Iols yang melaporkan,
Iols keluar rumah dalam pukul 11.05 rumah iols dekat je dengan Paradigm Mall. Masuk kereta iols terus sms azie.dz bertanyakan lokasi sheols and the gang. Sms iols di balas oleh ichi, katanya theyols dalam perjalanan. Iols pun tanpa menbuang masa terus bergerak ke Paradigm mall. Iols tiba lebih kurang 11.20 minit. Nasib baik masih awal parking pun senang nak cari. Lepas parking iols sms ichi dan tanya lokasi theyols, rupanya theyols punda sampai dan tengah cari parking jugak.
Tanpa buang masa iols terus naik ke LG, tak berapa lama kemudian diaorg azie.dz sms iols menberitahu lokasi theyols dimana. Iols terus mencari rupanya atas floor iols sahaja kami pun berkenalan sambil bersalaman. Azie.dz menperkenalkan iols pada ichi, ismaha, yoonarang dan makdik2301.
Selesai sesi perkenalan kami pun bergegas mencari lokasiyang ditetapkan oleh daus. Akhirnya kami sampai juga di tempat pertemuan,kelihatan daus, smod Isabel, Mafilee telah sampai dulu. Tidak lama kemudian JC& linome jua tiba. Mod daus mengagihkan hadiah kepada pemenang.
Kami berbual-bual manakala smod Isabel, daus dan yang lain sibuk menguruskan tempahan. Setelahsemua diuruskan kami pun dijemput masuk untuk mengambil tempat. Ada 2 meja yang disediakan kami mengambil tempat di meja yang kedua. Tak lama itu tibalah limau dan amyhisashi dan mereka duduk di meja pertama bersama smod Isabel, daus, JC dan linome.
Geng di meja kedua tak habis-habis bercerita tentang K-dramayang hot buat masa ini. Ada yang menbuat lawak sampai tergelak-gelak. Kemudian kami pun beransur-ansur mengambil makanan dan memulakan sesi memasak. Kimchitidak dilupakan ok, sekali rasa alamak masin dan masam . Disebabkan kekecohan perbualan dan gelak sakan kami, kami hamper di tegur oleh pelangan direstoran itu. Pakcik gamaknya mesti menyirap je dia sebab kami bising-bisingtu.
Tak lama kemudian Skymania dan seroja pun tiba, lagi rancak perbualan kami. Masing-masing sibuk bercerita dan menbuat lawak makanya lagi sekali kami kena tegur dek pakcik itu.
Daus pula sekali sekala menyinggah dimeja kami dan berborak sambil mengenali kami dengan lebih rapat lagi. Rupanya ada lagi yang datang tak lama itu, iaitu eyka dan teky tidak lama kemudiannya.
Selesai menunggu diaorang makan kami pun bergambar bersama-sama sebagai kenangan. Iols minta diri untuk pulang dulu. Lalu iols pun bersalaman sambil berlaga pipi dengan rakan-rakan yang lain.
Iols mohon next gathering jangan lupa invite iols lagi.
TenQ semua.. muahhh
|