Soseh Soseh: Aktor popular minat kaum sejenis
MELIHAT wajah dan susuk tubuhnya, ramai gadis dan wanita separuh usia boleh cair dan ‘tangkap cintan’. Namun sayang seribu kali kerana apa yang dibayang-kan itu rupanya hanya sebuah kisah dongeng semata-mata.
Hakikat ini kerana gosip mula bertiup kencang me-ngatakan seorang aktor yang cukup popular ketika ini seorang gay dan meminati kaum sejenis. Apakah benar?
Kalau betul, rasanya ketika ini juga, SS nak nyanyi lagu Aduh (Ajai) bagi ditujukan kepada jutaan peminat di luar sana. Kalau mereka tahulah siapa aktor yang SS maksudkan itu, tentu ramai yang akan buat terjunan ‘bungee’ di lereng Bukit Malawati.
Namun itulah yang sering terjadi dalam dunia hiburan. Ramai pelakon yang disangka ‘macho’ rupanya bersikap ‘dual band’. Kiri boleh dan kanan juga boleh.
Perkara ini diperkatakan mereka yang terbabit dalam produksi lakonan aktor itu. Memang di depan kamera dia nampak serasi dengan pelakon cantik tetapi balik ke rumah dia rupanya ada buah hati yang tidak kurang kacaknya.
Entahlah tak berani SS nak cerita lebih-lebih namun apa yang dapat SS katakan, aktor itu memang handal berlakon dan licik untuk melindungi identiti dirinya yang sebenar.
SS hanya berdoa agar dia segera insaf dan kembali ke pangkal jalan. Usah dilayan nafsu songsang kerana ia akan memakan diri di belakang hari.
SS: Minat tengok filem Uda & Dara, Romeo & Juliet.
Artikel ini disiarkan pada : 2014/02/28
Lama tak bukak benang, wahai mod, kalau tak relevan sila katup
Last edited by rosasa on 28-2-2014 07:37 AM
|