CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 1773|Reply: 2

BN guna darurat tumbang kerajaan Kelantan.

[Copy link]
Post time 12-3-2014 11:18 AM | Show all posts |Read mode
Salaam.

Insha allah; segala yang berlaku adalah ketentuan Nya.



Mar 12, 2014                                                                                                         RIZAL TAHIR                                


KOTA BHARU: Empat bulan selepas kerajaan BN membentangkan Akta Darurat di Dewan Rakyat, pilihan raya negeri Kelantan diadakan pada 11 Mac 1978 sehingga membawa tumbangnya kerajaan PAS.

“Ketika darurat ada bangsal polis dibakar, bakar tayar dan macam-macam lagi, kemudian kerajaan BN isytihar Mageran di Kelantan,”
kata Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Pada 19 Oktober 1977 Timbalan Perdana Menteri, Datuk Hussein Onn membentangkan Akta Darurat di Dewan Rakyat biar pun mendapat bantahan wakil-wakil rakyat PAS dan DAP.

Perintah di bawah Mageran di Kelantan diisytiharkan pada 8 November 1977, kemudian pada 11 Mac 1978 diadakan pilihan raya Dewan Undangan Negeri Kelantan bagi menjatuhkan kerajaan PAS yang berkuasa sejak 1959.

Mursyidul Am PAS itu berkata, Mageran adalah peraturan jahat yang dibuat pemimpin Umno selepas mereka berjaya mencetus perbalahan dalaman PAS.

“Maka tidak hairanlah situasi serupa yang pernah berlaku itu boleh berulang semula di Kelantan selepas bekas Perdana Menteri, Tun Mahatir Mohamad menghantar surat memberi amaran supaya tidak dilaksanakan hudud di Kelantan.


“Terlintas di fikiran saya mereka akan membuat Mageran sekali lagi sekiranya kita berkeras juga melaksanakan hudud,”
ujarnya yang juga mantan Menteri Besar.

Bagaimanapun kata beliau, biar pun tidak dapat dilaksanakan hukum hudud di Kelantan, namun perkara-perkara lain yang selaras dengan syariat telah dilaksanakan.

“Saya mengunakan konsep Islam iaitu kalau tak boleh buat semua jangan tinggal semua. Alhamdulillah kita dapat membuat banyak program berteras agama.

“Ini bukan projek material tetapi projek minda untuk melahirkan kesejahteraan hidup rakyat,” katanya.

Antaranya cuti mingguan dua hari seminggu, cuti bersalin dua bulan, skim Al-Ziwaaj, Takaful Kifaalah, beras al Itaam, dividen bulanan Ladang Rakyat dan banyak lagi.



Last edited by BelovedTaeyeon on 12-3-2014 11:20 AM

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-3-2014 04:04 PM | Show all posts
nice
Reply

Use magic Report

Post time 14-3-2014 05:38 PM From the mobile phone | Show all posts
Aku stuju bukan saja hudud dibuat di Kelantan, tapi di Malaysia..
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

27-4-2024 02:14 PM GMT+8 , Processed in 0.063176 second(s), 32 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list