CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 4564|Reply: 11

Pemakanan mengikut jenis darah

[Copy link]
Post time 14-2-2014 03:10 PM | Show all posts |Read mode
14 Feb - Patutkah anda mengikuti diet tertentu dan senaman berdasarkan jenis darah anda? Itulah apa yang telah dicadangkan oleh Dr. D'Adamo di dalam bukunya yang bertajuk 'Eat Right for Your Blood Type'. Dr. D'Adamo adalah seorang doktor 'naturopathic' yang merasakan bahawa jenis darah boleh menentukan penyakit dan penyakit-penyakit yang mungkin akan dihidapi oleh badan anda. Ia adalah satu pendekatan yang menarik, namun belum ada kajian lagi dijalankan, dan tidak ada kajian yang menunjukkan jenis darah boleh menjadi peramal untuk perkembangan sesuatu penyakit.


Walaubagaimanapun, jika anda tertarik dengan idea berdiet mengikut jenis darah, anda boleh teruskan membaca.

Apa yang menentukan kuantiti?
Wanita akan makan dalam kuantiti jumlah yang rendah setiap hari. Menurut Dr. D'Adamo, pengiraan ini adalah berdasarkan etnik. Dalam jenis darah, anda perlu mengubah pengambilan kumpulan makanan tertentu mengikut kumpulan etnik anda seperti Asia, Caucasian atau Afrika-Amerika.

Kumpulan makanan dan jenis darah
Jenis O dinasihatkan untuk mengamalkan pemakanan daging tanpa lemak, ayam , ikan, buah-buahan dan sayur-sayuran, bijirin dan tenusu serta senaman dengan bersungguh-sungguh.

Jenis A perlu mengamalkan makan makanan soya, bijirin, sayur-sayuran organik dan melakukan senaman yang lebih lembut.

Jenis B perlu makan makanan tenusu, daging, hasil keluaran , jagung atau gandum dan melakukan senaman yang sederhana serta dinasihatkan tidak mengambil terlalu banyak kekacang.

Jenis AB harus makan makanan laut, tauhu, susu, ayam, daging lembu dan melakukan senaman yang menenangkan.

Faedah mengamalkan pemakanan mengikut jenis darah
Dr. D'Adamo menyarankan untuk mengambil lebih banyak buah-buahan dan sayur-sayuran, dan makan protein yang mencukupi dengan mengambil daging tanpa lemak, ayam, makanan soya, makanan laut dan susu rendah lemak. Beliau juga mengesyorkan untuk memakan lemak setiap hari, dan menghadkan gula dan alkohol.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2014 03:35 PM | Show all posts
@nanacinta ini ada pasal jenis pemakanan ikut blood type yang munchkin mention tu.
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2014 03:38 PM | Show all posts
thank you @AthirahRahmat , thanks @munchkin ...memang bermanfaat...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 14-2-2014 04:16 PM | Show all posts
nanacinta posted on 14-2-2014 03:38 PM
thank you @AthirahRahmat , thanks @munchkin ...memang bermanfaat...

Welcome
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2014 04:38 PM | Show all posts
nanacinta posted on 14-2-2014 03:38 PM
thank you @AthirahRahmat , thanks @munchkin ...memang bermanfaat...

welcome dear
Reply

Use magic Report

Post time 18-2-2014 12:45 PM | Show all posts
mcm tu plak... aku main sapu ja... tak kira apa pon.. janji halal dan tekak aku blh layan...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 25-2-2014 02:14 PM | Show all posts
sy rase ade logik nye jugak artikel ni..
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2014 05:42 PM | Show all posts
info yang bagus! sbb mmg tgh pulun diet ni.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 6-3-2014 08:34 PM | Show all posts
aku darah jenis o
Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2014 11:58 AM | Show all posts
iols A, nk try la diet ikut darah ni
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2014 09:57 AM | Show all posts
tak taw darah jeni ape..
Reply

Use magic Report

Post time 17-3-2014 12:58 PM | Show all posts
bagus ke pemakanan ikot jenis darah nie !!
unbalance je tuk type B !! huhuhu..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

Category: Kesihatan


ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

23-4-2024 08:03 PM GMT+8 , Processed in 0.614021 second(s), 37 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list