CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 16500|Reply: 203

[Tempatan] {4}Dek tidak tahan dibuli, pelajar minum racun! Ibu dipanggil polis- 119#

[Copy link]
Post time 9-2-2014 09:41 AM | Show all posts |Read mode
9 Februari 2014

KAJANG - Seorang pelajar tingkatan satu sebuah sekolah menengah di sini maut selepas dia nekad meminum racun serangga malam kelmarin dipercayai akibat tidak tahan dibuli dan diejek rakan sekelas.


Mangsa, T. Kavinraj, 13, yang juga pengawas di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Bandar Rinching, Semenyih di sini mengalami tekanan perasaan selepas diejek dan dipulau oleh rakan-rakan kerana dia tidak mempunyai bapa.


Akibatnya, anak sulung daripada empat beradik itu berasakan dirinya terasing di sekolah itu tanpa sebarang kawan.


Bapa mangsa, P. Thangavelu, mati pada Disember 2012 akibat serangan strok.


Mendiang Thangavelu meninggalkan empat orang anak berumur antara lapan hingga 13 tahun termasuk Kavinraj serta balu, B. Thanamalar, 43.


Mangsa yang mendapat keputusan 4A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) di Sekolah Jenis Kebangsaan Tamil Ladang Rinching di sini juga dikatakan dipulau rakan kerana ditempatkan di kelas keempat dan terakhir.


Ibu mangsa, B. Thanamalar, mendakwa, anaknya itu mengadu telah meminum racun serangga perosak yang disimpan di dalam rumah pada kira-kira pukul 9.30 malam.


"Dia datang kepada saya dan beritahu tekaknya terasa pedih sebab minum racun. Mungkin dia sangat tertekan kerana teringat kepada bapanya.
"Saya cepat-cepat bawa dia ke Hospital Serdang.

Semasa 15 minit dirawat, dia disahkan mati selepas batuk darah," katanya semasa ditemui pemberita di rumahnya di Bandar Rinching di sini semalam.


Dalam pada itu, ibu saudara mangsa, B. Ananthi, 47, mendakwa, rakan sekelas mangsa mengejek dan memulau Kavinraj setiap hari.
Keadaan itu menyebabkan anak saudaranya itu mengalami masalah kemurungan.


"Kawan-kawan dia ejek, budak pandai tak ada ayah, mana boleh duduk kelas ini, pergi masuk kelas budak pandai. Tak sangka dia sangat tertekan dengan ejekan itu," katanya.


Beliau menjelaskan, Kavinraj ada mengadu yang dia dibuli di sekolah dan ibunya telah menasihatkannya supaya bersabar.


Katanya, anak saudaranya itu juga mengadu kepada gurunya supaya ditukarkan kelas dan gurunya meminta supaya tunggu pada hari Isnin lepas.


"Dia ada memaklumkan perkara itu kepada ibunya semasa pulang dari sekolah pada Khamis lalu tetapi pada malam Jumaat, dia minum racun," katanya.


Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kajang, Asisten Komisioner Ab. Rashid Ab. Wahab ketika dihubungi mengesahkan kejadian dan siasatan sedang dijalankan.


p/s cam cite afdlin shauki...


Last edited by tongkatwaran75 on 9-2-2014 08:45 PM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 9-2-2014 09:42 AM | Show all posts

SMK Bandar Rinching, Semenyih, Selangor tempat Kavinraj belajar.


Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2014 09:49 AM From the mobile phone | Show all posts
knp.x jumpa cikgu kaunseling kat skolah tu.. maybe ada solution lain..
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2014 09:52 AM | Show all posts
kasihannya...
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2014 09:59 AM | Show all posts
ala kesiannya....
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2014 10:01 AM | Show all posts
kesiannya..agak2nya klu dah bgtau pihak sekolah minta tukar kelas, sampai hujung tahun tak tukar, asyik cakap tunggu minggu depan sajalah..
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 9-2-2014 10:03 AM | Show all posts
Bagi budak baya2 tu kalau xde kawan..tu masalah dunia bg mereka.

Pengawas pula tu kan.lagi la orang x bape suka...
Takziah..
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2014 10:11 AM | Show all posts
pengawas duk kelas paling last - sah2 kena bahan teruk dia ni
kesiannya - aku harap pembuli dan cikgu tu tak leh hidup tenang
biar teringat hal ni sampai bila2
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2014 10:20 AM | Show all posts
masa kat sekoleh menengah..i tak pernah kena buli lagi..sebab bukan jenis pendiam...cubala buli sebab i memang jenis melawan balik....malah ramai juga yang nak dekat...tak kira lelaki atau perempuan..


tp anak lelaki sulung ni..jenis pendiam..jenis tak berapa suka nak berkawan dgn ramai..hmm..risau pulak..
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2014 10:22 AM | Show all posts
kesian budak ni...tertekan sampai bunuh diri

ntah ape ape je budak budak zaman skarang, suka sangat buli org
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2014 10:25 AM From the mobile phone | Show all posts
Kesiannya, brp lama masalah ni berlarutan? Mak mendiang tak kan tak detect something, tak kan suruh bersabar je. Budak budak kot, fikiran tak matang lagi  
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2014 10:26 AM | Show all posts
kesiannya
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2014 10:29 AM | Show all posts
jgn bunuh diri, patut bunuh pembuli tu...!!
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2014 10:36 AM | Show all posts
huh...

orang yang suka memperkecilkan orang lain sebenar nya pseorang yang ada masalah mental...

sendiri tak perfect pastu suka carik kesalahan org lain, dgn harapan orang tak pandang diri dia, tapi si 'kambing hitam' tadi

kalo aku jadi budak nie, aku hempuk budak tu sekor2...

samada aku mati melawan, atau diorang mati melawan..

atleast kematian tak sia..

Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2014 10:43 AM From the mobile phone | Show all posts
Budak2 mmg suka mengejek... mempermainkankan nama bapa tu mmg selalu dgr... kesian adik ni... tertekan sampai macam tu skali
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2014 10:53 AM | Show all posts
apa kena mengena dgn aldflin shaukin ?
dia pun minum racun jugak kah ?
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 9-2-2014 10:59 AM From the mobile phone | Show all posts
_nursha_ posted on 9-2-2014 10:22 AM
kesian budak ni...tertekan sampai bunuh diri

ntah ape ape je budak budak zaman skarang, suka sang ...

laaa igtkan xde bapa sbb ank luar nikah ke hapa.....smpai bunuh diri
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2014 11:00 AM | Show all posts
Terbaca gak tadi..kesian budak tu kecik2 lg dah stress gamaknya ...
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2014 11:08 AM | Show all posts
Kelemahan pada bangsa yang satu ni ialah bila dah tak boleh nak buat jalan penyelesaian, selalu pilih jalan singkat bunuh diri.. Kesian sungguh. Harap yang mengejek tu dapat pengajaran sewajarnya..
Reply

Use magic Report

Post time 9-2-2014 11:17 AM | Show all posts
highcastle posted on 9-2-2014 11:08 AM
Kelemahan pada bangsa yang satu ni ialah bila dah tak boleh nak buat jalan penyelesaian, selalu pili ...

bangsa ni dah kira mcm budaya,....bila tertekan bunuh diri...minum racun....

cina pulak terjun bangunan...


tp bangsa kita melayu pun dah mula terikut2 sekarang...tp dgn cara gantung diri

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

13-5-2024 07:19 AM GMT+8 , Processed in 0.320358 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list