CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 3291|Reply: 0

Spyshot Nissan Sylphy 2014

[Copy link]
Post time 2-4-2014 12:50 PM | Show all posts |Read mode
Spyshot Nissan Sylphy 2014


Foto ini dirakam di Jalan Taman Bukit Maluri sehingga Lebuhraya Selayang-Kepong menuju ke Sungai Buloh.

Kemungkinan besar model serba baharu Sylphy ini bakal dilancarkan di pasaran Malaysia pada penghujung April atau awal Mei ini dan menerima padanan enjin 1.8 liter.



Jika mengikut model Sylphy yang telah pun dilancarkan di pasaran Filipina, enjin MRA8DE 1.8 liter dengan Teknologi Pemasaan Enjin Berjujukan Injap Dinamik (DVVT) ini mampu mengeluarkan kuasa 131 PS dan tork 174 Nm. Ia juga dipadankan dengan transmisi XTronic CVT. Cuma untuk pasaran Malaysia, spesifikasi mekanikalnya masih belum dibongkarkan lagi.

Jika melihat paras rupa luaran Sylphy mengikut foto yang dikirimkan ini, kelihatan gaya dinamik merajai bahagian hadapan dan belakang. Malah ia menerima suntikan segar dan berlainan berbanding dengan model yang terdahulu.

Kehadiran jeriji hadapan tiga-dimensi dengan lampu utama projektor dan lampu pencahayaan siang LED menyerlahkan gaya bampar hadapan Sylphy ini.



Manakala lampu belakang yang agak lebar pula menimbulkan efek yang agak agresif, apatah lagi dengan kedudukan bonet belakang yang sedikit tinggi.

Buat setakat ini, itu sahaja informasi yang boleh disalurkan dan Infokereta akan mengulas lebih lanjut pada masa yang akan datang.

Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

20-4-2024 03:53 AM GMT+8 , Processed in 0.059373 second(s), 30 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list