CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4659|Reply: 47

[Tempatan] Zahid Hamidi dituduh menumbuk!!

[Copy link]
Post time 17-11-2013 02:50 AM | Show all posts |Read mode
Terma penyelesaian luar mahkamah kes belasah antara Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan ahli perniagaan, Amir Bazli Abdullah akan didedahkan kepada umum pada 5 Disember ini.


Ia berikutan arahan Mahkamah Tinggi pada Khamis baru-baru ini kepada Amir Bazli supaya hadir ke Mahkamah Tinggi Shah Alam untuk menjelaskan perkara sebenar yang berlaku sepanjang proses pengantaraan empat bulan lalu. Peguam Amir Bazli, Karpal Singh, memberitahu The Malaysian Insider, Hakim Vernon Ong sudah mengeluarkan arahan di dalam kamar selepas pertemuan dengan wakil peguam kedua-dua pihak. Ahmad Zahid diwakili oleh peguam Datuk Shashi Menon.


Bulan lalu, Karpal menulis permohonan kepada Mahkamah Tinggi untuk membuka semula kes anak guamnya, Amir Bazli yang menyaman Menteri Dalam Negeri itu. Pada 18 Julai, Ahmad Zahid dan Amir Bazli bertemu dengan pengantara, Rohani Ismail, yang juga seorang hakim Mahkamah Sesyen di Shah Alam.


Sejurus selepas pertemuan tersebut, kedua-dua pihak bersetuju menyelesaikan kes itu di luar mahkamah tetapi wakil peguam kedua-dua pihak tidak dimaklumkan mengenai terma penyelesaian. Rohani dikatakan memberitahu kedua-dua pihak supaya merahsiakan terma penyelesaian tersebut. Bagaimanapun, Karpal tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut memandangkan perbicaraan kes saman Amir Bazli sudah ditetapkan pada bulan Ogos lalu.


Amir Bazli hilang selepas 18 Julai dan tidak menghubungi Karpal sejak itu. Karpal tidak berpuas hati kerana perkara tersebut disembunyikan daripadanya. Beliau berkata, hakim Mahkamah Tinggi hendaklah dimaklumkan mengenai perkara sebenar yang berlaku semasa proses pengantaraan walaupun kes itu dikatakan sudah selesai.


“Hakim perbicaraan akan merekodkan status kes itu dan kemudian membatalkan perkara tersebut jika kedua-dua sememangnya menyelesaikan tanpa perbicaraan. “Biarlah dia (Amir Bazli) datang ke mahkamah sendiri dan memberitahu hakim apa yang berlaku. Jika dia berpuas hati dengan terma penyelesaian, biarlah ini direkodkan untuk menutup kes tersebut. Jika tidak, tarikh perbicaraan baru boleh ditetapkan,” katanya.
Selepas penyelesaian luar mahkamah dicapai, Ahmad Zahid berkata, Amir Bazli meminta maaf kepadanya.


Amir Bazli, 41, memfailkan tuntutan saman pada 4 Julai, 2007 dengan mendakwa Ahmad Zahid menumbuknya di muka pada 16 Januari 2006 di Kelab Reakreasi Country Heights di Kajang, menyebabkan kecederaan tulang hidungnya dan mata. Beliau mendakwa, Ahmad Zahid turut mengugut membunuhnya dan menahannya tanpa kebenaran di kediaman menteri itu di Country Heights dan meminta ganti rugi kerosakan khas, umum dan teruk.


Bagaimanapun, Ahmad Zahid menafikan pertuduhan itu dan mendakwa Amir Bazli mereka-reka cerita berkenaan, sebelum memfail saman balas terhadap Amir Bazli. Amir Bazli juga membuat laporan polis terhadap Ahmad Zahid tetapi tiada apa-apa tindakan diambil menyebabkan ahli perniagaan itu memfailkan saman. – The Malaysian Insider



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2013 03:03 AM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2013 03:54 AM From the mobile phone | Show all posts
Hilang sejak 18 Julai?? Now dah jumpa ke
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2013 03:55 AM | Show all posts
kabare wak





Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2013 05:44 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2013 06:33 AM | Show all posts
Boleh nampak muke die macam kemik dan senget sikit2
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-11-2013 06:45 AM From the mobile phone | Show all posts
Ler.. Karpal Singh tak puas ati pasaipa.. Yg kena tombok, anak guam dia.. Yg appoint Karpal Singh jadik lawyer, anak guam dia.. Yg bayaq lawyer's fee kat Karpal Singh, anak guam dia.. Yg nak settle luar mahkamah pun, anak guam dia.. So Karpal sbg lawyer apahal lebeh2 plak drpd client sendirik?

This is business, nothing personal.. Lain la kalau wak jahid tombok muka karpal singh.. :lol :lol
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2013 06:52 AM From the mobile phone | Show all posts
tumbuk,ugut bunuh, saman, hilang... lpas tu.. ...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2013 06:54 AM | Show all posts
kapal tak puas ati sebab dapat 50 sen jah kot,dia nak 50 jota,muahaha
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2013 07:34 AM | Show all posts
kalau dah selesai sekalipun tak bolelah blah gitu jer
kes mahkamah jalan lagi.. zahid pun saman dia jugak
dua2 kenalah bagitau mahkamah apa jadi

kurang hajar dgn peguam satu
tak hormat dgn mahkamah pun ya..
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2013 07:40 AM | Show all posts
asal umno mmg gangster,


sbb ade darah seberang, setakat menumbuk, merasuah,merompak, membunuh biasa aja

lagi2 yg ada DNA caprut
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2013 07:42 AM | Show all posts
Amir Bazli ada harapan untuk kalah
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2013 08:11 AM | Show all posts
Bedah.Cun posted on 17-11-2013 06:33 AM
Boleh nampak muke die macam kemik dan senget sikit2

Selayaknyalah beliau munjadi muntrik kdn... berbanding si hisham Awww awwww
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2013 08:15 AM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2013 09:27 AM | Show all posts
so amir bazli ni hilang lagi ka camna?
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2013 09:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Dah keturunan Indon.

Perangai pun caprut.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-11-2013 09:31 AM | Show all posts

This post contains more resources

You have to Login for download or view attachment(s). No Account? Register

x
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2013 09:37 AM | Show all posts
Tengok muka dah tau gangster.
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2013 09:41 AM | Show all posts
zahidi ni .. muka nak kena pelempang 1000x....
meluat tahap gaban meliat muka mentri sekor nie
Reply

Use magic Report

Post time 17-11-2013 10:02 AM From the mobile phone | Show all posts
pprt sungguh Zahid Midi nih. caprut. balek Indon lah
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 10:54 AM GMT+8 , Processed in 0.072388 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list