CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1520|Reply: 10

Perhimpunan Agung UMNO 2013

[Copy link]
Post time 4-12-2013 11:03 AM | Show all posts |Read mode
http://nblo.gs/RGQyU


Kerisauan hadapi PRU14 di Perhimpunan Agung Umno 2013




Umno mungkin memperolehi lebih banyak kerusi dalam Pilihan Raya Umum 2013, namun perwakilan parti berkenaan yang berhimpun di Kuala Lumpur minggu ini risau memikirkan peluang mereka dalam Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14) selepas hilang majoriti dua pertiga kerusi sejak dua pilihan raya sebelum ini.
Penganalisis melihat parti itu tidak berubah dengan pantas untuk memenuhi tuntutan rakyat yang semakin meninggi berbanding pertama kali parti itu dibentuk pada 1946.
"Umno banyak berjasa kepada orang Melayu dan negara tetapi generasi baru Melayu berfikiran berlainan daripada parti dan menyatakan apa mereka mahu.
"Parti perlu berubah dengan menerima suara kumpulan ini namun malangnya ia tidak berubah dengan cepat," kata penganalisis politik dari Universiti Putra Malaysia, Prof Dr Jayum Jawan kepada The Malaysian Insider.
Pillihan Raya pada 5 Mei lalu menunjukkan perubahan pemikiran Umno dan sekutu mereka dalam Barisan Nasional (BN) selepas tewas undi popular meskipun menang 133 daripada 222 kerusi Parlimen, kurang tujuh kepada Pakatan Rakyat (PR) berbanding Pilihan Raya 2008.
Umno bagaimanapun berjaya memenangi 88 kerusi berbanding 79 dalam pilihan raya sebelum itu berikutan sokongan masyarakat luar bandar dan Bumiputera.
Penganalisis melihat Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak mempunyai tugasan sukar memahamkan rakyat bahawa parti itu sedang mengalami transformasi.
Ia diburukkan lagi dengan persepsi bahawa parti itu mengabaikan aspek skandal, ketirisan dan pembaziran termasuk moral pemimpinnya.
Persepsi pemimpin Umno hanya mementingkan orang yang mengundi mereka masih menebal, kata penganalisis.
Bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times, Datuk A Kadir Jasin membunyikan amaran dua bulan lalu apabila berkata Umno gagal membawa pembaharuan dan ibarat burung Dodo yang akan pupus.
Dalam blognya, beliau berkata, sama ada 2,000 atau 14,000 perwakilan mengundi pada Oktober lalu, jelas menunjukkan parti itu tidak mampu untuk terus ke hadapan dan memilih barisan kepimpinan yang baru.
Berikutan perubahan dalam kepimpinan Umno pada 2009, Umno menggunakan sistem baru dengan model pilihan raya dari Amerika Syarikat.
Sejumlah 146,000 perwakilan daripada 191 Bahagian mengambil bahagian dalam pengundian tersebut yang menyaksikan penyandang masih menduduki kerusi mereka.
Sebelum itu, bekas presiden Umno, Tun Dr Mahathir Mohamad menyelar parti itu semakin nazak.
Namun Prof Madya Shaharudin Badarudin, penganalisis politik dari UiTM, berkata ramai tokoh baru dipilih Umno untuk menyertai barisan Ahli Majlis Tertinggi, dengan mengemukakan contoh seperti Datuk Johari Abdul Ghani, 49, Dr Asyraf Wajdi Dusuki, 37 dan Datuk Irmohizan Ibrahim, 37.
"Persoalannya adakah pemimpin muda ini mampu menawan minda dan hati tiga kumpulan utama, belia, penduduk bandar, dan pengundi Cina," katanya merujuk kepada kumpulan yang menolak BN dalam pilihan raya.
"Ini cabaran untuk Umno menghadapi PRU14," katanya.
Sejumlah 5,726 perwakilan mendaftar untuk menghadiri perhimpunan tahunan tersebut dengan dimulakan perasmian sayap Pemuda, Wanita, dan Puteri malam tadi.
Perhimpunan tiga sayap itu akan dijalankan selama dua hari sebelum perasmian Perhimpunan Agung Umno pada 5 Disember.
Antara acara yang dinanti adalah ucapan dasar Najib dan dijangka beliau akan merangka masa depan Umno untuk PRU14 dengan pasukan barunya.
Perwakilan turut menjangkakan untuk menbincangkan sistem pemilihan baru yang menerima kritikan di peringkat akar umbi, agenda pemerkasaan ekonomi Bumiputera dan memartabatkan Islam dengan isu penggunaan kalimah Allah oleh bukan Muslim. - 4 Disember, 2013.

http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/kerisauan-hadapi-pru14-di-perhimpunan-agung-umno-2013


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 4-12-2013 10:42 PM | Show all posts
http://nblo.gs/RGPWf

Pengundi bandar, muda sisih BN?

KUALA LUMPUR - Timbalan Presiden Umno, Tan Sri Muhyiddin Yassin malam tadi mengingatkan parti itu supaya tidak terus dibuai mimpi indah di sebalik kejayaan memenangi PRU13 lalu.

Jelas Muhyiddin, kemenangan Umno dan Barisan Nasional (BN) adalah kemenangan bersyarat, oleh itu Umno-BN harus sentiasa bersedia untuk menambat kembali hati pengundi menjelang PRU yang akan datang.

"Umno berjaya menambah bilangan kerusi di Parlimen, tetapi BN mengalami kekurangan sokongan terutamanya dalam kalangan pengundi muda dan pengundi bandar.

"Kita berjaya memenangi semula negeri Kedah dan mengekalkan pentadbiran negeri Perak, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Perlis dan Sabah, tetapi kita gagal memenangi Pulau Pinang, Selangor dan Kelantan.

"Bilangan kerusi kita di negeri-negeri kubu kuat Umno seperti Johor dan Melaka juga berkurangan.

"... oleh itu Umno perlu memahami mesej jelas yang cuba dihantar oleh para pengundi. Kita perlu bermuhasabah secara jujur dan ikhlas untuk mengetahui sebab musabab mengapa sokongan pengundi bandar dan golongan muda terhadap parti kita tidak seperti yang diharapkan," katanya ketika merasmikan perhimpunan ketiga-tiga sayap parti terbesar itu di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Muhyiddin yang juga timbalan perdana menteri berkata, Umno perlu membuat penambahbaikkan bagi menghantar mesej kepada rakyat, bahawa sentuhan Umno benar-benar dirasai rakyat.

"Para pengundi telah menghantar mesej oleh itu, Umno perlu membuat penambahbaikkan selari dengan semangat transformasi yang dilaungkan oleh perdana menteri kita," katanya.
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2013 06:45 PM | Show all posts
PRU 14 : the end of BEE END
Reply

Use magic Report

Post time 6-12-2013 11:08 PM | Show all posts
perhimpunun band of all brothers ....

   
Reply

Use magic Report

Post time 7-12-2013 12:47 PM | Show all posts
logikla kalau mereka takut. takde isu pun
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-12-2013 02:40 PM | Show all posts
Rakyat luar bandar kubu kuat Umno

KUALA LUMPUR - Kubu kuat Umno adalah sokongan rakyat luar bandar di mana undi mereka yang tinggi berbanding pengundi bandar membolehkan Umno terus memerintah negara.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata, Umno disaran tidak lupa dan alpa akan hal tersebut.

Menurutnya, pembelaan pada agama, hak orang Melayu dan Bumiputera banyak ada di luar bandar.

"Kita memang menang peringkat bandar tetapi mejoriti menang bezanya tidak jauh.

"Kalau di kampung jumlah mejoriti memilih Umno lebih tinggi justeru membolehkan parti terus memerintah. Maka jangan sesekali pinggirkan rakyat desa," katanya dalam ucapan penggulungan sempena Perhimpunan Agung Umno 2013, hari ini.

Sebagai tanda untuk hargai rakyat luar bandar itu, beliau mencadangkan Jawankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) terus diperkasakan agar dapat memimpin kawasan setempat.

"Kita perlukan pemimpin peringkat kampung untuk membela nasib masyarakat desa justeru saya gesa semua kerajaan negeri perkasakan JKKK ini terutama kepada belia dan wanita di kawasan tersebut," katanya.

Pada masa yang sama, beliau yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah mengumumkan penangguhan pembayaran Pinjaman Ekonomi Desa mulai 1 Januari 2014 kepada mereka yang terbabit dengan bencana banjir.

"Ini termasuk golongan pinjaman yang diberikan oleh agensi di bawah kementerian untuk meringankan beban rakan dan rakyat kita yang dilanda banjir," katanya.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-12-2013 03:11 AM | Show all posts
"Kalau di kampung jumlah mejoriti memilih Umno lebih tinggi justeru membolehkan parti terus memerintah. Maka jangan sesekali pinggirkan rakyat desa,"

selain dari jangan pinggirkan, kena tahu sekali kenapa rakyat desa ramai sokong Umno.
Bila dah tahu...boleh guna sebab yg sama utk dapatkan undi majoriti dari orang bandar pulak.

"bermuhasabah secara jujur dan ikhlas untuk mengetahui sebab musabab mengapa sokongan pengundi bandar dan golongan muda terhadap parti kita tidak seperti yang diharapkan,"

penting bab jujur ikhlas tu. Jangan in denial lagi...kalau tak,  payah la kau Pru 14 ni weiiii. Sebaiknya tanya direct aje apa yg gol. muda n pengundi bandar nak. Sebab2 yg kau tak tahu tu lah, yg akan diguna oleh lawan kau.
Reply

Use magic Report

Post time 8-1-2014 10:57 PM | Show all posts
Semoga pimpinan UMNO di semua peringkat mampu membaca dan memahami dengan baik mesej yang telah dihantar oleh para pengundi semasa PRU-13 pada tahun 2013.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-4-2014 11:09 AM | Show all posts
Al-Patih posted on 6-12-2013 11:08 PM
perhimpunun band of all brothers ....



pehimpunan puak ini ka
Reply

Use magic Report

Post time 22-4-2014 11:44 AM | Show all posts
jkkkj posted on 8-1-2014 10:57 PM
Semoga pimpinan UMNO di semua peringkat mampu membaca dan memahami dengan baik mesej yang telah diha ...

bukan mic taknak bantu kempen bn, cuma ekspresi merajuk bangsa india
pru-12 bukan rakyat takmenyokong tapi undi protes bangsa melayu
pru-13 bukan jumlah undi kurang tapi itu sunami  bangsa  cina

kesimpulannya

bukan suma bangsa tak menyokong bn
tapi... ntah la, taktau nak bagi jawapan paling tepat.


Reply

Use magic Report

Post time 23-4-2014 07:13 AM | Show all posts
010 posted on 22-4-2014 11:09 AM
pehimpunan puak ini ka

Yup...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 04:07 PM GMT+8 , Processed in 0.067400 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list