CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12127|Reply: 8

Tips Meningkatkan Tahap Metabolisme Badan

[Copy link]
Post time 30-1-2014 12:26 AM | Show all posts |Read mode
1 - Jangan diet melampau

Diet kesihatan yang betul bukan tentang makan yang kurang, tetapi tentang makan lebih iaitu makanan bergizi/padat lebih - untuk penuhkan kalori kosong dan membuat anda penuh sepanjang hari. Itu penting,kerana makanan sedikit akan menyekat /membunuh metabolisme anda. Hal ini membuat tubuh anda berfikir, "Aku kelaparan di sini!" Dan tubuh anda merespon dengan melambatkan kadar metabolisme anda untuk menyimpan tenaga yang ada.
Yang lebih parah lagi, jika kekurangan makanan(crash diet ) secara berterusan, tubuh anda akan mula membakar jaringan otot, yang hanya memberi musuh anda iaitu lemak visceral,keuntungan lebih besar. Metabolisme anda akan turun lebih banyak, dan lemak terus untuk menuntut lebih ruang.

2 - Masuk tidur lebih awal

Satu kajian di Finland melihat pasang kembar seiras dan mendapati bahawa setiap pasang  saudara kandung, kembar yang tidur kurang dan berada di bawah tekanan lebih memiliki lemak visceral.

3 - Makan lebih protein

Para penyelidik sekarang mengesyorkan jumlahantara 0.8 dan 1 gram per paun berat badan.

4 - Mengamalkan pemakanan organik setakat yangmampu

5 – Bangunlah/berdiri

Dalam satu kajian mendapati bahawa jika tidak aktif (selama 4 jam atau lebih) akan menyebabkan 'shutdown' dalam enzim yangmengawal metabolisme lemak dan kolesterol. Untuk menjaga enzim ini agar tetap aktif dan meningkatkan pembakaran lemak anda, pecahkan waktu lama 'downtime' dengan berdiri, contohnya ketika berbicara di telefon.

6 - Minum air sejuk

Penyelidik di Jerman mendapati bahawa minum 6 cawan air sejuk sehari (48 aun) dapat meningkatkan metabolisme istirehat sekitar 50 kalori setiap hari - cukup untuk membuang 5 paun dalam setahun.

7 - Makan pedas

Ternyata bahawa capsaicin, sebatian yangmemberikan cili rasa pedas membakar, juga boleh menjana metabolisme. Makan sekitar 1 sudu makan cabai merah atau hijau cincang meningkatkan pengeluaran haba panas tubuh anda dan aktiviti sistem saraf simpatik anda (bertanggung jawab untuk respon 'melawan-atau-mengalahkan' lemak badan kita), menurut sebuah kajian yang diterbitkan dalam Journal of Nutritional Science and Vitaminology.

8 - Makan waktu pagi/sarapan

Makan sarapan pagi akan meningkatkan metabolisme dan menjana tenaga yang tinggi sepanjang hari. Bukan kebetulan bahawa mereka yang melewatkan makan ini adalah 4 1/2 kali lebih cenderung menjadi gemuk. Dan makan pertama anda yang berat adalah lebih baik.
Dalam satu kajian yang diterbitkan olehAmerican Journal of Epidemiology, sukarelawan yang mendapat 22-55 peratus dari jumlah keseluruhan kalori ketika sarapan pagi hanya menambahkan  1.7 paun purata selama 4 tahun. Mereka yang makan sifar hingga 11 peratus kalori mereka di pagi hari akan menambahkan hampir 3 paun.

9 - Minum kopi atau teh

Kafein adalah stimulant sistem saraf pusat,sehingga anda boleh meningkatkan metabolisme anda 5 hingga 8 peratus - sekitar 98-174 kalori per hari. Secangkir teh dapat meningkatkan metabolisme anda dalam12 peratus, menurut satu kajian di Jepun. Para penyelidik percaya bahawa antioksidan catechin dalam teh menyediakan 'perangsang' untuk metabolisme.

10 - Perangi lemak dengan serat (fiber)

Serat boleh meningkatkan pembakaran lemak andasebanyak 30 peratus. Kajian mendapati bahawa mereka yang makan paling banyak serat ialah yang paling sedikit naik berat badan dari semasa ke semasa.Sasarkan sekitar 25 gram sehari - dalam jumlah tiga hidangan buah-buahan dansayur-sayuran.

11 - Makanlah makanan yang kaya dengan zat besi

Zat besi sangat penting untuk membawa oksigen yang diperlukan oleh otot anda untuk membakar lemak.
Kerang, daging tanpa lemak, kacang-kacangan,bijirin, dan bayam merupakan sumber yang sangat baik. (Tapi bukan idea yang baik untuk kerap mengambil suplemen zat besi. Terlalu banyak yang telah dikaitkan dengan risiko lebih besar kepada penyakit jantung. Dapatkan mineral penting ini dalam makanan secara semulajadi.

12 - Dapatkan lebih banyak Vitamin D

Vitamin D sangat penting untuk mengekalkan rangkaian otot metabolisme-meningkat. Dapatkan 90 peratus daripada nilai yang disarankan harian (400 IU) dalam hidangan 3.5 aun salmon. Sumber lain yang bagus ialah tuna, susu dan bijirin yang diperkuatkan, dan telur.

13 - Minum susu

Ada beberapa bukti mengatakan bahawa kekurangan kalsium boleh melambatkan metabolisme. Kajian menunjukkan bahawa pengambilan kalsium dalam makanan tenusu seperti susu bebas lemak dan yogurt rendah lemak juga boleh mengurangkan penyerapan lemak dari makanan lain.

14 - Makan tembikai (watermelon)

Asid amino arginine, yang banyak dalam tembikai, boleh membantu mengurangkan berat badan, menurut satu kajian baru dalam Journal of Nutrition.

15 - Tetapkan terhidrasi

Semua reaksi kimia tubuh, termasuk metabolisme anda, bergantung pada air. Jika anda mengalami dehidrasi, anda mungkin akan membakar kalori sampai 2 peratus lebih sedikit, menurut para penyelidik di University of Utah yang memantau tahap metabolisme dari 10 orang dewasa ketika mereka minum jumlah yang berbeza-beza air dalam sehari. Dalam kajian tersebut,mereka yang minum sama ada lapan atau dua belas auns gelas air sehari memiliki tingkat metabolisme yang lebih tinggi daripada mereka yang minum 4 gelas air sahaja.

Last edited by miu~miu on 30-1-2014 12:34 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 30-1-2014 03:28 PM | Show all posts
good tips!
Reply

Use magic Report

Post time 6-2-2014 08:13 PM | Show all posts
Minum air sejuk/air dlm peti ais..mcm mengarut kan..tp bila kita minum air sejuk,body akn generate more energy
untuk menyuamkn suhu air kpd suhu dlm badan..so. kalori
mampu dibakar dgn cepat..
Reply

Use magic Report

Post time 10-2-2014 01:21 PM | Show all posts
wah best nye...watermelon pon termasuk jgk...
Reply

Use magic Report

Post time 7-4-2014 11:30 AM | Show all posts
info sihat... thanks
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2014 01:10 PM | Show all posts
susu...yogurt..yummy~~
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 23-4-2014 09:43 AM | Show all posts
udahudahler posted on 6-2-2014 08:13 PM
Minum air sejuk/air dlm peti ais..mcm mengarut kan..tp bila kita minum air sejuk,body akn generate m ...

oh ye ke?

okay baru tahu.

air sejuk dalam peti kan? bukan minum ais kan?
Reply

Use magic Report

Post time 5-6-2015 10:53 AM | Show all posts
setahu sy minum air sejuk memang boleh tingkatkan metabolisma badan. Tapi elakkan minum terlalu banyak. Ini  kerana tubuh memerlukan energi untuk memanaskan air yang sejuk agar sesuai dengan suhu tubuh. saya ada nampak rawatan alternatif untuk tingkatkan metabolisma badan ni. rawatan akupuntur ngan minum herba. Ni linknya http://thetole.org/...
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-6-2015 02:05 PM | Show all posts
siapa mmg nak turun berat badan?? saya berjaya turun 10kg dlaam masa 6 minggu saja..tak makan apa2 supplemen pun... pm cepat sebelum 20 june
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 11:48 AM GMT+8 , Processed in 0.432410 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list