CariDotMy

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1571|Reply: 7

[Jenayah] Tonto semakin berani-mengugut penguatkuasa

[Copy link]
Post time 21-12-2013 10:32 AM | Show all posts |Read mode
                                                                                                                        
Abu Bakar Sidik memeriksa dokumen pendatang asing yang ditahan dalam operasi, awal pagikelmarin.                                                                                                                                   

                        
                                                                                                        AYER KEROH - Sekumpulan 20 lelaki dipercayai tonto sebuah pusat hiburan di Taman Melaka Raya, bertindak biadab mengerumuni kenderaan anggota penguatkuasa sambil melontarkan kata-kata provokasi akibat tindakan penguatkuasa menahan pegawai perhubungan pelanggan (GRO) pusat hiburan berkenaan.
       
        Kesemua 18 GRO warga China itu ditahan selepas didapati tidak memiliki dokumen perjalanan sah selain menyalah gunakan pas lawatan sosial mereka semasa satu operasi, awal pagi kelmarin.
       
        Kekecohan mula berlaku apabila 25 anggota penguatkuasa Jabatan Imigresen bersama anggota Jabatan Pendaftaran Negara, Agensi Anti Dadah Kebangsaan, Jabatan Pertahanan Awam dan Ikatan Relawan Rakyat (Rela) memeriksa pusat hiburan itu kira-kira jam 1 pagi.
       
        Timbalan Pengarah Imigresen Negeri (Bahagian Kawalan), Abu Bakar Sidik Hasan berkata, kumpulan tonto itu mula bertindak berani apabila 18 GRO berkenaan dibawa ke kenderaan jabatan.
       
        Selain mencabar anggota penguatkuasa dengan kata-kata provokasi dan cemuhan, mereka juga dikatakan mengelilingi kenderaan imigresen bagi menghalang GRO berkenaan dihantar ke ibu pejabat jabatan.
       
        “Mereka (tonto) menaiki empat kenderaan dan mengikuti kenderaan jabatan sehingga ke pintu masuk utama Kompleks Kementerian Dalam Negeri (KDN) Ayer Keroh yang menempatkan pejabat Imigresen.
       
        “Bagaimanapun, selepas beberapa jam menunggu di pintu masuk utama KDN, kesemua mereka kemudiannya beredar,” katanya semasa satu sidang media di sini, kelmarin.
       
        Menurut Abu Bakar Sidik, selain pusat hiburan berkenaan, serbuan turut dijalankan di dua tapak pembinaan di Telok Mas dan Taman Kota Laksamana.
       
        Menurutnya, dalam serbuan ke atas tapak binaan itu, sejumlah 51 pendatang asing berusia antara 18 dan 45 tahun ditahan.
       
        Menurutnya, siasatan awal mendapati sembilan pendatang asing itu melakukan kesalahan mengikut Peraturan 39b Peraturan-Peraturan Imigresen 1963; 30 melakukan kesalahan di bawah Seksyen 6(1)(c) dan lima kesalahan di
        bawah Seksyen 15(1)(c) yang mana sabit kesalahan boleh dihukum penjara sehingga lima tahun dan denda sehingga RM10,000.
       
        “Turut ditahan seorang lelaki tempatan kerana disyaki menjadi penjaga kepada 18 GRO warga China di Taman Melaka Raya,” katanya.

http://www.sinarharian.com.my/ed ... nguatkuasa-1.232708

                                                                                                                                                                      

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 21-12-2013 01:07 PM | Show all posts
china pengeksport manusia betul la..
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2013 01:18 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2013 03:13 PM From the mobile phone | Show all posts
Kenapa dipanggil "pegawai" perhubungan pelanggan?? Kenapa pegawai??
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2013 03:17 PM | Show all posts
tonto lori kalu ada stiker ...pengenalan mereka la....tapi best kawan dengan tonto ni....dorang suka belanja mekdi......
Reply

Use magic Report

Post time 21-12-2013 03:30 PM | Show all posts
Ini tandanya ada ahli Parlimen Malaysia laknatullah yg buat kerja haram..

Aku sangat yakin dengan perkara ini.
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 22-12-2013 06:01 AM | Show all posts
SulurBidar posted on 21-12-2013 03:30 PM
Ini tandanya ada ahli Parlimen Malaysia laknatullah yg buat kerja haram..

Aku sangat yakin dengan ...

ada kaitan ni ....

Kastam versus Polis
Kuala Lumpur: Lebih ramai kakitangan Kastam Diraja Malaysia (KDRM) yang disyaki menjadi ‘orang dalam’ kepada sindiket penyeludupan dadah antarabangsa, akan ditahan dalam masa terdekat
http://mforum2.cari.com.my/forum.php?mod=viewthread&tid=775359
Reply

Use magic Report

Post time 22-12-2013 07:23 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku masih tak paham di bagi muka tonto Ni kenapa.

kenapa tak panggil fru tibai je semua sampai mampus in the open and leave their bodies there?

farkk ketuanan civil liberty tonto Lah.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-11-2024 01:15 PM GMT+8 , Processed in 0.470223 second(s), 23 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list