CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 12960|Reply: 149

[Tempatan] {7}Tunang meraung bila bakal laki dipenjara 31 tahun !

[Copy link]
Post time 12-4-2014 05:13 AM | Show all posts |Read mode
12 April 2014

Ampang: Hajat seorang penganggur melangsungkan perkahwinan pada Ogos depan tidak kesampaian apabila dia dijatuhi hukuman penjara selama 31 tahun enam bulan serta 30 sebatan oleh Mahkamah Majistret di sini, semalam terhadap tuduhan melakukan kesalahan pecah rumah hingga menyebabkan kerugian RM174,200 sejak tiga tahun lalu.


Majistret Ayuni Izzaty Sulaiman membuat keputusan itu terhadap Norman Shah Jamal, 24, selepas tertuduh mengaku bersalah terhadap semua tuduhan dihadapinya selepas dibacakan jurubahasa mahkamah.

Mahkamah memerintahkan hukuman itu berjalan mulai semalam.

Sebaik prosiding selesai, tunang tertuduh yang hadir meraung hingga terpaksa ditenangkan adik tertuduh yang turut berada dalam mahkamah. Terdahulu, tertuduh sebaik mendengar keputusan itu dilihat menunjukkan aksi tidak puas hati sambil memberitahu mahukan hukuman berjalan serentak.

Bagaimanapun, Ayuni Izzaty menasihatkan tertuduh tidak mengulangi kesalahan dilakukan dan jika tidak berpuas hati boleh mengemukakan rayuan.

Mengikut kertas tuduhan, Norman didakwa melakukan 15 kesalahan di sekitar daerah sini antara 11 Mac 2011 hingga 20 Mac tahun ini dengan mencuri pelbagai barangan termasuk wang tunai, barang kemas, jam tangan serta gajet elektronik seperti telefon pintar dan komputer riba.


Bagi kesalahan itu, Norman didakwa mengikut Seksyen 457 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum lima tahun dan denda manakala kesalahan mencuri boleh dipenjara maksimum 14 tahun jika sabit kesalahan.

Selain itu, tertuduh juga didakwa terhadap satu tuduhan cuba melakukan pecah rumah di Kampung Tasek Permai di sini, jam 5.45 pagi 26 November 2013 dan berdepan hukuman penjara tiga tahun jika sabit kesalahan mengikut Seksyen 453 yang dan dibaca bersama Seksyen 511 kanun sama.


Terdahulu, tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu dikurangkan hukuman kerana perlu menjaga dua adik memandangkan ibu bapanya bercerai.

“Saya melakukan kesalahan ini kerana desakan hidup memandangkan ibu bapa bercerai dan perlu menjaga dua adik lain.

“Saya juga baru bertunang dan akan berkahwin pada bulan lapan, saya minta supaya mahkamah memberikan hukuman serentak, kalau saya tahu akan jadi macam ini, saya pun tak akan buat kesalahan,” katanya.

Bagaimanapun, Timbalan Pendakwa Raya Goh Ai Rene berhujah tertuduh mempunyai rekod lampau sejak 2008 hingga 2010 kerana kesalahan sama.

“Ini menunjukkan tertuduh tidak pernah serik melakukan jenayah dan hukuman dikenakan ini untuk menghalang tertuduh daripada mengulangi kesalahan.

“Semua mangsa juga mengalami kerugian kerana barang-barang curi tidak lagi dapat dipulangkan,” katanya.

Timbalan Pendakwa Raya S Purnima yang turut sama mengendalikan kes berkata, tertuduh adalah pesalah tegar yang tidak pernah serik berikutan kesalahan dilakukan dalam masa yang dekat antara satu sama lain.-myMetro


p/s meraung konon....bodo tul...eleh bole bet...paling2 , aku bagik 6 bulan jer, pastu antar kuarga putus tunang...pastu kawin lain la  ko...meraung he...he...untung Allah swt dah tunjukkan jalan selamat...




Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2014 05:36 AM From the mobile phone | Show all posts
Wah 31 thn utk kes pecah rumah??
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2014 05:38 AM From the mobile phone | Show all posts
Tp kan tertuduh mengaku bersalah. Rasanya hakim ringankan hukuman lah. 31thn utk kes pecah rumah mcm berat je.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2014 06:07 AM From the mobile phone | Show all posts
kesalahan berulang...tak pernah serik.. memang patut pun..

Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2014 06:21 AM | Show all posts
31 thn tu jumlah bagi stiap ksalahan........
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2014 06:30 AM From the mobile phone | Show all posts
Hukum gantung terus lg baek.. dah jadi habit ni... x penah serik
Reply

Use magic Report

Follow Us
Post time 12-4-2014 06:31 AM | Show all posts
katakan tunang dia jugak umur 24 tahun..
so lepas 31 tahun, umur dorang 55 tahun..

kalau cinta maut, tunggu ajelah, habis hukuman lepas tu kawin
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2014 06:35 AM | Show all posts
bodo punya pompuan, dah tau bakal laki penjenayah masih nak jugak
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2014 06:40 AM | Show all posts
tobby posted on 12-4-2014 06:35 AM
bodo punya pompuan, dah tau bakal laki penjenayah masih nak jugak


cinta itu buta
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2014 06:56 AM | Show all posts
meraung sebab tak sangka kot..baik la cari lain..u deserve someone better.
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2014 07:08 AM | Show all posts
menganggur, jd penjenayah pun jd pujaan si tunang?
Erm
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2014 07:12 AM | Show all posts
Nasib baik blm nikah kalo x nangung biawak hidup
Bodoh tul dah taw pengangur pn sibuk nk kawen dgn jate ni
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2014 07:13 AM From the mobile phone | Show all posts
Byk kali buat kann....
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2014 07:17 AM From the mobile phone | Show all posts
31 tahun...untuk 15 kesalahan...
Siap ada kesalahan lampau...

Haaa menangeh air mata darah la tunang kau...
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2014 07:20 AM From the mobile phone | Show all posts
macam mana penganggur dibenarkan bertunang?

sedangkan penganggur nihh dah kira tidak wajib berkahwin

Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2014 07:32 AM | Show all posts
dia ingat kalau meraung tergolek-golek, hakim boleh kurangkan hukuman ke??
ala... ramai lagi  lelaki yg baik-baik..
Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 12-4-2014 07:42 AM | Show all posts
Mungkin tuhan nak bagi dia jodoh yang lebih baik,
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2014 07:43 AM | Show all posts
meraung laaa - lepas ni takde sapa nak spedo dia
dah biasa tunang dia g merampok - tanggung si tino tu agaknya (speku gila2)
takpun fefeling - bonnie n clyde tino tu
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2014 07:46 AM From the mobile phone | Show all posts
Mesti hidup dia loaded dgn sumber haram...kesian jd anak mngsa pnceraian....
Reply

Use magic Report

Post time 12-4-2014 07:55 AM | Show all posts
cinta sejati nan asli
walaupun peng anggur, masih ada pompuan mahu
no wonder lah meraung
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

28-3-2024 11:33 PM GMT+8 , Processed in 0.481662 second(s), 47 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list