CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 6014|Reply: 45

TIGA Harap Tidak Terus Dikaitkan Dengan Kes Penipuan Arween

[Copy link]
Post time 26-2-2014 09:49 AM | Show all posts |Read mode
Sumber: Malaysian Digest


Kumpulan Tiga. (dari kiri) Alfie, Maya dan Zack. Kredit foto Faisol Mustafa.

Kumpulan 'vokal berharmoni' Tiga mengakui kes penipuan yangg melibatkan salah seorang bekas ahli kumpulan mereka iaitu Arween memberi impak besar sekaligus sedikit menjejaskan pergerakan mereka sebagai kumpulan baru dalam industri hiburan tempatan. Lebih teruk, mereka juga dipandang serong oleh segelintir pihak ekoran kes tersebut.

"Kami akui selepas kerja penipuan dia (Arween) terbongkar, pada awalnya kami turut dipandang serong dan menerima tanggapan negatif oleh segelintir pihak. Banyak juga kesukaran yang kami hadapi, maklumlah kami kumpulan baru dan bergerak sendiri. Tapi lama kelamaan pergerakan kumpulan kami kembali lancar.

"Justeru kami ingin jelaskan di sini bahwa TIGA tidak ada kaitan lagi dengan dia dan kami anggap perkara ini sudah selesai. Lagipun kes ini sudah menjadi kes polis dan dia pun kini dibawah pemantauan pihak berkuasa", katanya Alfie mewakili dua lagi rakannya, Zack dan Maya ketika ditemui pada majlis pelancaran klip video single mereka berjudul 'Pengakuan', bertempat di Redbox Sogo, semalam.

Pada 29 Januari lalu, Arween atau nama sebenarnya Mohd Qhairol Iqshssan didakwa di Mahkamah Majistret Ampang atas tuduhan pecah amanah yang melibatkan wang tunai RM235,400.

Tambah Alfie lagi, dia sama sekali tidak menyangka bekas ketua kumpulan mereka itu terlibat dengan kes penipuan sedangkan selama ini Arween disifatkan sebagai seorang yang individu yang baik.

"Saya lebih lama mengenali Arween berbanding Zack dan Maya. Selama lima tahun kenal dia, dia seorang yang baik dengan rakan-rakan. Kami betul-betul tak sangka dia boleh terjebak dengan kegiatan tersebut", katanya.

Dalam pada itu Zack pula berkata, sebelum dia diberkas, selama tiga bulan Arween menghilangkan diri tanpa khabar. Sebagai satu kumpulan, pada mula mereka memberi peluang kepada Arween untuk memberikan penjelasan atas apa sebenarnya yang berlaku. Namun mereka gagal menghubungi Arween sehinggalah mengetahui berita penangkapannya.

Bagaimanapun mereka telah memaafkan Arween namun tidak kata Zack, mereka tidak mungkin menerimaya kemabli sebagai ahli kumpulan TIGA. Sejak bulan November tahun lalu, TIGA secara rasmi bergerak bertiga.

Tiga kini selesa bergerak bertiga.

"Kami bagi dia peluang untuk buat penjelasan, tapi dia tak muncul-muncul. Selama tiga bulan kami tak dapat hubungi dia hinggalah kami dapat tahu dia telah ditangkap.

"Apapun, kami bersyukur sebab perkara ni terjafdi lebih awal. Kami maafkan dia. Tapi tak mungkin kami bolehh terima dia kembali menyertai TIGA. Kami kini sudah selesa bergerak bertiga dan tidak akan mencari pengganti", katanya yang turut memberitahu mereka secara rasmi mula bergerak bertiga sejak November tahun lalu.........................................................


Baca Lanjut: http://www.malaysiandigest.com/h ... enipuan-arween.html
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


 Author| Post time 26-2-2014 09:50 AM | Show all posts

Maya (Tiga) Akan Dapat Semula Wangnya RM26,500

Sumber: Malaysian Digest



Kredit foto Faisol Mustafa.

Ahli kumpulan vokal berharmoni, Maya yang menjadi salah seorang mangsa penipuan bekas ketua kumpulannya sendiri, Arween, memberitahu dia akan mendapat semula wangnya sebanyak RM26,500.

Bertemu pemilik nama sebenar Maya Haryanto ini di majlis pelacaran klip video single Tiga berjudul 'Pengakuan', gadis berusia 22 tahun ini berkata, pihak bank berjanji akan mengembalikan semula wangnya itu.

"Alhamdulillah, pihak bank beritahu saya akan dapat semula wang saya", katanya ringkas.

Tahun lalu, Maya melaburkan sejumlah wang tersebut sebagai bayaran pendahuluan pinjaman perumahan dan urusan tersebut telah dikendalikan oleh kepada Arween. Malangnya Maya telah ditipu oleh rakan sekumpulannya itu sendiri.

Pada 29 Januari lalu, Arween atau nama sebenarnya Mohd Qhairol Iqshssan didakwa di Mahkamah Majistret Ampang atas tuduhan pecah amanah yang melibatkan wang tunai RM235,400. Selain Maya Arween juga tela menipu lapan lagi individu lain.

Mengimbas semula bagaimana dia begitu mudah mempercayai Arween, Maya berkata, dia tidak pernah meragui Arween memandangkan lelaki itu bekerja dalam sektor perbankan.

Malahan selama mengenali Arween, Maya menggambarkan bekas penyanyi itu sebagai seorang sahabat yang sangat baik dan sentiasa memahami.

"Saya percaya dan mahu berurusan dengan dia sebab dia pun seorang pengawai bank. Lagipun kami kawan. Tapi tak sangka pula tiba-tiba semua ini boleh terjadi.

"Saya dengan ahli kumpulan Tiga yang lain berusaha menghubunginya namun tiada sebarang jawapan. Tahu-tahu, dia sudah ditangkap polis", katanya.



Baca Lanjut: http://www.malaysiandigest.com/h ... ngnya-rm26-500.html
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2014 09:51 AM | Show all posts
so ending stori ......lancar album tp lebih byk kisah x-anggota yg kena tangkap
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2014 09:53 AM | Show all posts
sendunya
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2014 09:54 AM | Show all posts
xknal pn...
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2014 09:55 AM | Show all posts
ni artis negara mana ni? Indonesia? Singapore? Brunei Darussalam?
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 26-2-2014 09:56 AM | Show all posts
sendu habis
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2014 09:58 AM | Show all posts
errr... siapa?? arween siapa???

pi pasal ape???

awat sendu sangat nih...

sampai tak kenal pun group tiga nih..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2014 10:14 AM | Show all posts
skrg baru la cocok ngan nama kumpulan
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2014 10:24 AM | Show all posts
ehhhhh artis dari planet mane ni
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2014 10:24 AM | Show all posts
tak kenal pun, maaf ya..
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2014 10:34 AM | Show all posts
saper dorang nie?? sorry.. memang tak kenal lansung..
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2014 10:37 AM | Show all posts
tiga akhirnya betiga sahaja, hahaha...
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2014 10:39 AM | Show all posts
tak knal n malas nak bc pasal TIGA neh...
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2014 10:41 AM | Show all posts
sape ni???betol2 tak kenal..
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2014 11:15 AM | Show all posts
mana arween nya???
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 26-2-2014 11:39 AM | Show all posts
siapa diorang ni?
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2014 11:51 AM | Show all posts
oooohhh ni la yg ramai2 kat redbox tu... aku ngan kwn aku gelak jer sbb tgk banner tu sumpah x kenal langsung.... iollss x gi redbox... lalu ajer nak menuju ke belakang.... kuikuikui
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2014 11:53 AM From the mobile phone | Show all posts
Artis mana ni.. Seljuk beku sungguh
Reply

Use magic Report

Post time 26-2-2014 12:10 PM From the mobile phone | Show all posts
Sendu amat....haram x kenal
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 02:18 AM GMT+8 , Processed in 0.063720 second(s), 45 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list