CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

123Next
Return to list New
View: 65010|Reply: 44

[Tempatan] ReLoad: Noritta Samsudin dan Altantuya Mangsa Politik?

 Close [Copy link]
Post time 5-3-2014 06:22 PM | Show all posts |Read mode
Edited by FanTasyCreaTioN at 17-5-2019 12:16 PM

Selepas itu muncul lagi satu kes pembunuhan membabitkan masyarakat kelas atasan degnan terbunuhnya Norita Shamsudin pada 2003. Seorang yang tidak besalah, Hanif Basree telah ditangkap dan didakwa kerana membunuh kekasihnya, konon. Sejak dari mula lagi Haniff kelihatan lebih sebagai orang ngok yang mudah dikelentong. Memang jelas dari awal perbicaraan lgi Haniff akan dibebaskan dari segala tuduhan.

Memang terdapat banyak perkara yang amat ganjil dalam kes itu – antaranya ialah lapuran berita TV pada 14 Disember 2003, mengatakan bahawa KPN ketika itu, Datuk Seri Mohd Bakri Omar, telah mentakrifkan kes itu di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA)

Norita telah didapati terbunuh di satu apatmen yang disewanya di Sri Hartamas di mana mayatnya telah dijumpai oleh rakan sebiliknya. Mengikut testimoni mahkamah dua orang matagelap polis adalah yang mula-mula sekali tiba di tempat kejadian dan dengan serta- merta telah menutup pintu bilik untuk bersendirian dengan mayat Norita lebih dari dua jam. Pasukan penyaisat polis tiba di tempat kejadian hanya selepas itu.
Rakan sebilik Norita telah menyatakan di mahkamah bahawa kali pertama dia (bersama seorang rakannya) terjumpa Norita si mati berada dalam keadaan terbaring dengan kaki terkangkang, tetapi sejurus dua orang matagelap itu pergi, dia mendapati mayat Norita sudah diikat tangannya di bahagian belakang.

Mereka telah menjumpai telefon bimbit Norita dan adalah dipercayai beliau memang ada membaut dan menerima panggilan yang melibatkan seorang ternama (VIP) pada malam dia dibunuh. Panggilan telefon itu tentu sekali dapat membuka kunci rahsia mengenai keadaan kematian. Akan tetapi kenapakan Pendakwaraya tidak pernah mengemukakan rekod telefon Norita di mahkamah? Apabila bahan bukti yang amat penting semacam ini sengaja diketepikan, Pendakwaraya sengaja melemahkan kes itu. Itu sebabnya Hanif Basree berjaya keluar bergaya tanpa perlu mempertahankan dirinya.

Sebagai rumusan; seorang insan yang tidak bersalah telah ditangkap, kemudian dibicarakan sebelum dibebaskan. Keadilan telah dilaksanakan, konon. Yang pentingnya kes itu sudah ditutup. Selepas dua minggu, semua orang akan melupakannya untuk terus hidup semacam biasa. Sehinggalah muncul satu lagi pembunuhan melibatkan orang ternama.

Kini pada 2006, sekali lagi kita ada kes pembunuhan melibatkan golongan atasan. Inilah kes Altantuya Shaaribuu, seorang wantia berusia 28 tahun yang telah ditembak mati, kemudiannya dihancurkan jasadnya dengan menggunakan peledak C4. Orang yang araif dengan penggunaan C4 berkata, peledak yang digunakan untuk menghancurkan Altantuya adalah mencukupi untuk merobohkan sabuah bangunan empat tingkat. Di mana dan bagaiman mereka memperolehi peledak C4? Siapakah yang mempunyai kuasa mengeluarkan C4 dalam bungkusan yang besar seperti itu?

Pada mulanya Altantuya telah ditembak untuk membunuhnya. Jelas, dia telah diletupkan untuk melupuskan apa juga kesan mayatnya. Ini bererti bahawa untuk mengebumikan mayatnya dianggap tidak mencukupi untuk menyembunyikan apa yang mahu mereka sorokkan. Itu sebabnya terlalu banyak spekulasi, semacam dalam kes kematian Mustakizah dulu juga. Altantuya dipercayai telah mengandung ketika dia mati. Menghancurkan jasadnya sudah tentu menyulitkan pencarian DNA janin kandungannya. (Sekaligus menafikan kemungkian mengesan siapa bapa kandungan itu).

Dua orang anggota UTK , Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar, dan seorang analis poltiik Abdul Razak Baginda yang ternyata rapat dengan Timbalan Perdana Menteri, Najib Tun Razak telah didakwa kerana kematian Altantuya. Ada seorang polis wanita, yang terlibat dalam kes itu gara-gara keretanya digunakan untuk menculik Altantuya, tidak pula dikenakan tuduhan. Kenapa? Polis wanita yang khusus ini dipercayai menjadi eskot ataupun pengawal peribadi kepada seorang ternama di peringkat atasan..

Apabila kes itu dibicarakan pada 14 Disember di Mahkamah Tinggi Shah Alam, Timbalan Pendakwaraya, Salehudin Saidin, telah mencetuskan keraguan lagi apabila beliau mengumumkan bahawa selain tiga orang tertuduh yang membunuh tidak ada orang lain yang terlibat. Bukankah ini satu perkara yang mesti ditentukan oleh Mahkamah? Seandainya Mahkamah mendapati ketiga-tiga yang tertuduh tidak bersalah, tentulah ada orang lain yang menjadi pembunuh. Kalau Mahkamah mendapati ketiga-tiga tertuduh itu bersalah, ia tidak bermakna tidak ada orang lain yang terlibat. Kenapa pula polis wanita itu tidak didakwa setidak-tidaknya kerana bersubahat dengan penculikan Altantuya?

Pengunduran seorang peguambela ternama, Dato Shafee Abdullah sebagai peguambela adalah dianggap pelik. Shafiee telah mengumumkan kepada media bahwa Razk Baginda tidak bersalah. Perkara pelik lain dalam kes ini ialah si tertuduh pada mulanya direman di Mahkamah Session Kuala Lumpur sedangkan kesalahan telah dilakukan di Shah Alam. Kemudian, Razak Baginda telah dibebaskan tanpa ikat jamin. Yakni memang ada ikat jamin yang ditetapkan tetapi tidak ada sebarang pembayaran wang telah dibuat. Sekali lagi ini telah ditentukan oleh mahkamah Kuala Lumpur dan bukannya di Shah Alam.

Akan tetapi seperti yang terjadi kepada Hanif Basri dalam kes pembunuhan Norita Shamsuddin, media arus perdana yang mudah dipulas telinga, telah menonjolkan Razak Baginda sebagai seorang lelaki yang baik-baik sedangkan Altantuya ditonjolkan sebagai seorang wanita peleseran yang mempunyai sejarah yang diragukan. Sekarang kita tunggulah bagaimana perbicaraan akan dikendalikan. Apakah segala bahan bukti yang penting-penting akan dikemukaan semasa perbicaran? Apakah saksi yang penting-penting akan dipanggil untuk memberi keterangan di mahkamah? Apakah wujud janin dan apakah identiti ayah si janin itu dapat dikenali? Dan akhir sekali nanti, bolehkah kes itu terhumban ketepi seperti banyak kes pembunuhan melibatkan orang ternama sebelum ini?

Mungkin juga semacam kes Hanif Basree, Razak Baginda akan didapati tidak bersalah dan bebas keluar daripada kes itu nanti. Apabila menyebut pembantu penjenayah dalam kes pembunuhan semacam itu, setakat ini tidak ada seorang pun yang pernah dijatuhkan hukuman mati Sebelum ktia sedari, para pembunuh Hasleza Ishak akan dibebaskan daripada penjara. Yang amat penting lagi antara semua ini, kes itu akan ‘ditutup’ dan rakyat Malaysia akan beralih pandang kepada perkara lain lagi seperti kes kenaikan harga tol ataupun kemungkinan kenaikan harga minyak pada awal tahun hadapan.
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 5-3-2014 06:47 PM | Show all posts
Macam bace blog lucah lak... Tak boleh tutup sket ke pic tu...

My friend lawyer pun ckp kes norita tu ade kaitan ngan politician... Kes high profile...
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 5-3-2014 07:16 PM | Show all posts
Minami2013 posted on 5-3-2014 06:47 PM
Macam bace blog lucah lak... Tak boleh tutup sket ke pic tu...

My friend lawyer pun ckp kes nori ...

selagi tak di tangkap pembunuhnya, selagi itu kisah ini akan di paparkan...hanya PM yg boleh de-clasify OSA file tu...

Reply

Use magic Report

Post time 5-3-2014 07:28 PM | Show all posts
ifanonline posted on 5-3-2014 07:16 PM
selagi tak di tangkap pembunuhnya, selagi itu kisah ini akan di paparkan...hanya PM yg boleh de-cl ...

oooo... ye ke... my friend ckp, i tak ingat sape, hakim kot... after kes tu considered as resolved, hakim tu naik pangkat... emmm, pembunuh tu mesti org yg berkepentingan kpd PM???
Reply

Use magic Report

Post time 6-3-2014 10:21 AM | Show all posts
ssah perundangan malaysia ni, ade timbul keraguan je, kompem lepas. mcm bodoh
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 6-3-2014 01:55 PM | Show all posts
ramai menteri kena khidmat arway noritta ni...cuma menteri yg membunuh tu masih bebas...
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 7-3-2014 10:58 AM | Show all posts
"engunduran seorang peguambela ternama, Dato Shafee Abdullah sebagai peguambela adalah dianggap pelik. Shafiee telah mengumumkan kepada media bahwa Razk Baginda tidak bersalah....."


hmm...
Reply

Use magic Report

Post time 7-3-2014 07:34 PM From the mobile phone | Show all posts
Sedangkan bukti video pun dikatakan besi.. Tak layak dibawa bicara..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 8-3-2014 11:58 PM | Show all posts
kes jalil ibrahim, kes mustakizah [tapi yang kait ngan dia dah takde dah] taknak keluar sekali ke?
Reply

Use magic Report

Post time 9-3-2014 11:47 AM | Show all posts

Reply

Use magic Report

Post time 10-3-2014 01:30 PM | Show all posts
ape kate.. blurkan sikit gambar tu.. sedih tgk..
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2014 05:27 PM | Show all posts
boleh tak buang atau blur gambar tu. bw aib pada family dia...
Reply

Use magic Report

Post time 11-3-2014 05:37 PM | Show all posts
fanaz82 posted on 11-3-2014 05:27 PM
boleh tak buang atau blur gambar tu. bw aib pada family dia...

Kalau nak burukkan pegawai atasan/kerajaan/vvip, nampaknya gambar-gambar tu dihalalkan tanpa blur pun...

Kalau ada akhbar yang pro pemerintah buka aib pemimpin pembangkang, letak gambar yang blur/sensor pun terus dicop porno...

Mungkin ini salah satu cara nak tunjukkan kebebasan kot? Sebab rasa sangat tak bebas... rakyat Malaysia yang marah kerajaan rasa ditipu dan dikongkong oleh media kerajaan kot?





Reply

Use magic Report

Post time 12-3-2014 04:42 PM | Show all posts
Minami2013 posted on 5-3-2014 07:28 PM
oooo... ye ke... my friend ckp, i tak ingat sape, hakim kot... after kes tu considered as resolved ...

ak harap kalo benda sama terjadi kat hakim tu... dia celik mata sikit.... tp pe leh buat, kalau dia bkata benar ahli keluarga dia plk yg 'dianiaya'
Reply

Use magic Report

 Author| Post time 12-3-2014 05:34 PM | Show all posts
Reply

Use magic Report

Post time 18-3-2014 11:26 AM From the mobile phone | Show all posts
X patut tt dedahkan gambar camtu.. org tu dah meninggal.. keadilan apakah ini? Plss blur kan..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 22-12-2014 02:02 PM | Show all posts
Salam, diharap dapat buang gambar norita samsudin. Terima kasih
Reply

Use magic Report

Post time 31-12-2014 04:01 PM | Show all posts
lucasnya..sian mangsa..censor la sket...
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2015 12:21 PM | Show all posts
rasenya tu gamba hiasa je…bukan arwah...
Reply

Use magic Report

Post time 15-1-2015 03:44 PM | Show all posts
arwah norita nih dikatakan orgy gone wrong...

wallahuaklam.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 12:01 AM GMT+8 , Processed in 0.828851 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list