CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

1234Next
Return to list New
View: 9308|Reply: 60

Punya Bakat, Daya Penarik, Tetapi Masih Solo

[Copy link]
Post time 14-2-2014 08:39 PM | Show all posts |Read mode
14 Feb 2014, 03:00pm   |   Kamaruddin Razal



Mereka punyai kerjaya, kewangan yang stabil dan rupa paras kacak bergaya. Mereka menjadi kegilaan ramai wanita di luar sana. Punyai ramai peminat, mereka juga bukan sahaja berbakat dalam bidang hiburan, malah ada di antara mereka juga menceburkan diri dalam bidang perniagaan.

Namun begitu, sehingga sekarang mereka masih belum mendirikan rumah tangga. Ada di antara mereka sudah mempunyai kekasih, namun ada juga di kalangan mereka yang hatinya masih belum dimiliki. Jom kita semak lima orang jejaka yang GUA boleh klasifikasikan sebagai eligible bachelor!


Hans Isaac, 43



Pemilik nama Gerald Hans Isaac ini mula menceburkan diri sebagai peragawan dan seterusnya bergiat aktif dalam bidang seni lakon. Mula membuka lembaran dalam bidang perfileman sebagai aktor menerusi filem arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba yang berjudul ‘Ringgit Kassorga’ di samping Deanna Yusof,  Datin Seri Tiara Jacquelina, Hani Mohsin dan ramai lagi pada tahun 1993, Hans mengorak langkah optimis mencipta pelbagai kejayaan dalam bidang seni.

Antara filem-filem lakonannya ialah Hanya Kawan, Gemilang, Laila Isabella, Buli Balik dan banyak lagi. Hans juga bergelar pengarah dan penerbit menerusi syarikat miliknya sendiri, Tall Order Productions. Hans pernah menerbitkan drama untuk siaran televisyen, filem dan juga mementaskan beberapa judul teater. Dikatakan berkawan rapat bersama aktres Neelofa, sehingga kini hati Hans masih belum dimiliki. Pastinya ramai gadis di luar sana menantikan bilakah saatnya Hans bakal mengakhiri zaman bujang!


Fahrin Ahmad, 35



Bermula sebagai seorang pengacara untuk program siaran Astro pada tahun 2002 yang berjudul ‘XY’, semenjak itu Fahrin tidak menoleh ke belakang lagi dan membuka langkah untuk memperluaskan perjalanan kariernya dalam bidang seni. Bakatnya dalam bidang lakonan mula dicungkil oleh pengarah prolifik, Rashid Sibir menerusi drama siaran TV3 yang berjudul ‘Banglo No. 1’.

Jejaka yang mempunyai kelulusan dalam bidang undang-undang ini begitu aktif dalam bidang lakonan, pengacaraan dan dia juga menjadi duta bagi beberapa produk. Terbaru, Fahrin bergandingan bersama Remy Ishak, Neelofa, Izara Aishah dan banyak lagi dalam sebuah filem adaptasi novel berjudul ‘Pilot Café’ arahan Osman Ali.

Jejaka yang aktif dalam sukan ragbi ini pernah bercinta dengan dengan penyampai radio, Linda Onn dan pelakon Scha Al Yahya. Namun begitu, sehingga kini Fahrin masih solo. Siapakah gerangan gadis bertuah yang berjaya menambat hati Fahrin?


Anuar Zain, 44



Siapa boleh lupa lagu ‘Kain Pelikat’ dan ‘Suasana Hari Raya’, duet Anuar Zain bersama Ellina yang memperkenalkan jejaka ini dalam industri hiburan tanah air. Pernah menghasilkan beberapa album duet bersama Ellina sewaktu zaman kanak-kanak, Anuar hilang seketika dalam dunia seni suara dengan memilih untuk terbang di awan biru.

Setelah sepuluh tahun menyepikan diri, Anuar kembali merencana kerjayanya sebagai penyanyi solo pada tahun 1998. Semenjak itu, Anuar beroleh kejayaan demi kejayaan dalam bidang seni. Anuar juga pernah membintangi dua buah filem iaitu ‘Soal Hati’ dan ‘Bintang Hati’. Dikhabarkan sebagai antara penyanyi yang menerima bayaran yang mahal setiap kali persembahan, kemunculan Anuar di khalayak umum tidak pernah menghampakan peminat-peminatnya. Anuar berjaya menempatkan diri dalam kelasnya yang tersendiri. Namun sehingga kini Anuar masih lagi membujang walaupun usianya telah mencecah angka 40-an.


Qi Razali, 37



Empunya nama Qushairi Mohammed Razali ini mula menjinakkan diri dalam bidang seni sebagai pemain dram kumpulan OAG. Selepas lama mendiamkan diri, Qi muncul semula dalam arena seni dengan menceburkan diri dalam bidang pengacaraan pula. Tahun 2007 memperlihatkan Qi beraksi sebagai pengacara untuk rancangan ‘Destinasi Bajet’, siaran 8TV.

Perjalanan seni Qi tidak terhenti di situ sahaja, malah wajah Qi menghiasi pelbagai rancangan seperti ‘Jalan Jalan Cari Makan’, ‘Art Attack’, ‘Field Trip USA’ dan banyak lagi. Aksi santai Qi menarik minat banyak program televisyen untuk menjadikan Qi sebagai teraju mereka. Selain itu, Qi juga bergelar pelakon menerusi beberapa drama bersiri seperti ‘Blogger Boy’, ‘Sebenarnya Saya Isteri Dia’ dan ‘Friday I’m in Love’.

Pernah menyulam kasih bersama Julie Woon dan Yuna, kini Qi sedang hangat bercinta bersama aktres muda Nelydia Senrose. Namun begitu, masih belum ada tanda-tanda lagi bilakah Qi bakal menamatkan zaman bujangnya bersama Nelydia.


Pekin Ibrahim, 33



Pekin atau nama sebenarnya, Mohd Iznan Ibrahim merupakan seorang jejaka kelahiran Negeri Cik Siti Wan kembang, Kelantan. Mula menceburkan diri dalam bidang lakonan semenjak tahun 1996, wajah Pekin banyak menghiasi drama-drama di kaca televisyen. Langkah Pekin dalam bidang perfileman pula bermula pada tahun 2004 menerusi filem ‘Di Ambang Misteri’ arahan Silver Chung. Selain itu, Pekin pernah membintangi beberapa filem lain seperti ‘Bicara Hati’, ‘Cinta Terakhir’, ‘Skrip 7707’, ‘….. Dalam Botol’, ‘Hantu Kak Limah Balik Rumah’, ‘Apokalips X’, ‘Paku Pontianak’, ‘Bunohan’, ‘Tokan’ dan banyak lagi.

Pernah berkasih bersama aktres Ayu Raudhah, nama Pekin kini semakin meniti populariti apabila dia tersenarai dalam calon Top 5 Pelakon Filem Lelaki Popular Anugerah Bintang Popular Berita Harian tahun ini. Namun begitu, status Pekin kini masih menjadi tanda tanya kerana dikhabarkan hubungan cintanya pelakon Uqasha Senrose menemui jalan buntu. Uqasha mengeluarkan keyataan yang hubungan mereka sudah putus tetapi Pekin pula berpendirian untuk tidak memberikan sebarang komen mengenai kisah cinta mereka.




Credits: gua.com.my

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2014 08:54 PM | Show all posts
kalo dah pakai bedak begini.....im not judging but..
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2014 09:15 PM | Show all posts
Qi dah 37 upenye...mcm 27
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2014 09:19 PM | Show all posts
yg no 2 tuh i nak reserve utk lofa.boleh? hihihi
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2014 10:00 PM | Show all posts
tak sangka qi tu 37 woooo
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2014 10:01 PM | Show all posts
famri7 posted on 14-2-2014 08:54 PM
kalo dah pakai bedak begini.....im not judging but..

pekat sket lagi mcm marilyn manson
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 14-2-2014 10:53 PM | Show all posts
hahaha .. sian bung nuar korang perlakukan sebegitu .. hahaha
Reply

Use magic Report

Post time 14-2-2014 11:11 PM | Show all posts
Women nya rupa kak anuar, sikit hari lg bedak dia sama tebal dgn ziana kot
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-2-2014 11:22 PM | Show all posts
lotionmilo posted on 14-2-2014 09:19 PM
yg no 2 tuh i nak reserve utk lofa.boleh? hihihi

pahrin k uols?
bukan ke dia nk wanita muslimah tapi urban?
lopa seksi la... x cukup syarat kemuslimahan nya itu




Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2014 01:30 AM | Show all posts
aku take nombor 2
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2014 02:42 AM | Show all posts
geli sgt tgk bang nuar
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2014 04:51 AM | Show all posts
Ikut suke korg lah...yg pasti seme yg kat atas ni poyo..mungkin qi je x poyo sbb dh ada awek yg muda belia..yg len2 mengada2 lebih..
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2014 05:16 AM From the mobile phone | Show all posts
lotionmilo posted on 14-2-2014 09:19 PM
yg no 2 tuh i nak reserve utk lofa.boleh? hihihi

I pon nak tlg reservekam utk lofa.. Boley x?? Hihihi..
35:25 sesuai sgt

**awatla masih mengharap aku ni..
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2014 09:37 AM | Show all posts
eligible bachelor?
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2014 09:53 AM | Show all posts
Tgk muka nuar tu mcm xde harapan jer
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2014 10:04 AM | Show all posts
banyak ke duit pekin?? oopppss
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 15-2-2014 10:34 AM | Show all posts
famri7 posted on 14-2-2014 08:54 PM
kalo dah pakai bedak begini.....im not judging but..

serupa pondan
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2014 10:47 AM From the mobile phone | Show all posts
lotionmilo posted on 14-2-2014 09:19 PM
yg no 2 tuh i nak reserve utk lofa.boleh? hihihi

Tak boleh.. his mine..... hehehheehe
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2014 10:49 AM | Show all posts
chenta_dewi posted on 14-2-2014 09:15 PM
Qi dah 37 upenye...mcm 27

yer la...aku pun mati2 ingat dia belum 30 pun
dia 37, abg dia shahrin brapa ek.. 45 kot..?
Reply

Use magic Report

Post time 15-2-2014 10:51 AM | Show all posts
amboi ramainya nak abam parin? akak nuar jeng x nak ke?
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

16-5-2024 10:19 AM GMT+8 , Processed in 0.444991 second(s), 46 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list