CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: JokesCop

[Ultra Best][Siri Mari Tidur Bukak Lampu] #2520 Mean Girl 2 [12] - Page. 101

   Close [Copy link]
Post time 1-8-2014 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts
Selamat hari raya jc..silala hapdet memandangkan udah raya ke lima ni..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 3-8-2014 08:56 AM From the mobile phone | Show all posts
Jc makan lemang terlebih nie....hehehe selamat hari raya
Reply

Use magic Report

Post time 3-8-2014 09:39 PM | Show all posts
Tuan Tanah oh.... Tuan Tanah..



Ohhhoooiii Tuan Rumah.. Kami datang nak beraya ni..


Mana hapdet story mory serem di malam raya ni..



Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-8-2014 03:02 AM | Show all posts
TITLE: The Science of Sleep [4]
TEMPAT: Unknown
LAIN2: Conts The Science of Sleep [3]

[QUICK RECAP]
Previously on The Science of Sleep: Setelah berlaku penampakan dan pencerobohan makhluk luar dimensi manusia, ketiga-tiga geng ini membuat keputusan membakar beg berisi duit yg dipuja mereka pada episode 1. Walaupun keputusan ini mendapat tentangan hebat dari Leenaz, Nazi dan Roy tetap dengan pendirian beliau seteguh tugu negara utk membakar beg tersebut..

[Open FIre]
Sebelum sampai di rumah mereka, Nazi dan Roy membuat keputusan utk singgah di kedai peralatan keras (read: hardware) utk membeli minyak tanah.. Disebabkan petrol station agak jauh dan Nazi dan Roy bersependapat bahawa petrol lebih sesuai dijadikan bahan api utk motoseykal daripada dijadikan bahan api untuk beg, plan yg dibuat ditukarkan dari minyak petrol ke minyak tanah..

Setelah beribu-ribu kali menyeluk poket, makan mereka juga besependapat bahawa agak membazir kalau nak beli minyak tanah semata-mata untuk membakar beg, mereka mengambil keputusan untuk mengurangkan kos dengan hanya membeli sekeping surat khabar, so plan minyak tanah ditukar kepada plan bakar pakai surat khabar..  

Setelah 3 kedai di singgah sebab bertukar-tukar plan, hari pun dah senja dan Nazi mengeluarkan cadangan bahawa adalah membazir membeli surat khabar ketika senja sebab berita dah nak expired, jadik mereka kembali ke taman permainan tadi untuk mengumpul daun-daun kering untuk dibuat bahan bakar.. Dengan mengunakan sedikit pengetahuan kejuruteraan, Nazi berjaya menukar baju beliau menjadi beg plastik supaya digunakan utk mengangkut daun-daun kering tersebut..

Setelah perenggan atau perbuatan sia-sia diatas selesai, maka mereka pun pulak kerumah tepat pada waktu berbuka puasa bagi wilayah persekutuan Kuala Lumpur dan kawasan-kawasan yg sama waktu dengannya (read: 7:18 minit malam).. Ditaburlah kesemua daun-daun kering di halaman rumah mereka sebagai persedian melakukan aktiviti yg sangat di larang keras oleh segala persatuan bomba dan penduduk apartment disekitar kawasan tersebut.. Fenomena ini dinamakan pembakaran terbuka oleh seluruh kehidupan dunia.. Budak-budak baik janganlah kita ikut amalan ini ya, kesian kat orang-orang yg berpenyakit lelah..

[The BAg]
Dan masuklah ketiga-tiga mereka ke dalam rumah utk mengambil beg-beg yg mereka letak didapur.. Terus Roy mendapatkan beg beliau dan mengheret beg yg berat melampau batasan perikemanusian segala berat.. Dicampakkan beg beliau ke atas daun-daun kering.. Lame menunggu, kelibat Nazi dan Leenaz x muncul-muncul jugak.. Roy masuk balik dalam rumah menjenguk ape dah jadik dengan budak-budak nie? Bala apa yg menimpa mereka kali nie? Dan tersaksilah oleh Roy satu permandangan xmasuk akal yg juga melampau batasan pemikiran segala pemikiran.. Leenaz terbaring memeluk bag menyamar cengkerang kura-kura sambil Nazi menarik-narik badan Leenaz terpekik terlolong..

Roy: Woi!!! Lepaskan bag aku!! Lepaskan!! Let it go!!
Leenaz: Neber!! Neber!! (read: Never!! Never) Neber sei Neber!! (read: Justin Bieber)

Setelah hampir 30 minit pergelutan antara Nazi dan Leenaz, Roy mengambil keputusan utk join upacara pelik yg dilakukan oleh roomate beliau dgn mengangkat TV CRT 24 inci masuk ke dapur, diletakkan betul-betul disebelah kepala Leenaz.. Dipanjat TV jenama pensonic tersebut dan Roy mula berdiri sambil mendepangkan kedua-dua belah tangan beliau menunjukkan arah timur dan barat kemudian menjerit dengan sepenuh tenaga..

SWANTON BOMMMMBBBBBBBBBBBBBBBBBBBA (sfx: jeritan Roy)

Roy dengan elegant-nya membuat satu pusingan half summersault dengan tahap kesukaran 2.5 dilakukan dan membuatkan belakang badan beliau menghetam tulang belakang Leenaz dengan jayanya..

Amaran: Aksi ini diilhamkan oleh seorang ahli gusti entertaiment dunia (read: world wrestling entertainment) bernama Jep Hadi. Aksi ini akan menyebabkan kesakitan pada tulang belakang dan beberapa kesan sampingan seperti ditampar oleh ibu atau dilibas dengan hanger baju oleh bapa. Oleh itu, jangan tiru aksi ini dirumah anda..

Leenaz dengan tanpa belas kasihan terus menjerit sekuat hati:

Leenaz: ADUUUUYAIIIII!!! SAKITNYEEE!!

Kesakitan Leenaz yg melampaui batasan nociceptors (read: saraf sakit) itu mengakibatkan setiap printer hospital goverment dan swasta dalam radius 100km mengeluarkan gambar scan tulang Leenaz secara automatically-nye.. Fenomena ini disifatkan oleh pakar receptor sebagai Fenomena Hyper Ultra Pain Emotion Anxiety dimana bila kesakitan yg dirasakan melampau batas pemikiran, segala mesin printer dalam radius 100km mengeluarkan print tulang anda secara mengejut..

Berguling-guling Leenaz di lantai sambil memegang tulang belakangnya yg retak atau mungkin patah di tiga atau empat kawasan.. Dikesempatan ini, Nazi melancarkan serangan mengejut atau pakar perang guerilla menyifatkan sebagai pre-emptive strike dgn mengheret kedua-dua bag berat keluar dari rumah.. 2-3 langkah hendak sampai ke pintu Nazi terdengar jeritan Roy dari belakang .. Nazi menoleh..

HIIYARKKKKK!! WARGHHHHHHHH!! BAAAAAMMMMM!!! (teka-teki: apakah sfx ini? Sila jawap dibawah..)

Roy terbang 234m (read: dua ratus tiga puluh empat meter) ke udara dimana pada awal punca force-nya adalah tapak kaki Leenaz.. Keadaan Roy ini telah diceritakan oleh Isaac Newton terlebih dahulu pada lebih 300 tahun lepas dalam 3 siri Undang-Undang Pergerakan beliau (read: Law of motion)..

Undang-Undang ke 3 (Third Law of Motion): "When one body exerts a force on a second body, the second body simultaneously exerts a force equal in magnitude and opposite in direction on the first body" atau dalam bahasa mudahnye, kalau diterajang dengan sepenuh tenaga, ko akan melambung ke langit dengan jayanya..
Undang-Undang ke 2 (Second Law of Motion):  F = ma atau dalam bahasa mudahnya, Fenendang bersamaan dengan melambung awan
Undang-Undang ke 1 (First Law of Motion): "When viewed in an inertial reference frame, an object either remains at rest or continues to move at a constant velocity, unless acted upon by an external force." atau dengan bahasa mudahnya, disebabkan bukan Nazi diterajang maka beliau hanya mampu tersendu kesepian dihadapan pintu rumah melihat Law ke-3 dan ke-2 sedang dipraktikkan..

(side note: physic education diatas membuatkan kelewatan sedikit pada update kali ini, ini akan dijelaskan di special episode bumper raya SMTBL akan datang)

Bedentum kepala Roy terkena bucu sofa.. Berdentum jantung Nazi jatuh.. Berdentum jugak rekahan tulang belakang Leenaz akibat aksi brutal mereka.. Budak-Budak baik, jangan tiru aksi xberfaedah ni dirumah, sofa kemek nanti ayah anda kene beli baru.. Kasihanilah ayah anda..

Serentak dengan itu laungan Leenaz memecah kebuntuan senja..

Leenaz: JANGANN!!!

Leenaz: JANGANNNNNNN!!!!

Leenaz: JANGANNNNNNN KAU BERANI BAKAR BEG AKU!!! FFMFMFMFFFFFFMFMFUUUUUU!!!

Nazi: APAAAAA!!

Nazi: APAAAAAAAAAA!!

Nazi: APAAAAAAAAAASALLLL PLAK!!

Leenaz: Kamu tahu berapa payahnya hamba dapatkan segala peralatan pemujaan untuk menjayakan perbuatan ini! Segala tenaga, usaha dan duit telah aku laburkan! Resam padi berisi, resam tin kosong!

Begitu marah Leenaz ya kawan-kawan, nafsu amarah beliau amat ketara sehingga segala ayat dalam dua perenggan ini bertukar ejaan dari salah ke betul dengan sendirinya. Ajaib, mistik dan sungguh mengerikan.

Nazi: Nie sume khurafat!! Khifayat!! Khafarat!! Aku x nak bende2 mcm nie!! Aku nak buang semua nie.. BAKARRRR!! BAKARRRR!!

Leenaz: Aku x kire!! Bakar ke, Laila ke, Majnun ke!! Ko bagi balik bag tue!! Kalau ko xnak!! Biar aku yg amik!! Aku nak!! PULANGKANNNN!!! MINE!! MY PRECIOUS!!!

Adegan tolak-menolak, tarik-menarik, then, beberapa adegan ganas yg terpaksa ditapis bagi menjaga aib Nazi dan Leenaz berlaku dalam pergelutan ini.. Akhirnye, Leenaz berjaya merampas kedua-dua bag tersebut dan meluru lari kedalam biliknya.. Magiknye, beg yg diusung oleh Leenaz tue mcm ringan bila Leenaz bawak lari. melayang-layang diudara.. Ajaib, mistik dan sungguh mengerikan ye kawan-kawan.. Adakah ini sihir? entiti? ufo? Jawapannya, perasaan tamak haloba yg melampaui batas perikemanusian..

Pergaduhan ini telah dipanggil oleh Roy dan Nazi sebagai Pertelagahan Dapur (read: Siege of Dapur), dinamakan sempena peperangan diterajui oleh Ramesess ke-2 dalam kempen menawan kerajaan Dapur pada 1269 BCE..  Antara impak dan summary peperangan ini ialah ia telah dimenangi oleh Leenaz, Roy pula, memegang kepala ditepi sofa dan Nazi tewas dihadapan pintu rumah dengan mengalami kecederaan kecil di bibir dan hidung.. Impak lain adalah beberapa jiran tetangga berkerumun sambil terjenguk2 diluar rumah dan yang paling tak terkesan dalam pergaduhan ini adalah Kak Lisa yg sedang melepaskan lelah beliau dirumah selepas seharian berniaga kuih..

[BoRn to Fire]
Nazi mengutip Roy dan memapah beliau keluar rumah, beberapa makcik menjerit kecil melihat keadaan mereka yg berpapah-papah keluar rumah.. Salah seorang dari watak sampingan pun keluar dari kerumunan jiran, maybe x tertahan melihat keadaan mereka, mungkin xtertahan sifat auto-gossip beliau, tiada siape yg tahu.. Makcik tue pun meletakkan sebelah tangan ditelinga dan berteriak kearah Roy dan Nazi..  

Makcik: Ya Allah nak!! Ape dah jadik nak!! Anak eksiden ke?
Roy: Makcik?? Macam mane kitorang boleh eksiden dalam rumah!!
Makcik: Ya Allah nak!! Makcik dah cakap!! Jangan bawak motor kat dalam rumah, bahaye!!
Roy: Makcik!! Apsal kitorang nak bawak motor dalam rumah!!
Makcik: Ya Allah nak!! Perangai tue cube la membesar sikit nak!! Bawak motor dalam rumah!! Nie mesti tiru kat internet!!
Roy: YA ALLAH MAKCIKKKK!! Apsal kitorang eksiden dalam rumah!!

Selepas tempikan Roy kearah kerumunan orang, masing-masing sedikit terkebelakang, dan ada yg lari balik ke rumah masing-masing mungkin kerana takut, mungkin kerana nak ambik solex kereta nak tetak kekurang ajaran Roy.. Roy tak peduli, yg penting die dan Nazi ada satu misi diluar rumah.. Mereka nak bakar satu beg yg berjaya dibawa keluar tadi.. BAKARRR!!!

Biarlah dapat bakar satu je beg, yg penting ada jugak yg dibakarnya.. Roy pun menyalakan lighter beliau, dibakarnya daun kering..

Makcik: Ya Allah nak!! Ape ko buat nie nak??
Roy: Makcik!! Duduk!! Wa kenal mak lu!!

Berkali-kali Roy memetik lighter beliau, x menyala-nyala jugak lighter.. Roy pun tanpa segan silu meminta lighter kepada kerumunan orang tersebut, nasib baik ada seorang pakcik sedang memegang obor (read: ekceli zippo je, tapi aku nak sedapkan cerita), diambik obor tersebut dan dicucuh ke daun kering tadi..

ZASSSSSSSSSSSS (sfx: xmenyala daun tadi)

Dicuba sekali lagi..

ZASSSSSSSSSSSS (sfx: xmenyala lagi)

Kedengaran suara dari kerumunan orang ramai..

Suara: Bakar kertas dulu!! Baru bole nyala!!

Roy pun ambik kertas surat khabar didalam rumah, dibakar kertas surat khabar tue dan dibaling ke arah daun kering..

ZASSSSSSSSSSSS (sfx: xmenyala jugak)

Suasana menjadi pelik, walaupun kertas surat khabar tue terbakar, tapi bile kene daun kering je, terus api tue padam.. Bukan 2-3 helai kertas digunakan, hampir habis 2 keping surat khabar dari cerita muka depan bertajuk "Hospital jangka budak putus jari ketika sambutan perayaan" sampailah ke muka berlakang "Malaysia hampir menang emas acara 100m lelaki".. Tapi, cecah je api kat daun, terus padam.. Nak kate daunnye basah, sampai makcik sebelah rumah bawah hair dryer keringkan satu-satu daun, x nyala jugak.. Nak kate Roy x pandai bakar daun kering, 2-3 orang pakcik yg tiap2 minggu membuat pembakaran terbuka try, x jalan jugak.. Sampailah satu ketika, brader buat chicken wing kat hujung simpang dipanggil untuk menyalakan bara api, x jalan jugak..

Keadaan orang berkerumunan bertukar menjadi pesta menyalakan api depan rumah.. Macam ada competition, sape berjaya nyalakan api menang hadiah.. Masing-masing mengeluarkan pendapat masing-masing, banyak cara dan digunakan.. Sampailah satu pakcik pertengahan umur diatas motor Harley Davidson convert dari Honda cup menjerit dari belakang kumpulan sambil tenang menghisap Montecristo No.2 (read: sejenis cigar)..   

Pakcik Harley: Pakai minyak petrol!! Baru boleh terbakar..

Serentak dengan itu 2-3 pemuda menolak pakcik tersebut dari motor beliau dan menongengkan motoseykal beliau di atas daun kering sebab nak keluarkan petrol (read: ekceli derang sedut pakai getah air, aku nak sedapkan cerite lagi).. Berkoyan-koyan petrol dicurah ke atas daun.. Roy pun rapat ke arah daun kering sambil menyalakan lighter.. Terdengar sorakan-sorakan kecik dari kerumunan orang.. "Api!! Api!!" jerit mereka.. Roy mencucuh api di petrol..

KEBABOOMMMM!! (sfx: jerit seorang pakcik yg cuba menakutkan Roy, tapi api still xnyala)

Api x menyala jugak, keluhan-keluhan kecik kedengaran dari arah kerumunan manusia.. Kecewa mereka dengan kejadian tue.. Suasana riuh bertukar jadik sepi, masing-masing kecewa, api yg cuba dinyalakan setelah hampir satu jam xmenjadi2.. Tiba2 seorang pemuda bertubuh tinggi lampai, hitam manis dan berjanggut menolak-nolak dikerumunan manusia..




Pemuda: Assalamualaikum, hang pasai pa?
Nazi: Ni hah, dari tadi nak bakar bende alah nie, x lepas2..
Pemuda: Pa benda yg korang nak bakiaq nie? Habaq mai..

Nazi pun menceritakan dari A sampai ke Z, ape bende alam beg tue, ape yg derang nak bakar.. Masing-masing tercengang ada yg xpercaya, ada yg takut, ada yg mengelupur lari balik ke rumah dan ada jugak yg berminat dengan isi kandungan beg tersebut.. Pemuda tadi pun mengeluarkan lighter dalam kocek beliau dan mencucuh ke arah daun kering tadi..

Pemuda: Bismillah..

BZZZZTTTTFUUUUTTTTSUUUUUUUUU (sfx: api membekar petrol dan daun dan beg dengan lajunya)

Menjulang-julang api di kawasan tersebut.. Serentak dengan tue, terdengar hilaian mesra diruang undara rumah Roy dan Nazi..

HEEEEEEE HEEEEEEEE HEEEEEEEEEEE (sfx: hilaian)

Dengan elegant dan macho, sekeping tubuh wanita terbang diudara.. Berambut panjang, berkain putih.. Poo Pooo Poooontianakkkk, teriak seorang budak ditengah-tengah kerumunan manusia.. Bukan hanya sorang, bukan 2 orang, bukan Roy, Nazi dan Pemuda tue je yg nampak, hampir suku penduduk taman tersebut melihat aksi terbangan angkasa mahkluk tersebut..

Dalam masa hanya 30 saat, keadaan ruang rumah Roy dan Nazi yg dikerumuni orang, kosong.. Masing-masing berlintang pukang membawa diri jauh dari situ.. Makcik-makcik mengangkat hampir suku kain baju kurung atau baju kelawar untuk memecut.. Sesetangah pakcik-pakcik yg memakai kain pelikat mengangkat hampir kesemua kain untuk berlari lebih laju manakala hanya seorang pakcik memilih mengangkat motosikal Harley Davinson beliau untuk beredar dari kawasan tersebut.. Ini semue sebab penampakan dasyat dan tidak disangka-sangka terjadi..

Dahsyat yer kawan-kawan.. Oleh itu, jauhilah amalan pembakaran terbuka, kerana kita xkan tau ape yg keluar selepas kebakaran terjadi..

[THe EfFects]
Roy, Nazi dan Pemuda yg belum diberi nama pun terpaku melihat pemandangan di ruang udara rumah tue.. Berdiri tegak seperti ketika menyayikan lagu negaraku, mereka masing-masing terpaku.. Hampir 10 minit berlalu setelah entiti tersebut bergelak ketawa berterbangan tanpa permit di ruang udara tanah air yg tercinta Malaysia.. Pemuda tersebut pun menarik tangan Roy dan Nazi.. Disemburnya sedikit nafas ke arah mereka berdua, terus Roy dan Nazi sedar dari terpakuan tersebut..

Pemuda: Mana bodo piang yg buat keja lagu nie.. Tunjuk sat kat che, biar che luku kepala dia!!
Nazi dan Roy: (hampir serentak) Dalam rumiaqqq (read: dalam rumah versi utara)

Mereka belari kedalam rumah sambil diiringi suara hilaian tawa dari udara berkumandang diruang angkasa.. 2-3 langkah nak sampai ke bilik Leenaz, terus Roy melompat dan di kacipkan kedua-dua belah betis beliau dan tendangan tue menuju ke arah pintu bilik Leenaz..

KEDEGANGGGGGGG (sfx: pecah kaca, break glass, bunyi pintu kedua pecah dalam cerita nie)

Masing-masing berdiri di pintu bilik Leenaz sambil memandang ke dalam bilik..

LEENAZ HILANG!!!

TU BI KON TI NUW~~



[AFTERMATH]

Dan dengan itu terjadiklah fenomena penampakan pontianak diseluruh kawasan taman selama 1 malam, masing-masing punyalah takut nak keluar rumah sebab, siapa-siapa pun x mengenal bangsa, agama dan umur, bile jenguk je rumah malam tue, akan ternampaklah kelibat perempuan elegant berterbangan diluar rumah berpusing-pusing diudara sambil mengilai2.. Fenomena ini dinamakan Fenomena Segi Tiga Bermuda oleh penduduk setempat..




Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2014 03:29 AM From the mobile phone | Show all posts
Yay! At last ada gak update dr TT :lol
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2014 08:11 AM | Show all posts
Fuhh. Lama betul tunggu update dari TT
Akhirnya
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 6-8-2014 10:05 AM | Show all posts
fuhh.. update....

kenyang sebentar...

hahahaha...
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2014 11:15 AM | Show all posts
telenovela...
banyak sangat aksi zoom in
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-8-2014 11:44 AM | Show all posts
animasi sungguh ceghita hang noh... hahaha. time kaseh tuan tanah
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2014 12:50 PM | Show all posts
hahahaha..

bawak motor dalam rumah. Tiru internet.

Makcik-makcik sangat watak drama ko ni. Hahaha..
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2014 01:48 PM | Show all posts
hahahaha....pening...
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2014 03:37 PM | Show all posts
Akhirnya.... erm sbgai mengkaver dekat sebulan tak hapdet, harapan saya dapatlah tt @JokesCop  boh cerita banyak2 sikit.
Huhu itulah sahaja permintaan salam aidilfitri dari saya
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2014 05:10 PM | Show all posts
fuhhhh akhirnya...
aku dh nk tuntut duit raya tadi hihihihi
Reply

Use magic Report

Post time 6-8-2014 11:28 PM | Show all posts
Hahaha.. punye la takut smpai angkut sekali dgn moto.. kelakar betul bila imagine. da rupa cite hantu kak limah
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2014 11:47 AM From the mobile phone | Show all posts
JC ni mana?????
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2014 03:15 PM | Show all posts
menanti lagi cita tentag leenaz..hohohoho
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 7-8-2014 04:04 PM | Show all posts
leenaz sebenar pun dah lama menghilang. selalu dia yg tukang sapu sawang kat rumah ni... dimanakah beliau? terbang sekali dengan perempuan elegant tu ke?

mekasey ye TT dah hapdet story. silalah hapdet lagi.
Reply

Use magic Report

Post time 7-8-2014 10:00 PM From the mobile phone | Show all posts
Wei !!!! JC dh hupdate!!!! ( bgtw stu kmpung)
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2014 07:59 AM From the mobile phone | Show all posts
Selamat Hari Raya En.JokesCop yang handsome. Terima kasih sebab memberi bahan hiburan yang baru di hari raya ni. Harap2 next update segera muncul.
Reply

Use magic Report

Post time 8-8-2014 12:37 PM | Show all posts
Selamat Hari Raya JC....

hahaha....series kelakar seram!! yang paling tak bole blah :

"dan yang paling tak terkesan dalam pergaduhan ini adalah Kak Lisa yg sedang melepaskan lelah beliau dirumah selepas seharian berniaga kuih.. "

WAKAKAKAKA.....lawak giler,...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 01:25 AM GMT+8 , Processed in 0.096819 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list