|
Khazali (tengah) menunjukkan beras yang dirampas pada sidang media di Putrajaya, semalam.
PUTRAJAYA - Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menumpaskan sindiket menyeludup beras yang bernilai RM1.8 juta masuk ke negara ini melalui Pelabuhan Klang, Selangor, baru-baru ini.
Ketua Pengarah Kastam Malaysia, Datuk Khazali Ahmad berkata, pada 1 November lalu, sepasukan anggota kastam dari penguatkuasa Lumut, Perak menerima maklumat mengatakan terdapat sejumlah 40 buah kontena yang mengandungi kira-kira sejuta kilogram.
“Bertindak atas maklumat tersebut, pihak kastam Lumut bergegas ke Pelabuhan Klang, untuk menahan kontena tersebut dan berdasarkan semakan, pihak tersebut mengisytiharkan barang yang dibawa oleh mereka ialah sodium bisulfite (sejenis sebatian kimia)
“Selepas kami membuat pemeriksaan ke atas kontena tersebut, kami menjumpai beras yang mana cukainya dianggarkan bernilai kira-kira RM720,000,” katanya dalam satu sidang media di ibu pejabat JKDM, di sini, semalam.
Menurutnya, beras adalah barangan yang dilarang diimport oleh mana-mana pihak kecuali dengan mengemukakan permit import yang dikeluarkan oleh Bahagian Industri Padi dan Beras, Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.
Sehubungan dengan itu, beliau berkata, pihaknya menahan seorang lelaki berusia 30-an untuk membantu siasatan dan beras itu dipercayai dijual untuk pasaran tempatan.
Katanya, kes ini akan disiasat di bawah Seksyen 135(1)(g) Akta Kastam 1967 iaitu cuba menipu dan mengelak cukai kastam untuk larangan barang-barang import.
Menurut beliau, sabit kesalahan boleh didenda tidak kurang 10 kali ganda daripada nilai barangan atau penjara tidak melebihi 3 tahun atau kedua-duanya sekali.
*Barang makin mahal itu pasal la depa seludup...........
|
|