CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

Author: dauswq

[MBC]CUNNING SINGLE LADY - Lee Min Jung, Joo Sang Wook [Review p 9]

[Copy link]
 Author| Post time 12-5-2014 03:14 PM | Show all posts
runaway_dida posted on 12-5-2014 03:08 PM
Cerita (8.5/10)

Overall citer ni best.. kelakar and the most important is tak complicated. Memang ...

lagu duet tu best kan? mood terasa
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-5-2014 04:14 PM | Show all posts
dauswq posted on 12-5-2014 03:14 PM
lagu duet tu best kan? mood terasa

kan... dan2 tgh dgr lagu tu
feeling sgt dgr..
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2014 10:36 AM | Show all posts
dah tgok cerita ni. mmg best.. rasa nak tau apa je jadi dgn dorang dua.
kang joon mmg watak tempelan. tpi dia berusaha nak dptkan nuuna aera tu.

mmg banyak mengalir air mata cerita ni. sedeyyyy...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 13-6-2014 10:39 AM | Show all posts
duasatu posted on 13-6-2014 10:36 AM
dah tgok cerita ni. mmg best.. rasa nak tau apa je jadi dgn dorang dua.
kang joon mmg watak tempel ...

klu ade mase nnt...buatlah review...
tgk page ke-9 camne nak buat
Reply

Use magic Report

Post time 13-6-2014 10:43 AM | Show all posts
dauswq posted on 13-6-2014 10:39 AM
klu ade mase nnt...buatlah review...
tgk page ke-9 camne nak buat

ok ok.. nanti ada masa saya buat review. tq

Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2014 12:45 AM | Show all posts
Dah siap aku nyereview...  @dauswq .....
selepas tengok citer CSL ni, aku dah slow down tak tengok apa2 citer...
nak buat review pun malas sebab vitamin CEO Cha dah hilang...
ujung tahun ni je baru aktif balik....


Rating Keseluruhan Drama: 8 + 7 + 7.5 + 5 + 5 = (6.5/10)

1. Cerita  (8 /10)
   
Sebuah  cerita romantik komedi yang sangat cute, penuh emosi, penuh kasih sayang dan banyak aksi comel. Tak perlu pening kepala nak fikir. Jalan cerita yang menarik dan dibarisi pelakon utama yang sangat sempoi membawakan watak masing-masing dengan berkesan.


CEO Cha: CEO sebuah syarikat IT yang kacak, bergaya, nerdy, agak kurang berpengaruh. Bekas suami kepada Ae Ra. Setia pada Ae Ra tanpa sedar.


Ae Ra: Seorang wanita yang ditonjolkan sebagai watak materialistik tetapi rupanya kehidupannya penuh dengan penderitaan.


Drama ini menonjolkan kehidupan sebenar dalam sesebuah perkahwinan yang memerlukan give and take dalam sesuatu perkara. Terpaksa melepaskan sesuatu bagi mendapatkan sesuatu.


Ae Ra berkahwin muda demi cinta monyetnya dan terpaksa melepaskan impian untuk menjadi model terkenal. Manakala CEO Cha terpaksa bercerai dengan isterinya Ae Ra demi mengejar kejayaan sebagai usahawan IT. Apabila pasangan bercerai kebiasaannya akan berlaku insiden marah dan saling membenci berikutan kesilapan yang ditempuhi. Begitu juga dalam drama ini banyak perkongsian suka duka namun demi cinta dan jodoh yang kuat, akhirnya kembali bersatu.


Sangat sedih dengan scene Ae Ra menceritakan kisah kegugurannya kerana bekerja keras demi membantu menambah pendapatan keluarga sedangkan suaminya CEO Cha tidak tahu dan lena tidur sebaik diberhentikan/berhenti kerja.


Ending cerita ni sangat menarik dengan paparan aksi pemilihan nama anak. Scene ini sangat cute!


2.Keberkesanan Lakonan (7/10)

Drama ini memiliki padanan hero dan heroin yang kuat tetapi sayangnya para pelakon sampingan tidak mempunyai watak yang dibangunkan dengan baik.


JooSang Wook[PencalonanBest Actor]

Beberapa episod awal menunjukkan perubahan dari watak nerd kepada watak kelakar dan berlagak. Ternyata sangat berbeza meskipun hanya di dalam drama yang sama.Perubahan memek muka melambangkan sakit hati dan sedih memang jelas dapat dirasakan. Beliau mempunyai aura pelakon yang kuat.

Lee Min Jung
Lee Min Jung sangat cantik di dalam drama ini. Bersesuaian dengan watak yang ditonjolkan sebagai wanita materialistik pada peringkat awalnya. Lakonan yang agak memberi kesan terutama sewaktu scene menceritakan kisah kegugurannya kepada CEO Cha. Sedih oooo....

Kim Kyu Ri  
Watak Yeo Jin yang hilang kaki sendiri akibat kemalangan. Mencintai CEO Cha dalam diam. Entah kenapa meluat tengok dia dalam drama ni. Bukannya kasihan. Namun wataknya memberi kesan kuat kerana ia dibina dengan baik.

Pencalonan: Lakonan Joo Sang Wook sebagaiCEO Cha boleh diangkat sebagai calon Best Actor



3. Aspek teknikal (Lakonlayar, teknik pengarahan, sinematografi)  (7.5/10)

Teknik pengarahan yang cantik dengan sudut pandang yang sangat menarik.
Setiap episod mempunyai sinematografi yang cantik.

Kekurangan cerita ini adalah dari segi editing yang ke laut dan terlalu melompat-lompat setiap plot. Mujurlah aku buat-buat paham.

Diantara scene yang sangat disukai ialah sewaktu CEO Cha mengejar Ae Ra yang hendak pergi interview dan berlaku kiss scene di bawah pokok. Cantik sangat scene tu. Dengan wajah CEO Cha yang tertekan. Wajah Ae Ra yang kebingungan nak buat pilihan. Ada feeling dan emosi yang mendalam dapat dirasai.

[size=14.4444446563721px]


-      
4. Skor muzik (5/5)

Semua background music/OST yang sangat-sangat best dan membuai perasaan. Cukup serasi dengan jalan cerita.


Diantara lagu yang sering menjentik telinga ialah:
1.    AloneAgain (Big Baby Driver)

2.   I really Love You (Yoo Sung Eun)

3.   Pencalonan Lagu I really Love You (Yoo Sung Eun) sebagai skor lagu yang best....



5. Kebarangkalian untuk tontonan semula (5/5)


Memang akan menonton semula.. sebab cerita ni buat kita terbuai perasaan comel dan cute. Lagu pun mantappppp!!!

Last edited by tuna_sandwic on 6-11-2014 12:49 AM

Comments

TOTAL =8 + 7 + 7.5 + 5 + 5 = 32.5/40 *10 =8.13 Terima Kasih atas review Nomination: Joo Sang Wook   Post time 6-11-2014 12:59 AM

Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Follow Us
 Author| Post time 6-11-2014 01:00 AM | Show all posts
tuna_sandwic posted on 6-11-2014 12:45 AM
Dah siap aku nyereview...  @dauswq .....selepas tengok citer CSL ni, aku dah slow down tak tengok ap ...

thanks tuna..
baru baca review
teringat balik wkt baru abis tgk drama ni
Reply

Use magic Report

Post time 6-11-2014 10:18 AM | Show all posts
dauswq posted on 6-11-2014 01:00 AM
thanks tuna..
baru baca review
teringat balik wkt baru abis tgk drama ni

tenkiu dauswq
citer ni mudah nak ingat balik sebab citer ni best

jangan lupa aku ada buat review Marriage Not Dating

kalau aku rajin aku bukak thread utk Can We Love dengan It's Okay It's Love
nak sangat buat review coz dua citer tu sangat berbeza
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 6-11-2014 11:59 AM | Show all posts
tuna_sandwic posted on 6-11-2014 10:18 AM
tenkiu dauswq
citer ni mudah nak ingat balik sebab citer ni best

tak per
utamakan its okay its love dulu

btw thanks utk 2 kali review submission
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-4-2024 04:02 PM GMT+8 , Processed in 0.093149 second(s), 36 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list