SUNGAI BESAR 13 Nov. - Kebimbangan seorang bapa kerana tidak melihat kelibat dua anaknya berusia tiga dan empat tahun ternyata berasas selepas kedua-duanya ditemui mati lemas di dalam parit berhampiran rumah mereka di Kampung Parit Dua Banat di sini petang semalam.
Kehilangan Lisa Qaisara Syahindah Zulkifli, 3, dan abangnya, Danish Fauzan Zulkifli, 4, itu disedari oleh Zulkifli Abd. Samad, 49, kira-kira pukul 4 petang, semasa sibuk menyediakan tempahan makanan untuk satu jamuan sekolah berdekatan.
Zulkifli yang bekerja sebagai peniaga kedai makan lalu meminta anak lelaki sulungnya berusia 19 tahun mencari kedua-dua mereka di sekeliling rumah mereka tetapi masih gagal.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Supritendan Noor Mushar Muhammad berkata, Zulkifli kemudian mencari kedua-duanya di kawasan parit dan akhirnya menemukan mayat Lisa Qaisara Syahindah dan tidak jauh dari situ mayat Danish Fauzan pula kira-kira pukul 6 petang.
Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Jenayah/20131113/je_09/2-beradik-berusia-tiga-empat-tahun-ditemui-mati---lemas#ixzz2kW5uHkOt
© Utusan Melayu (M) Bhd
Bukankah kanak2 seusia 3-4 tahun ni memerlukan pengawasan parent / penjaga 24 jam? Ingat kucing ke boleh lepas2 mcm tu jah...
|