Misteri lebam di lengan Fathia
Ketika ini ramai peminat membanjiri Panggung Sari Istana Budaya, Kuala Lumpur bagi menyaksikan teater muzikal Bidasari lakonan Nur Fathia, Aiman Hakim Ridza, Raja Azura dan Jalaluddin Hassan.
Ramai rakan SS memuji teater itu kerana ia berkonsepkan kisah klasik yang diangkat daripada kisah dongeng dahulu kala. Dulu ramai peminat filem pernah menyaksikan Seniwati Sarimah Ahmad beraksi sebagai Bidasari dalam filem arahan Datuk Jamil Sulong dan kali ini Fathia pula beraksi di pentas teater di bawah arahan Lokman Ghani. Di sebalik kehebatan Fathia itu, rakan SS memberitahu dia ternampak sesuatu yang aneh di lengan aktres siri Ariana Rose itu.
Terkejut rakan SS apabila ia berupa kesan-kesan lebam seperti kena pukul, cedera dan macam didera.
Terus rakan SS bertanya adakah ia disebabkan babak kena dera dengan Raja Azura (Permaisuri Laila Sari) namun Fathia menafikan perkara itu kerana dia hanya teruk ditarik rambut saja. Seingat Fathia tidak ada aksi belasah yang teruk di bahagian tangannya itu.
Jadi dari mana datangnya kesan lebam itu. SS difahamkan Fathia sendiri tidak tahu bagaimana kesan itu boleh terjadi dan apa yang tidak enak, dia berkata ada sesuatu yang ganjil dirasakan dalam pementasan Bidasari. Biar betul Fathia!
Apapun rakan SS memuji habis lakonan Raja Azura yang bengis sebagai ibu tiri kejam dan jahat
|