CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: wannoorazlina

Cerita Abang Lori Dan Abang Bas

[Copy link]
Post time 11-2-2014 02:43 PM | Show all posts
JellyJoy posted on 10-2-2014 02:53 PM
Nasib baik nampak perempuan cantik..kalo nampak rupa yang tak semenggah camne.

Bapak sedara aku ...

Iols kalau nak pergi KL, ada 2 pilihan exit highway. Sama ada lalu Yong Peng (U) atau lalu Pagoh. Suka lalu Pagoh sebab dekat sikit & tak patah balik, lagipun tol murah. Cuma angker la, kiri kanan kelapa sawit, rumah orang pun selang jauh2. Paling lewat set lalu situ pukul 9 malam, kalau lebih dari pukul 9, memang sanggup jalan jauh sikit lalu Yong Peng. Cuma musim perayaan (Hari raya/CNY), meriah la sikit walaupun dah lewat malam sebab ramai orang lalu situ. Kalau setakat weekend biasa ni, memang boleh Kira kereta yang lalu situ.

Ini bukan kisah pemandu Lori/bas. Kisah kawan iols 1 family on the way dari KL, keluar exit Pagoh dalam pukul 11.30 malam. Masa tu, mak, akak n kawan iols ni sedap dah tido. Tinggal ayah dia n adik dia je yang berjaga. Tengah2 kawasan ladang sawit tu, tiba2 ayah n adik dia nampak cik poc berdiri kaku kat tepi jalan. Diorang ni senyap je la, tak tegur. Bila pandang side mirror, elok je lagi cik poc tu terpacak kat situ. Sejak dari kejadian itu, dorang dah tak nak lalu exit Pagoh. Trauma kekdahnya. Hoho

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-2-2014 02:54 PM | Show all posts
My FIL driver lori, selalu bawa route Kota Kinabalu-Tawau. Ada 1 kawasan ni jalan Kunak-Tawau, ada jambatan yang lalu sungai kecil. Orang tempatan bagi nama jambatan ni "Jambatan Nasib Kita". Sebab banyak kali orang terbabas kat sini. Kata nya, di alihkan pandangan, driver nampak jalan dan jambatan tu selekoh ke kiri, tapi sebenarnya jalan dan jambatan tu lurus je. Jadi siapa yg ke kiri tu memang selamat terbabas atau masuk dalam sungai.

Lagi 1 route Tawau-Semporna. Sini kadang2 kenderaan tak banyak lalu  jadi orang suka bawa laju. Ada sekali, iols, partner & adik ipar on the way Tawau-Semporna, dalam pukul 10.30 pagi. Mata iols jadi berat sangat2, padahal kalau kat tempat lain, iols ni susah sangat nak tido dalam kenderaan. Adik ipar kat belakang dah selamat membuta. Partner yg drive pun kata mata sampai susah nak buka. Berhenti kejap cari Nescafé, baru ok sikit. Masa on the way balik pun sama. Mata kitorang semua jadi berat seberat berat nya. FIL bagi tau, memang dia pernah dengar cerita macam ni, mungkin itu salah 1 punca banyak accident kat kawasan tu.

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2014 02:58 PM | Show all posts
elezza posted on 11-2-2014 02:37 PM
ni x seram sangat melly..aku bace benang syumaimah sampai ke malam2 teringat2..
tu pasal kalo kat ...

Klw bace cite cite gine mmg lah kene baca time siang klw nak bace time malm mmg tak tido lah..

Hiihiihiiihii

Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2014 02:59 PM | Show all posts
ailoveusomuch posted on 11-2-2014 02:43 PM
Iols kalau nak pergi KL, ada 2 pilihan exit highway. Sama ada lalu Yong Peng (U) atau lalu Pagoh.  ...

Biau jauh n kene bayar toll mahal sikit janji selamat..

Hiihiihii
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2014 04:01 PM | Show all posts
banyak jugak orang crite pasal area pagoh

alkisah kampong ayah aku pon menghala kesitu jugak
kiteorg selalu balik malam,aku dengan mak rajin layan ayah borak utk hilangkan ngantok
tetibe ayah cakap allahhuakbar..aotomatik aku tanye ayah kenape?.tp ayah masih diam

lepas 5 minit baru ayah bukak crite, die nampak ade seorang perempuan dengan anaknye tetibe lintas jalan .nasib baik ayah tak terkejot..klau tak mmg eksiden sebb ayah bawak kereta boleh tahan la jugak lajunya.

rupenye mak pon nampak dr eko mate die.tp mak duduk blakang ayah sebb tu tak nampak bende tu lintas.meremang dgr crite dorg..uhuhu

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2014 11:00 PM | Show all posts
JellyJoy posted on 10-2-2014 08:46 PM
Nak cari rezeki..sekarang ni dia bwk lori kecik je nak mengelakkan outstation.dah xlarat drive jau ...

huhu seramnya citer2 ko..
amoi tu dah naik bus duk kat belakang driverkah?
lama gak dia jadik passenger tu..



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-2-2014 11:35 PM From the mobile phone | Show all posts
alibnmat posted on 11-2-2014 11:00 PM
huhu seramnya citer2 ko..
amoi tu dah naik bus duk kat belakang driverkah?
lama gak dia ja ...

Tak tahu pulak dia duk kat mana.Sebenarnya cerita versi ayah cik aku mmg detail,sbb dh lama aku ingat2 lupa.Sepanjang dia cerita tu meremang remang bulu roma aku..
Reply

Use magic Report

Post time 11-2-2014 11:42 PM | Show all posts
JellyJoy posted on 11-2-2014 11:35 PM
Tak tahu pulak dia duk kat mana.Sebenarnya cerita versi ayah cik aku mmg detail,sbb dh lama aku in ...

..sambunglah citer ayah cik yg lain2 lagi





Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-2-2014 12:04 AM From the mobile phone | Show all posts
Weh,nanti aku balik kampung aku soh dia repeat citer2 seram dia and geng2 lori/bas ok..:lol
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2014 01:23 PM | Show all posts
QziraH posted on 5-12-2013 09:00 PM
Eh kalau pemandu2 bus,teksi,lori n kereta jumpa benda2 smua ni..agak2 pilot leh x jumpa benda2 smua  ...

Hahaha pastu kan pilot tu terkejut nampak cik pon melistas depan dia, dia pun tarik hand-brake. Ko bleh bayangkan tak?


ok sori..tak lawak.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2014 01:56 PM | Show all posts
isseliparjepun posted on 12-2-2014 01:23 PM
Hahaha pastu kan pilot tu terkejut nampak cik pon melistas depan dia, dia pun tarik hand-brake. Ko ...

ini memang lawak..wahahahahahaaaaa..
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2014 04:07 PM | Show all posts
JellyJoy posted on 10-2-2014 08:46 PM
Nak cari rezeki..sekarang ni dia bwk lori kecik je nak mengelakkan outstation.dah xlarat drive jau ...

last akak lalu time mlm jln ni tahun lepas..kebetulan mlm tu bulan mengambang penuh..elok aje sampai simpang keluar felda nitar menuju ke kluang tu..ada 2 org aweks tgh nak isi minyak motor..sorang rambut panjang mengurai..sorang lagi ala2 tomboi.Nak kata blk kerja takkanlah pukul 12 lbh pastu akak ni tak ler pandang lama2 bimbang aweks tu bertukar kejadiannya..hehehe
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2014 04:16 PM From the mobile phone | Show all posts
kodoklawa posted on 12-2-2014 04:07 PM
last akak lalu time mlm jln ni tahun lepas..kebetulan mlm tu bulan mengambang penuh..elok aje samp ...

Felda Nitar ek namanya?betul ke ada jirat cina.Ayah cik kita kata sepanjang jalan tu bukan ada rumah sangat.Kampung2 semua masuk ke dalam..

Orang felda kut kak,sebab ayah cik saya pun pernah turunkan penumpang area felda pukul 3 pagi..ayah cik saya tanya la 'adik,tak takut ke turun sorang2 ni?ada org tunggu tak?'..budak tu ckp..'Dah biasa bang,ayah saya ada tunggu kat simpang masuk'...
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2014 05:45 PM | Show all posts
JellyJoy posted on 12-2-2014 04:16 PM
Felda Nitar ek namanya?betul ke ada jirat cina.Ayah cik kita kata sepanjang jalan tu bukan ada rum ...

jirat cina,india ..perkuburan org islam mmg ada sepanjang jln kahang tu dik tapi mujurlah time akak lalu tak jumpa lagi makhluk2 itu.Lps jirat cina terbesar kahang tu mmg takde penempatan manusia melainkan hutan belantara...tawakkal aje ler bila lalu situ mlm2 buta.
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2014 05:52 PM From the mobile phone | Show all posts
kodoklawa posted on 12-2-2014 05:45 PM
jirat cina,india ..perkuburan org islam mmg ada sepanjang jln kahang tu dik tapi mujurlah time aka ...

Patutlah angkerrr..sesuai sangat suasananya..
Reply

Use magic Report

Post time 12-2-2014 10:03 PM | Show all posts
sejak layan MPS ni..dh bole tau bbrp port hiway@Jalan biasa yg kena berhati2

1. spjg jln dr rnr bkt gantang-rnr sungai perak
2. rnr behrang
3. jln biasa sp-gurun (laluan lil balik keja if xmasuk hiway)
4.area pagoh

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 13-2-2014 01:21 AM | Show all posts
Aku bukan nyer bawak bas, lori dan keta tapi mase kena kacau aku tgh naik moto..

cite dia cengini, aku keja dgn telco company kat subang hi tech park  .. aku tinggal kat area Jln Ipoh.. so nak di pendekan cite aku habih keja kol 2 pagi and balik umah saje jer ikut jln hiway persekutuan yealah nak rase lalu jalan tuh .. pasal selalu ikut NKVE.. aku akan ikut susur keluar nak pegi ke UM dari fedral hiway sedang elok aku masuk jln tuh .. kan macam naik bukit sikit .. and then laluan aku bertembung dgn laluan dari arah LRT pantai ada lori nissan jenis pickup yang lama yang selalu org cina jual ikan sayur jalan sebelah aku .. apa yang menyeramkan .. dari sebelum aku masuk susur tuh macam sumthin wrong dgn lori nih ... bila dah dekat sebelah sebelah  aku nampak takder driver langsung .. 0.. nill tarak .. then tempat duduk sebelah penumpang yang bebetol sebelah aku ader org pompuan .. pucat gila rupa dia... rambut panjang .. mulut terbukak .. ngaaaaaaa.... aper lagi aku maleh nak pikir panjang aku terus aku speed up.. lah apa lagi mau tunggu..

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2014 02:36 AM | Show all posts
hydrocloric posted on 13-2-2014 01:21 AM
Aku bukan nyer bawak bas, lori dan keta tapi mase kena kacau aku tgh naik moto..

cite dia cengini ...

seram tu...nasib dia x tumpang blkg moto ko
Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2014 02:34 PM | Show all posts
hydrocloric posted on 13-2-2014 01:21 AM
Aku bukan nyer bawak bas, lori dan keta tapi mase kena kacau aku tgh naik moto..

cite dia cengini ...

org ckp laluan moto federal highway berhantu..berhantu dgn makhluk halus & peragut..huhuu..

ni citer dari http://klthugs.blogspot.com/2011/09/misteri-lorong-motosikal-federal.html

Misteri lorong motosikal Federal Highway




MALAM itu saya ke Shah Alam untuk menghantar alat ganti komputer ke sebuah kedai. Alat ganti yang saya bekalkan tidak banyak dan bukanlah alat ganti yang besar. Kebanyakannya adalah alat ganti kecil dan beberapa jenis aksesori komputer yang lain seperti thumb drive, external hard disk ataupun pengecas bateri komputer riba. Menariknya, semua barang-barang ini adalah barang curi yang saya ambil dari kedai pembekal tempat saya bekerja. Keuntungannya amatlah lumayan. Sepanjang setahun saya melakukan kerja haram ini, saya tidak pernah tertangkap dengan bos saya.
          Setelah meletakkan semua barangan  ke dalam kotak motosikal, saya terus menghidupkan enjin motosikal bergerak melalui Jalan Hang Tuah dan terus masuk melalui Jalan Istana untuk susur keluar terus ke Lebuhraya Persekutuan. Seperti biasa, saya menggunakan laluan sikal sepanjang perjalanan saya. Saya terus tunggang motosikal empat lejang kepunyaan saya dan terus menuju ke destinasi. Perjalanan dari Kuala Lumpur ke Shah Alam mengambil masa kira-kira 25 minit.
          Apabila sampai sahaja ke destinasi pada jam 10.45 malam, pemilik kedai tempat saya bekalkan barangan komputer tersebut sudah tersenyum menyambut kehadiran saya. Kebiasaannya saya hantar barang-barang pada kedai tersebut pada malam Khamis. Oleh kerana pada minggu ini Rabu adalah cuti umum, saya menghantar pada hari Khamis. Setelah memberikan alat-alat ganti tersebut, saya memperoleh bayaran seperti yang telah dijanjikan.
          “ Wan, mari minum, saya belanja You.. ini malam adapromotion ladies night di Pub. Mari temankan I minum? Lepas minum you pulanglah, esok you cuti kan?” ajak pemilik kedai tersebut setelah menyerahkan wang. Saya mengangguk tanda setuju. Bukan senang tauke kedai ini nak keluarkan wang untuk belanja saya minum. Selepas memarkir motosikal dihadapan kedainya, saya berjalan bersamanya menuju ke pub.
          Lokasi pub tidak jauh dari premisnya. Dipendekkan cerita, selepas minum, saya pulang ke rumah. Selepas bersalaman dengannya, saya memecut motosikal menuju ke lebuh raya. Saya melihat jam tangan, sudah hampir pukul dua pagi. Sudah lewat. Jalan-jalan seluruh Shah Alam sudah mula lengang. Sebaik saya memasuki lorong motosikal, saya perasan, meter minyak sudah menunjukkan pada ‘E’. Saya terus berhenti mengisi petrol di sebuah stesen minyak terdekat. Stesen minyak tersebut lengang. Sebaik saja selesai mengisi petrol, tiba-tiba kelihatan dari jauh lampu yang agak malap menuju ke stesen minyak yang sama. Motosikal jenis cup berwarna merah tersebut amat daif keadaannya, ditunggang pula oleh seorang lelaki tua dengan baju putih compang camping serta helmet berwarna kuning lusuh. Dalam hati saya tertanya-tanya ke mana agaknya arah tujuan lelaki tua ini. Dari raut wajahnya jelas menunjukkan lelaki ini sudah tua, dengan kedut di muka dan wajah yang muram. Perlahan-lahan lelaki tua ini berjalan menuju ke kaunter bayaran.
          Saya tinggalkan persoalan tersebut di stesen minyak kerana harus segera pulang. Saya terus menghidupkan enjin setelah mengisi petrol. Saya meluru masuk semula ke laluan motosikal. Dalam fikiran saya sudah terbayang sebuah kereta idaman saya kerana lagi beberapa bulan, dapatlah kumpul wang untuk saya bayar pendahuluan kereta.
          Lorong motosikal begitu gelap sekali. mujurlah lampu motosikal saya agak baik pencahayaannya. Dapatlah saya mengelak beberapa lopak yang saya rasa sudah bertahun-tahun tidak diselenggarakan. Sedang asyik saya menunggang, kelihatan jauh lampu brek malap di hadapan saya. Apabila motosikal tersebut berada di hadapan, saya terus memotong, dengan selambanya. Setelah saya potong motosikal tersebut, dada saya terus bergerak kencang. Perasaan gerun terus menyelubungi saya.
          Saya tersentak, motosikal yang baru saya potong tadi sama seperti motosikal yang saya lihat di stesen minyak. Pakcik tua, berbaju putih compang camping menaiki motosikal jenis cub. Tak mungkin! Mustahil!
          Ahh! Itu semua igauan saya saja! Ini mungkin pak cik yang lain pula. Haha.. saya terus pecut motosikal saya ke hadapan. Tiba-tiba saya terbau sesuatu yang harum pula. Bau harum seperti bunga. Ha, kali ini bukan saja dada saya berdebar, tetapi seluruh tengkuk saya sudah meremang-remang!
          Orang kata, kalau kita terbau harum, ada ‘sesuatu’ menghampiri kita. Ya Allah, takutnya! Sudahlah banyak pokok-pokok besar di sebelah kiri jalan. Kenapalah pihak berwajib negara kita ini menanam pokok-pokok besar di tepi-tepi jalan? Aduh! Bagaimana kalau ada langsuir yang bertenggek atas pokok tiba-tiba lapar menerkam penunggang motosikal? Bukankah kes naya tu?
          Sedang saya bermonolog dan menunggang di lorong motosikal yang gelap tersebut, keliahatan lampu brek berwarna merah malap sekali lagi di hadapan saya. Oh, tidak! Kelajuannya sama seperti motosikal yang baru sebentar tadi saya potong. Kali ini saya memberanikan diri memotong dengan perlahan-lahan.
          Motosikal jenis cup berwarna merah, sama seperti saya lihat tadi. Pakcik tua berpakaian compang camping, sama seperti saya lihat tadi dan yang paling penting, helmetnya juga sama. Berwarna kuning lusuh! Kali ini, pakcik tua itu tadi sempat menoleh dan melemparkan senyuman pada saya. Wajahnya amat menakutkan! Matanya terbeliak seperti mahu terkeluar biji mata! Tanpa membuang masa saya terus memecut motosikal saya sehingga hilang dari pandangan cermin sisi.
          Badan saya sudah berpeluh-peluh, walhal angin tongkahan arus amat sejuk sekali. sebaik melepasi menara TM di Kerinchi, kali ini dugaan yang lain pula terjadi, motosikal saya tiba-tiba terasa begitu berat. Kalau tadi saya tunggang melebihi 120km sejam, jarum penunjuk meter saya sudah turun ke 30 km sejam, padahal saya sudah pulas minyak pada kelajuan maksima!
          Saya jeling pada cermin sisi, saya amat terkejut! Rambut saya tiba-tiba kelihatan panjang berjurai-jurai. Tuhan saja tahu betapa takutnya saya pada waktu itu. Puas saya pulas minyak, tetapi motosikal saya masih terasa berat. Saya amat yakin, ada ‘sesuatu’ yang menumpang saya.
          Saya tekadkan hati. Saya membaca ayat kursi dan ayat-ayat lazim serta berselawat. Setelah beberapa ketika, akhirnya motosikal saya berfungsi seperti biasa. Saya terus pecut motosikal pulang ke rumah. Tanpa membuka kasut, saya melompat terus ke atas katil dalam bilik teman serumah saya dan terus menyelubung di dalam selimut. Tubuh saya menggigil, saya pejamkan mata rapat-rapat. Rakan serumah saya terkejut dengan perlakuan saya, segala pertanyaannya tidak saya hiraukan, saya amat ketakutan!

          Keesokan harinya, saya mengalami demam panas yang teruk. Peristiwa tersebut menginsafkan saya supaya tidak lagi melakukan kerja yang mendatangkan hasil yang haram. Selepas dari kejadian tersebut, saya sudah berubah dan menjalani kehidupan seperti biasa.

Artikel ini adalah karya penulis untuk koleksi cerita seram "Ghaib! 2 :Fenomena yang menjadi misteri.. " terbitan TintaRona Publication Sdn Bhd 2011.
KLThugs: Cerita ni berdasarkan pengalaman rakan gua yang berlaku kira-kira 3 tahun lalu beb!




Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 13-2-2014 03:32 PM | Show all posts
xalue posted on 6-12-2013 10:56 AM
ok aku ada dengar citer dari radio Hot FM, tahun lepas. Tak silap topik pagi tentang pengalaman keti ...

kalau jalan kat kawasan pagoh tuh memang agak menyeramkan bila waktu malam..aku kalau balik dari kl nak balik b.pahat..bila dah malam..memang aku tak exit pagoh..aku mesti exit yong peng..sebab akak aku penah kena sama mcm peronda tuh kena..dekat pagoh jugak..sampai rumah terus demam..

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 03:22 AM GMT+8 , Processed in 0.080845 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list