CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1287|Reply: 1

[Tempatan] Jenayah siber masih terkawal

[Copy link]
Post time 21-11-2013 10:52 AM | Show all posts |Read mode
KUALA TERENGGANU - Kadar jenayah siber di negeri ini masih berada di peringkat terkawal dan tidak begitu berleluasa.
       
        Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Negeri, Superintendan Koh Ah Tiam berkata, walaupun terdapat laporan mengenai kes berkenaan, ia tidak banyak dan masih di tahap rendah.
       
        Menurutnya, bagi memastikan ia dapat terus dibendung, setiap masyarakat perlu melengkapkan diri dengan maklumat mengenai modus operandi yang digunakan penjenayah.
       
        “Ramai yang masih belum tahu mengenai modus operandi yang digunakan penjenayah bagi memperdayakan mangsa.
       
        “Memandangkan jenayah siber adalah satu jenayah yang tidak boleh dilihat kerana suspek tidak perlu bertemu mangsa untuk menipu wang mangsa, kesedaran masyarakat amat penting bagi membendung jenayah ini daripada terus berleluasa,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Ceramah Jenayah Siber di Dewan Teater, Wisma Darul Iman, semalam.
       
        Ah Tiam berkata, dengan mengikuti ceramah mengenai perkembangan terkini jenayah siber di negara ini, masyarakat dapat didedahkan dengan teknik yang digunakan penjenayah bagi mempengaruhi mangsa.
       
        “Mereka yang telah mempunyai maklumat mengenai teknik yang digunakan penjenayah tidak mudah melatah apabila berdepan dengan sebarang panggilan telefon atau emel berkaitan keadaan wang di dalam akaun bank mereka.
       
        “Kebanyakan penjenayah gemar menyamar sebagai pegawai bank atau mereka yang berkaitan dan menggunakan pelbagai tipu helah bagi mendapatkan maklumat mangsa terutama nombor akaun bank dan kata laluan,” katanya.
       
        Menurut Ah Tiam, antara trend jenayah siber masa kini ialah penipuan kewangan melalui emel, panggilan atau mesej palsu, penipuan melalui pembelian online, penipuan di laman sosial facebook dan seumpamanya.
       
        “Kita tidak boleh jangka golongan yang mana mudah terlibat jenayah siber kerana ia berisiko menyerang semua peringkat sehingga ada dalam kalangan golongan profesional pun yang turut menjadi mangsa penjenayah ini.
       
        “Antara faktor mereka mudah dipengaruhi ialah kurangnya maklumat mengenai modus operandi jenayah siber ini dan sikap tamak dan mahukan untung dalam masa yang singkat,” katanya.
       
        Beliau berkata, Ceramah Jenayah Siber yang pertama kali diadakan itu akan terus dilaksanakan pada masa akan datang bagi memberikan pendedahan secara berterusan kepada rakyat negeri ini mengenai trend terkini yang dilakukan penjenayah siber.
       
        Antara penceramah yang dijemput pada program itu ialah Ravindran Ratna Krishnan dan Mohd Ary Fazrin dari Mudah.my Berhad yang membentangkan kertas kerja mengenai Cara-cara Pembelian Barang Yang Selamat Melalui Internet.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-11-2013 08:18 AM | Show all posts
dedhkan taktik2 penipuan pliss
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-5-2024 11:16 PM GMT+8 , Processed in 0.057114 second(s), 28 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list