CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 5320|Reply: 9

Gadis Itu Paling P&C Dalam Hidup Saya - Hafiz

[Copy link]
Post time 27-2-2014 04:11 PM | Show all posts |Read mode
Sumber: Malaysian Digest


Kredit foto Faisol Mustafa.

Dalam diam-diam penyanyi Hafiz Suip rupanya kini sedang intim dengan seorang gadis yang bergelar pelajar. Berkongsi hal tersebut dengan pihak media, Hafiz berkata dia dan gadis misteri itu sudah berkawan sejak lebih empat tahun.

Bagaimanapun pelantun lagu 'Bahagiamu Deritaku' ini enggan berkongsi lanjut mengenai siapakah gerangan teman istimewanya itu kerana menghormati privasi gadis tersebut.

"Saya akui gadis yang datang bersama saya sewaktu di konsert MLM lalu adalah teman saya. Kami berkawan dengan dah lama, lebih dari empat tahun. Dia orang yang paling 'P&C (private & confidential)' dalam hidup saya.

"Dan buat masa ini saya tak boleh dedah namanya kerana saya menghormati privasi dia juga ibu dan ayahnya. Lagipun kami masih sedang mengenali antara satu sama lain. Dia pun masih belajar", tutur Hafiz ketika ditemui pada majlis Doa Kesyukuran Sempena Kejayaannya Sepanjang 2013, bertempat di Hotel Hilton, Kuala Lumpur.

Hafiz bersama ibu bapanya, Mohd Suip dan Halizawati Salleh.

Pemilik nama sebenar Mohd Hafiz Mohd Suip, 24, ini berkata demikian tatkala diminta menjelaskan siapakah gadis yang menemaninya sewaktu di konsert Akhir Maharaja Lawak Mega (MLM) yang berlangsung beberapa minggu lalu.

Tambah Hafiz lagi, dia tidak mahu terburu-buru dalam memikir peringkat perhubungan mereka yang seterusnya kerana buat masa ini mereka berdua perlu menumpukan perhatian pada komitmen masing-masing. Namun Hafiz berharap hubungan mereka sentiasa mendapat restu daripada ibu bapa masing-masing.

"Kalau saya berkawan dengan sesiapa, saya mesti perkenalkan dengan keluarga saya dahulu. Sebab saya nak mereka tahu dengan siapa saya berkawan. InsyaAllah mudah-mudahan kami sentiasa direstui oleh ibu bapa...........................................

Baca Lanjut:http://www.malaysiandigest.com/h ... dup-saya-hafiz.html
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 27-2-2014 04:23 PM | Show all posts
wa rasa wa suka dengan gaya rambut hafiz yg baru ni..

wa pun minat ngn awan nano
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2014 04:29 PM | Show all posts
bosannye la dia nih. . .
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2014 04:48 PM | Show all posts
untung awek dia, muda2 Hafiz dah duit byk.
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2014 04:51 PM From the mobile phone | Show all posts
Dah 4 tahun kawan..kawen ja lah apis oiii
Reply

Use magic Report

Post time 27-2-2014 05:09 PM | Show all posts
imej terbaharu Hafiz :






Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 27-2-2014 11:18 PM | Show all posts
semoga berbahagia jelah kan
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2014 12:25 AM | Show all posts
okey good. imej baru. nampaklah dewasa sikit.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 28-2-2014 12:37 AM | Show all posts
konsert akhir maharaja lawak? kategori konsert ke tu? #offtopic
Reply

Use magic Report

Post time 28-2-2014 02:50 AM | Show all posts
Hafiz bila botak ni nampak comel pulak. Semoga ke jinjang pelamin lah hendaknya dengan yang ini
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

22-5-2024 09:05 AM GMT+8 , Processed in 0.062973 second(s), 35 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list