CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2827|Reply: 0

Apple CarPlay diperkenalkan

[Copy link]
Post time 19-3-2014 04:28 PM | Show all posts |Read mode


Keinginan untuk mendapatkan maklumat yang mudah dicapai di hujung jari telah mendorong Apple untuk menghasilkan sistem operasi, Apple CarPlay, bagi kegunaan para pemilik iPhone. Sistem operasi khas bagi kegunaan di dalam kenderaan ini mampu menyambungkan aplikasi iPhone bagi membolehlah pemandu mengendalikan telefon bimbit pintar ini dengan lebih mudah seperti menikmati hiburan, menelefon dan melihat paparan peta melalui perintah suara atau menggunakan skrin sesentuh pada papan pemuka.

Penggunaan CarPlay juga dilihat lebih selamat, mudah dikendalikan dan lebih senang untuk mendapatkan maklumat yang diperlukan (terutamanya bagi paparan navigasi).

Namun CarPlay mensyaratkan penggunaan aplikasi terbaharu iOS 7 dan sebuah iPhone 5C atau 5S untuk menggunakan sistem operasi ini.




Apple CarPlay ini telah pun dilancarkan pada awal Mac lalu ketika berlangsungnya Geneva Motor Show 2014.

Buat setakat ini, beberapa buah pengeluar kenderaan seperti Volvo dan Ferrari telah pun memasang CarPlay pada model mereka. Di mana Ferrari telah memadankan CarPlay pada model FF. Manakala Volvo pula memasang sistem operasi ini pada model XC90 yang akan dilancarkan untuk pasaran Eropah pada akhir 2014 ini.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 09:41 PM GMT+8 , Processed in 0.796675 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list