kerana walaupun di bawah akta Pengambilan Tanah, TNB hanya akan membayar rezab laluan yang  selebar lebih kurang 40m.  Habis tu tanah di kiri dan kanan talian tu sudah terbahagi kecil tidak boleh dimanafaatkan lagi.

Lagi satu, di bawah akta Bekalan Elektrik, TNB hanya "lalu" di tanah itu, pemilik tetap tuan tanah.  Cuma walaupun tanah itu atas nama tuan tanah, aktiviti di bawah talian dihadkan kepada aktiviti2 yang selamat sahaja.  Jadi tanah kita, tapi tidak boleh dimanafaatkan sepenuhnya.

Pampasan 5k tu pula atas dasar "penyewaan" tapak kaki menara yang rata2 tidak lebih 100 meter persegi.  Kurang lebih dalam RM50 satu meter persegi.  Rasa2nya kadar tu tidak banyak berubah sejak lama dulu.

Nasihat Zam kepada TT, kumpulkan beberapa tuan2 punya tanah yang senasib dan bawa saja ke mahkamah untuk tuntut supaya akta Pengambilan Tanah digunakan.  Zam rasa sekarang makin banyak akta Pengambilan Tanah yang digunakan bagi laluan talian penghantaran voltan tinggi ini, boleh saja rujuk kepada kes2 berkenaan... Last edited by ZamZamAlaKazam on 9-10-2013 09:35 AM

Reply

Use magic Report

 Author| Post time 9-10-2013 12:09 PM | Show all posts
ZamZamAlaKazam posted on 9-10-2013 09:33 AM
... yang TT maksudkan  bukan pencawang, tapi menara2 panghantaran.  Kalau pencawang memang TNB mahu  ...

Terima kasih atas info .

Tumpang tanya , apa maksud penyewaan? Sewa sampai bila ? Tapi kenapa satu kali jer bayar ?

Luas menara penyewan saya kalau tak silap 11 meter x 11 meter . Ganti rugi RM 5K merangkumi kerosakan tanah , elaun kedatangan dan lain2 yang berkaitan .
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2013 09:42 AM | Show all posts
AboNawas posted on 9-10-2013 12:09 PM
Terima kasih atas info .

Tumpang tanya , apa maksud penyewaan? Sewa sampai bila ? Tap ...

... Istilah penyewaan tu Zam guna sebab TNB bukan pemilik tapak itu.  Tuan tanah masih pemilik dan TNB cuma bayar untuk tapak menara.  Bayar pun sekali saja.  Mungkin istilah pampasan lebih tepat ...

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:32 PM GMT+8 , Processed in 0.069782 second(s), 42 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list