CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: JokesCop

[Ultra Best][Siri Mari Tidur Bukak Lampu] #2520 Mean Girl 2 [12] - Page. 101

   Close [Copy link]
Post time 9-9-2014 12:30 PM | Show all posts
JokesCop posted on 8-9-2014 10:22 AM
Hurm, Aslan, aku mmg risau kalau2 bende nie terjadik kat pembaca, bukan ko sorang je mcm nie, seja ...

it's gonna be just fine and i will be right, its okay cewahh. JC, dengar forumers cakap takkanlah nak behentikan sebab semata- mata kejadian yg menimpa aku ni. kalau bimbangkan keadaaan aku dan orang yg terlibat, its okay aku tak apa2. bukan pertama kali pun, tapi takdelah selalu. some sort of mungkin "dah biasa". ye baru semalam aku mimpi orang terdekat meninggal. seram jugak sebab 2 3 menjak asyik mimpi macam tu. tapi aku tak hairan pun. dan aku tak hairan sebab aku ni in "phase" state: banyak berfikir dengan masalah kehidupan aku, masa depan, cari kerja campur misteri2 mistik semua ni lagi.

memanglah beberapa orang pun ada pengalaman yg sama tapi bagi aku, aku tak berniat nak memaksa kau untuk mebuat keputusan utk memberhentikan smtbl ini disebabkan aku. tapi for me, sorry bukan sebab aku tak suka cerita kau atau aku tak suka kau JC tetapi oleh disebabkan kejadian2 "aneh" yg aku alami seperti yg telah diceritakan, jadi aku buat keputusan untuk tidak menyambung pembacaan. cukup setakat cerita hostel (read: see? tu baru cerita siri pertama tak lagi cerita2 yg seterusnya) kalau baca seterusnya memang tak tahu apa yg akan jadi. aku tak sambung sebab takut jadi apa2 lagi. berdasarkan pengalaman JC ketika menulis cerita berkenaan, aku doakan JC selamat dalam perjuangan untuk meneruskan smtbl ini dirahmati dan diredhai Allah s.w.t. sekian
Last edited by AslanZalaf on 9-9-2014 12:35 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-9-2014 10:05 AM | Show all posts
sambung cerita la ben affleck
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2014 02:36 PM | Show all posts
Abe Ben a.k.a. JC, thanks for the updates.. Your writing style mmg buat aku terbahak2 ketawa..
Reply

Use magic Report

Post time 10-9-2014 05:24 PM From the mobile phone | Show all posts
Ye la jc...sambung la..da lama aku x ketawa sampai senak perut..:lol
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-9-2014 01:27 AM | Show all posts
TITLE: The Science of Sleep [F]
TEMPAT: Unknown
LAIN2: Conts The Science of Sleep [5]

[QUICK RECAP]
Previously on The Science of Sleep: Setelah berlaku mimpi2 yg xsenonoh diantara Roy dan Nazi seperti seruan dari malaikat pencabut nyawa, Roy dan Nazi dikacau plak dengan sesuatu yg dasyat di dalam bilik derang.. Sebelum nak cabut keluar dari rumah, Roy terjelepuk didepan pintu dengan bayangan Leenaz dari dalam bilik..

[ChaSing CArs]

Roy duduk diatas kerusi dalam bilik yg agak suram, dalam kesamaran cahaya lampu bilik, Roy tunduk kepala pandang ke lantai.. Bermacam-macam bende bermain dalam pikiran Roy, die menyesal, die menyesal sebab puja duit dgn Leenaz dan Nazi.. Nak kaye cepat punye pasal, kelabu mate dgn perkara-perkara yg x sepatutnya dibuat.. Roy pikir panjang lagi, pasal nasib die, pasal kehidupan die.. Kadang-kadang satu perasaan sedih menusuk-nusuk dalam hati Roy..

5 minit kemudian, pintu bilik kecil dibukak dari luar.. Seorang pak cik umur awal 40-an masuk ke dalam sambil bace beberapa tulisan dari beberapa keping kertas dan secawan air panas.. Sebelum duduk didepan Roy, pak cik tue berhenti sambil mengeluh panjang..

Pakcik: (hulur gelas) Nah, minum air nie..

Roy pun ambil gelas dan rapatkan ke dirinya, gelas berisi air penuh tue terasa amat berat hendak disorongnya.. Nak diminum air tue pun tekaknya rase kelat.. Xlalu rasanya..

Pakcik: Apelah yg dah jadik dengan korang nie? Selama dah nak 30 tahun aku jadik sarjan, ni first time aku jumpe kes mcm nie..

Roy tunduk lagi, die xtau ape yg nak dicakapnya dengan Sarjan Polis yg berada dihadapannya.. Sarjan tue menyelak-nyelak kertas, diletaknya di tepi..

Sarjan: Biar aku ulang balik statement ko..

/* Statement Roy kepada Polis */

Pada jam lebih kurang pukul 3 pagi, sedang saya (read: Roy bukan nama sebenar) dan sahabat saya bernama Nazi (read: bukan nama sebenar) sedang tidur di atas katil. Tiba-tiba kami dikejutkan dengan perkara aneh. Seorang/Seekor/Sebiji lembaga yg menyerupai seorang wanita berumur dalam lingkungan 20 hingga 30 tahun muncul dari dalam atap bumbung bilik kami. Nazi telah melaungkan azan sebanyak lebih sepuluh kali dan seorang/seekor/sebiji lembaga aneh tersebut hilang. Dalam ketakutan, kami berlari keluar dari bilik kami.

Sedang kami berlari keluar, saya terdengar bunyi yg kuat datang dari bilik rakan rumah kami bernama Leenaz (read: sekali lagi, bukan nama sebenar), saya pun pergi ke pintu bilik beliau dan dari daun pintu yg terselak, saya nampak Leenaz memandang ke arah saya sambil terapung diudara. Kemudian, saya sudah berada di hospital am dan satu hari telah berlalu. Pihak hospital memaklumkan kepada saya, bahawa saya mengalami tekanan darah yang amat rendah.

Yang Berkhidmat Untuk Negara,
Roy

/* End of Statement Roy kepada Polis */

Sarjan meletakkan balik kertas ke atas meja, disilangkan kedua-dua jari beliau dan ditongkatkan kedagu.. Dahi Sarjan berkerut-kerut mcm memikirkan sesuatu ..

Sarjan: Dari report doktor, ko ni xde masalah mental.. Ko ade masalah mental x?

Roy mengeleng-gelengkan kepala.

Sarjan: Kau tau sape yg ade masalah mental?

Roy gelengkan kepala lagi..

Sarjan: Akulah, akulah yg ade masalah mental dengan kes kau ni.. Ko tau x ape yg dah jadik dengan hidup aku?

[Police StoRy]

/* Story Seorang Sarjan */

Sarjan Adam Jalal atau nama samarannya dikalangan rakan sekerjanya Sarjan Mudim sedang leka mengemas-ngemas peralatan kerja dipejabat disebabkan ada satu kes besar sedang berlaku di selatan tanah air.. Apparently, sorang penjenayah antarabangsa yg mempunyai masalah kaki memerlukan lebih 30 orang anggota polis utk menangkap beliau.. Then, LCP Chin menyerbu ke arah Mudim..

LCP Chin: Sarjan, ade kes la dekat taman sebelah. Sarjan kene pegi..
Mudim: Chin, aku nak ke Johor ni esok, ko je lah yg settlekan..
LCP Chin: Kes ni pelik sikit la, baik Jan ikut sekali..
Mudim: OK OK, ko tau x, aku bukan Sarjan dah lebih 3 tahun ?

Chin tersengeh2, diorang pun pergi ke sana ditemani 2 lagi pegawai dan seorang juru gambar.. Dihadapan rumah, terdapat 2 orang anggota RELA sedang menunggu..

Mudim: Assalamualaikum.. Ape dah jadik nie?

Anggota RELA yg muka pucat lesi dan mengigil2 tue hanya mampu menuding jari ke dalam rumah tanda x rela untuk masuk ke dalam balik..

Mudim pun masuk ke dalam diikuti LCP Cin dan juru gambar.. Seorang lelaki sedang terbaring di ruang tamu tidak bergerak di hadapan bilik.. Mudim cuba mendekati lelaki tersebut, x semena-mena bau busuk berkewa2 diudara membuatkan Mudim, Chin dan juru gambar melakupkan tangan dekat hidung..

Terkebelakang sikit juru gambar Polis selepas melihat sebijik tubuh bergoyangan perlahan dari dalam bilik tersebut.. Lehernya terjerut oleh tali di atas kipas.. Mudim terus bergegas ke arah Roy yg sedang pengsan di atas lantai.. Didekatkan telinga ke hidung Roy..

Mudim: Budak nie bernafas lagi.. Chin, call ambulance..

Sedang Chin menelefon pihak hospital, Mudim masuk ke bilik lembaga yg bergantungan didalam bilik.. Bau busuk meloyakan meluap-luap dari bilik tersebut.. Mudim mengeluarkan sapu tangan dan meletakkan ke hidungnya.. Yang satu mmg Mudim confident xbernafas lagi tanpa perlu di check..

Sebab 1: Beliau tergantung di atas kipas
Sebab 2: Keadaan badan yg sudah mereput
Sebab 3: Keadaan badan yg mereput tue pulak berlubang-lubang, dan dari lubang tue mcm ada bijik-bijik berwarna putih..

Disebabkan xde kamera utk mem-bang-bang-boom Mudim, maka sah lah bahawa remaja yg tergantung di dalam bilik tersebut sudah tidak bernyawa..

/* End of Story Seorang Sarjan */

[Police StoRy II]

Mudim: Sekarang kau tau x apsal aku pening kepala ?

Roy seperti pelakon tambahan dalam cerita ini, hanya mampu tidak berdialog sambil mengeleng-gelengkan kepala..

Mudim: Pertama-tama sekali ko ade mention nama Nazi dalam report nie. Beliau nie sape? Hang Tuah ke? Mane die?

Roy terperanjat..

Roy: Masa kami cuba lari dari rumah puaka tue, die ada dengan saya.. Saya yg papah die keluar..

Mudim mengerutkan dahi lagi..

Mudim: Last kau nampak Leenaz ni bile sebelum ko nampak die gantung diri dalam rumah tue?
Roy: Tuan, last saya nampak die bukan gantung diri tuan, Leenaz tengah terapung kat dalam bilik tue.. Die terapung tuan..

Roy tunduk lagi sambil memegang kepala die, Leenaz gantung diri? Pengkhabaran nie xdapat didigest betul lagi dalam kepala die.. Kalau Leenaz gantung diri, maksudnya, die dah meninggal ke? Kalau die dah meninggal, mane Nazi pulak? mane die hilang?

Mudim: Hurm, mcm mane aku nak cakap nie.. Last kau nampak die sebelum die ber-superman dalam bilik die?
Roy: Malam sebelum tue Tuan, masa kami bakar bag kat depan rumah tuan.. Kami bertekak sebab Leenaz x kasik kami bakar bag tue..

Roy pun menceritakan pada Sarjan Mudim dari start derang puja duit, sampailah malam derang bergaduh.. Mudim mengaru-garu kepala sambil merenung Roy..

Mudim: Aduh la, korang nie.. Ape buat bende merepek ni? Jadik, dalam 3-4 hari nie, Leenaz dan Nazi memang ade dengan kamu?

Roy menganguk..

Mudim: Koroner plak bangi initial estimate, mayat Leenaz nie sekurang-kurangnya 3 hari dah mati.. Kamu jangan nak bohong!!

Mudim meninggikan suara sedikit.. Roy tunduk memandang lantai, die hilang akal..

Roy: Betul tuan, sumpah..

Mudim keluar dari bilik tue meninggalkan Roy.. Tinggallah Roy sorang-sorang dalam bilik tersebut sambil memusing-musingkan cawannya.. Air pun dah semakin sejuk.. Then, Mudim masuk dengan LCP Chin, dia pun keluarkan beberapa keping gambar dari file die..

LCP Chin: Cuba tengok, ini Leenaz ke?

Nak termuntah Roy tengok gambar Leenaz yg berlubang-lubang dan mereput.. Roy menutup mulut beliau sambil mengangguk-angguk.. LCP Chin pun menunjukkan beberapa keping gambar lagi untuk Roy buat pengecaman.. Memang confirm 100% mahkluk tue Leenaz.. Akhirnya, LCP Chin tunjuk satu gambar IC..

Roy: Nazi..

LCP Chin pun menarik balik kesemua gambar dan bercakap sesuatu dengan Mudim..

Roy: Tuan, saya kene masuk jail ke ape ni?

Mudim menoleh ke arah Roy.

Mudim: Kenape? Ko nak masuk jail ke? Ko x kene tangkap pun, ni questioning untuk siasatan je, kejap lagi ambik barang..
Roy: Leenaz mcm mane?

Mudim mengerutkan dahi..

Mudim: Mcm mane, mcm mane? Bedah siasat kemudian kebumi je lah.. Yang penting sekarang kawan kau yg lagi sorang nie.. Mane die pegi?

[FinAle]

Lepas beberapa ketika, Mudim mengiringi Roy untuk pergi mengambil barang-barang beliau yg diambil tadi..

Roy: Saya xpercaya Leenaz bunuh diri sendiri, tuan..
Mudim: Aku sendiri pun pelik.. Dalam bilik tue xde ape-ape bende yg boleh buat kawan kau gantung diri sendiri.. Xde kerusi die nak berdiri.. Dah la tue, gantung diri pakai tali raffia, sekeping pulak tue.. Mane boleh orang tergantung kat tali raffia? putus la tali tue.. Kalau dah jadi mayat pun sebenarnye xlogik die boleh tergantung kat situ.. Pening la kepale aku dengan kes kau nie..

Roy tibe-tibe terasa pening.. Die pun duduk sekejap dekat balai polis sebelum ambik keputusan untuk balik terus ke kampung.. Die xnak lagi balik ke rumah sewanya balik.. Hampir sebulan Roy ambik cuti atas saranan doktor, dalam tue, ada jugaklah beberapa kali die ke balai polis untuk membantu siasatan, Nazi masih lagi x dijumpai..

Sampailah satu ketika, Roy ambik keputusan untuk mengambil barang-barang di rumah sewanya, dan die pun dah call tuan rumah cakap nak pindah.. Mengamuk tuan rumah tue sebab rumah die jadik kes polis.. Akibat dari perbuatan Roy tue, tuan rumah die mengambil keputusan utk tidak memulangkan deposit rumah.. Disebabkan Roy pun malas nak pk panjang.. Die pun biar je la pasal deposit tue..

Roy masuk ke rumah sewanya balik and isi baju-bajunya ke dalam bag.. Sebelum keluar, Roy pun pandanglah ruang tamu, tempat dimana die, Nazi dan Leenaz bersembang-sembang sambil berlawak-lawak, teringat cerita-cerita Nazi dan Leenaz pasal life derang.. Pengalaman derang bergaduh berebut meggi cup akibat duit xcukup bulan tue.. Even perangai derang mmg xmcm manusia baik dan normal, tapi itulah kawan susah senang beliau..

Roy pun berjalan keluar dari rumah dan disapa oleh jiran rumahnya..

Jiran: Roy!! lame x nampak.. Pegi mane?

Roy membalas sapaan..

Roy: Balik kampung cik.. Kitorang dah xduduk rumah nie lagi dah..
Jiran: Laa.. Yeke? Kenape?

Roy malas nak cerite, die pun hanya senyum je..

Jiran: Korang bergaduh ke? Ala, biase la kawan-kawan bergaduh, lagi 2-3 hari lagi elok lah tue..
Roy: Eh, xdelah pakcik.. mane ade gaduh..
Jiran: Pakcik dengar korang bergaduh tiap-tiap malam, x payah nak membongap la Roy.. Ekekekekeke~~

Roy pulak mengerutkan dahi beliau mcm Sarjan Mudim..

Roy: Rumah nie dah 3 minggu lebih xde orang pak cik..
Jiran: Hahahahaha!! Ko nak tipu pak cik pun agak2 la Roy oii.. Mase pakcik nak ke surau subuh tadi, baru nampak korang 3 orang tengah melepak dekat depan pintu rumah.. Ko buat lawak ape?

Roy terdiam.. Sah yg pak cik ni jumpe bukan derang..

Roy: Pak cik, rumah nie mmg dah kosong lame dah.. Leenaz dengan Nazi xde kat sini..
Jiran: Hahahahaha!! Ko ni kelakar la Roy.. tue yg kat balik sliding door tengah tengok kita tue bukan ke Leenaz dengan Nazi ??

Maka, dengan dialog diatas, melambunglah beg baju Roy kelangit sambil Roy berlintang pukangan lari menuju arah matahari terbenam meninggalkan jirannya tersendu kesepian diperlakukan seperti itu..

(sfx: pemandangan gelap... "dun dun du du du duu.. IIIiiiiii came in like a wwwreking ballllll!!! dun dak.. neber hit sooo harddd at LOVEEEE!! dun dak.. all I want is to brrreakk your WALLLLS!!!"... credit roll..)



-- SHELESHAI --



[AFTERMATH]
Nazi masih tidak di jumpai sampai sekarang oleh pihak polis, Leenaz selamat dikebumikan di kampung halaman beliau sendiri.. Walaupun punca kematiannya masih lagi dalam siasatan dan update dari pihak berkuasa semakin berkurangan, menunjukkan kes ini menemui jalan buntu.. Walaupun ada usaha dilakukan oleh family Leenaz dengan mengunakan khidmat secara halus, namun, usaha mereka masih lagi buntu.. Roy sekali-sekala di panggil ke balai polis untuk membantu siasatan.. Roy terpaksa mengubah sedikit isi reportnya kerana peristiwa mistik dan akan lebih menyusahkan pihak polis untuk menjalankan siasatan, jadi bagi membantu, maka sedikit isi kandungan seperti penampakan Leenaz terapung dikeluarkan..

Jiran-jiran di taman kediaman Roy pula, kadang2 terkejut kalau ternampak Roy dan Roy cakap die dah pindah.. Ramai yg beriya-riya cakap yg diorang baru je nampak mereka bertiga berbual-bual di laman rumah atau bunyik pergaduhan pada waktu malam dapat didengari dari dalam rumah Roy.. Paling sadis, seorang peniaga kuih bernama Kak Lisa dengan muka cuka meminta Roy RM 25 hengget sebab mengikut Kak Lisa, 2 hari lepas, Roy dan Leenaz beli kuih banyak-banyak kemudian xdibayarnya.. Celake ko entiti hamlau!! bisik hati Roy..


Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2014 01:36 AM | Show all posts
eh update la
selesai pon cerita ni, pnt tgu xabes2
tq JC~
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 11-9-2014 08:26 AM From the mobile phone | Show all posts
Walau seram tetap ku baca.,.cewahhh :lol jc kalo x sehat kalo ganggu kehidupan ko...ko rest jer dulu...nanti dah ok ko smbng balik.....
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2014 08:52 AM | Show all posts
he's back.. yeah! ler nak tau gak kenapa leez boleh mati mcm tu. nazi hilang ke mana.adoii aiii
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 11-9-2014 08:59 AM | Show all posts
JokesCop posted on 11-9-2014 01:27 AM
TITLE: The Science of Sleep [F]
TEMPAT: Unknown
LAIN2: Conts The Science of Sleep [5]

abes dah cerita ni
tp ending dia x best
napa watak yg dipegang tom cruise perlu mati


Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2014 09:00 AM | Show all posts
JokesCop posted on 8-9-2014 10:22 AM
Hurm, Aslan, aku mmg risau kalau2 bende nie terjadik kat pembaca, bukan ko sorang je mcm nie, seja ...

perkara ni sebab otak ligat berimaginasi
bila terlalu sgt..halusinasi pun menjelma
dan saraf2 otak dan tubuh bersatu...walaupun benda tu x berlaku
tapi saraf2 kata ye...dia rasa benda tu berlaku
sekian dr Dr yg lari dr blaja medic


Reply

Use magic Report

 Author| Post time 11-9-2014 09:09 AM From the mobile phone | Show all posts
leenaz posted on 11-9-2014 09:00 AM
perkara ni sebab otak ligat berimaginasi
bila terlalu sgt..halusinasi pun menjelma
dan saraf2 ot ...

Maybe, imiginasi je kut.. aku pun xsuke kalau org terlalu bergantung kepada bende mistik sgt, mcm kalau xberjaya, sebab ada jin yg menghinggap di otak/mate/hidung dsb..

So, sabar ye kawan2, aku nak memikir cerita ape aku nak tulis next.. bumper raya yg aku nak buat haritue pun terkantul lagi..
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2014 09:27 AM | Show all posts
yeay!!! nak lagi JC!!!! nak lagi!!!
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2014 10:11 AM | Show all posts
kesiannya leenaz dgn nazi... begitu sudahnya kisah dierg
igt adik2... jgn berkawan dgn syaiton
biorle miskin makan megi ari2
tp kita tak menduakan Allah

sazah sgt ni..
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2014 11:02 AM | Show all posts
thanks sebab update ben affleck
nanti ada masa update lagi tauu
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2014 11:51 AM | Show all posts
pergh!!!!!! sampai mati dikerjakan...duit habuk pon tarak.... part pakcik tu kate "tu sape yg balik sliding door tu?" kalo aku pon mau cirit kat situ jugak kalo jadi si roy.....ish2.....

"ade sekali tue peha aku rase sejuk beku, yg bile aku letak je peha aku kat atas simen, rase mcm menusuk2 peha aku, aku dah start cuak.. aku check tgk, rupe2nya ais teh ais bungkus termasuk dalam seluar aku.. bwahahahaha~~~" <------ yg ni mmg tak bole blah...!!!
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2014 11:55 AM | Show all posts
JokesCop posted on 11-9-2014 09:09 AM
Maybe, imiginasi je kut.. aku pun xsuke kalau org terlalu bergantung kepada bende mistik sgt, mcm  ...

ada sequal x?
kalau ada letak je nama2 perusuh tegar kat sini


Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 11-9-2014 12:58 PM From the mobile phone | Show all posts
leenaz posted on 11-9-2014 11:55 AM
ada sequal x?
kalau ada letak je nama2 perusuh tegar kat sini

Tunggu roy contact aku update pasal Nazi.. untill then, baik aku abiskan kat sini je.  Kang 5 tahun xupdate2..
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2014 01:17 PM | Show all posts
leenaz posted on 11-9-2014 08:59 AM
abes dah cerita ni
tp ending dia x best
napa watak yg dipegang tom cruise perlu mati

jd betollah agakan aku ttg leenaz tuh.. isk isk isk...

leenaz--leenaz....arwah tu baik org nye dulu.,..rebut2 megi cup..


Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2014 01:18 PM | Show all posts
tak sangka pulak leenaz tu sebenarnya dah mati. memang misteri betol. tapi mana Nazi hilang? tak panggil Ustaz Haron Din tolong cari ke? kekadang aku pon selalu x cukup duit  jugak,nauzubillah aku takkan sesekali menyekutukan Allah. Cukup dgn solat Dhuha,rasa cukup aje. entahla,manusia bila dah gelap mata dgn duit....
Reply

Use magic Report

Post time 11-9-2014 01:35 PM | Show all posts
bukan leenaz forumer cari..
sebenarnya bila baca citer seram kat bod MPS ni kena hati2,kalau baca terlalu asyik sgt,nak tido bole terbayang2. kekadang bila bunyik kucen mengiau tetiba pon aku dah bole terkejut sampai naik atas meja lappy aku masa tgh syok baca citer MPS. pernah jugak terbaca citer kisah porche dlm bod MPS ni,bila nak tido,lampu gelap dlm bilik mcm aku ternampak2 mr.porche berdiri kat pintu. yang paling scary bila terbaca citer psl badi mayat,aku langsung tak bole tgk siling umah aku berapa hari,nak tido abes segala bantal jadi penutup muka. amat jarang aku jenguk bod MPS ni,sebab penakut
klu baca pon,jgn baca terlalu kusyuk sgt,nanti terbawak2 ke luar Last edited by zennaya on 11-9-2014 01:38 PM

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 06:56 PM GMT+8 , Processed in 0.651933 second(s), 44 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list