CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 17194|Reply: 93

ADIRA dah launch produk muka+badan RM 60

[Copy link]
Post time 17-12-2013 07:52 PM | Show all posts |Read mode






aAdira Tidak Guna Pengaruh Kekasih Untuk Hasilkan Produk
Oleh FERIDE HIKMET ATAK

Adira menunjukkan produk kecantikannya.

PETALING JAYA: Penyanyi Adira menolak dakwaan sesetengah pihak dia cuba menggunakan pengaruh Presiden Gerakan Belia Gagasan 1 Malaysia (GBB1M), Shahrul Nasrun Kamarudin, 27, yang juga kekasihnya bagi memudahkan dia untuk menceburi bidang kecantikan.
Adira, 23, yang kini mempunyai produk kecantikan jenama sendiri iaitu Adira Beauty Signature berkata, dia tidak pernah menggunakan kesempatan itu tetapi mengakui mempelajari selok-belok perniagaan daripada pemuda itu.
"Kenapa perlu saya menggunakan kesempatan terhadap dia? Setakat ini saya hanya belajar daripadanya tentang cara-cara berniaga.


"Saya juga turut belajar ilmu perniagaan menerusi teman-teman yang biasa di bidang ini," katanya.
Adira ditemui pada majlis pelancaran produk sabun pencuci muka dan badan Adira Beauty Signature di Solaris Dutamas, di sini, pada Selasa.
Tambah Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, dia sudah lama mengkaji produk sabun tersebut dan mula melakukan proses-proses tertentu produknya di Melaka setahun lalu sebelum ia dihantar ke Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) untuk ujian sebelum produk berkenaan dibenarkan untuk jualan.
"Tak sangka juga ya, proses untuk menunggu kelulusan KKM juga mengambil masa hampir lima bulan di mana baru bulan lepas produk saya ini diluluskan.


"Dalam pada itu, tujuan saya muncul dengan produk baru adalah kerana sebelum ini saya mendapati ramai ejen jualan langsung produk kecantikan menggunakan nama saya untuk melariskan jualan.
“Cuma kasihan pula dekat peminat di mana ada di antara mereka menyangka saya pernah menggunakan produk tersebut," tuturnya.
Sementara itu, sabun Adira Beauty Signature yang mengandungi ekstrak buah, Glutathione, minyak Jojoba dan Vitamin C berharga RM60 boleh dibeli secara dalam talian, Twitter, Facebook dan Instagram di bawah nama jenama tersebut atau boleh hubungi 017-3204300. -mstar online-

Adira Nafi Ditaja Shahrul
18 DEC 2013, 12:10AM   |   RIDHATUL RIZKI SAYUTI  |    UTAMA > BERITA ARTIS >
Kongsi Article Ini:
11  52  




Penyanyi Adira menafikan Presiden Gerakan Belia Gagasan 1 Malaysia (GBG1M), Shahrul Nasrun Kamarudin menaja perniagaan produk kecantikan kulit yang kini diceburinya. Jelas Adira, Shahrul hanya terlibat sebagai rakan kongsi bagi menghasilkan produk keluarannya, Adira Signature Beauty.

"Saya ada meminta pendapat serta kata-kata semangat daripada Shahrul, namun wang pelaburan yang digunakan adalah duit simpanan saya sendiri'" tegas Adira ketika ditemui di majlis pelancaran produk keluarannya, Adira Signature Beauty di Touchlab Concept Spa, Solaris Dutamas pada Selasa.

"Saya melalui proses untuk berniaga sendiri tanpa menggunakan pengaruh Shahrul. Saya tidak ditaja sebaliknya semua wang yang dibelanjakan adalah hasil titik peluh saya sendiri. Duit memang boleh habis, tapi terpulang kepada masing-masing bagaimana untuk membuat pelaburan untuk pulangan masa hadapan," ujar Adira mengakui idea untuk membuat bisnes timbul sebelum berkenalan rapat dengan Shahrul.
Menurut gadis berusia 22 tahun itu lagi, dia turut menjadikan Datuk Siti Nurhaliza sebagai salah seorang idola untuk berjinak-jinak dalam bidang perniagaan.

Sementara itu, pada majlis yang sama, Adira turut memperkenalkan rahsia yang menjadikan kulitnya putih gebu iaitu 'Sabun Adira Whitening Facial & Body Soap' yang mengandungi Japan Glutathione, Fruit Extract, Jojoba Oil, Essential Oil dan Vitamin C.
"Saya sudah menggunakan sabun ini dalam tempoh setahun dan atas permintaan ramai saya beritahu rahsia bagaimana saya menjaga kulit. Ramai di luar sana yang membuat spekulasi dan mengatakan saya menggunakan produk mereka dan sebagainya, namun ini merupakan produk yang memang saya gunakan," ujar Adira lagi.

Sebagai salah satu kempen promosi produk kecantikannya itu, Adira turut mengumumkan 100 pelanggan yang menunjukkan hasil testimoni menggunakan 'Adira Whitening Facial & Body Soap' itu dapat menikmati makan malam bersamanya.

Berbalik kepada kisah peribadinya, sehingga kini penyanyi Adira dan Shahrul masih berteka-teki tentang status hubungan mereka biarpun kemesraan di antara mereka jelas terlihat melalui foto-foto yang dimuat naik di laman Instagram milik masing-masing. Menurut Adira, dia belum menetapkan sebarang tarikh untuk membawa hubungan tersebut ke peringkat seterusnya.

"Kami ada membincangkan perkara ini (berkahwin), namun saya ada banyak lagi perkara yang belum dikecapi. Kalau boleh saya ingin stabil dari segi kewangan dan mencapai beberapa sasaran untuk kepuasan diri sendiri terlebih dahulu," ujar Adira.


ramaila nanti gigih nak memutihkan kulit..selamat putih tanpa kerak semua..kalau dah ade tolong merge...gmbar akan diupdate nnti...


Last edited by Soksek11 on 18-12-2013 04:11 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2013 07:56 PM | Show all posts
maka berpusu2 lah ummat yg nak putih salju seperti adira mendapatkan produk itew

and they live happily ever after



puih
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2013 08:01 PM | Show all posts
adira gayak perempuan indonesia embakk
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2013 08:01 PM | Show all posts
bapak melepak kalah putih
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2013 08:02 PM | Show all posts
sape yang nak putih macam mayat bole la beli
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2013 08:03 PM | Show all posts


LiveUpdate : Garu kepala Adira jawab soalan dr media. Banyak berkenaan dgn kekasih Adira. Bila nak kahwin? @adirayayang91 #RahsiaAdira



[/img]
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 17-12-2013 08:04 PM | Show all posts
tak cantik putih dia..mcm pucat..putih yg cntik mcm bini eizlan usop..
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2013 08:06 PM | Show all posts




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 17-12-2013 08:09 PM | Show all posts


MyHeart. MyLife. MyStrength. MyLove. MyBestFriend. Good luck love for today. @adirayayang91

Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2013 08:09 PM | Show all posts
aku berminat nak beli.
kah2
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2013 08:11 PM | Show all posts
Gambar no 3 sampai x nampak muka adira akibat terpantul cahaya ke muka adira yg terlalu putih.
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2013 08:13 PM | Show all posts
Aku rase putih adira macam pale sick look...tapi rupa tolak tepi, aku bosan banyak sangat cerita dia ngan boipren sana sini.
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 17-12-2013 08:16 PM | Show all posts
instagram produk
adirabeautysignature
adira beauty signature
Contact Number: +6017-3204300 Facebook: Adira Beauty Signature Official Twitter: AdiraBeautySignature





Pelancaran produk Adira.. Sabun untuk mencerahkan kulit muka.. So siapa2 yg nak Oder blh whatsapp no ni 0178300705 emojiemoji tq @adirayayang91 @emmasuhaimi @aidahsuhaimi
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2013 08:20 PM | Show all posts
keciknya beg tu..
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2013 09:03 PM | Show all posts
adira ni delicious la...slrp
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2013 09:11 PM | Show all posts
bagusla dah start bisnes.. moga maju jaya
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 17-12-2013 09:15 PM From the mobile phone | Show all posts
Ala artis g cucuk bg puteh pastu ckap mkan produk
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2013 09:25 PM | Show all posts
kenapa kening adira sebelah pendek sebelah panjang?

adira ni suka betol berambut pendek
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2013 09:26 PM From the mobile phone | Show all posts
Semua orang mampoo jadi putih sekarang...attention to nyawa
Reply

Use magic Report

Post time 17-12-2013 09:28 PM | Show all posts
Dorang ni tak takut ke side effect makan benda2 pemutih ni??
Rita Rudaini pun sekarang dah putih melepak. Kalau compare dengan kulit dia masa berlakon Anak Mami tu memang jauh sangat bezanya
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 06:06 PM GMT+8 , Processed in 0.392538 second(s), 50 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list