View: 1128|Reply: 6
|
[Tempatan]
Teruja miliki kelapa bertunas tiga
[Copy link]
|
|
SEMERAK - Peniaga santan segar di pekan Cherang Ruku dekat sini, teruja selepas menyedari sebiji kelapa miliknya mempunyai tiga tunas yang dikatakan bernilai tinggi untuk dijadikan sebagai pokok hiasan.
Mohd Zain Jaafar, 61, berkata, buah kelapa berkenaan dibeli dengan harga RM15 daripada penduduk setempat tiga bulan lalu dengan hanya satu tunas setinggi 10 inci.
Katanya, lama kelamaan kelapa itu mengeluarkan dua lagi tunas yang menjadi daya tarikan pengunjung dan pelanggan santan segar di kedainya.
“Saya simpan di atas rak tinggi untuk menarik perhatian umum. Ada pengunjung yang berminat untuk membelinya pada harga RM100 namun saya menganggap harga itu terlalu rendah berbanding nilai keunikannya,” katanya.
-
- Mohd Zain bersama kelapa ganjil miliknya yang mengeluarkan tiga tunas.
Mohd Zain bercadang menanamnya dalam pasu lebih besar untuk menambah seri dan daya tarikan pokok kelapa yang dianggarkan sudah mencapai usia tujuh bulan itu.
“Bagi saya ia adalah satu objek hidup yang unik, menunjukkan kebesaran pencipta-Nya dan sebagai peminat barangan aneh saya hargai penemuan seperti ini,” katanya.
|
|
|
|
|
|
|
|
mudahnya depa ni dapat cari wartawan.......mudahnya masuk paper jugak... |
|
|
|
|
|
|
|
alhamdulillah masih ingat kepada NYA |
|
|
|
|
|
|
|
teruja sangat ye pakcik |
|
|
|
|
|
|
|
la...aku dulu pernah nampak kelapa betunas 5 di kebun my nenek...sayang tak ada wartawan...hihihi
nenas bertunas 8 pun pernah.. |
|
|
|
|
|
|
|
Alang alang dah masuk paper.. Bole jual rm10000
|
|
|
|
|
|
|
| |
|