CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: JokesCop

[Ultra Best][Siri Mari Tidur Bukak Lampu] #2520 Mean Girl 2 [12] - Page. 101

   Close [Copy link]
Post time 20-8-2014 08:48 AM | Show all posts
twins posted on 19-8-2014 10:56 AM
Ahli Kelab Rusuhan pun semuanya sibuk sekarang ni... tu yg tak sempat nak buat sepanduk tuuu.... : ...

Apo nak buek an..selagi hayat ado..kojo kojo kojo...











Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 20-8-2014 09:54 AM | Show all posts
twins posted on 19-8-2014 10:55 AM
bz sungguh JC sekarang ni.... seminggu sekali pun tak sempat nak jenguk umah... @leenaz  pun bz juga ...

kalau tolong jadi pak gad je kira masuk geng penunggu rumah x? sbb sy selama ni jadi guard je

lamanya JC x balik rumah. dah 24 syawal dah. kata lepas raya nak sambung
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2014 10:58 AM From the mobile phone | Show all posts


Ye la iols ni jiran sebelah umah je...tolong tengok2 kan boleh la..


JC tolong hapdet r...lampu kelip2 ketupat raya ko tu x bermakna kalau x de hapdet darimu JC..huwa... Last edited by teddpapel on 20-8-2014 11:01 AM

Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2014 01:16 PM | Show all posts
hupdate plizzz!!!
Reply

Use magic Report

Post time 20-8-2014 11:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Mana tt ni.....dah lama x update..  
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 08:23 AM From the mobile phone | Show all posts
Semakin kritikal tahap hapdate JC ni.

Mentang2 kelab perusuh kureng aktif sekarang, tak cukup korum.
Presiden kelab missing in action.
Ahli mesyuarat tingkap pun tenggelam timbul.

Rusuhan pun kena berjadual sekarang. Hari sabtu separuh hari, ahad public holiday. Hari isnin ke, hari rabu ke boleh la merusuh.
[Mcm ayat P. Ramlee pulak]



Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 21-8-2014 09:27 AM | Show all posts
JC!!!

Tolonglah hapdet....

Aku merayuuuuuu~~~


Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 11:13 AM | Show all posts
update...

update...

update...

JC tak hensem!! JC tak hensem!! JC tak hensem!!

JC tak hensem!! JC tak hensem!! JC tak hensem!!

JC tak hensem!! JC tak hensem!! JC tak hensem!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-8-2014 11:41 AM | Show all posts
marathon 3 hari bace dari awal sampai habis..

skrg tunggu JC.. hapdet la JC..
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 02:41 PM | Show all posts
JC..Anak I dari tadika sampei nk masuk darjah satu daa(exaggerate tak??muahaha) ..JC x datang2 hapdet lagii.. pleaseee
Reply

Use magic Report

Post time 21-8-2014 02:59 PM From the mobile phone | Show all posts
ko tengok JC...ko x kesian ke tengok peminat2 tegar ko kat sini JC oii...pulang la JC....
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2014 03:51 AM From the mobile phone | Show all posts
JC Oiiiii...
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2014 03:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Mana hang nih.. prabih la cita hg dlu wei.. :@ .....
:Q
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 22-8-2014 05:24 AM | Show all posts
TITLE: The Science of Sleep [5]
TEMPAT: Unknown
LAIN2: Conts The Science of Sleep [4]

[QUICK RECAP]
Previously on The Science of Sleep: Setelah berlaku pembakaran terbuka oleh Roy dan Nazi, kelihatan roh arwah bergentayangan diudara tanpa segan silu membuatkan seluruh kawasan taman rumah mereka berpeluk ketakutan bersama pasangan sah dan tidak sah seperti tiang, bantal peluk dan jugak air paip.. Akibat kegeraman yg melampau pemuda dari utara tanah air cuba mencari pelaku yg menyeru roh alam gentayangan iaitu Leenaz, tapi malang sekali, Leenaz ghaibyun didalam bilik rumahnya.. Cerita continue..  

[The MissIng]

Tercengang-cengang Roy dan Nazi dihadapan bilik, umpama udara yg dihela, Leenaz tiada kelihatan didalam biliknya.. Kemana beliau hilang? Bila beliau hilang? Dimana beliau hilang? Jawapannya kepada tiga soalan tersebut adalah tidak tahu, tidak tahu dan didalam biliknya sendiri..

PUN PUN PUN PUN PUN PUN PUN PUN GUNGGG (sfx: Jam menunjukkan pukul 9 malam)

Roy dan Nazi bertanya sesama sendiri, dan kadang2 pemuda yg namanya belum diberi mencelah.. Puas digeledah didalam semua bilik, bilik air dan pili air.. Leenaz masih tidak dijumpai.. Dan bertanyalah Roy kepada pemuda tersebut..

Roy: Ko rase mane pegi member kitorang nie?
PYNBD (read: Pemuda yg namanya belum diberi ): Mane aku tau.. Die keluar ikut pintu belakang?
Roy: Impossible, pintu belakang tak terusik, kalau die lari, mesti atleast dengar..
PYNBD: Die sembunyik dibawah tilam?
Roy: Impossible, sebab tilamnnya tidak mengelembung.
PYNBD: Lang mensilang, kui mengsikui ?
Roy: Impossible, sebab aku x paham ape maksud tue.
PYNBD: Die berada di ..
Roy: Impossible!!

Leenaz hilang, dan misteri Leenaz hilang tidak dapat dijawap, akhirnya PYNBD mengambil keputusan untuk pulang kerumah selepas bertukar-tukar nombor hand phone dengan Roy dan Nazi untuk di contact supaya invoice utk meng-settle-kan ke-mistik-an rumah mereka dapat diberi kemudian..

Maka, tinggallah Roy dan Nazi terkontang-kanting di dalam rumah.. Hari semakin lewat, api diluar rumah pun sudah padam.. Suasana sepi malam kadang-kadang dipecahkan oleh entiti bergentayangan di ruang udara taman mereka.. Peristiwa seram tersebut membuatkan Roy dan Nazi mengambil keputusan untuk tidur sebilik bagi mengurangkan impak keseraman yg berlaku..

Then, bersemayamlah dua mempelai di dalam bilik Roy sambil berapat-rapatan.. "no homo" kate mereka..

[Attack of tHe DReams]

Roy tersedar dari mimpi, berpeluh2 dahi beliau dgn peluh jantan.. Teringat die mimpi yg baru berlaku..

/* Mimpi Roy */

Roy tengah jalan-jalan di sebuah koridor bangunan apartment.. Kat apartment tue sunyi, xde satu makhluk pun, then tiba-tiba menderu datang ke arah Roy satu benda yg berwarna putih mcm asap.. Kepulan asap putih bergerak laju melanggar Roy, sebelum "asap" tersebut melanggar beliau, Roy perasan yg "asap" besar tersebut sebenarnya rama-rama putih dalam jumlah yg banyak sangat..

Rama-rama pun melintas kepala Roy sampai pandangan mata dia ditutup.. Roy mula rasa sesak nafas akibat pertembungan tue.. Then, setelah beberapa minit rama-rama putih tue habis melintas kepala Roy.. And Roy seolah-olah nampak muka dia sendiri yg semakin membengkak dan membengkak.. Lama-lama, pipi Roy pun mengelembung dan mengelembung mcm ada isi didalamnya..

Akhirnya, akibat kegelembungan yg teramat sangat, Roy mula terasa bisa di pipi beliau dan terdengar suara bergema di udara..

"Izrail dah tampar muka kau!!"

"Izrail dah tampar muka kau!!"

"Izrail dah tampar muka kau!!"

Lepas 3 kali gemaan suara memenuhi ruang angkasa apartment kosong tersebut, kulit muka Roy mula merekah dan jatuh ke tanah mcm terkopek-kopek.. Dan dari dalam isi pipi tersebut, terkeluar nanah kering keras berkepul-kepul.. Roy menjerit, perasaan takut menyelubungi diri beliau, maut terasa dekat dengan dirinya.. Diri Roy dirasakan kosong, tanpa harapan, tanpa sinar dan tanpa kegemilangan.. Roy kutip segala nanah-nanah kering yg jatuh diatas lantai dan mula memasukkan balik ke dalam pipi mcm orang x betul.. Kenape die buat mcm tue ? Roy pun xtau kenapa.. Die hilang kewarasan diri dalam mimpinya..

Setiap kali Roy cuba masukkan nanah kering dalam pipinya, selagi tue bisa melanda pipi beliau.. Tapi, walaupun sakit teramat sangat, Roy tetap mengutip serpihan lain dan masukkan balik dalam pipinya, dgn harapan die dapat fix pipi kembali seperti sedia kala, dan setelah beberapa kali cubaan, satu cahaya terang dari langit keluar dan bayang-bayang gelap menghampiri Roy dari sebalik cahaya.. Bayang-bayang tersebut cuba menjengukkan kepala ke arah Roy dan suara keras keluar dari lembaga tersebut:

"Izrail dah tampar muka kau!!"

/* End of Mimpi Roy */

Roy terbangun dari tidur sebelum sempat kepala tue menjengah sambil menampakkan muka ke arah Roy.. Air mata Roy mengalir keluar tanpa sedar.. Roy mula teresak-esak keinsafan, tapi Roy x bersendirian, suara esakan yg lebih pilu datang dari arah tepi Roy.. Roy pun toleh ke tepi beliau.. Bersepai hingus Nazi di atas bantal kesayangan Roy, Nazi pun menangis tanpa henti..

[German Suplex]

Roy antara concern dan separa sedar, terus duduk dan mengoyang-goyangkan badan Nazi yg masih tidur tapi menangis dalam tidur.. Tapi mcm mane kuat Roy goncang badan Nazi, Nazi tetap x bukak mata.. Mata Nazi terpejam rapat mcm dipaksa xnak bukak.. Roy mula panik, sebab air mata makin deras mengalir keluar dari mata Nazi yg masih tertutup, x cukup dengan 2 bijik mata, air juga deras mengalir dari 2 biji lubang hidung Nazi membasahi sedikit kumis dan bibir rakan beliau..

Roy mengoncang lagi, dan terus mengoncang badan Nazi, lengan Nazi, leher Nazi, telinga Nazi, rambut Nazi, digoncangnya sehingga tubuh Nazi umpama goncangan kesurupan (read: rasukan) dewi persik di atas lantai, tapi usaha Roy ternyata sia-sia bila Nazi terus menangis dan kali nie Nazi mengeluarkan bunyi-bunyian tangisan..

MOOOOOOOO MOOOOO MOOOOOOO (read: umpama lembu, tapi menangis, please imagine)

Keadaan Roy yg panik tadi mula menyerap kedalam saraf otak Roy, terasa belakang kepala beliau seperti ditarik oleh tangan dan bahunya terangkat-angkat (read: simptom2 awal migrain).. Dan akhirnya, Roy diserang migrain yg teramat kuat.. Bak kate Roy, kalaulah tempurung kepale die boleh ditanggalkan dan dikeluarkan otak untuk meredakan migrain tersebut, Roy x kisah campak otaknya ke dinding sekuat-kuat hati..

Dalam Roy membuat aksi German Suplex tanpa orang yg dihentak di atas katil, beliau terhentak kepala sendiri di bucu besi katilnya dan bergelimpangan ke atas lantai.. Dalam pada tue, Nazi terjaga dan terus menjerit..

Nazi: (jerit) AKU DAH KENE JEMPUT DENGAN MALAIKAT MAUT!!!!!

Perkara terakhir Roy dengar sebelum die total black out dan hilang kesedaran..

[BAck to BegiNNing]

Sayup-sayup Roy terdengar laungan azan dalam separa sedar.. Dibukak matanya dengan perasaan berat.. Nazi berdiri di atas katil menutup kedua-dua telinga beliau sambil melaungkan azan sekuat-kuat hati.. X cukup dengan permandangan pelik tersebut, di atas kepala Nazi melekat di syiling bilik Roy macam ada satu perempuan sedang menjenguk kepala keluar dari atap memandang tepat ke arah Nazi yg sedang azan..

Mcm tersedar Roy memandang beliau, gadis bermuka pucat yg aku namakan Maimunah merenung tepat dari atap ke dalam mata Roy.. Badan Roy terus cram mcm dilanda stroke.. Die x boleh bergerak dan terpaksa tengok Maimunah menyerigai kearah beliau.. Azan Nazi habis tapi tanda2 Maimunah nak blah dari atap rumah tipis.. Nazi pun azan lagi, azan dalam tangisan..

First time seumur hidup Roy nampak kawan lelaki beliau nangis sambil azan, malah first time jugak dalam hidup Roy mengalami total despair yg teramat sangat, rasa hidup beliau terlalu kosong, segala sinar harapan dah meninggalkan diri Roy.. Roy dalam keadaan mati jasad, Roh ada kat dalam jasad, tapi jasadnya mati.. Badan dah x mengikut apa yg diarahkan.. Roy despair..

Nazi terus azan setelah habis satu round azan.. Kemudian setelah habis azan, Nazi azan sekali lagi, sekali lagi, sekali lagi dan sekali lagi.. Roy hilang kiraan berapa kali Nazi azan sambil air mata jantannya mengalir keluar.. Sampailah ke satu ketika, ketika Nazi mengucapkan Allahu Akbar dalam keadaan suara yg serak, terus Roy boleh bergerak dan Maimunah mengundurkan kepala beliau masuk ke dalam atap..

Terus Roy bangun dari baring dan paut kaki Nazi sekuat hati.. Nazi lemah terus jatuh keatas tilam sambil teresak-esak ketakutan.. Nazi memang dalam keadaan takut yg teramat sangat.. Dalam beberapa minit Roy berpelukan erat bersama Nazi (note: no homo), kesepian rumah dilanda oleh satu bunyik..

PUN PUN GUNGGGGG (sfx: Jam menunjukkan pukul 3 pagi)

Lepas habis je jam tersebut berbunyik, terdengar satu dentuman kuat datang dari arah ruang tamu..

KEDEGANGGGGG!!! (sfx: bunyik yg kuat dari ruang tamu)

BAMMMMMMMMM!!! (sfx: bunyik pintu bilik dihemtam tutup)

Dentuman mcm ada benda jatuh dari atas syiling ke lantai sama macam dentuman yg dialami mereka malam yg sudah, dentuman yg disangka kipas jatuh dari arah bilik Leenaz..

Roy dan Nazi mengerah segala kudrat yg ada berjalan keluar berpapah2 dari bilik ke ruang tamu untuk melihat ape yg dah jadik dan berniat nak keluar dari rumah puaka tersebut.. Sampai di ruang tamu, sempat derang nampak pintu bilik Leenaz bergoyang-goyang mcm ada angin dari dalam utk menutup pintu tersebut..

Roy melepaskan Nazi untuk menyelak pintu bilik Leenaz yg tertutup kecik sebab nak check kalau-kalau Leenaz dah balik ke rumah, sekamjad-kamjad Leenaz yg membawa malapetaka pada mereka, Leenaz tetap kawan mereka.. Kawan perlu diselamatkan dari segala ancaman, begitulah prinsip yg dipegang oleh Roy.. Umpama tulang kaki ghaibyun, Nazi terjelupuk diatas lantai lepas dilepaskan oleh Roy.. Perlahan-lahan Roy mendekati bilik Leenaz.. Dikuak pintu bilik Leenaz..

Roy: (Suara tersekat-sekat) Leenaz..

Roy terjelepuk ke lantai memandang Leenaz..


TU BI KON TI NUW~~



[AFTERMATH]
Maybe next episode adalah episode akhir.. Harap maaf yer para pembaca yg sudi menunggu dan merusuh bersama-sama.. Aku pun menunggu2 bilelah TT rumah nie nak update.. Hotto, Gomenasai~~





Last edited by JokesCop on 22-8-2014 05:30 AM

Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2014 08:29 AM | Show all posts
JokesCop posted on 22-8-2014 05:24 AM
TITLE: The Science of Sleep [5]
TEMPAT: Unknown
LAIN2: Conts The Science of Sleep [4]

wahhhhhh... terima kasih TT sudi update. subuh2 hari plak tu... terharu!!

tetibe rasa keji je kan asyik demand update tp xpernah nak tanya khabar tuan rumah. sihat ke anda? *mode insaf*

Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2014 08:55 AM | Show all posts
yeah....tengkiu JC update!!!!!!!!!!!!!!!!!
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-8-2014 11:18 AM From the mobile phone | Show all posts
Camtu la JC .....timo kasih yo...JC sehat melawafiat kan.kan??nti hapdet lg ye JC ye...(note:tiga kali nama JC diseru disini,not including this.)..
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2014 02:03 PM | Show all posts
fainali!!!!!da lame puasa dari thread ni disebabkn jc x hapedet...tp tiap2 kali bukak  mesti skodeng n stalk jgk thread ni...bkn tak caya notices tp nk jugak..hehe
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2014 03:16 PM | Show all posts
JC..cita ko ni berhantu la
nyesal aku baca cita pasal tarik duit ni kat umah mlm td
tak pasal2 kene kacau, aku tidur kene tindih okeh..
sblm tu segala mala bulu kat badan aku ni dah meremang 0.3cm
ini tak asyik! tak asyik! tak asyik!
kepada korg suma yg baca cita si JC ni
jgn la baca kat dlm bilik yg gelap mlm2 sorg2, khamis mlm jumaat plak tu
perasaannya sgt la tak asyik..
Reply

Use magic Report

Post time 22-8-2014 03:59 PM | Show all posts
MOOOOOOOO MOOOOO MOOOOOOO (read: umpama lembu, tapi menangis, please imagine)


tolong!! aku tak bole berenti gelak kat opis... seb baik bos aku sporting....hahahahaha..adoiyai!!
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

24-4-2024 12:59 AM GMT+8 , Processed in 0.103045 second(s), 41 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list