CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 111299|Reply: 1551

Luahan sedih Fizo Omar isu Mawar dikecam di laman sosial

[Copy link]
Post time 10-4-2014 10:13 AM | Show all posts |Read mode
http://plbgaimacam.blogspot.com/ ... omar-isu-mawar.html

p/s : niat yg baik tp xkena caranya..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2014 10:16 AM | Show all posts
"Salam dan selamat petang semua. Bila membaca komen2 dari anda semua berkaitan rampasan tudung ciplak atau tiruan oleh pihak FAREEDA..Nyata Jelita dan isteri saya Mawar Fareeda Fanpage baru2 ini..lalu tergerak hati saya untuk membalas komen2 yang positive dan juga negative dari anda semua.Sebelum itu saya rasa layak untuk saya bersuara selaku suami kepada Pengarah Urusan FAREEDA GLOBAL RESOURCES SDN BHD iaitu Mawar Abd Karim dan juga saya selaku Head Of Marketing n PR department of the company.Saya terima secara positive segala komen dan tomahan mahupun hinaan yang telah ditujukan buat isteri saya dan juga brand FAREEDA itu sendiri berkaitan RAMPASAN tudung tiruan, SIZE tudung, dan juga HARGA tudung di pasaran.

Cuba anda meletakkan diri anda sebagai peniaga dan juga pengasas terhadap rekaan dan juga Brand itu sendiri. Apabila usaha penat lelah anda bertahun-tahun, siang malam memikirkan idea creative untuk menghasilkan rekaan anda sendiri yang berkualiti dan telah banyak berkorban baik dari segi masa dan juga wang ringgit untuk terus berada dihadapan didalam industri tudung di malaysia. Dan tiba2 anda tahu ada sesetengah pihak yang kurang bertanggungjawab meniru atau menciplak idea anda begitu sahaja tanpa meminta izin dan mengaut keuntungan di atas sikap yang pada saya tidak bertanggungjawab itu. di mana sikap tersebut boleh merosak imej dan juga branding produk anda.

BAGAIMANA perasaan anda dan tindakan anda?Sedangkan ada dikalangan mereka merupakan bukan warga negara malaysia dan bukan beragama islam,maksud saya kegiatan ini dibuat didalam negara dan juga luar negara.Sedangkan kesemua tudung FAREEDA di buat seratus peratus di malaysia dan kami telah berkongsi rezeki dengan memberi peluang pekerjaan kepada ribuan mereka yang mencari rezeki bersama FAREEDA.

Berkaitan dengan HARGA tudung FAREEDA di pasaran. Sebenarnya harga dari butik kami tidak melebihi RM200 tetapi saya di fahamkan ada yg menjual sehinnga RM 200 lbh di butik mahupun online(reseller n dealer). saya tidak menyalahkan mereka kerana pengorbanan mereka utk mendapatkan tudung ekslusif dr FAREEDA bkn senang.mereka terpaksa beratur untuk mendapatkan angka giliran utk mendapatkan tudung tersebut malah ada yang sanggup bermalam di hadapan butik kami utk mendapatkan nombor giliran utk membeli tudung dan mereka menjualnya kepada pembeli terutamanya di online.secara positive nya apa saya nampak.pihak FAREEDA telah meyujudkan peluang perniagaan kepada mereka demi mencari rezeki. dan mereka mencari rezeki yang halal.

Dan untuk pengetahuan semua pihak FAREEDA telah membelanjakan hampir RM4 juta semenjak hujung tahun lepas demi mempromosikan tudung dan juga brand FAREEDA itu sendiri sehingga membuatkan FAREEDA menjadi tudung esklusif no1 di malaysia.Jadi harga yg diletakkan adalah berbaloi dgn apa yang kami belanjakan dari segi penjenamaan yang telah dilakukan oleh pihak FAREEDA. Harga tudung utk menutup aurat dijadikan isu,bagaimana pula yang sanggup berbelanja ribuan ringgit utk mendapatkan jenama beg atau kasut yang mahal yang berjenama besar terutamanya produk luar negara yang dibangga banggakan dan terang2 ia bukannya produk kita sesama islam yang tidak pernah menjadi isu kpd pembeli.

Berkaitan dengan SIZE tudung pula,ada yang mengatakan size tudung FAREEDA ini singkat dan tidak menepati syariat islam dlm menutup aurat.tetapi tidak perlu untuk menghina isteri saya sebagai pemilik dan juga model FAREEDA dan ada juga yang cuba menjatuhkan imej FAREEDA.Sebenarnya tudung FAREEDA mempunyai pelbagai SIZE mengikut kehendak dan permintaan para pelanggan. Cuma permintaan tinggi terhadap tudung seperti mana yang dipakai oleh Madam rose, isteri saya, jadi sebab itu lah ianya lebih komersial berbanding tudung2 yang labuh yang dikeluarkan oleh pihak FAREEDA. Jadi jikalau anda tidak pernah kenal secara mendalam dgn FAREEDA ini adalah tidak baik untuk terus menunding jari atau menyalahkan pihak FAREEDA. ANda boleh datang ke butik kami dan memilih sendiri jenis mana yang menepati citarasa anda dalam menutup aurat dan juga berfesyen.

Pada saya tindakan pihak FAREEDA dgn kerjasama KPDNKK merampas tudung tiruan itu adalah tindakan sewajarnya demi menyerdarkan pihak2 yang tidak bertanggung jawab dan tidak beretika dlm berniaga. Tidak ada sikit puan niat utk menutup rezki pihak lain seperti mana yang dikatakan oleh anda yang berkenaan.Saya rasa berbangga apabila melihat ramai umat islam kita berlumba2 berniaga dan menghasilkan pelbagai rekaan tudung demi menggalakan ramai lagi wanita islam di luar sana supaya menutup aurat dan bersaing secara sihat dalam berbisness dan juga mencari rezki yang halal.

Diharap coretan sya ini tidak mengguris hati dan perasaan sesiapa yang berkenaan dan saya minta maaf jikalau ada tersalah ckp ataupun jikalau ada kesilapan dr pihak FAREEDA itu sendiri.Sila hentikan KEYBOARD WARRIOR sesama sendiri yang tidak menguntungkan sesiapa pun malah boleh menunjukkan imej melayu kita dan keperibadiaan anda sendiri.lebih baik kita terus berfikiran positive dan menyokong kita sesama islam dan terus memajukan ekonomi negara kita.sekian terima kasih."






Rate

1

View Rating Log

Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2014 10:21 AM | Show all posts
mahalnya tudung sampai rm200 harga
masuk shorga firdausi ke pakai tudung mahal2 ni
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2014 10:22 AM | Show all posts
best kawin dgn anak org kaya.. terus jd Head.
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2014 10:24 AM | Show all posts
tudung awning ariani tuh dah berkurun kene ciplak...ko pon ciplak jugak idea awning tuh kan...takde lak ariani ni nk rampas merampas....ko mmg poyo la fareeda....same poyo ngan pengikut fanatik ko...tudung yg tak tutup ketet tu jugak ko bangga kan..puiiii...
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2014 10:30 AM | Show all posts
larat ke nk rampas tudung kat seluruh negara..termasuk pasar malam, pasar pagi ahad dan pasar lambak?

Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 10-4-2014 10:31 AM | Show all posts
setankuning posted on 10-4-2014 10:21 AM
mahalnya tudung sampai rm200 harga
masuk shorga firdausi ke pakai tudung mahal2 ni

kalau tak silap baca hari tu, every design ada dalam 6(?) pieces je.. kira mcm limited edition la kot.. plus kain buat tudung pakai material mahal and to add up harga brand lagi, tadaaa... myr200 for 1pcs..
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2014 10:33 AM | Show all posts
blackred99 posted on 10-4-2014 10:22 AM
best kawin dgn anak org kaya.. terus jd Head.

harus.. itulah agenda tersembunyi..
hahhaahahaha..
untung2 leh cover duit nk bayar pinjaman bank yg 1juta tu..

tutttttt....
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2014 10:34 AM | Show all posts
ciplak lah sgt.. kalo nk pakei tudung oning kena bli tudung paridah je ker??
kalo golongan marhaen nk pakai tudung cemtu xleh la ek??
rezeki masing laa mawar/pizo oi.. Allah yang bg rezeki.
peminat tegar tudung korang still beli gak..
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2014 10:34 AM | Show all posts
masyukkk
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2014 10:35 AM | Show all posts
poyo lebih.. tudung org len pun kne ciplak mereka rilek2 sajo..
anggap je la tu sbgai cabaran.. turun kan skt harga ke ape ke confirm takde org nk beli yg ciplak..
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2014 10:38 AM | Show all posts
Original Design ke Fareeda tu .... ????????? ..... mahal plak tu ....... mcm pembaziran jer   .... Last edited by damian_lee on 10-4-2014 10:40 AM

Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2014 10:39 AM | Show all posts
xminat aku dengan tudung fareeda nih sbb aku pakai nampak hudoh sepang
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2014 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
Mmg beza klu pki yg ciplak.. Material tu sekli pki cntik..lpas tu mmg dah nmpk rupa tudung meja dah...biarlh dia rasa dia berhsk nk rmpas..mungkin yg dirampas tu letak tag fareeda kot
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2014 10:42 AM From the mobile phone | Show all posts
i minat shawl je...
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2014 10:44 AM | Show all posts
baeknya back up....sape x syg bini oiii
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 10-4-2014 10:45 AM | Show all posts
poyo la jugak.....
dah tudung ko mahal sgt
makcik2 rakyat marhaen, yg tak kaya ni tak mampu nk beli
tapi teringin nk pakai pesen gitu
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2014 10:50 AM | Show all posts
beliau ada patent kan tudung tu tak hak milik fareeda tak...
kalau xde mane boleh rampas...
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2014 10:51 AM | Show all posts
ellZack posted on 10-4-2014 10:31 AM
kalau tak silap baca hari tu, every design ada dalam 6(?) pieces je.. kira mcm limited edition la  ...

6 pieces ye la tu...aku aritu jln kedai fareeda nmpk design sama berpuluh2 sederet...
mak aku nk bli aku ckp xyahla x ekslusif lgsung design sama...
tp mgkin kualiti bagus kot...
Reply

Use magic Report

Post time 10-4-2014 10:53 AM | Show all posts
mommymonster82 posted on 10-4-2014 10:42 AM
Mmg beza klu pki yg ciplak.. Material tu sekli pki cntik..lpas tu mmg dah nmpk rupa tudung meja dah. ...

kalau ade tag fareeda haruslah dirampas...
kalau xde mane bole rampas unless dia da patent kan design tu...
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

29-3-2024 01:07 AM GMT+8 , Processed in 0.403154 second(s), 52 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list