CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: JokesCop

[Ultra Best][Siri Mari Tidur Bukak Lampu] #2520 Mean Girl 2 [12] - Page. 101

   Close [Copy link]
Post time 26-9-2014 09:38 AM | Show all posts
waaaaaaaaaaaaaa next JC next next!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-9-2014 12:06 PM | Show all posts
JokesCop posted on 26-9-2014 06:20 AM
TITLE: Mean Girl[2]
TEMPAT: Various Places
LAIN2: conts from Mean Girl..

kalau aku tokey kedai makan tu pun akn baling kusi..sbb blah lari makan x bayar..wakakaka...
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2014 03:17 PM | Show all posts
pergh TT..thorbaik!!!..mohon proceed..tak sabo nak nunggu lagi cerita..
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2014 03:51 PM | Show all posts
ijui@long posted on 24-9-2014 12:45 AM
Bukan nak bandingkan bro, maksud aku perencah cerita tu. Setiap penulis mempunyai kekuatan/gaya penu ...

kalau tak silap dlm last month bel ada nampak novel tamar jalis yg femes tu di cetak dan di jual semula
bel nampak buku tu kat tesco
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2014 05:03 PM | Show all posts
pergh update latest nih... hahahaha! keep it up JC.
Reply

Use magic Report

Post time 26-9-2014 06:01 PM | Show all posts
adoila kiera dia time nampak hantu je ke mcm ni or setiap masa dia blur? teringat kt watak honey dlm HIMYM.

baidewei mekasey JC sbb kuar cite baru. semangat aku nak teruskan kerja yg xsudah2. banyak pahala menggembirakan orang. wahhh... gittewww...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-9-2014 02:04 PM From the mobile phone | Show all posts
leenaz posted on 26-9-2014 07:45 AM
complete?
wahhhh.....xnak jual ke?

Koleksi ada kenangan tu, memang tak jual. Aku jadi penunggu setiap awal bulan depan kedai india tepi jalan atau kedai2 kt puduraya.
Reply

Use magic Report

Post time 27-9-2014 02:12 PM From the mobile phone | Show all posts
beldandy posted on 26-9-2014 03:51 PM
kalau tak silap dlm last month bel ada nampak novel tamar jalis yg femes tu di cetak dan di jual s ...

Oh.. dah ada ulang cetak ye. Mungkin En. leenaz berminat kot nak beli.

Tq bg info.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-9-2014 12:48 AM | Show all posts
ijui@long posted on 27-9-2014 02:04 PM
Koleksi ada kenangan tu, memang tak jual. Aku jadi penunggu setiap awal bulan depan kedai india te ...

hoh
lokasi yg sama dgn aku
x kedai india tu aku masuk kotaraya...yg kat blakang tu
hahahaha

aku punya ilang dah
masa pindah rumah
ada satu kotak sekali dgn komik2 senjata misteri

Reply

Use magic Report

Post time 28-9-2014 04:52 PM From the mobile phone | Show all posts
Watak liana tu lbh krg je nga aku... lol:lol
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 29-9-2014 01:03 PM From the mobile phone | Show all posts
Apsal board mps macam sendu je sejak kebelakangan nie?

Well, on other unrelated topic, aku dah abis outstesyen.. hope bolehla update xcerita dgn selaju angin.. bwahahahaha~~
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2014 02:13 PM | Show all posts
JokesCop posted on 29-9-2014 01:03 PM
Apsal board mps macam sendu je sejak kebelakangan nie?

Well, on other unrelated topic, aku dah a ...

yeaaayyyyyyyy...puhleazzz puhleazzz update..

sendu sebab tgh hangat kat CI kot..psl jemin asekelim naik MB gitooo..

Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2014 04:04 PM From the mobile phone | Show all posts
Jc jc jc jc.... rindu cerita ko..... ^_^
Reply

Use magic Report

Post time 29-9-2014 08:32 PM | Show all posts
salam.. wa silent reader utk cte lu.. wa mnt gle...sukses wa ucapkan..
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 04:22 AM From the mobile phone | Show all posts
Bang jc.....XSba tggu cita...lapaq dh cita nih.... Hahahaha... Even jrg komen... Tp xmiss cita yeaaa.....
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 30-9-2014 06:32 AM | Show all posts
TITLE: Mean Girl[3]
TEMPAT: Various Places
LAIN2: conts from Mean Girl[2]..

[QUICK RECAP]
Previously on Mean Girl: Penampakan amoi oleh Kiera dan penampakan Laina oleh member-membernya..  

[Dashing Out]

CELEPAP CELEPAP CELEPAP, begitulah bunyik sound effect tapak kaki 3 member Laina, Hans dan keluarganya berpusu-pusu (note: ekceli berlintang pukang) balik menuju chalet masing2 selepas melalui pengalaman horror di kedai makan..

"Sekarang bukannya pukul 3 pagi!! Pukul 10 malam pun belom!!" - Mak Hans
"Kami bukan nya seorang atau berdua!! Tapi berenam!! ENAM!! SIX PEOPLE!!" - Abah Hans
"Kitorang bukan dekat kubur ke bukit ke.. Jadah kedai makan!! mim alif kaf alif nun!! RESTAURANT!!" - Kak Jen

Begitulah quote2 mereka apabila di temu bual oleh Laina yg duduk di tengah2 sekumpulan manusia yg memarahi beliau..

Laina: Tapi, Laina xtau apa2, Laina bukan kat situ!!
Kak Jen: Kau lah punca Laina!! Kau pegi bukak bilik anker dekat chalet semalam!!

Kak Jen menyalahkan Laina sebab perbuatan xbertamadun beliau malam semalam.. Ketidak puas hatian Kak Jen terhadap apa yg terjadi pada dirinya terserlah apabila beliau duduk mencangkung di atas meja kopi chalet tersebut sambil menjerit2 ke arah Laina..

Laina: Mana Laina tau bilik tu ada benda Kak Jen!!

Kak Jen yg mula bercangkung sambil berpusing2 setempat mejerit ke arah Laina..

Kak Jen: I DONT CARE!! HAMLAU BERDARAH!!! mmmmfmfmfmffffffffhhhh!!!

Kak Jen cuba ditenangkan oleh kawan-kawan lain Laina kerana takut dihalau oleh keluarga Hans keluar dari rumah tersebut.. Walaupun dipeluk rapat oleh 2 wanita, Kak Jen sempat lagi menyembur kata-kata pedas ke arah Laina..

Kak Jen: BLOODIPULL SOOD!!

Laina pun bangun dan berlari keluar dari chalet tersebut melalui lubang dinding di sebelah pintu kesan terjahan Kak Jen dan Ibu Hans ketika kelam kabut cuba memasuki rumah..

[Thousands]

Hampir 20 minit Laina duduk di tepi pantai di pukul angin bayu.. Kadang kala angin yg bertiup agak kencang membawa pergi titisan-titisan air yg keluar dari matanya yg berwarna hijau (read: ekceli mate die warna cekelat, tapi for scenery sake, direktor suruh pakai contact lense).. Sekali-sekala ombak yg menghempas pantai menambahkan suasasana kepiluan malam.. Laina mula teresak..

Laina: Noott thatt I askkk!! To borrrnn to this WORLLLDDDD !! Nooott that I knowww~~ (read: song and lyric by Freddie Fernandez)

Suara: Lainaaa.. Lainaaa..

Terkejut Laina melihat satu lembaga muncul dari belakangnya..

Laina: (suara lemah) Hans..

CELEPEK CELEPEK CELEPEK (sfx: tapak kaki Hans)

Hans duduk disebelah Laina diam memandang ke arah ombak yg menghempas pantai.. Macam cerita romantik kebiasaannya, Hans dengan suara sehabis macho berkata kepada Laina..

Hans: Jom lah balik, semua orang risau dengan Laina..

Laina diam, mcm memikirkan sesuatu.. Dikepit lutut kaki sambil merapatkan kepalanya ke arah lutut (read: duduk mcm orang menangis menyembunyikan muka)..

Laina: Hans tau x kenape org kat keliling Laina kene kacau?

Hans diam sambil rambut gaya prince charming beliau berbuai-buai diterbangkan angin pantai..

Laina: Dulu.. masa Laina dekat sekolah..

[Deserved]

/* Flashback story Laina */

Masa sekolah, Laina enroll duduk di asrama.. So, rule yg paling penting duduk asrama selain x boleh balik rumah setiap minggu adalah, Laina kene tidur dalam dorm dgn budak2 yg sejantina dengan beliau.. So far rule ni diguna pakai secara meluas di dunia.. Aku rasa..

Tapi, asrama Laina ni selain dihuni oleh hanya pelajar perempuan, ia juga dihuni oleh perlbagai mahkluk alam lain.. Bermacam-macam solution di ambil oleh pihak sekolah, kegiatan pagar memagar, bacaan ayat-ayat Al-Quran dan juga bacaan berzanzi tapi muazin perempuan tetap akan muncul hampir 3-4 kali seminggu (read: berlaku kerasukan atau penampakan).. Hanya beberapa pelajar terpilih yg jumlahnya kurang dari 20 orang akan keluar dari asrama ini yg xmelalui pengalaman ankerr..

Di musim orang minyak, hari-hari akan ada pelajar perempuan terserempak dgn lembaga hitam mengintai mereka menukar baju, mandi ataupun mencuci baju (note: motip orang minyak).. Maka, hari-hari akan ada je pelajar perempuan yg mengadu dekat warden yg segala jenis pakaian dalaman mereka dicuri.. Apa yg warden buat? Mereka akan pastikan stok pakaian dalam sentiasa ada di rumah mereka bagi pelajar2 yg kekurangan stok.. Sampai pada satu ketika, seorang pelajar lelaki yg kulitnya agak gelap dibelasah oleh sekumpulan ahli kelab hoki wanita akibat disalah sangka orang minyak.. Di padang sekolah, waktu tengah hari, pelajar tersebut sedang bermain tali skipping dgn naifnya sebelum di riot..

Then, pada musim Kak Pijah (read: Pontianak) berleluasa, maka hari-hari jugaklah akan ade orang yg berazan di keliling asrama perempuan.. Keluar jemur baju lepas maghrib.. hambik ko azan maghrib berjemaah.. Keluar pegi prep tengah malam, hambik ko azan berjamaah.. Tengah berlari2 nak ke dewan makan.. Hambik ko, dengan makcik kantin asrama anak beranak azan sekali dek penangan Kak Pijah.. Sampai pada satu ketika, apabila masuk waktu subuh dan muazin agak lewat sampai di masjid, seorang pelajar perempuan yg tolong azankan sebab dah selalu sangat dia azan ketika x masuk waktu..

Pendek kate, kes penampakan di asrama Laina ni bermusim mcm padi, ada musim menanam, musim membajak dan yg paling di takuti adalah musim menuai.. Kerana pada musim ini, mesti lebih dari satu tingkat akan histeria secara berjemaah.. Orang kata acara kemuncak di asrama nie.. Dalam setahun, sekurang-kurangnya 3-4 kali akan terjadi bila semua orang akan berhisteria.. Dan musim itu telah tiba..

Dalam dorm Laina plak ada 5 baris katil double decker dan Laina tidur di paling hujung berjauhan dengan pintu.. Pada hari Rabu, Laina yg sebelum tidur memandang ke tepi and melihat 2 katil dari pintu dah kosong.. 2 pelajar perempuan dah dihantar balik ke rumah akibat penangan histeria, sorang kene hempap sampai histeria, sorang lagi terserempak dengan kucing hitam sebelum masuk dorm.. Tapi, kucing hitam tu matanya mcm orang, terus histeria x ingat dunia sampai berjangkit-jangkit kat 2-3 bilik.. Laina masa tu x habis prep lagi, so dia dan beberapa orang x kena la..

[Deal]

Malam tu, mata Laina dah mula berat and dalam samar2 gelap bilik, tiba-tiba Laina nampak budak di katik ketiga tutup muka dgn bantal sekuat hati.. Laina dah sedar yg perbuatan rakannya tu dah lain macam sebab gaya di tutup muka tu memang mcm nak melepaskan diri sendiri.. Apakan daya, "I am just a human", Laina terus memalingkan mukanya ke arah dinding dan merapatkan mukanya serapat2nya dengan harapan apa yg mengacau kawan beliau xperasan kewujudan dirinya.. Belum pun 5 minit berlalu, Laina terdengar bunyik goncangan katil yg amat kuat dari belakang badannya.. Laina makin rapat ke dinding, bulu roma yg naik di seluruh badan Laina mmg kalau nak sukat, kene guna pita ukur kayu baru boleh dapat bacaan panjang (read: meremang secara total).. Laina tau yg goncangkan katil kawannya tu bukan seorang manusia, sebab goncangan terlalu ganas dan kuat.. Xsampai 5 minit dari bunyik goncangan, terus Laina dengar suara rakannya menlolong-lolong (read: jerit dgn total).. Kalaulah ada beruang kutub ada dekat situ, akibat jeritan tu, beruang kutub akan automatically berubah kepada landak akibat bulu dia yg tercacak2 meremang.. Memang lain mcm bunyi orang histeria ni, bunyi yg membuatkan orang berdekatan berasa ketakutan yg amat.. Dan, 4 orang dorm-mate Laina yg tidur di tingkat atas katil automatik menlolong sama (read: jangkit histeria).. Suasana dalam tu memang kelam kabut, tapi Laina terus kuatkan semangat dgn hanya memandang tepat ke arah dinding sambil menghempapkan telinganya dgn bantal..

KEDABABBBB!! (sfx: bunyik bende jatuh ke lantai)

Laina pejamkan mata

KEDABABBBB!! KEDABABBBB!! KEDABABBBB!! (sfx: 3x bunyik bende jatuh ke lantai)

4-4 member Laina yg di tingkat atas samaada jatuh akibat histeria or lompat ke bawah dgn sendiri tidaklah diketahui oleh Laina.. Then, beberapa ketika lepas tu, Laina terdegar suara rakan disebelah katil dia berteriak..

Rakan Laina: Ya Allah!! Nora berdarahh!! Ya Allah!!

Suasana terus panik, Laina yg tahu bahawa Nora ni adalah salah seorang budak yg ditidur di bahagian atas.. Rakan Laina menjerit lagi dgn kuat.. Satu-satu nama kawan Laina yg tidur ditingkat atas disebutnya dgn tambahan jenis kecederaan yg di assumekan secara total..

Rakan Laina: Ya Allah!! Didi, kaki kau patah ke?

Laina makin kuat memejam mata dan tekan telinga nya..

Rakan Laina: Ya Allah!! Nurul, Perut kau bersepai ke?

Laina x sanggup, x sanggup mendengar perkara gore melampaui batasan pemikirannya..  

Rakan Laina: Ya Allah!! Yuli, Botox ko jatuh ke??!! Ya Allah!!

Laina panik, terus di baca semua benda yg di ingatnya dalam hati.. Tapi semua berterabur.. Laina dah hilang waras, otak di x boleh berpikir dengan betul, semua ayat yg dibacanya tunggang terbalik.. Dan akibat terlalu takut dan sedih, akhir sekali Laina berkata dalam hati "Kalaulah dalam masa sekarang ni yg boleh tolong aku adalah Setan, tolonglah aku!!".. Tiba-tiba suasana jadik sunyi sepi, sesepi-sepinya.. tiada lagi lolongan, tiada lagi "Ya Allah!! Mata hang tersembul keluar ke??", sunyi, sunyi dan sunyi..

Perlahan-lahan Laina memalingkan muka menjauhi dinding.. Pemandangan yg dilihatnya amatlah mengerikan, bukanlah satu pemandangan yg perlu di lihat oleh mana-mana gadis sebaya dgn beliau.. 5-6 tubuh gadis bergelimpangan di atas lantai, sambil darah tompokan-tompokan darah mengalir mungkin akibat terjunan gadis2 tersebut dari arah katil atas.. Ada yg pecah bibir, ada yg patah hidung..

Nun dipintu, dalam cahaya malam, Laina nampak mcm bayang-bayang melangkah keluar dari bilik tersebut.. Tapi Laina pasti yg lembaga tersebut bukanlah mana-mana roomate beliau sebab susuk badannya mcm budak kecil berumur 5 tahun..

Laina terus menangis dalam 20 minit yg terpanjang dalam hidupnya sebelum beberapa pelajar perempuan, warden dan ustaz masuk ke dorm Laina untuk memberi bantuan..


/* End of Flashback story Laina */

Laina terus menekan muka ke arah lututnya utk menyembunyikan perasaan hiba.. Dia menyesal, memang seumur hidup dia, di x pernah melalui pengalaman penampakan.. Jangankan penampakan entiti, bunyi-bunyian pelik, deruan angin kosong, atau apa-apa saja yg anker, semua Laina x lalui.. Tapi, orang sekeliling beliau kerap dilanda peristiwa ankerr..

Hans dengan lembut bercakap ke Laina..

Hans: Hans rasa kita kene beritau sape2 la pasal benda ni Laina.. Mcm something wrong..

Laina angguk tanda setuju..

Hans pun menarik tangan Laina dan dipimpin Laina untuk balik ke chalet..

Laina: Hans, kenape Hans basah satu badan?
Hans: Owh, Hans ingat Laina terjun laut, so Hans pun cariklah dalam laut dulu..



TU BI KON TI NUW~~



[AFTERMATH]
Nope, Nope, Nope.. Apa yg Laina buat salah, carilah bantuan hanya dari Allah.. Harap korang dapat ambik ikhtibar, ekceli ayat yg dia cakap panjang lagi, tapi xsesuailah kalau aku nak tulis penuh.. Sampai situ je lah..



Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-9-2014 09:35 AM | Show all posts
tetibe aku rase Hans dalam petikan atas ni, bukan Hans yg sebenar....
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 10:05 AM | Show all posts
fuh!!! mean girls pt3 ni mmg best!
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 11:10 AM | Show all posts
plot twist : hans tuh ade lah setan yang tolong laina mase kat asrama..hans-tu
Reply

Use magic Report

Post time 30-9-2014 12:50 PM | Show all posts
Laina: Hans, kenape Hans basah satu badan?
Hans: Owh, Hans ingat Laina terjun laut, so Hans pun cariklah dalam laut dulu..



buat buku laku ni woi
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

21-5-2024 11:45 PM GMT+8 , Processed in 0.089902 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list