Doktor dan Polis Datang Cuba Nasib Jadi "Hanak Hekanz" Hatta Dolmat
KUALA LUMPUR, 18 MAC 2014: Meskipun misi pencarian model untuk mewakili jenama fesyen pakaian lelaki HIM by Hatta masih belum mencapai kata putus, namun individu yang hadir menjalani ujibakat sama sekali di luar jangkaan.
Portal murai.com.my yang turut diundang bagi menjadi salah seorang juri bagi misi pencarian berkenaan pada Sabtu lalu ternyata sangat berbesar hati dengan pembabitan lebih 30 jejaka yang hadir mencuba nasib.
Malah dua lagi juri iaitu Pensyarah Fakulti Fesyen UiTM, Mohd Faizal Abdul Hamid dan juga Editor Fesyen Majalah InTrend, Iqbaq V Azwan turut mengakui bahawa misi pencarian berkenaan cukup menarik kerana dihadiri oleh ramai jejaka dari pelbagai latar belakang dan juga usia.
Bukan sahaja turut dihadiri golongan jejaka dari lingkungan usia 20-an, malah misi pencarian itu turut membuka peluang kepada seorang duda berusia 30-an yang cukup berani dan berketerampilan tersendiri.
Pereka fesyen HIM by Hatta iaitu Hatta Dolmat juga memberi tahu portal murai.com.my bahawa dia agak terkejut apabila ada diantara peserta yang sanggup datang dari luar Lembah Klang dan Selangor seperti dari Ipoh dan Melaka semata-mata untuk menghadiri sesi ujubakat selama sehari itu.
Kebanyakan peserta dipilih menerusi penyertaan mereka di laman sosial Instagram pereka fesyen berkenaan dan kesemua mereka dikehendaki hadir dengan membawa kemeja-T bulat bewarna putih, kemeja-T tanpa lengan bewarna hitam, gambar dan keterangan peribadi.
Sesi ujibakat dimulakan dengan sesi suai kenal, catwalk dan kemudian soal jawab daripada panel juri yang hadir pada hari berkenaan Menurut Hatta Dolmat, antara peserta yang paling mencuri perhatiannya ialah kemunculan seorang doktor dan juga anggota Polis DiRaja Malaysia ke sesi ujibakat berkenaan.
“Saya tidak mencari mereka yang sudah mempunyai pengalaman luas dalam bidang peragaan tetapi mencari wajah yang datang daripada orang biasa atau real people dan saya berbangga kerana ramai yang hadir hari ini memenuhi kriteria yang saya cari,”katanya ringkas.
Menerusi sesi temubual terdahulu bersama portal murai, Hatta Dolmat menambah dia hanya akan memilih 10 model bagi menggayakan persalinan HIM by Hatta yang akan dilancarkan selepas April ini.
“Bagaimanapun hanya seorang sahaja yang akan dipilih sebagai wajah bagi menjayakan kempen HIM by Hatta,” katanya di mana proses undian akan dibuat secara undian di laman sosial Instagram dan pilihan pihak juri terpilih.
Hatta Dolmat juga melahirkan rasa sukacita apabila kebanyakan yang hadir ke sesi uji bakat berkenaan mempunyai bentuk badan yang menarik sama ada berbadan sasa atau langsing, meskipun tidak mempunyai ketinggian bak model profesional.
http://www.murai.com.my/stailista/buletin/article/articleid/474453/doktor-dan-polis-datang-cuba-nasib-jadi-model-hatta-dolmat
Last edited by RatuDunia94 on 10-4-2014 02:40 AM
|