CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 11345|Reply: 11

Perodua Viva VS Perodua Myvi

[Copy link]
Post time 7-10-2013 12:23 PM | Show all posts |Read mode


Jika anda berniat untuk membeli kereta sama ada Perodua Viva atau Perodua Myvi, saya akan bantu anda buat perbandingan sebelum anda buat keputusan untuk membelinya.

Saya cadangkan ambil kereta Myvi. Jangan ambil Myvi 1.0, tapi ambil Myvi 1.3. Myvi 1.0 sama sahaja dengan Viva 1.0 (CC Viva paling tinggi adalah 1.0 Liter)

Viva/Myvi 1.0 hanya mempunyai 3 silinder sahaja dan Myvi 1.3 mempunyai 4 silinder. Enjin 3 silinder dan enjin 4 silinder (1.3) banyak perbezaannya.

Enjin 3 Silinder

Sifat semula jadi enjin tu agak bergegar. Itu memang tidak dapat dielak atas faktor sains iaitu makin sikit silinder, makin kuat gegaran pada enjin. Jadi, ia akan mengakibatkan mounting iaitu pengikat pada enjin tersebut cepat haus.

Contoh model Perodua yang pakai enjin 3 silinder adalah Kancil, Kelisa, Kenari, Viva dan Myvi 1.0. Hanya Kembara dan Myvi 1.3 sahaja yg mempunyai 4 silinder.

Perlu diingat, mounting untuk kereta-kereta keluaran perodua bukannya murah. Gegaran pada enjin 3 silinder bertambah teruk jika kereta tersebut adalah bertransmisi automatik (gear auto).

Perbandingan Viva Dan Myvi

Penggunaan petrol:

1.0 = kelajuan bawah 100 km/h lebih jimat dari 1.3.

1.3 = kelajuan lebih 100 km/h lebih jimat dari 1.0.

Kalau pandu perlahan, Viva lebih jimat. Kalau pandu laju, Myvi lebih jimat.

Belting pada enjin:

1.0 = pakai timing belt, kene tukar setiap 80,000 km – 100,000 km.

1.3 = pakai timing chain, boleh bertahan sehingga 400,000 km atau 15 tahun.

Baca Apa Itu Timing Belt Dan Timing Chain untuk info lanjut.

Handling:

Kedua-duanya sama sahaja. Apabila pandu laju rasa mcm bawak sampan. Tiada apa yg menarik tentang handling untuk kedua-dua model ni.

Maintenance:

Lebih kurang sama sahaja. Dan untuk peringatan, spare part perodua bukannya murah. Tetapi barang-barangnya tahan lama. Pastikan beli yg original.

Keselamatan:

Myvi lebih rasa selamat berbanding Viva kerana body Viva terlalu nipis.

Jadi fikirlah baik-baik, kereta mana yang menepati dengan jiwa pemanduan anda. Pastikan anda membuat pilihan yang tepat.





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 7-10-2013 12:25 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 7-10-2013 09:29 PM | Show all posts
dua2 pun x minat.. tak sesuai dgn jiwa aku..aku suke kete yg ada tarikan kuasa..tak laju pun x pe.. tapi kuasa tarikan dari pegun mesti kuat..aku penah bawak myvi 1.3, ..aku heran gak napa org suka myvi dan viva, kepuasan memandu tiada...myvi ni aku bawak 100km/j pun dah rasa takut dan tak confiden sbb ringan, stereng rasa cam tak terkawal..tapi boleh la kalau nk kira jimat minyak.
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2013 12:02 AM | Show all posts
hang beli la lamborghini diablo....
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2013 10:31 AM | Show all posts
shazman73 posted on 7-10-2013 09:29 PM
dua2 pun x minat.. tak sesuai dgn jiwa aku..aku suke kete yg ada tarikan kuasa..tak laju pun x pe..  ...

hang beli la preve atau pun suprima S hehehe baru la terasa pickup kaw punya..hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 8-10-2013 12:13 PM | Show all posts
kalo myvi nk pickup masuk enjin k3-vet...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-10-2013 10:56 AM | Show all posts
aku prefer myvi lgi dr viva
Reply

Use magic Report

Post time 9-10-2013 02:28 PM | Show all posts
kalo myvi 1.5 mcm ner lak??
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-10-2013 11:14 PM | Show all posts
tapi aku pelik la.. sebab selalu kat highway.. org yang bawa viva ni memandu laju la. kadang2 saje follow, tgk2 dah cecah 140 km/h.contoh terbaru petang tadi aku drive dari juru ke ipoh ada driver viva  drive 140km/h. aku tak pernah test viva.. mgkn best kot tekan minyak bawa laju2. myvi pernah la aku bawa.
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2013 11:16 AM | Show all posts
maibi maibi..maibi high beam
Reply

Use magic Report

Post time 10-10-2013 05:41 PM | Show all posts
so far ade myvi 1.5 (auto) ngan viva 660 (manual)...
perbezaan!!!
of coz ade..

viva:
1) klu lbh 100km/h mmg rasa nk tercabut stereng tu.. (me akan bwk lbh dr 100km/h klu ade time2 urgent saje..klu x standard 80-90km/h saje...)

2) time dkt corner best, klu bwk lelaju pun still confident boleh control lg...

3) minyak jimatttttttttttt sgt...seminggu me pki pg blk keje n kdg2 ade melencong tmpt lain sekali sekala lbh kurang (rm30-rm40 sajerk)

4) da 5 thn me pki, sekali je yg ade problem sikit (ade satu lampu kat dashboard menyala) bila check dkt perodua dia kata ade wire problem n tercabut...lain2 problem sendirik cari pasal

5)major accident 2x..
-sekali pintu belah driver langgar divider, mmg hancus..sbb me tertdo time drive)
-last me langgar crv, mmg terkeluar aircond smua...sbb laju sgt..xboleh nk control..

6) condition still ok walaupun ade gegar2 sikit..tp i love my viva so much...

MYVI
1) memang sedap sangat drive, which is memang xder gegaran..n of coz..sbb kete baru kan..bunyi enjin pun senyap jer...

2) minyak sgttttttt tak tahan..pergi balik keje, seminggu boleh (rm70-rm80)..bnyk hokeh

3) first kete auto n sgt rileks

4) tp bawak myvi ni me xberani plk nk memcut lebih sgt..cam xconfident jer..klu lajak ker 120km/h me cm da cuak sbb rs cm xbp nk stabil sgt.(ker perasaan me je kot..xtau la plak kan )

so tu jer la beza yg me rs antara viva n myvi..
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2015 10:31 PM | Show all posts
aku harap aku masih setia ngn viva kesayangan selagi mana aku hidup. huahahaha
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

8-5-2024 02:48 PM GMT+8 , Processed in 1.065723 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list