CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

12Next
Return to list New
View: 161310|Reply: 25

Pengguna Dinasihat Usah Guna Produk Tabita

[Copy link]
Post time 20-11-2013 12:11 PM | Show all posts |Read mode
TABITA SKINCARE pernah dengar? Product neh memang tengah meletup2 di pasaran internet. Ramai yang pakai. Dan ramai yang dah jadi cantik lepas pakai product tersebut. Yang aku baca di blog dan wall rakan2 facebook la.

Mereka cakap berlakunya perubahan drastik lepas menggunakan product tersebut. Mereka jadi lebih cantik. lebih putih, kulit lebih halus dan gebu. Pendek kata yang baik2 je la. Yang negatif memang tak pernah dengar lagi..

Pendek kata product tue memang product yang superb. Kalau ditanya pada mereka2 yang menggunakan ia la. Lelaki perempuan yang guna. Tidak terhad kepada perempuan aje oke. Aku pernah baca blog seorang lelaki yang guna + jual sekali product tersebut. Pun ada.



Tetapi ada pula berita tak sedap mengenai product tersebut..
               
BAHAN-BAHAN terlarang telah ditemui dalam tiga produk kosmetik yang dipasarkan di bawah jenama Tabita, kata Penguasa Sains dan Kesihatan (HSA) dalam satu kenyataan semalam. Produk-produk itu ialah Tabita Skincare Smooth Lotion, Tabita Skincare Daily Cream dan Tabita Skincare Nightly Cream.

Orang ramai dinasihatkan agar berhenti menggunakan produk tersebut dan segera membuangnya kerana ia boleh mendatangkan kesan bahaya kepada pengguna. Produk itu telah diuji dan didapati mengandungi bahan-bahan kuat yang tidak diisytiharkan seperti hidrokuinon, tretinoin, asid salisiklik dan merkuri.

Hidrokuinon dan tretinoin adalah bahan kuat yang dilarang digunakan dalam produk kosmetik penjagaan kulit di sini. Ini kerana ia hanya sepatutnya digunakan di bawah pengawasan perubatan kerana boleh memberi kesan buruk jika tidak digunakan dengan betul. Sementara itu, kadar asid salisiklik dan merkuri yang tinggi pula boleh menyebabkan kesan seperti kerengsaan kulit, pening dan kulit yang berubah warna.

Menurut HSA, ia diberitahu tentang produk tersebut setelah menerima laporan mengenai seorang wanita yang mengalami ruam di muka dan leher dan satu lagi laporan mengenai pemutihan kulit mendadak yang tidak dijangkakan selepas menggunakan produk Tabita. Produk terlarang itu tidak dijual di Singapura tetapi boleh dibeli dari luar negara menerusi Internet.

HSA menasihatkan mereka yang telah menggunakan produk tersebut supaya mendapatkan pemeriksaan doktor jika mereka berasa kurang sihat atau bimbang akan kesihatan diri mereka. Jurucakap HSA juga menekankan bahayanya membeli produk kesihatan termasuk kosmetik daripada sumber yang diragui menerusi Internet.

"Pengguna harus sedar akan risiko membeli produk di dalam talian. "Tidak seperti barang keperluan lain, kegunaan produk kesihatan, termasuk kosmetik yang rendah mutunya dan disalah label, boleh menyebabkan kesan kesihatan yang serius," kata HSA.

Kenyataan dari pihak Singapura. Ada baiknya korang alert.. Cuma aku nak bagitau sikit la. Product TABITA neh pun ada yang cetak rompak. Tak pasti la ujikaji dijalankan ke atas product original ataupun cetak rompak tapi ber-ahti2 tak salah.. Check dulu kandungan bahan dan rujuk kepada yang pakar. Kalau perlu, tanya la kepada mereka2 yang berkaitan dalam ini untuk dapatkan nasihat.

Rujukan : http://www.hsa.gov.sg/publish/hs ... alerts_public2.html

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=10151645866907990&set=a.407105017989.205042.279290772989&type=1&ref=nf



sumber
http://sozcyili.blogspot.com/201 ... duct.html#idc-cover
Last edited by cik_ainol on 20-11-2013 12:49 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2013 12:33 PM | Show all posts
my fren pakai...dia cakap kulit dia jd mcm nipis...i tengok pun berkilat semacam...tak lawa..nampak menggelikan ada lah
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2013 12:45 PM | Show all posts
saya ada baca sebelum ni bahan kimia yang bahaya dalam kosmetik ni memang akan bunuh kuman atau mencantikkan kulit pada awalnya

tetapi selepas itu bahan itu akan membuatkan kulit jadi tak imune tak kuat menahan kuman akhirnya pemakai akan bergantung pada kosmetik tu dgn alasan  kena pakai kalau tak pakai kulit jadi tak elok

Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2013 01:23 PM | Show all posts
ni kene benti pakai tabita original yg harga rm300 lebih tuh ke... abih la mane yg dh spent duit beratus tuh ruginye...
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2013 01:47 PM | Show all posts
saya adalah seorang pengguna yang GAGAL...huhuhu...sila baca testimoni saya kalau sudi ye...

mula-mula cousin saya pakai..muka dia mmg jadi cerah halus mulus gitu....saya pun teruja lah..dengan bersemangatnya saya order online (RM300++) huhuhu..terbang duit mcm tu je...2 minggu je saya pakai (tp sgt menderitanye)..masa tu saya asyik ulang2 kat diri saya 'Beauty is pain'..psiko diri sendiri ye..

Saya pakai dlm bulan Feb tahun ni...kulit muka dgn leher saya mmg mengelupas gile2...sampai saya malu nak cakap dgn org kat opis....macam kena penyakit kulit je..saya asyik nak letak pelembap je kat muka bagi tak nampak mengelupas tu...kedua2 tapak tangan saya naik gatal2 yg berair2 tu...sangat teruk (2 kali jumpa doc)..doc cakap pakai sabun basuh pinggan ape ni? saya kelentonglah cakap saya baru tukar tu satu brand tu...malulah nak mengaku pakai produk muka ni kan...hubby saya lagilah cakap kalau nak apply kat muka pakai sarung tangan plastik tu...hahahaha....dgn kondisi tgn saya comot2 ni pun saya segan kat opis...huwaaaa...

ada satu tahap tu sampai muka dan leher saya bengkak, merah..macam udang kena bakar, sangat gatal...so, saya trus stop...saya tak rasa saya beli produk tiruan...sbb cousin sy pun bli dgn seller yg sama...ori katenye...ada ciri2 ori yg di war-warkan...

Alhamdulillah lepas tu saya dah tak salah pilih lagi...muka dah ok dah...




Reply

Use magic Report

 Author| Post time 20-11-2013 02:04 PM | Show all posts
EmbunSiang posted on 20-11-2013 01:47 PM
saya adalah seorang pengguna yang GAGAL...huhuhu...sila baca testimoni saya kalau sudi ye...

mula ...

Testimoni yg jujur kita nak..bukan kita nak tutup periuk nasik orang ke apa..tapi nak kongsi supaya orang lain tak terkena bahaya ni..
jangan kita aniaya diri kita sendiri..

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-11-2013 02:27 PM | Show all posts
cik_ainol posted on 20-11-2013 03:04 PM
Testimoni yg jujur kita nak..bukan kita nak tutup periuk nasik orang ke apa..tapi nak kongsi supay ...

maaf kalau testimoni saya di anggap menutup periuk nasi sesiapa...saya hanya berniat nak share pengalaman saya saja..mungkin produk ni tak sesuai utk saya..almaklumlah, pakai produk kecantikan ni kena try n error jugak...
Reply

Use magic Report

Post time 23-11-2013 10:35 PM | Show all posts
dalam 10 orang makan nasi kat satu kedah, 3 orang rasa tak sedap. normallah. bukan semua orang sama.

seller nak jugak sentap cakap nak tutp periuk nasi, melayu dengki melayu etc.

bezanya produk bertauliah dgn produk merepek macam ni,

produk2 bertauliah akan mengaku, yg kesan tak sama antara sorang ke sorang. dan mereka dah buat kajian, dan tau apa cara untuk counter effect orang yg dapat unwanted side effect tu.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2014 01:51 AM | Show all posts
Saya guna produk Giffarine. Memang produk Thailand tapi dah francise kat Malaysia semenjak tahun 2009. Produk ini berada di pasaran Thailand semenjak 18 tahun yang lepas lagi. Boleh check produk Giffarine yg ada kelulusan KKM. wajah saya juga natural.
Reply

Use magic Report

Post time 27-8-2014 03:40 PM | Show all posts
EmbunSiang posted on 20-11-2013 01:47 PM
saya adalah seorang pengguna yang GAGAL...huhuhu...sila baca testimoni saya kalau sudi ye...

mula ...

lambat nya saya nak tanya ni,..lama ke guna produk tabita tu.
baru je dok survey2, nak tukar produk skin care.
Reply

Use magic Report

Post time 3-9-2014 12:45 PM | Show all posts
MasPynocare posted on 27-8-2014 04:40 PM
lambat nya saya nak tanya ni,..lama ke guna produk tabita tu.
baru je dok survey2, nak tukar prod ...

salam sis...sory lambat reply..sy kekadang je log in...selalu silent reader je...
saya pakai tabita 2 minggu je bertahan....tak sesuai sangat ngan saya....
sekarang ni saya setia dengan dnars cosmetics, saya suggest sis pakai tu..beli trial pek je dulu 59.90....seminggu pakai dah nampak perubahan..murah pun murah...
Reply

Use magic Report

Post time 7-9-2014 01:16 PM | Show all posts
Kenapa tak cuba produk Korea macam Sulwhsoo, HerA or Laneige. Bagus
Reply

Use magic Report

Post time 8-9-2014 11:23 AM | Show all posts
Jumaat lepas - i jumpa my staff ni. Dulu muka dia memang banyak jeragat. Bila jumpa ni muka dia dah bersih. I bisik and tanya apa yang dia guna. Jawapannya ialah Tabita. Memang muka dia jadi cerah dan bersih berbanding dulu kusam dan banyak jeragat.
Tapi I nasihatkan dia supaya berhati-hati guna produk ni and cerita ttg review di thread ni . Dia kata yang ada effect tu adalah produk tiruan and dia guna yang asli. Wallahulam
Reply

Use magic Report

Post time 9-9-2014 12:11 PM | Show all posts
uda posted on 8-9-2014 11:23 AM
Jumaat lepas - i jumpa my staff ni. Dulu muka dia memang banyak jeragat. Bila jumpa ni muka dia dah  ...

mmg pengguna tegar tabita akan menafikan yg produk ni ada chemical...depa tetap akan mempertahankan kata yg asli takde masalah....hanya yg tiruan....emm....tepuk dada tanya selera sendiri ajalah....
Reply

Use magic Report

Post time 19-9-2014 07:55 AM | Show all posts
kodokke posted on 7-9-2014 01:16 PM
Kenapa tak cuba produk Korea macam Sulwhsoo, HerA or Laneige. Bagus

laneige bagus... sy b4 pakai laneige pakai SKII... pakai skII sbb kulit sy jd teruk gila... so bila da pakai SKII kulit sy beransur2 elok balik... bila sy tgk da elok jer n SKII set sy pon da abeh sy tukar laneige.... ok la... kulit jd gebu2... bila pegang pon cam lembut jer... so nak setia ngan laneige...

Reply

Use magic Report

Post time 21-10-2014 12:35 AM From the mobile phone | Show all posts
Haah saya pakai dinar skin cara yang normal n jeragat tu.. Kulit makin ok.. Jeragat pun hilang.

Lau nk beli bole pm saya RM48 je, saya dapat harga borong. postage RM7. Last edited by iphone3gs on 21-10-2014 12:38 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-1-2015 12:38 PM | Show all posts
EmbunSiang replied at 3-9-2014 12:45 PM
salam sis...sory lambat reply..sy kekadang je log in...selalu silent reader je...
saya pakai tabi ...

Dnars dah kena banned dah.. akak blh lawat link ni http://mforum.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=852397&page=1#pid58963330
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2015 05:15 PM | Show all posts
anak sedara aku still pakai tabita... dah berbuih mulut bagi nasihat pun camtu gak... nikah hari tu pun siap bagi hantaran tabita... sukati ko lah.... jangan esok lusa menyesal sudah...
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2015 08:14 PM | Show all posts
kawan she jual tabita dah boleh pakai kete kot
betapa lakunya tabita dia jual..
tapi dah serik dengan produk camni...
bermula dengan sf beauty pastu tukar dnars...sume tak menjadi...
harap2 pengguna alert dengan benda ni sume..jangan kulit muka dah rosak macam she baru nak nyesal
Reply

Use magic Report

Post time 25-1-2015 04:20 AM From the mobile phone | Show all posts
Salam,
Aku pernah try tabita sbb pengaruh dr internet. Dulu, before pakai tabita aku pakai SKII. Kulit aku ni jenis tak berjerawat and semasa pakai SKII, kulit mcm biasa- biasa sahaja and bersih. But, aku terpengaruh jugak dengar si Tabita ni yg bg kulit jadi licin n cerah. Aku pakai tabita almost 6 bulan. But kulit aku selalu merah- merah and pedih terutama di pipi, hidung and bawah dagu. Kulit aku selalu merah2 lebih-lebih bila kat bawah matahari. Apabila pergi sembahyang jumaat atau berjalan jauh muka terus jadi merah. Sampaikan mak ayah aku tegur muka aku selalu merah- merah. Aku stop sbb selalu kene tegur ngan member keje and family. Then, bila stop tabita, kulit aku yang dulu tak pernah tumbuh jerawat dan yang paling LAGI TERUK ADE JERAGAT HITAM-HITAM MCM TAIK LALAT KAT BAWAH MATA AND KAT HIDUNG...Dari muka aku yag dulu bersih kini la ni teruk..terus ade jerawat macam nanah kecik2 tumbuh terutama di bawah tepi pipi dan dahi. kulit juga jadi kasar.Member aku kesian tngok muka aku. Aku pakai SKII balik but jerawat and jeragat tak hilang n lagi bertambah teruk parut kat muka.
Then, aku gi pharmacutical ade amoi officer tu rekemen pakai  skincare Kurin. Dalam 3 minggu recover balik..Alhamdullilah.. kulit muka aku ok balik AND LANGSUNG TAKDE MERAH-MERAH kat pipi, hidung and kat dagu. kesan jerawat and jeragat hitam-hutam kat muka hilang .DAN YANG BEST BILA KAT BERJALAN DI BAWAH MATAHARI KULIT TAK PEDIH AND MERAH!!...Mula- mula takut jugak aku nak pakai skincare baru sbb fobia. Then aku check kat KKM memang register.  Aku jadi geram apasal tabita bg kesan kulit aku jadi teruk. Dah lah harga mahal.
Why aku dengar dah 5 tahun tabita kat pasaran but until now tak register jabatan pharmaceutical Malaysia?
SKII YANG ade kat shopping komplex now pun dulu kene register dulu kat KKM before boleh sell.. Aku bagi tau --- mcm ni!!!..
MOST PENJUAL TABITA NI BAGI ALASAN PRODUCT NI AMBIK MASA LAMA NAK REGISTER!! .. Wei. Jngn nak kencing la!! Penjual tabita pandai putar belit mengatakan sudah register dengan BPOM (Badan Pengawasan Obat dan Makanan). Boleh cek kat blog ini http://www.jelaspenjelasan.blogspot.com.

Untuk pengetahuan semua, produk skincare tak kira keluaran tempatan mcm SAFI ATAU luar negara tak kira dari INDON KE JEPUN KE, mereka harus register and get Approve product dulu kat BPFK  Malaysia untuk mengesahkannproduct mereka ini tidak berbahaya. Kebanyakkan product luar negaga akan melantik satu distributor mcm SKII LANTIK P&G SDN BHD. Then P&G company ni akan apply dekat BPKF. Proses register only 3-4 day dah tau approved atau pun tidak utk sell product!!!... AKU ULANG !! Only 3- 4 day only!! So, tabita?? Tabita 5 tahun tu ??? Tak boleh nak apply??? Actually, product ni sangat2 beracun n really toxic!!... Kulit akan mengelupas disbbkan terdapat bahan kimia yang berbahaya lalu merosakkan sel- sel kulit!!!. Pada girl2.. Cantik only seketika but future???.. Kesan ? Ko boleh bukak sendiri:

http://forum.femaledaily.com/showthread.php?1335-Tabita-Skin-Care/page300

Ramai gak tak tau:
1. Effect kat kidney
2. Cancer pada perempuan dengan cepat pada buah dada. Ramai tak tau.

Ko boleh baca n selidik lebih mendalam bila ko google product ni TAKDE LULUSAN dari jabatan kesihatan di indonesia..
Reply

Use magic Report

12Next
Return to list New
You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 08:19 PM GMT+8 , Processed in 0.390819 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list