CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 4628|Reply: 44

[Tempatan] Lelaki malas macam Bapa Ayam punca wanita maju di Kelantan

[Copy link]
Post time 5-2-2014 02:17 PM | Show all posts |Read mode
Lelaki malas punca wanita maju di Kelantan


SAYA teruja membaca laporan akhbar Utusan Malaysia baru-baru ini mengenai sikap suami yang dikatakan sama taraf dengan kedudukan 'ayam jantan' kerana hanya mengharap kepada kudrat isteri dalam urusan rumah tangga termasuklah dalam beban pencarian nafkah keluarga.

Kenyataan itu dibuat oleh Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau Negeri Kelantan, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud semasa menyampaikan kuliah pagi Jumaat di Kota Bharu.

Beliau menganggap semakin ramai lelaki kebelakangan ini, khususnya di Kelantan pemalas dan tidak mengambil peduli keperluan isteri dan anak-anak, sangat perlu diambil perhatian.

Malah, beliau dilaporkan telah membandingkan golongan lelaki seperti ini seperti 'bapa ayam' yang punya banyak 'ibu ayam' tetapi tidak bertanggungjawab melindungi dan mencari makanan anak-anak ayam, sebaliknya tugas itu ditanggung sepenuhnya oleh 'ibu ayam'.

Sungguh tepat perbandingan yang diberi Exco Kerajaan Pas itu kerana inilah realiti yang berlaku sejak dahulu lagi sehingga kadang-kadang ia mungkin disalah tafsir oleh 'orang luar' sebagai satu budaya di Kelantan.

Sebagai seorang wanita, saya menghargai usaha Mohd. Nassurudin membela wanita melalui bidasan tajam kepada kaum lelaki dan ia sebenarnya satu kesinambungan kepada seorang lagi pemimpin 'feminis'.

Sebelum ini, bekas Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, seringkali melempar kritikan nyilu kepada lelaki Kelantan yang tidak bertanggungjawab.

Malah Nik Abdul Aziz dalam satu ucapannya pernah melahirkan rasa malu apabila diberitahu bahawa ibu bapa dari luar negeri ini biasanya mengelak bermenantukan orang Kelantan kerana bimbang anak gadis mereka lunyai dibuli suami dan keluarga mertua.

Saya percaya, setiap daripada kita pasti mengenali secara dekat paling tidak pun seorang lelaki yang 'malas' mencari sumber pendapatan untuk keluarga, tanpa sebab yang kukuh jika mengetahui isterinya berkemampuan meskipun terpaksa berhempas pulas dengan kudrat wanita yang lemah.

Memetik kata Mohd. Nassuruddin; "Semasa musim hujan kita boleh lihat 'ibu ayam' bersusah payah melindungi anak daripada kesejukan dan banjir, tetapi mana pula si bapa ayam. Dia (suami) seronok main dam aji di kedai kopi".

Mungkin kerana faktor 'pemalas' ini jugalah menjadi sebab wanita Kelantan begitu gah dalam dunia perniagaan dan mendominasi pasar-pasar yang ada di negeri ini termasuk pasar ikon, Pasar Siti Khadijah dan melakukan pelbagai pekerjaan dalam satu masa kerana mereka tahu tidak boleh bergantung kepada suami.

Lebih malang, bukan sedikit golongan lelaki negeri ini yang sudah bergelar suami dan bapa terlibat dalam kegiatan jenayah dan menjadi penagih dadah malah kes terbaru baru-baru ini di mana seorang ibu muda yang baru habis tempoh pantang dikapak di kepala kerana enggan memberi duit RM100 kepada suaminya bukanlah sesuatu yang memeranjatkan.

Justeru, keberanian pemimpin untuk mengakui bahawa 'kita ada masalah' adalah sesuatu yang patut dipuji supaya kita tidak alpa dan masing-masing sama ada kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan (NGO), pemimpin masyarakat dan institusi keluarga wajib berusaha mencari jalan penyelesaian.

Benar fenomena ini wujud merata-rata tetapi janganlah kita cepat membuat alasan isu sama juga berlaku di negeri lain kerana itu seumpama seorang ibu atau bapa yang dimaklumkan tentang anaknya yang nakal oleh jiran dengan jawapan 'anak kau pun apa kurangnya'.

WIRAWATI MERAH,
Kota Bharu.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... antan#ixzz2sQBRYZyL
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 5-2-2014 02:18 PM | Show all posts
Benarkah 'ayam jantan' ada di mana-mana?


Oleh Fauziah Arof

"HUK aloh, rajin atau malah tu begantung pada seseore, buke pado negeri atau ore jate jo. Ore tino pun rama yang malah jugok," kata seorang rakan lelaki berasal dari Pasir Puteh, Kelantan kepada saya dengan bersungguh-sungguh ketika bercakap tentang dakwaan bahawa orang lelaki Kelantan malas bekerja.

Katanya lagi, janganlah suka menghentam orang lelaki Kelantan kuat-kuat sangat, nanti ramai yang tidak mahu ambil orang lelaki Kelantan jadi menantu. Bukankah itu cubaan untuk menganiaya namanya?

Pun begitu, pada saya, tentu ada asas dan ada sebab-sebabnya apabila Exco Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau Kelantan, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud baru-baru ini mengeluarkan kenyataan dengan meletakkan golongan lelaki khususnya di Kelantan yang tidak bertanggungjawab dalam melindungi dan mencari nafkah keluarga sama tarafnya dengan ayam jantan.

Bila sudah menyamakan golongan lelaki yang malas bekerja dengan perangai ayam jantan, maknanya mereka ini tidak memberi sebarang manfaat atau berguna pada keluarga. Sebabnya, ayam jantan ini hanya tahu buat bising dengan berkokok dan membiak saja. Ayam betina juga yang membawa anak-anaknya berderet berjalan mengikutnya sambil mengais tanah mencari makan.

Bagi saya, tidak perlulah orang lelaki khususnya di Kelantan melenting sangat dengan kenyataan Mohd. Nassuruddin ini kerana ia lebih kepada memberi peringatan kepada golongan lelaki yang berperangai seperti ayam jantan ini.

Kita semua pun sedia maklum, jika lelaki Kelantan ini malas-malas belaka dan tidak cerdik, sudah tentu institusi-institusi pengajian tinggi awam di negara ini akan sunyi dengan gelagat mereka ini yang selalunya riuh-rendah bila berkumpul di mana-mana saja. Sekarang ini kita dapat lihat betapa ramai lelaki Kelantan yang memegang jawatan yang hebat-hebat di negara ini.

Seorang rakan baik saya juga dulu berikrar tidak mahu berkahwin dengan lelaki Kelantan kerana dalam kepalanya telah ada setting bahawa lelaki Kelantan pemalas dan suka berpoligami. Tetapi akhirnya dengan kehendak Tuhan, dia dijodohkan dengan orang Kelantan, yang berpangkat tinggi dan sehingga kini dia masih kekal menjadi satu-satunya isteri kepada suaminya itu.

Tetapi memang benar jugalah seperti yang dikatakan oleh Mohd. Nassuruddin, fenomena semakin ramai lelaki yang jadi pemalas dan bersikap senang-lenang dengan membiarkan isteri berhempas-pulas bekerja untuk menyara keluarga telah banyak berlaku. Ini bukan baru terjadi tetapi telah lama berlaku dalam masyarakat kita.

Ia bukan saja berlaku di Kelantan tetapi di negeri-negeri lain juga. Perkembangan ini sudah tentu amat membimbangkan. Sebabnya, dengan sikap sebeginilah banyak perkara buruk boleh berlaku. Ia bukan saja boleh mengugat kesejahteraan dan keharmonian dalam sebuah keluarga atau rumahtangga, adakalanya boleh membawa kepada perlakuan jenayah yang melibatkan kecederaan dan kehilangan nyawa.

Ini bukan sekadar cerita drama di televisyen.

Kita sudah biasa dengar dan lihat, ada isteri terutamanya yang tinggal di luar bandar, sanggup berkebun, turun ke bendang, menoreh getah, bekerja di restoran atau menjual kuih-muih tetapi suaminya yang segar-bugar melingkar di rumah seperti ular sawa kekenyangan. Jika tidak duduk di rumah, dia akan melepak dengan kawan-kawan dan balik hingga jauh malam. Bukan mahu membantu kerja-kerja rumah. Duit belanja makan, minum dan pakaiannya, semua guna duit isteri.

Di bandar juga ramai yang berperangai begini. Tidak kiralah isteri itu berpendapatan kecil atau besar. Kalau berpendapatan besar, lagilah suami jenis berat tulang ini mengambil kesempatan dan lepas tangan, membiarkan semuanya menjadi tanggungan isteri.

Sudahlah begitu, pengorbanan isteri seperti ini ada yang tidak dihargai pula. Si isteri sering dimarah-marah, dipukul dan paling menjengkelkan apabila suami yang tidak bekerja ini ada hati mencari perempuan lain dengan alasan si isteri asyik sibuk bekerja.

Jika perkembangan ini berterusan dan kelak menjadi satu perkara biasa pula di negara ini, maka tidak hairanlah ramai wanita memilih untuk hidup membujang kerana bimbang terpaksa menanggung semua ini.

Oleh itu, tidak perlulah ditanya-tanya lagi, disindir-sindir atau dibuat kaji selidik mengapa ramai wanita di negara ini lebih senang hidup sendiri dan sanggup digelar andartu.

Sudah tentulah mereka tidak mahu hidup bersusah payah dalam perkahwinan kerana terpaksa menyara hidup seorang lelaki, sedangkan hidup mereka jauh lebih senang dan gembira semasa bujang.

Bukankah ini menggugat institusi kekeluargaan dan macam-macam lagi masalah sosial akan terus ditambah dan bertambah melaluinya?

Maka, biarlah saja ayam jantan dengan resminya. Sudah tentu tidak boleh diubah. Yang lelaki pula, kembalilah kepada fitrahnya, menggalas tanggungjawab menjadi pemimpin dan dalam masa sama mencari nafkah untuk keluarga.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... -mana#ixzz2sQSsMofD
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2014 02:20 PM | Show all posts
'Lelaki ayam jantan' malas


Oleh ASMA HANIM MAHMOOD
utusankelantan@utusan.com.my

KOTA BHARU 31 Jan. - Golongan lelaki dalam masyarakat kini, khususnya di Kelantan yang tidak bertanggungjawab dalam melindungi dan mencari nafkah keluarga adalah sama taraf dengan ‘ayam jantan’ yang tidak memberi manfaat kecuali hanya aktif berkokok dan membiak.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau negeri, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud berkata, sebagai contoh ‘bapa ayam’ yang hanya mengharap ‘ibu ayam’ mencari makanan anak-anak ayam merupakan perlambangan yang sesuai menunjukkan sikap negatif segolongan lelaki terbabit.

Beliau berkata, fenomena semakin ramai lelaki yang pemalas dan bersikap senang-lenang membiarkan isteri terpaksa berhempas pulas bekerja adalah sangat membimbangkan sedangkan ia sikap yang ditegah dalam agama malah mencari nafkah sebenarnya adalah kewajipan suami.

“Semasa musim hujan kita boleh lihat ‘ibu ayam’ bersusah payah melindungi anak daripada kesejukan dan banjir, tetapi mana pula si bapa ayam. Dia (suami) seronok main ‘dam aji’ di kedai kopi.

“Bapa ayam bangga ada banyak ‘isteri’ yang menunggu di reban tuannya dan reban jiran, tetapi bukan dia yang berusaha cari makanan untuk anak-anak sebaliknya ibu ayam.

“Islam mengajar bahawa nafkah adalah wajib ke atas suami tidak kiralah apa jenis pekerjaan namun malangnya masyarakat kita hari ini semakin ramai yang lupa cara hidup yang ditunjuk Rasulullah SAW walaupun mereka galak menyambut maulid baginda," katanya semasa menyampaikan kuliah Jumaat di Medan Ilmu di sini hari ini.

Mohd. Nassuruddin turut mengingatkan bahawa jika berlaku proses penceraian antara suami dan isteri, ia mesti dilakukan dengan cara yang baik kerana sebarang perpisahan berlaku apabila pasangan tidak lagi mempunyai persefahaman.

Malah, beliau berkata, Islam menggariskan bahawa si suami yang mahu bercerai wajib memberi sumbangan ‘mut’ah’ atau hadiah saguhati kepada isteri selain memastikan nafkah anak-anak terjamin.

“Hadiah perceraian itu pula mengikut kemampuan suami, kalau kaya maka besarlah nilainya dan jika kurang berkemampuan maka setimpal dengan apa yang boleh disediakan tidak kira pakaian, harta dan sebagainya.

“Sesetengah lelaki hari ini apabila bercerai mereka bukan sahaja berpisah dengan isteri tetapi anak-anak juga turut ‘diceraikan’ sedangkan ia perbuatan yang haram kerana nafkah anak wajib ke atas bapa.

“Kita kahwin dengan anak perempuan orang yang dihias cukup cantik (sebagai pengantin) maka bila ada perceraian kita wajib lepaskan dengan cara yang baik dan bukannya menghantar dalam keadaan dirinya sudah luka dan lebam atau lebih malang lagi bekas isteri dibuang dan terpaksa mencari ikhtiar pulang sendiri ke pangkuan keluarga," katanya.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20140201/dn_16/'Lelaki-ayam-jantan'-malas#ixzz2sQTDsYWZ
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2014 02:20 PM | Show all posts
Lelaki pemalas bukan di Kelantan saja - Mumtaz


KOTA BHARU 1 Feb. - Masalah lelaki pemalas dan bersikap senang lenang sehingga membiarkan isteri berhempas-pulas bekerja, tidak sepatutnya dikaitkan dengan lelaki di Kelantan sahaja kerana perkara tersebut boleh berlaku di mana-mana.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Keluarga, Kebajikan dan Kesejahteraan Rakyat negeri, Mumtaz Md. Nawi berkata, setakat ini, pihaknya tidak menerima sebarang aduan khusus mengenainya, namun masalah sebegitu diakui memang wujud dalam kalangan masyarakat hari ini.

"Tidak tepat jika mahu menggambarkan kebanyakan lelaki Kelantan bersikap begitu sehingga menyebabkan banyak kes penceraian, kerana di negeri-negeri lain juga ada masalah serupa.

"Cuma saya ingin tekankan, zaman golongan suami sahaja bertanggungjawab mencari rezeki dan menyara keluarga sudah berlalu, kerana hari ini isteri juga perlu memainkan peranan sama. Tanggungjawab menjaga anak-anak juga tidak terletak di bahu isteri sahaja," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau negeri, Datuk Mohd. Nassuruddin Daud semalam menyifatkan golongan lelaki pemalas yang mengabaikan tanggungjawab melindungi dan mencari nafkah keluarga sebagai 'ayam jantan' yang hanya aktif berkokok dan membiak.

Menurut Mohd. Nassuruddin, fenomena lelaki pemalas yang suka lepak di kedai kopi dan leka bermain dam aji semakin membimbangkan di negeri ini sedangkan sikap itu ditegah dalam Islam.

Mengulas lanjut, Mumtaz menasihatkan golongan suami mengubah sikap masing-masing dengan mengutamakan keluarga dan mengetepikan perkara lain yang sekadar bersifat hobi semata-mata.



Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/ ... umtaz#ixzz2sQTPqxN3
© Utusan Melayu (M) Bhd
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2014 02:23 PM | Show all posts
Negeri serambi Mekkah???
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-2-2014 02:24 PM | Show all posts
kalau dah malas tu tak kira negeri mana2 pun..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 5-2-2014 02:27 PM | Show all posts
mmg betul pun
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2014 02:28 PM | Show all posts
Mengulas lanjut, Mumtaz menasihatkan golongan suami mengubah sikap masing-masing dengan mengutamakan keluarga dan mengetepikan perkara lain yang sekadar bersifat hobi semata-mata.

----
yg ni musti die refer bela burung... cengkerik
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2014 02:28 PM | Show all posts
dah lah pemalas...berpuak2 plak..
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2014 02:30 PM | Show all posts
mungkin....mungkin gak dia refer p1....

tuuuu..ada sebut hobi tuuuu...

nampak..??

Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2014 02:30 PM | Show all posts
untung dapat bini lubuk duit,jaga pant*t dia bg dia kenyang ja..
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2014 02:31 PM | Show all posts
Kalau sampai org dah anggap macam budaya.. nampak sgt benda ni berleluasa. maksudnya ramai... tak tumbuh tak melata.. tak sungguh org tak kata.  

X pe lepas ni bole la cerita kawan aku org melaka pon malas, pak tiri aku org kedah pemalas.. somi aku org jdt malas..
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2014 02:33 PM | Show all posts
perang_candu posted on 5-2-2014 02:31 PM
Kalau sampai org dah anggap macam budaya.. nampak sgt benda ni berleluasa. maksudnya ramai... tak tu ...

aaa tu biasa...penang kotor..lain negeri2 pun kotor gak...

selangor jalan2nya berlubang2..lain negeri pun berlubang2 gak..

otak macai memang macam tu..
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2014 02:51 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2014 02:55 PM | Show all posts
semua negeri ade ayam jantan ni...bkn satu tu je kn kn kn
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2014 03:14 PM | Show all posts
sepatutnya seiring peningkatan andartu dan janda
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-2-2014 03:16 PM From the mobile phone | Show all posts
Yg tulis ni macam sial.. Bukan ke org kelantan mmg rajin sejak dulu..sanggup berhijrah ke kl berniaga,ke pahang bukak tanah felda,ke singapore bina bangunan pencakar langit

Skg dah ramai berjaya pegang pangkat tinggi di seluruh negara

Hanya kerana kelantan diperintah oleh PAS mcm2 maki dikeluarkan oleh media umno..

Mcm celaka...
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2014 03:20 PM | Show all posts
Dunhill. posted on 5-2-2014 03:16 PM
Yg tulis ni macam sial.. Bukan ke org kelantan mmg rajin sejak dulu..sanggup berhijrah ke kl berniag ...

Lelaki kelantan di negeri kelantan yg ditujukan tu...



Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2014 03:32 PM | Show all posts
Hanya lelaki kelantan yang dududk dalam negeri kelantan yang malas gila....

tapi yang duduk diluar kelantan memang rajin gila cari duit...satu pak cik ni asal kelantan berniaga nasi kerabu disetiap pasar malam di tempat aku...koman-koman satu bulan dia boleh dapat hampir 20K atau lebih....
Reply

Use magic Report

Post time 5-2-2014 03:33 PM From the mobile phone | Show all posts
Bell posted on 5-2-2014 03:20 PM
Lelaki kelantan di negeri kelantan yg ditujukan tu...


Peluang kerja di kelantan mmg terbatas..sama jugak terengganu,perlis,area kampung..

Yg berjaya akan keluar dari kelantan...

Kerja gomen glc dsb..

Tp main pukul rata je semua..org negeri laen rajin sgt ke????

Klu jenayah pn fokus kt kelantan gak..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 10:07 PM GMT+8 , Processed in 0.322096 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list