CARI Infonet

 Forgot password?
 Register

ADVERTISEMENT

View: 2613|Reply: 3

Rizab Kerajaan Negeri 3,000 juta jah.

[Copy link]
Post time 12-4-2014 10:33 AM | Show all posts |Read mode



Salaam.

3,000 juta


Banyak tu



SHAH ALAM:
Kerajaan Negeri Selangor terus menjadikan strategi belanjawaan seimbang dalam bajet negeri bagi memastikan tiada masalah timbul di kemudian hari.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim
ketika sesi penggulungaan titah Sultan Selangor pada persidangan Dewan Negeri Selangor (DNS) memberitahu, kerajaan lebih perihatin dan berhati-hati bagi menggelak berlakunya perbelanjaan defisit.

"Kita sentiasa mengamalkan perbelanjaan seimbang agar tidak timbul perbelanjaan defisit.

"Perbelanjaan seimbang adalah di mana perbelanjaan yang kita keluar itu sama atau seimbang dengan hasil yang kita perolehi," ucap beliau.

Beliau turut menjelaskan setiap belanjawan tambahan yang dibentangkan ia diperolehi dari kajian dan pemantauan yang dilakukan oleh kerajaan negeri.

Beliau juga berkata, kerajaan negeri meletakkan displin yang tinggi dalam soal kewangan negeri.

"Kalau sebelum ini saya akan bertanya kepada Jabatan Akaun Negeri setiap akhir tahun dan sekarang saya tanya setiap minggu bagi mengetahu berapa hasil yang diperolehi.

"Ini memastikan bila orang tanya kepada kita dan jawapan kewangan yang kita beri adalah simpanan terbaru (semalam) bukannya jumlah setiap akhir tahun,"
sambung beliau.

Khalid turut memberitahu kerajaan negeri senantiasa mengenal pasti dan memperbaiki keadaan dan soal pendapatan negeri bagi memastikan Negeri Selangor ini terus mendapat pengikhtirafan.

"Kalau orang tanya simpanan tunai RM3 bilion itu telah menjadikan Selangor itu kaya, saya katakan tidak RM3 bilion bukan nilai kaya bagi sesebuah negeri.

"Kita perlu perbaiki untuk memastikan hasil masuk negeri terus meningkat," kata beliau.

Reply

Use magic Report


ADVERTISEMENT


Post time 14-4-2014 04:38 PM | Show all posts
Sultan Selangor puji Khalid sebagai MB cekap dan be....



Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2014 09:22 PM From the mobile phone | Show all posts
Meningkat la sbb x belanja..keluar duit kemut....x pe rakyat sgor menurun kualiti hidup janji akaun balance negeri meningkat
Reply

Use magic Report

Post time 15-4-2014 10:08 PM | Show all posts
memang tak belanja duit....  orang semua naik bas free jer kayt selangor.  kalo buleh air pun nak free 200 gelen.  aku dah berapa banyak tahun, parking pun free jer.
Reply

Use magic Report

You have to log in before you can reply Login | Register

Points Rules

 

ADVERTISEMENT



 

ADVERTISEMENT


 


ADVERTISEMENT
Follow Us

ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CARI Infonet

26-4-2024 11:27 AM GMT+8 , Processed in 0.064136 second(s), 29 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

Quick Reply To Top Return to the list