Sumber: Malaysian Digest
.
"Pada 8 Mac lalu, kebetulan saya ke luar negara dengan penerbangan MAS. Kemudian suami saya memberitahu mengenai berita pesawat MAS hilang. Saya fikirkan hanya pesawat yang kecil. Tetapi rupanya pesawat besar dan ada 239 orang penumpang. Saya sangat terkejut dan ia satu berita yang sangat menyedihkan.
Justeru saya mengambil kesempatan mewakili teman-teman artis juga kerajaan Indonesia mengucapkan takziah dan menyampaikan rasa dukacita kami kepada kerajaan Malaysia.
Semoga segala usaha mencari dipermudahkan", itu kata diva Pop Indonesia, Krisdayanti aka KD, yang meluahkan rasa simpati beliau ekoran kehilangan pesawat milik syarikat Malaysia Airlines (MAS) sejak lebih tiga minggu lalu.
Penyanyi yang cukup popular dengan lagu 'Mengitung Hari' ini ditemui pada sidang media Minggu Setiausaha 'Secretaries Week @ PICC 2014', bertempat di Pusat konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC), petang semalam. Pada sidang media itu KD turut mendedangkan single barunya berjudul 'Bertubi-tubi'.
.
Ternyata ibu kepada empat cahaya mata ini turut terkesan dengan insiden yang menggemparkan seluruh dunia ini. Apatahlagi penerbangan MAS seringkali menjadi perkhidmatan pilihannya untuk ke luar negara. Malahan kata KD, saat kerajaan mengumumkan berita itu, sama seperti ahli keluarga para penumpang yang terlibat, beliau juga turut merasa kehilangan.
"Setiap kali mahu ke luar negara, saya memilih menggunakan penerbangan MAS. Sudah 14 tahun saya memilih perkhidmatan penerbangan itu. Baru-baru ini saya ke Australia juga dengan MAS. Saat Perdana Menteri Malaysia mengumumkan tentang berita itu, ia cukup menyedihkan dan sebagai ibu kepada empat orang anak, saya juga turut merasa kehilangan. Apatahlagi seluruh ahli keluarga para penumpang yang terlibat", katanya.
Justeru sebagai tanda simpati, KD bakal mendedikasikan sebuah lagu tribute khas untuk MH370. Lagu tersebut akan dinyanyikan sewaktu persembahan beliau sempen Minggu Setiausaha yang akan berlangsung pada 17 April 2014, bertempat di PICC.
"Sempena persembahan Minggu Setiausaha ini, saya akan mendedikasikan sebuah lagu tribute buat MH370. Saya juga berharap artis Malaysia seperti Dato' Siti Nurhaliza atau Amy Search juga dapat merakamkan semula lagu tribute yang saya akan nyanyikan itu nanti", tuturnya.
Selain itu, menurut KD lagi, beliau cukup berbesar hati dipilih untuk menjayakan minggu setiausaha di PICC untuk tahun ini. Persembahannya ini sekaligus menjadi kemunculan pertama beliau di ...........................................................
http://www.malaysiandigest.com/h ... n-lagu-tribute.html
|