Sebuah lagi adaptasi novel akan memulakan penggambaran tak lama lagi, iaitu Bukan Kerana Aku Tak Cinta karya E-Man Sufi. Drama 60 episod ini akan ditayangkan di Astro Mustika HD. Pelakon jelita yang semakin hangat menerusi drama 'Cinta Jannah' telah pun pasti untuk melakonkan watak utama bernama Mastura. Persoalannya sekarang, siapakah hero yang akan digandingkan dengan beliau untuk adaptasi ini? Adakah Aeril Zafrel sekali lagi setelah berjaya mencetuskan fenomena dalam 'Cinta Jannah'? Atau adakah hero lain yang lebih sesuai dan boleh menandingi chemistry yang sgt superb antara Nely dan Aeril? Sama-sama kita tunggu dan lihat...
Synopsis Bukan Kerana Aku Tak Cinta
JEBAT. Seorang lelaki yang katarsis, berdarah campuran Melayu dan Cina dari jalan hitam kehidupan kepada pencerahan. Tidak pernah terlintas dalam fikirannya untuk jatuh cinta kerana tujuan hijrahnya hanya untuk menuntut ilmu agama dan melupakan kisah silamnya.
Sifatnya yang tenang, rajin dan baik hati telah menarik perhatian Mastura, adik ipar kepada majikannya Uwais. Pelbagai cara digunakan oleh gadis itu untuk menarik perhatiannya hingga Jebat naik rimas dan lemas. Walau berkali-kali ditolak, Mastura tidak juga berputus asa. Dia tidak pernah menyangka gadis cantik,kaya dan bijak seperti Mastura terpaut hati kepadanya, seorang lelaki biasa yang tidak begitu tampan kerana mempunyai parut di bahagian matanya. Mereka umpama The Beauty and The Beast.
“Kau tak malu ke nak bersuamikan lelaki yang tak ada apa-apa?”
“Nak malu apa? Bagi Mas, abanglah yang paling handsome. Bagus juga parut tu… Tak adalah perempuan lain nak rebut abang daripada Mas, kan? Biar Mas sorang aja yang tahu menilai betapa kacaknya abang di pandangan Mas.”
Namun mampukah rumah tangga yang dibina bertahan?
Masih adakah cinta dan kesetiaan dalam hati Mastura apabila mengetahui rahsia sebenar yang Jebat ialah bekas ketua kumpulan gengster!
Sementelah pula lelaki dengan sejarah hitam sebegitu bukanlah suami impiannya....
KOMEN DAN CADANGAN AMAT DIALU-ALUKAN DI FB INI ... sila like ye!!!
ACTRESS NELYDIA SENROSE IS THE NEW FACE OF ENCHANTEUR PARIS
Enchanteur Paris has just appointed their latest brand ambassador and it is none other than the beautiful rising star, Nelydia Senrose. Blessed with good looks from her Siamese-Malay mixed parentage, Senrose made her acting debut at the age of 13 and has been in the limelight in the local entertainment industry ever since. She is currently pursuing a degree in Psychology while juggling her acting career and will be starring in a few up and coming drama and tele-movie series, “Bukan Kerana Aku Tak Cinta” and “Pria Terhebat”.
As the new face of Enchanteur Paris, Senrose perfectly embodies the brand with the confidence she exudes and all the excellent qualities she represents, elevating the brand to be more captivating than ever. The reveal of Enchanteur Paris’s brand new ambassador was in conjunction with the launch of the brand’s new and improved identity through its refreshed packaging for its range of fine fragrance which features the iconic Eiffel Tower more prominently.
Last edited by ladydolph on 5-12-2013 11:54 AM
|