CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1965|Reply: 13

[Tempatan] Bajet Selangor: Azmin Ali Sambut Baik, Sifatkan Bajet Jaga Kebajikan Rakyat

[Copy link]
Post time 20-11-2013 08:22 PM | Show all posts |Read mode
bila azmin nak jadi mb selangor nih?


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2013 08:27 PM | Show all posts
Harga ais krim diSelangor nak naik ka?
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2013 09:01 PM | Show all posts
Maideen. posted on 20-11-2013 08:27 PM
Harga ais krim diSelangor nak naik ka?

eskrim potong mungkin xnaik meden
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2013 09:04 PM | Show all posts
kesian UMNO meleleh air liur jer tgk bajet Selangor billion2




Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2013 09:12 PM | Show all posts
5229 posted on 20-11-2013 09:01 PM
eskrim potong mungkin xnaik meden

Elhemdooleelleh.....
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2013 09:32 PM | Show all posts
boleh lah dabik dada kununnya dapat kumpul berbilion tanpa rakyat tahu bahawa sebahagian dari pembangunan di Selangor adalah dari sumbangan BN...tu pun macai tak tahu gak malu tu.

Khalid...dia gah dgn mengumpul duit je...duit yg dia kumpul tu dia nak bawak masuk kubur
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 20-11-2013 09:42 PM From the mobile phone | Show all posts
Biar kumpul harta rakyat dari duk perabih harta rakyat ke pak muntri yang tamak haloba. Rasuah,menyusahkan rakyat,pulak tu suka keluar statment bodo,selagi boleh kaut duit rakyat semua nak kaut. Malu la sikit dgn kerajaan negeri..........ape duit banyak2 pak muntri tak cukup2 lg ka nk bawak masuk dlm kubur. bikin malu la....
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2013 10:15 PM | Show all posts
Sib bik la pr pegang selangor.kalu umno rasis pegang hancur punah la selangor nih dek perasuah2 tu
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-11-2013 10:40 PM | Show all posts
NAH.. INI DARI NEGERI PM KITA..
seperti biasa, statement stupid idiot MB umngok..

KUANTAN - Menteri Besar, Datuk Seri Adnan Yaakob berkata, memang tidak benar dakwaan yang mengatakan kerajaan negeri mencatatkan belanjawan defisit selama 10 tahun.

Selain Bajet Negeri 2013, katanya, belanjawan negeri untuk tahun-tahun 2007, 2006, 2005, 2004, 2003, dan 2002 juga merupakan belanjawan lebihan.

"Walaupun belanjawan negeri mengalami defisit, kerajaan persekutuan akan membantu menampung kekurangan itu.

"Perlu diingat, belanjawan negeri dan persekutuan adalah dua perkara yang berbeza...hasil yang dikutip oleh kerajaan negeri digunakan untuk menampung perbelanjaan negeri, jika tidak cukup negeri boleh minta kerajaan persekutuan untuk menampung kekurangan itu," katanya pada sesi penggulungan perbahasan persidangan Dewan Undangan Negeri hari ini.

Adnan berkata, kerajaan negeri tidak mempunyai tanggungjawab besar seperti kerajaan pusat yang mempunyai kumpulan wang yang disatukan di mana hasil daripada kumpulan wang itu akan disalurkan kepada negeri-negeri termasuk negeri pembangkang.

"Kita telah membantu kerajaan pusat dalam mengutip cukai dan menyalurkan cukai berkenaan kepada kerajaan dan hasil tersebut akan diagih-agihkan kepada setiap negeri.

"Macam Pahang, untuk tahun ini kita telah mengutip cukai perkhidmatan dan lain-lain cukai untuk kerajaan persekutuan sebanyak RM723 juta, dengan RM603 juta cukai automotif di Pekan sahaja," katanya.

Justeru, katanya, pihak yang membangkitkan perkara itu tidak perlu risau kerana isu belanjawan itu memang jelas dan tidak perlu diungkit lagi. - Bernama
Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2013 11:17 PM | Show all posts
Rakyat tolak tuduhan konon Belanjawan Selangor ‘menghukum’
Oleh : Mohd Ezli Mashut
SHAH ALAM 20 NOV : Tuduhan sesetengah pihak, kononnya Belanjawan Selangor 2014 yang dibentang Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim semalam, tidak memberi manfaat dan bersifat menghukum, ditolak pelbagai lapisan rakyat.
Sebaliknya, orang ramai menganggap kerana belanjawan sangat baik lantaran ia memberi peruntukan kepada semua peringkat golongan dengan menumpukan aspek kebajikan rakyat.
Pandangan rakyat pelbagai lapisan itu berlawanan dengan laporan media arus perdana kononnya belanjawan bertema ‘Belanjawan Berhemat dan Berimpak, Maslahat Rakyat’ itu tidak memberi manfaat dan bersifat menghukum rakyat.
Malah, Norhesni Ismail, 40, berkata belanjawan itu dianggap sebagai terbaik berbanding kerana turut mengiktiraf golongan wanita dan keluarga dengan peruntukan yang besar.
Katanya, penggunaan rizab negeri RM430 juta pula dibuat pada  masa tepat kerana ia terus membantu pelbagai golongan masyarakat.
“Ia membuktikan kerajaan Pakatan Rakyat (PR) berusaha membantu rakyat, di samping mempertingkat sumber pendapatan dan hasil negeri serta pada masa sama membelanjakannya untuk pembangunan ekonomi.
“RM30 juta yang diperuntuk untuk wanita sangat diharapkan bagi memperkasakan golongan ini di Selangor dalam pelbagai program,” katanya ketika ditemui Selangor Kini, di sini, hari ini.
S Rosanty, 46, pula berkata Belanjawan 2014 Selangor berbeza dengan belanjawan yang dibentang Barisan Nasional (BN) kerana kerajaan negeri menekankan kebajikan rakyat.
Katanya, rizab negeri yang dibelanjakan dengan baik kerana ia  wang yang diterima daripada pembayar cukai dan perlu dikembalikan semula.
“Belanjawan kerajaan negeri lebih mengutamakan rakyat dan tidak mementingkan kroni atau yang seangkatan dengan aliran pemikiran politik sahaja,” katanya.
Aktivis NGO, Maria Kamel, 35, berkata, belanjawan itu seimbang yang menumpukan daripada segi pertumbuhan ekonomi dan insfraktruktur dalam memenuhi keperluan rakyat.
Katanya, ia turut memberi tumpuan kepada pengupayaan dan pembangunan insan supaya masyarakat turut diberdaya pemikiran serta kemahiran secara individu juga keluarga.
“Akhirnya belanjawan itu mampu berperanan menyumbang kepada kesejahteraan masyarakat secara umum, tahniah kerajaan Selangor,” katanya.
- NFN FZL


Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2013 11:18 PM | Show all posts
Konsep ‘bersetuju membeli, bersetuju menjual’ tindas rakyat
Oleh : SIRAJ MOHD ZAINI
SHAH ALAM 20 NOV : Pendirian kerajaan pusat yang menetapkan konsep ‘bersetuju membeli, bersetuju menjual’ bagi penstrukturan dan pengambilalihan Syarikat Bekalan Air Selangor (SYABAS) menjadikan ia semakin berkuasa memeras ugut Selangor dan menindas rakyat.
Exco Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan negeri, Datuk Teng Chang Kim, berkata konsep berkenaan bertentangan dengan penggubalan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) yang menyatakan perkhidmatan air perlu diurus agensi kerajaan bukan syarikat swasta.
Katanya, sehingga kini, rundingan berkenaan penstrukturan semula industri perkhidmatan air di Selangor masih belum dapat dimuktamadkan kerana pendirian dan konsep yang ditetapkan kerajaan pusat dalam menentukan nilai tawaran kepada kepada syarikat konsesi air.
“Kerajaan pusat dalam beberapa surat kepada kerajaan negeri masih menegaskan dalam merealisasikan pelaksanaan Model Holistik yang dicadangkan, Selangor perlu menyelesaikan sebarang isu pengambilalihan syarikat konsesi air melalui transaksi komersial ‘bersetuju membeli, bersetuju menjual,” katanya.
Chang Kim yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Pinang berkata demikian ketika menjawab pertanyaan Datuk Amiruddin Setro (BN-Jeram) ketika Sidang Dewan Negeri Selangor (DNS) di Bangunan Annex, di sini, hari ini.
Katanya, Akta 655 tidak mensyaratkan secara mutlak bahawa rundingan antara kerajaanpPusat, negeri dan syarikat konsesi diadakan berasaskan konsep ‘bersetuju membeli, bersetuju menjual’.
“Dalam pengambilalihan syarikat konsesi air, kerajaan negeri sentiasa menekankan sebahagian besar aset yang digunakan syarikat berkenaan dibina sejak zaman Jabatan Bekalan Air Selangor dan Perbadanan Urus Air Selangor (PUAS) melalui cukai yang dikutip daripada rakyat di Selangor, Wilayah Persekutuan dan Putrajaya.
“Kepentingan rakyat Selangor, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Putrajaya wajar dibela dan bukan mengutamakan syarikat konsesi berkenaan melalui konsep ‘bersetuju membeli, bersetuju menjual’ dalam menetapkan tawaran pengambilalihan itu,” katanya.
Katanya, kerajaan negeri tidak berupaya menawarkan nilai pengambialihan bseperti yang dituntut syarikat konsesi air itu jika berdasarkan konsep berkenaan.
Beliau menegaskan, jika syarikat konsesi air berkeras tidak menerima tawaran yang dikemukakan itu masalah berkenaan boleh dirujuk kepada Tribunal Timbang Tara yang berpusat di London, United Kingdom.
“Rujukan kepada Tribunal Timbang Tara adalah langkah yang adil dan saksama dalam menyelesaikan sebarang pertikaian ke atas nilai tawaran oleh kerajaan negeri,” katanya lagi.
Sehingga kini, Selangor kekal dengan tawaran sebanyak RM9.651 bilion untuk dikemukakan kepada empat syarikat yang mengendalikan industri air di negeri itu iaitu ABASS, SPLASH, PUNCAK, SYABAS.
-NFN-


Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2013 11:18 PM | Show all posts
Bila ada anak murid Astora Jamban

baru org tua negeri 9 duduk Selangor berani muncul

tapi bila org tua tu kantoi

anak murid Astora Jamban pulak menghilang


macam celaka betul

peguam Minang itik salai sorang ni


"ahak"



Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2013 11:18 PM | Show all posts
Selangor atasi kerajaan pusat, umum RM30 juta untuk wanita
OLEH : SIRAJ MOHD ZAINI
SHAH ALAM 20 NOV : Kerajaan pusat melalui Kementerian Pembangunan Wanita dan Keluarga masih gagal membentangkan peruntukan yang disediakan khusus bagi pembangunan kaum wanita di negara ini.
Hal itu berbeza dengan kerajaan negeri yang memperuntukkan RM30 juta bagi golongan wanita serta RM1.3 juta bagi tujuan program kewanitaan di dalam Belanjawan Selangor 2014, semalam.
Sehubungan itu, Exco Wanita dan Kebajikan negeri, Rodziah Ismail mendesak menteri terbabit, Datuk Rohani Abdul Karim supaya menjelaskan kepada seluruh golongan wanita di Malaysia berkenaan jumlah sebenar peruntukan yang disediakan dalam Bajet Negara 2014.
Rodziah berkata, Jabatan Pembangunan Negeri di bawah kementerian berkenaan masih gagal menyatakan peruntukan yang disediakan bagi tujuan pembangunan wanita di Selangor, sehingga kini.
“Saya selaku EXCO negeri ingin mendesak kerajaan pusat mengumumkan berapa bajet yang selama ini ditanya dan dituliskan kepada Jabatan Pembangunan Negeri. Sehingga kini, kita belum tahu bajet yang diperuntukkan untuk rakyat negeri Selangor khasnya kepada pembangunan wanita melalui kementerian berkenaan,” katanya.
Rodziah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) (PKR-Batu Tiga) berkata demikian ketika sidang media di lobi Dewan Negeri Selangor (DNS), Bangunan Annex, di sini, hari ini.
Pada masa sama, Rodziah berkata, Belanjawan Selangor 2014 memberi tumpuan kepada penjanaan dan peningkatan pendapatan golongan itu yang digandingkan dengan pelan tindakan wanita negeri yang menekankan kecelikan serta penghayatan dalam meningkatkan jati diri setiap wanita di negeri itu.
Katanya, belanjawan yang diumumkan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim adalah jangkaan yang menunjukkan pengurusan kewangan berhemah berdasarkan hasil dan pencapaian.
“Ketelitian Menteri Besar dalam urusan Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) akan berterusan, selain dihayati dan dilaksanakan dalam belanjawan bagi golongan wanita sebanyak RM30 juta serta RM1.3 juta untuk program wanita yang sedia ada.
“Maknanya kalau kita tengok setiap tahun, RM1 juta dimasukkan dalam bajet yang disatukan dan kali ini Menteri Besar menambah peruntukan sebanyak RM30 juta untuk program pembangunan wanita,” katanya.
-NFN-


Reply

Use magic Report

Post time 20-11-2013 11:27 PM | Show all posts
  • 5:28PM Nov 19 2013

Beberapa orang ADUN Pakatan Rakyat yang ditemui menyambut baik pengumuman Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim bahawa kerajaan akan menggunakan RM430 juta dari wang rizab untuk pembangunan tahun 2014.
Antaranya, Pengerusi Kelab Penyokong Kerajaan Selangor Azmin Ali berkata yang berkata pengumuman itu sekurang-kurangnya meredakan kebimbangan apabila perbelanjaan pembangunan dikurangkan dari RM633 juta kepada RM624 juta tahun depan.

"Walaupun terdapat sedikit penurunan dalam perbelanjaan pembangunan, tetapi jika kita melihat secara menyeluruh (termasuk perbelanjaan rizab) amaun yang lebih besar," katanya yang gembira dengan jumlah keseluruhan RM1.055 bilion yang diperuntukkan untuk pembangunan tahun depan.

ADUN Bukit Antarabangsa itu berkata beliau bagaimanapun ingin melihat butiran untuk peruntukan tambahan RM430 juta yang diumumkan tersebut sebelum menyokong untuk meluluskannya.

"Saya tidak mahu mengulas sekarang tetapi kami mengalu-alukan rancangan untuk menggunakan sebahagian daripada rizab, " katanya.

Turut senada dengannya ialah ADUN Meru, Dr Abdul Rani Osman yang berpuas hati dengan jumlah bajet yang diumumkan tersebut, walau ia melibatkan pengurangan dari RM633 juta yang diperuntukkan tahun ini.

Pesuruhjaya PAS Selangor itu berkata, usaha untuk menggunakan rizab berkenaan bagaimanapun perlu dijalankan dengan tertib dan diiringi dengan pernyataan bertulis katanya.

Sementara itu, ADUN Kampung Tunku Lau Weng San berkata, beliau juga berpuas hati kerana pengumuman berkenaan menunjukkan memorandum yang dihantar kepada menteri besar sebelum ini menunjukkan kesan.

Namun, Lau berkata beliau enggan mengulas lebih lanjut kerana ingin melihat hasilnya terlebih dahulu.


Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

2-5-2024 09:29 PM GMT+8 , Processed in 0.111945 second(s), 43 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list